02 September 2011

hebat, hebat.

10 Ramadhan. Teringat kata-kata kawan saya di Kolej Yayasan UEM dulu, nak tahu perangai sebenar manusia adalah masa bulan Ramadhan, sebab masa tu syaitan-syaitan kena ikat. So, kalau dia buat benda tak baik jugak, maknanya itu adalah dari nafsu dirinya sendiri. Hmm. Ada kebenarannya juga I think. Wallahua'lam.

Entri ini saya sudah mula tuliskan sejak sebelum puasa lagi. Kemudian saya tukar sedikit, tarikh di atas tu contohnya, bila saya renew entri ini di bulan puasa. Sekarang dah masuk raya keempat, baru sempat nak habiskan entri ini. Lantaklah.

Cuti musim panas merupakan antara yg dinanti-nantikan bagi pelajar-pelajar yg belajar di UK dan Ireland. Ini kerana di samping jangka masanya yg panjang (kalau banding dengan cuti musim sejuk dan cuti Easter), kedudukannya yg  agak strategikdi hujung tahun (universiti di UK bermula tahunnya dalam September dan Oktober), setelah lebih kurang 9 bulan berjauhan dengan keluarga seolah-olah memberikan kepuasan bila dapat bersama dengan keluarga kembali. Yelah, kalau baru 3 bulan ke UK, lepas tu balik, macam tak best la pulak. Heheh.

Lagi? Boleh buat apa masa cuti ni? Ah, dah nama pun cuti. Macam-macamlah boleh dibuat. Terpulanglah pada orang. Kalau pandai memanfaatkannya, inshaAllah bermanfaatlah jadinya. Reunion la, apa kejadah la. Mana taknya, bagi course biasa macam saya, tidaklah sebeban mereka yg buat course perubatan. Wallahua'lam, saya kurang ariflah macam mana yg sebetulnya, tapi yg saya tahu, mereka ini agak sibuk. Orang cuti diorang tak cuti. Orang boleh dapat ijazah kelas pertama, diorang nak pass pun susah. Orang boleh bercuti bersama keluarga, diorang ada elektif masa cuti musim panas. Orang 3 atau 4 tahun, diorang 5 tahun. Begitulah realitinya lebih kurang. Nak tahu lebih lanjut, boleh tanya diorang sendiri, mereka yg belajar perubatan di UK atau Ireland.

Baru-baru ini, semasa saya sedang bergelut dengan peperiksaan, seharian bahkan berminggu-mingguan tidak keluar rumah sangat kecuali ke kelas dan membeli groceries, saya buka Facebook. Scroll dan terus scroll membaca updates kawan-kawan, tiba-tiba terbaca status seorang kawan, dan komen-komen di bawahnya. "Eh, kat Malaysia rupanya kawan medic aku ni!" Tahu-tahu diorang ada di Malaysia pula.

Hmm. Tak apalah, jadual budak medic ni, saya bukan faham. Orang cuti, diorang tak cuti. Mungkin dia balik awal utk cuti musim panas. Baguslah, nanti ada rezeki saya pulang ke Malaysia selepas peperiksaan nanti, boleh jumpa. Bukan senang jumpa budak-budak medic ni. Busy memanjang.

Selepas peperiksaan, sedang berkemas-kemas mahu pulang ke tanah air tercinta, hendak merasa mendukung adik yg baru setahun setengah, saya dapat tahu kawan saya yg tadi sudah kembali ke UK semula. "Eh, cuti apa kebenda diorang ni? Kejapnya balik Malaysia? Cuti ke tak ni? Orang nak mula bercuti, dia baru balik dari Malaysia pula."

Tu dia bermacam-macam soalan timbul.

Kadang rasa kasihan pun ada. Wallahua'lam keadaan mereka sebenarnya macam mana, tapi nampak macam susah sangat. Ada rakan yg dah lama tak berjumpa, sekali berjumpa, badan pun kurus (sudahlah memang kurus), muka cengkung, mata sedikit kehitam-hitaman, Allah.. medic sungguh gamaknya hidup dia.

Saya ada seorang kenalan, yg sudah kembali ke rahmatullah, moga Allah cucuri rahmat dan keampunan ke atas beliau. Yang tak asing lagi, yg sering disebut-sebut, diingat-ingat sama ada yg kenal mahu pun tak, Mas Afzal Masaruddin. Saya pernah berjumpa beliau sekali sahaja, masa beliau datang melawat kolej, menjadi imam Asar, sekaligus menyampaikan tazkirah Asar di Musolla Azzam kami. Arwah memang terkenal dengan kecekalan hatinya, memberi sumbangan pada masyarakat dengan segenap upaya. Seorang kawan pernah menulis tentang beliau, kesibukan dan semangat beliau ke sana ke mari macam bukan budak medic!

Panjang perenggannya. Nak kata, betapa mudak bedic ni sibuk sungguhlah! Hish! Betul ke?



Haritu, 30 Julai 2011, saya baru memenuhi undangan kenduri perkahwinan kawan sebaya saya, sekolej saya, kedua-duanya. Seorang orang Pulau Pinang, yg perempuannya pula dari Kelantan. Alhamdulillah, dengan bantuan BlackBerry Map dalam BlackBerry saya, tidak banyak masalah utk sampai ke surau tempat kenduri diadakan tersebut. Tapi saya sampai agak lambat, kawan-kawan yg saya kenali ada yg sudah pulang. Yg ada kawan-kawan sekolah pengantin lelaki tersebut, yg saya tak kenal. Tak mengapalah, janji saya sempat bergambar kejap dengan kedua-dua pengantin. Kawan saya ni memang kelakar bagi saya. Haha, gelak kejap. Selalu nampak macam terpinga-pinga, dan diusik kawan lain. Namun begitu, jangan diduga kepandaiannya. Ketangkasan beliau dalam bersukan juga memang hebat. Bola keranjang menjadi minatnya. Pernah menyertai marathon Pulau Pinang, open. Dapat nombor 2! Dia buat course Engineering di University of Southampton sekarang.


Err, yg saya maksudkan ialah pengantin lelaki tersebut.


Sedih sekali, apabila saya tak dapat memenuhi undangan seorang lagi kawan (2 orang, sebab satu pasangan) utk hadir ke kenduri kahwinnya, di Ipoh je pun, which is dekat je, banding dengan di Pulau Pinang. Tapi apakan daya, Tuhan itu lebih tahu segala-galanya, dan Dialah sebaik-baik Perancang. Wan Ahmad Hilfi namanya, dan zaujahnya, Shahirah Adibah. Saya lebih kenal pengantin lelakinya, kerana selalu berjumpa, rumah pun dekat (Ipoh, Perak). Orangnya hebat, tahu segala benda, semangat tak pernah turun, muka tak pernah masam, dan ceria selalu. Ah, banyak benda kalau nak dicerita. Untunglah zaujahnya tersebut. Sekarang belajar di University of Leeds, manakala zaujahnya di Manchester University.


Kawan saya dari Ipoh ni tua 2 tahun dari saya. Dulu sama kolej, Kolej Yayasan UEM. Segak perkasa nampaknya! Hari yg sama. Apakan daya, tiada preference on either side. Hehe.

Sebelum ini, terdapat beberapa invitation juga yg tak dapat saya penuhi, kerana ada komitmen lain. Semasa saya sedang bercamping di Pulau Pangkor dengan program bersama pihak penaja, ada sudah ada 2 kalau tak silap, jemputan kenduri perkahwinan juga. 2, ke 3? Hmm. Saya pun dah lupa, sebab ada yg memang saya tak dapat hadir, saya terus klik 'Not Attending' di Facebook. Tak hafal pun tarikhnya. Bukan saya yg berkahwin.

Zaman sekarang. Facebook dilihat sebagai salah satu cara yg amat baik utk menghebahkan jemputan-jemputan ke program atau apa-apa majlis. Dan, ia reliable! Hehe.

Tahniah buat seorang lagi teman saya dan zaujahnya, Redhuan Abd Muin dan Samihah Shukri. Macam tadi, saya lebih mengenali pengantin lelakinya. Zaujahnya hanya takat tahu nama dan muka. Pernah bersua tak pernah bersembang pun. Pengantin lelakinya pun hebat juga. Nampak lembut tapi tegas orangnya. Kelakar juga. Dulu bersekolah di Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Kurus orangnya. Haritu berjumpa, apalagi, mesti kena usik. "Hang Redhuan bila nak gemuk ni?" Gurauan biasa pada orang yg dah berkahwin.


Ini paling memeranjatkan. Semua pelajar di UK tengah tertekan dengan peperiksaan, tahu-tahu, buka Facebook, ada jemputan ke majlis perkahwinan beliau! Umurnya sama dengan saya (kot), 22 tahun (2011). Kedua-duanya orang Kelantan. Azhar Yusoff, mesra dengan panggilan Abe Mat. Sekarang belajar di Cardiff University, Wales. Saya tak kenal pengantin perempuannya, orang sekampung dia tu, belajar di Australia katanya!


Ini senior bertahun-tahun dari saya, 2 tahun kot. Namanya Afiq Rahim, orang panggil Eros. Heheh. Sudah tamat pengajiannya. Ok, honestly, saya tak kenal dia sangat. Berjumpa sekali dua pernahlah.



Berita pertunangan beliau memang mengejutkan. Tiada ribut, tiada angin, tahu-tahu sudah bertunang. Uniknya, pertunangan beliau dilakukan dalam jarak berpuluh ribu kilometer! Seorang di Southampton, England, zaujahnya pula di tanah air, Malaysia! Online gitu bebb. Kemudahan ada katakan. Skype, style tak? Haha. Pemalu-malu kucing orangnya, baik dan peramah. Mudah tersenyum. Selalu tersipu-sipu bila diusik. Saya kenal dia di KYUEM dulu, senior setahun saya. Bagi yg tahu, dialah petbro saya. Heh. Dulu selalu la berjumpa, borak semua. Sudah masing-masing di UK, tempat berasingan, sekali sekala jumpa, masih pemalu gitu-gitu orangnya. Err, sekali lagi, yg saya maksudkan ialah pengantin lelakinya.



Anak Felda kahwin masuk surat khabar, gempak tak? Haa. 

Seorang lagi, sebelum saya terlupa. Shazif Othman. Pendiam orangnya (bagi saya). Hensem pun hensem. Sejuk hati tengok wajahnya. Berita perkahwinan beliau agak awal berbanding lain. Sekarang belajar di Cork, Ireland. Terkenal dengan suara yg sedap menyanyi. Hehe.



Saya takde gambar kahwinnya. Jadi saya letak gambar solonya sudahlah ye. 


Ah, ini tak masuk lagi beberapa undangan lain, yang dibuat lepas Hari Raya Aidilfitri (takde sape pun nak buat waktu Ramadhan ye. hehe). Kawan sekolah saya seorang lagi pun. Kalau tak campur kawan-kawan yg bertunang pun dah cukup ramai dah ni. Kalau nak kira bertunang, abang saya pun bertunang pada raya kedua. Kawan saya yg itu, yg ini, arghh!

Zaman 20an, semua orang pun inshaAllah akan melalui zaman ini. Mak ayah kita sudah, sekarang giliran kita pula. Masa berlalu pantas.

Ala kulli hal, tahniah saya ucapkan pada mereka yg sudah melangsungkan perkahwinan masing-masing. Yg masih belum ada rezeki, teruskan berusaha. Sementara cuti ni, elok sangat la tu. InshaAllah Allah akan bantu kalian dalam menghadapi apa jugak kerenah kehidupan sekarang. 

Cuti pun bakal sampai ke penghujungnya. Pejam celik pejam celik, lagi lebih kurang 2 minggu saya akan pulang sambung belajar ke UK, utk tahun yg terakhir. May Allah ease. Saya terfikir juga, kalau saya yg Accounting and Finance pun dah rasa susah, wallahua'lamlah sehebat mana kawan-kawan saya di atas ni menempuh pengajian masing-masing.

Oh, saya tak beritahu lagi, daripada ketujuh-tujuh kawan-kawan saya yg sudah melangsungkan perkahwinan dalam masa sebulan lebih ini, 4 daripadanya mengaji medic ni!