11 February 2009

tak mengapalah...



sekali lagi saya rasa terlambat. dah 4 hari lepas event bangsawan di kolej berlalu, baru rasa nak menceritakan pengalaman menjadi part of the drama. house saya, House of Garnet punya drama kali ni bertajuk Gempita Mimpi Sulaiman, yg menceritakan tentang mimpi yg disalaherti, menyebabkan mimpi tersebut akhirnya menjadi kenyataan. jalan cerita yg menarik saya kira.


dalam drama kali ini saya memegang 2 watak, yg takde kaitan langsung antara 1 sama lain, dan apparently, the scenes dekat2 je. so, lepas keluar 1 scene tu, agak kelam kabut sikit menukar costume.


wah. sebut watak, atau part of the drama rasa macam besar sgt lah watak tu. padahal pengawal je pun. dlm drama ini, pengawal ini terdengar perbualan tentang seorang anak raja yg ingin membunuh adiknya sendiri. pengawal lantas terburu2 melaporkan perkara tersebut kepada sultan. sultan tak mempercayai pengawal yg dilabel sebagai pemfitnah itu.


semasa diumumkan watak tersebut selepas pemilihan diadakan, beberapa kawan mentertawakan saya. bagi mereka pengawal mempunyai role yg kecik je dlm drama bangsawan. ceh. saya pun mula terfikir ketika itu, kenapa saya dipilih jadi pengawal. sudahlah last year punya production, saya menjadi pengawal jugak. kata mereka, saya dikekalkan jawatan, sementara mereka sendiri dilucutkan jawatan, kerana tahun lepas, kami memegana watak pengawal, tapi tahun ini mereka takde watak ape2 pun.


utk watak pengawal, saya hanya perlu keluar sebanyak 3 kali saja. dialog pula hanya 5 line yg pendek saja. namun begitu, daripada 3 kali saya keluar tu, 2 daripadanya menghendaki saya menggelincirkan diri, iaitu menjatuhkan diri sendiri dgn menggelabah gile. pertama, masa scene 2, bila pengawal begitu terkejut mendengar anak raja ingin membunuh adik kandungnya sendiri. takde ape.


kali kedua, agak serius. saya perlu menunjukkan reaksi kelam kabut yg teramat, utk melaporkan perkara tersebut kepada sultan. saya perlu berlari2 dan menjatuhkan diri utk memohon ampun dari sultan sebelum memulakan kata2. nama pun menjatuhkan diri, memang jatuhlah. dlm 1 practice di LT, saya pun menjatuhkan diri, menunjukkan gaya kelam kabut yg teramat. sebaik tamat part saya, terasa sakit di bahagian lutut, tempat saya bertapak semasa jatuh tadi. luka sebesar duit 50 sen, namun pedihnya berlarutan byk hari. terkodek2 saya hendak menunaikan solat.


watak kedua saya ialah pahlawan seruan. hmm. entahlah. nak letak nama ape pun tak sure. tapi basically, pahlawan tu ada 2 org, saya dan seorang lagi hamba Allah. pahlawan ini saya namakan pahlawan seruan kerana terdapat bunga2 silat yg perlu ditarikan utk menyeru kami berdua. dlm Gempita Mimpi Sulaiman, pahlawan dikehendaki menentang garuda. kali pertama mendengar perkara tersebut, saya taklah hairan sangat. namun, sampai ke hari di mana kami perlu mereka cipta sebuah perlawanan dgn garuda, sebanyak 3 ekor, baru saya memikirkan beberapa aspek seperti kesusahan nak memikirkan pergerakan, costume garuda, kesesuaian, dan sebagainya. belum pernah lagi terlintas di fikiran manusia menentang garuda. cari di youtube pun takde. yg ada hanya final fantasy, aksi menentang garuda. entah ape2 je.


setelah melalui beberapa kali evolusi, sebuah perlawanan 3 org bertemu 3 garuda pun dapat dihasilkan. ketiga2 manusia bersenjatakan tongkat pendek, parang, dan keris. saya menggunakan tongkat pendek. utk itu, saya perlu muncul secara tiba2 dari belakang curtain, sebaik diseru.


percubaan pertama. saya memilih cara berguling keluar. 3,4 kali buat, belakang saya mula sakit di bahagian tulang bahu. balik ke kediaman, sudah mula membengkak sedikit. keesokan harinya, saya mengadu pada kawan saya yg saya berlatih fighting scene. mereka cadangkan saya melompat masuk saja. walaupun agak tak menarik, saya terima. kalau tak, entah retak ke ape tulang bahu saya setelah tamat bangsawan. nak tak nak, saya buangkan aksi bergolek dalam semua pergerakan saya semasa menentang garuda tersebut.


langkah seterusnya. memikirkan pergerakan yg sesuai. garuda, dan manusia. kedua2nya kena fikirkan. pada ketika itu, hanya terfikir, apalah sgt pergerakan yg seekor garuda boleh lakukan. 2,3 kali berlatih, sudah dapat satu set perlawanan. seronok2 berlatih, rupanya kami berlatih tanpa kehadiran watak garuda, buat2 sendiri je. garuda2 pada mulanya kurang memberikan komitmen. dan mereka ialah budak jan intake, atau batch 11.5. barangkali, mereka agak pelik, sudahlah baru masuk, kena join drama, jadi watak garuda pulak tu. kalau sayalah, saya akan merasa sgt pelik.


2 lagi kawan saya utk fighting scene itu dapat melakukan golekan dgn baik sekali. jeles saya tengok. sekali saya cuba, bengkak di tulang bahu yg baru nak surut, membengkak semula. aduh. taubat tanak buat lagi.


entah mcm mana, 1 hari saya terfikir, perlawanan dgn garuda yg sudah tercipta itu bagaikan terlalu sistematik. lalu saya suarakan pada 2 kawan tersebut, dan mereka mempersetujui saja utk dirombak set perlawanan itu. tak lama. idea tersebut tercetus petangnya, sebelum malam dah tercipta set perlawanan yg baru. agak menarik saya kira, banding dgn yg sebelumnya, malu rasanya nak tengok rakaman itu.


hari2 menjelang real day berlalu dgn agak meletihkan. 3 hari sebelum bangsawan, saya diserang demam. bangun2 tido terus rasa tak bermaya. sudahnya, ada kelas yg terskip. malam harinya, tiada latihan. hanya hari mencuba costume. berwarna warnilah LT2 ketika itu dgn costume watak2. yg royal family, tengkolok 3,4 jengkal ke atas tingginya. mekap sana, mekap sini. pelbagai jenis janggut buatan dapat dilihat. dlm demam2 itu, saya terpaksa berlatih sendiri dgn garuda2, memandangkan banyak lagi perkara2 kecil yg perlu diperbaiki. berpeluh, kurang rasa demam kejap. habis berlatih, demam dtg balik. tak bermaya. tido awal malam harinya, sebaik tiba di kediaman.


keesokan harinya, demam dah kebah. benda lain pula dtg. bangun pagi2, perut terasa sebu. bergegas ke tandas, menadah mulut di mangkuk jamban, muntah. air liur saja yg keluar. peritnya memang terasa. selepas breakfast nasi goreng dgn banyak, beberapa minit selepas tiba di kediaman, nasi goreng yg dijamah tadi keluar semula, beserta dgn air milo tadi. tak dapat diceritakan bagaimana rasanya kalau muntah2. langsung tengahari, tak makan. dinner pun.


muntah2 mula berkurang keesokan harinya. sebaliknya diganti dgn sakit perut a.k.a cirit birit. kelas pun ada yg terskip. entah berapa kali hari tu saya ulang alik ke tandas. sakit perut berlarutan sehingga 2 hari. sehinggalah hari full dress reherseal.


walaupun utk watak pahlawan, saya hanya perlu berlawan sekali harung saja, dlm kurang 2 minit itu, namun memang meletihkan. apalagi, evolusi set perlawanan yg baru ini memerlukan saya bergolek 2 kali. entah kenapa, tak rasa sakit lagi bila bergolek. penggunaan kayu utk sebagai senjata pun dipelbagaikan lagi. utk itu, saya perlu seakan melempar kayu itu sebelum bergolek. dan saya perlu mengelakkan kayu itu bergolek ke tempat lain sebaik dilempar. maka, saya letakkan semacam gam di hujung tongkat itu, supaya ia tak lagi bergolek jika dilempar utk saya lakukan golekan.


semasa berlatih di atas stage, semasa giliran Garnet utk menggunaka Great Hall, saya berpuas hati. walaupun terkejut juga pertama kali kerana ruang yg diperuntukkan utk berlawan sgt kecik. merungut juga dlm hati, kata perlawanan menentang garuda, 3 ekor pulak tu. hah. terkulat2 kami memaksimumkan ruang yg kecik tersebut.


full reherseal day. kain penutup muka mengehadkan pernafasan saya. gam yg haritu saya tandakan di hujung tongkat hilang entah kemana siapa yg mengusiknya. geram tak terhingga. semasa fighting scene, seperti biasa, sebelum golek, saya lempar dulu ke hadapan tongkat itu, utk dicapai semula selepas bangun dari golek. malang sekali. ketiadaan gam tersebut di hujung tongkat. saya lempar tongkat, golek, dan bangun semula, tongkat takde di sisi. sudah. pelbagai sumpahan saya hamburkan dlm hati terhadap siapa yg membuang tanda gam tersebut. melilau2 mata saya di atas stage, mencari tongkat yg dah bergolek entah ke mana. sudahnya, entah apa2 pergerakan seterusnya yg terhasil. sgt geram. habis scene fighting, saya ke belakang stage, duduk mendiamkan diri tanda geram yg amat sgt, siapalah yg membuang tanda tersebut. bukan apa, saya cuba melakukan yg terbaik. sudahnya, kelam kabut sgt di mata director.


semasa berlawan, keluarkan saja suara2 exclamation. habis berlawan, terus ke tepi stage, terus bukak kain penutup muka, tercungap2 menyedut udara segar. hampir lemas dibuatnya.


the real day of bangsawan. pengawal. saya cuba keluarkan suara sekuat mungkin. semasa scene menghadap sultan dlm keadaan kelam kabut, menjadi saya kira. memang saya agak gementar ketika itu, dan nafas pun agak tak teratur. dan memang itu yg kena saya buat sebenarnya. saya cuba elakkan jatuh di bahagian lutut dulu.


habis gaya kelam kabut saya, terus ke belakang, menukar costume pahlawan seruan yg complicated. kalau pengawal tadi, yg hanya berbaju melayu, berselempang, berbengkung, serta bertengkolok saja, pahlawan memerlukan banyak. penutup kepala, yg saya ambil dari kain tengkolok silat cekak, kain penutup muka, kain melilit bahagian pergelangan tangan kiri dan kanan, yg perlu dililit dgn kuat supaya tak terlerai semasa berlawan, bengkung yg perlu dipinkan, baju layang juga perlu dipinkan. tak banyak sgt kot. tapi susah nak pakai. sekali lagi kelam kabut mengenakan pakaian yg bermacam2 itu.


semasa berlawan, terskip beberapa step. lawan garuda saya ketika itu kelihatan agak terkejut kerana saya buat bukan mcm dlm latihan. padahal, saya sendiri berkali2 ingatkan mereka, sang garuda2 utk tak lupa step masing2. tapi saya sendiri yg terlupa. ruang di atas stage berubah lagi, memanjang, tapi tak lebar. agak sempit. saya nak pusing2kan kayu pun tak muat. real day. apa lagi, redah saja. golekan menjadi, tanpa kesakitan. tongkat pun tak bergolek ke tempat lain. ketika itu, hanya terfikir nak habiskan cepat saja.


Kategori koreografi akhirnya dimenangi oleh House of Sapphire.





No comments: