time dlm graf di atas adalah lebih kurang dlm lingkungan bulan awal bulan januari sehingga beberapa hari selepas 6 febuari.
ia agak inappropriate. ianya tak berskala anyway. sekadar lakaran.
dlm graf leisure time vs time (days) di atas, anda dapat menyaksikan yg leisure time saudara Iman semakin menurun. kalau dalam physics atau ape2 subjek sekalipun, ianya leisure time berkadar songsang dgn time, atau inversely proportional. iaitu pada part awal graf tersebut.
ianya kemudian menurun dgn kadar yg agak tinggi, dan mencecah nilai yg paling rendah, pada suatu point. mungkin agak melengkung di situ, menunjukkan pada suatu ketika, kesibukan saudara Iman bertambah dgn mendadak, dan kesibukan itu berpanjangan utk beberapa ketika.
saudara Iman akhirnya dapat menarik nafas lega apabila leisure timenya bertambah semula selepas melalui saat yg paling menyibukkan itu tadi.
namun begitu, dapat dilihat bahawa leisure time pada part yg akhir2 itu kurang sedikit berbanding pada part awal. dan nampak agak sedikit tidak constant di situ. prediction? selepas masa yg dinyatakan, graf dijangka akan menurun semula. mungkin tak serendah part di tengah tadi itu. dan part yg dijangka menurun itu akan constant dgn kerendahannya, mungkin dlm beberapa minggu selepas 6 febuari.
dari part pertama, di mana saudara Iman mempunyai leisure time yg agak tinggi, dapatlah disimpulkan bahawa saudara Iman tidak mempunyai apa2 sacara particular utk dilakukan, selain mengulangkaji dan menyiapkan kerja sekolah.
part tengah, di mana leisure timenya menurun dgn begitu mendadak sekali, dapatlah disimpulkan bahawa saudara Iman terlibat dgn apa2 aktiviti di kolej tempat dia belajar. inamun begitu, mungkin katikan ini, aktiviti itu belum sampat ke kemuncaknya lagi. ini juga menunjukkan bahawa Iman menunjukkan komitmen yg tinggi terhadap aktiviti yg disertainya itu, walaupun mungkin dilanda sedikit masalah kesihatan, emosi, pelajaran, dan sebagainya.
ketika mencecah point terendah sekali, dapat dilihat suatu lengkungan kecil yg mencecah nilai terendah pada suatu ketika. ketika ini dapat digambarkan kesibukan Iman dgn aktivitinya itu. mungkin aktiviti yg disertainya itu mencapai ke kemuncaknya pada ketika ini.
part terakhir, di mana graf kembali naik, namun tak setinggi yg awalnya, dapat dikonklusikan bahawa saudara Iman sudah terlepas dari belenggu aktiviti yg sekian lama memenuhkan hari2nya. peningkatan yg tak setinggi pada awalnya sedikit sebanyak memberitahu yg saudara Iman mula menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran. tidak lagi seperti yg awalnya. barangkali semakin dekat dgn peperiksaan. kita doakan saudara Iman berjaya dalam peperiksaannya.
No comments:
Post a Comment