27 February 2009

kau ni kan..



Oh. kebanyakan blog budak2 batch 10 di KYUEM yg saya dah baca menceritakan pengalaman semasa menduduki peperiksaan IELTS, yg baru berlangsung jumaat dan sabtu, 27 dan 28 hb Febuari.


ada 4 components kan. masing2 sudah sedia maklum. 2 daripadanya saya kira agak menyedihkan dan boleh menghantui saya selama 24 jam dari waktu saya manghabiskan sesi tersebut. selepas 24 jam, otak dan minda saya sudah mula berasimilasi dgn situasi tersebut, mengatakan saya perlu terima hakikat. nasi sudah menjadi bubur. tawakkal sajalah.


menyebut tentang IELTS, mengingatkan saya kepada 2 org insan. kedua2 mereka bekerja sebagai cikgu di kolej tepi hutan ini. seorang lelaki dan seorang perempuan. kedua2nya bukan berbangsa Melayu.


yg pertama. yg perempuan. maksud saya, wanita. seorang yg berkaliber dalam bidangnya. seorang cikgu yg disukai ramai, tak kira siapapun anak muridnya. semasa sesi teacher evaluation yg diadakan sekali dlm 1 semester, saya akan memberikan setinggi2 markah kepada beliau. di dalam kelas, beliau sentiasa bersemangat, ceria, dan energetic. meskipun anak murid2 beliau pada ketika itu semuanya keletihan, dek kelas yg diadakan pada waktu petang. meskipun yg hadir ke kelas pada ketika itu hanya boleh dibilang dgn sebelah tangan saja. input? fuh. jgn kata. ada org labelkan beliau sebagai wikipedia bergerak. walaupun sounds quite funny, tapi saya bersetuju dgn label tersebut. atau, ada juga yg memberi gelaran tesaurus bergerak.


manakan tidak. macam2 perkara beliau tahu. baik dari perkara2 berkaitan sains, sehinggalah kepada angka kepadatan jalanraya di bermacam2 negara. fuh. tabik spring.


tapi sekarang, saya sudah tak belajar lagi dgn beliau, kerana peperiksaan yg berkenaan sudahpun berlangsung. in fact, kami perlu memberi tumpuan yg lebih pula kepada subjek2 A Level, di samping mempunyai free blok yg berderet2 sekarang. semasa kelas terakhir dgn beliau suatu ketika dahulu, kami sempat bergambar bersama. sebagai kenangan walaupun kami hanya berlapan saja. nasib baik beliau berlainan jantina dgn saya. kalau tak mahu saya peluk dgn rasa kebapaan darinya kerana terharu dgn segala2nya, dari mula2 kami belajar dgn beliau. ternyata beliau sgt berjasa. kami akan sentiasa merindui beliau.


ini kisah seorang cikgu lagi. saya tak mahu komen apa2. yg akan anda baca selepas lepas ini hanyalah cetusan dari hati saya pada ketika itu. anda nak komen, komenlah.


november 2008.


masih berkenaan IELTS. suatu ketika, selepas menduduki peperiksaan Pure Mathematics 1 kalau saya tak silap. saya ke Resource Center (RC). kelihatan beberapa org rakan sesponsor saya sedang berkumpul di situ. menulis2 sesuatu.


borang utk menduduki peperiksaan IELTS.


saya hanya memerhatikan mereka mengisi borang tersebut. baru saya teringat, mereka akan memohon utk ke universiti di US, yg memerlukan keputusan IELTS yg sebenar. bukan predicted2 punya. sedangkan saya yg akan memohon utk ke universiti di UK, hanya perlu mengikut polisi yg telah ditetapkan oleh kolej, bulan januari dan febuari 2009.


salah seorang dari mereka kemudiannya mencadangkan kepada saya utk turut serta menduduki peperiksaan tersebut, 2 bulan lagi awal dari tarikh yg saya duduki baru2 ini. maknanya, saya akan free blok tersebut 2 bulan lagi awal! wah. siapa tak mahu free blok.


terus ke examination department, mengambil borang tersebut.


ah. copy saja kawan yg sedang mengisi itu. cuma beberapa detail of course perlu ditukar. senang. kerja pun selesai.


minta gambar pula. banyak pula kerenahnya. gambar itu tak boleh senyum, mesti berukuran sebegini, mesti itu, mesti ini. sungguh demanding.


