25 November 2009

kenalilah rakan senegara anda.

saya suka nasyid. ya. saya layan nasyid. kalau sorang2, mmg muka beremosi habis mendendangkannya. siap bergendang2. entah. perasan suara sedap kot.


dari sekolah menengah lagi, masa di tingkatan 4, saya mencuba nasib utk audition kumpulan nasyid sekolah. keputusannya taklah diberitahu atau diuar2kan. sebaliknya, hanya yg terpilih yg dipanggil. yg tak dipanggil, faham2 jelah. gelaklah kat saya, saya tak dipanggil pun.


di KYUEM, saya berpeluang menjoinkan diri. saya memilih utk menjadi percussionist sepenuh masa. wah. best. heh. hampir everytime pertandingan nasyid, pasti saya ambil bahagian.


di UK, tak lama lagi akan diadakan pertandingan nasyid, Nasyid Extravaganza, NEXT. ok. senior2 dah berpesan utk menubuhkan team nasyid utk mewakili uni. tahun 2008, mereka dah menggondol tempat kedua dlm pertandinga tesebut. benarlah, mempertahankan kedudukan itu lebih susah dari mendapatkannya buat kali pertama.


ada muka org bernasyid ke saya ni?


********************************


Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum. Cina, Melayu, India, dan sebagainya. masing2 mudah dikenali, walaupun seringkali juga tersilap. semuanya berbahasa Melayu.


keadaannya walaubagaimanapun tak sama di negara penjajah ini. bila terjumpa seseorang yg kalau di Malaysia, kita dgn cepatnya dapat meneka yg dia berbangsa cina, tapi bila di sini, tidak. entah dari Hong Kong, Macao, China sendiri, bahkan, Malaysia. susah nak cam. unless kalau mereka berbahasa Melayu, walaupun 'la' saja, confirm, Malaysian.


org melayu senang jugak nak cam. confirm la dari Malaysia. kurang2 pun, Brunei. tu pun tak ramai. apalagi kalau perempuan Melayu, bertudung. dari jauh pun kenal.


********************************


saya terlambat ke lecture Economics suatu hari. tapi tak mengapa, sesampainya di sana, pelajar2 lain yg menggunakan lecture hall tersebut masih belum tamat lecture. sehabisnya mereka, masuklah kami mencari tempat duduk.


dah menjadi kebiasaan, nak duduk dgn kawan yg dikenali. kalau boleh, nak duduk dgn kawan dr KYUEM jugak. tak dapat, melayu. koman2 sgt, Malaysian la. ah. KYUEMians, kolej paling assobiah, bak kata seorang bekas presidennya.


dtg dgn kawan, Melayu, KYUEM, dan of course, Malaysian. tapi seat dah penuh. terpaksa duduk sedikit berjauhan. haha. apa la kan. make friends la, Iman.


fine. saya duduk di barisan depan kawan td, iaitu di sebelah saya seorang chinese girl. dlm hati, saya dah mula terfikirkan, siape sebelah aku ni, chinese ni Malaysian ke ape eh. hentam jelah. duduk je. lecture je pun.


habis sejam dr 2 jam lecture, break kejap. saya tergesa2 ke prayer hall, menunaikan solat zohor. dlm ketergesaan saya itu, tiba2 phone saya berbunyi dgn nada dering lama, lagu Calling You. aneh juga saya, kebetulan saja call masuk masa saya tgh break, free kejap.


hello, am i talking to Muhammad Nur Iman?


oh, yes. u are.


pemanggil tersebut, she is the person in charge of these cultures n stuff, yg baru dilantik dlm Warwick Malaysian Student Association, MSA. so, dia menyebut tentang persembahan nasyid utk event MSA yg akan diadakan dlm masa terdekat pada saya. sgt dekat. hari ni rabu, jumaat ni persembahan. gila apa. dia bertanyakan kesanggupan saya utk membuat persembahan tersebut. sambutan hari raya aidiladha dgn krismas. APEKAH.


ada muka nasyid ke saya ni? ok, saya org melayu. fine.


saya minta dia call kawan saya seorang lagi, dan akan berikan jawapan mlm harinya. ish. possible tak ni, nak practise dlm masa yg sgt singkat. nightmare. saya bukan menyanyi, saya biasa main percussion je.


masa dia call tu, saya dgr mcm kinda echo menjadi latar belakang suaranya. i was wondering di manalah pemanggil in berada ketika panggilan ini dibuat.


habis menunaikan kewajipan, saya kembali ke lecture hall, berjalan sedikit laju. hujan. habis jacket baru basah. sikit. berkira.


dlm benak fikiran, saya mula memikirkan, biar betul nak buat performance? giler ah. bila la nak berlatih nasyid? nak buat lagu apa? mcm mana? langsung teringat masa menyertai pertandinga nasyid di KYUEM dulu.


berjalan sambil tangan menyeluk poket jaket, sejuk, sambil mengelak2 lopak2 kecil air di celah2 jubin, batu, dan sebagainya.


sampai di lecture hall. masing2 sedang riuh rendah, lecture belum disambung semula lagi. saya kembali ke tempat duduk tadi, sebelah chinese girl. kelihatannya dia sedang menaip2 sms dari tadi lg.


sambung lecture. Governments and The Economy, topic 8.




...



..



..


masa berlalu dgn pantas.


jam baru menunjukkan 1.55 pm, lecturer dah menamatkan lecturenya yg patut tamat pada jam 2 pm. ok. semua org bertepuk tgn, seronok.


dlm riuh rendah itu, saya tgh menggeliat2, barangkali menyedari yg duduk di sebelahnya ialah seorang lelaki Melayu, chinese girl di sebelah saya tadi bertanya pada saya






do u know people who can do nasyid?



.