alah, lantak je. kata mereka yg memohon ke universiti di US itu. saya pun lantak jelah.


tapi,


mana nak cari gambar pada ketika itu?ketika hanya tinggal beberapa hari saja utk disubmit borang itu kembali kepada exm department. spontan saya teringatkan ada beberapa keping gambar yg baru saya ambil, utk tujuan membuat lesen, di rumah. namun, setelah dikira2 waktu utk menunggu, waktu utk mengeposkan gambar tersebut, jika dibandingkan dgn waktu dari hari tersebut dgn hari deadline, tak cukup. sudah. perlu cari alternatif lain.


rakan sesponsor, ada yg mencadangkan print gambar tersebut dari seorang cikgu ini. memandangkan dia ada kertas yg sesuai utk mencetak gambar yg diambil secara digital. kamera digital? alah. berlambak2. ramai org ada.


hari itu sudah lambat. saya bercadang utk berjumpa cikgu tersebut, meminta keizinannya utk mencetak gambar digital, yg diambil dari gambar yg diambil semasa pengambilan 07/09 pada julai 07 dahulu. namun, beliau tiada di 'meja'nya.


esoknya. saya ada free blok. baik. pergi jumpa sekarang. gesa hati kecik saya. dup..dap..dup..dap. 'P*****s Department'. Oh. beliau ada. nasib baik. sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya bercakap dgn beliau. kali pertama adalah semasa saya ingin 'menjatuhkan' salah satu dari subjek2 saya, utk dibuat utk AS Level saja.


Err...sir. i want to print something, which is a photo of me. can i use your printer, at the *** by the way?

Hmm. why do u need the photo?

I'm planning to take IELTS during the end of this month, and the form requires 2 photos.

Why are u taking IELTS during the end of this month? i thought the policy of the college says that all of u must sit for the exam at january and february?

Emm... these students are applying for US universities. therefore they need the actual result of the exam.

Are u applying for US universities?

Nope. but my sponsor has paid for it anyway. they have paid for all 12 of us, for that purpose.

Err... i think i need to check this first with the Head of English Department, whether whey'll allow u or not. and... can u come back after 15 minutes? it's now ***am, and...about *** am? can u?

oh. sure. acquisce.


saya ke RC. duduk sebentar borak2 dgn kawan2 di sana sambil menunggu 15 minit.


belum 15 minit lagi, tapi sepanjang yg saya pernah dgr, beliau ialah seorang yg begitu particular tentang masa. kali ini saya mahu lihat, did he make it within that given time. kalau tak... memang aku akan hebahkan ke seluruh kolej.


oh. beliau sudah ada di 'meja'nya kembali. barangkali ianya tak mengambil masa yg begitu lama.


err... sir. what about the... just now?

oh. i'm sorry to say, but the English Department doens't allow u to take the exam in this month. it is the college policy, for u to take it next january or febuary. and if u want to finish IELTS earlier, do your best then during this coming internal IELTS exam.

but sir, my sponsor has paid for it?

It is not the matter that your sponsor has paid for it or not...bla...bla...bla...

oh. ok. thanks sir. sambil tersenyum tawar ala2 kambing seraya meninggalkan P*****s Department itu. malas bertanya lanjut lagi.


panjang bukan ceritanya?


sepanjang itulah kadang2 saya kena ceritakan pada yg bertanya,


Eh, ko tak amik IELTS lagi yeh? ko bukan Petronas ke?


kemudian soalan itu dia sendiri yg jawab.


Oh, ko tak apply US kan. patutla. tapi kenapa tak boleh pulak?


kalau saya cuba pendekkan dgn berkata diorang tak bagi, mereka akan balas pula dgn kenapa tak bagi?. sudahnya, saya ceritakan saja semuanya, tentang 'beliau' dlm cerita kedua tadi.

ada juga yg masih tak berpuas hati dgn jawapan saya yg panjang berjela itu, ditanyanya lagi.


Kenapa ko tak apply US ha?


p/s : dialog di atas bukanlah dialog sebenar. tapi intipatinya lebih kurang macam tulah. in fact, dialog itu sebenarnya lebih panjang lagi. cuma tak dimasukkan atas alasan tak ingat dan tak significant. mungkin lebih kepada membebel saja.



No comments: