14 February 2009

kali kedua


alamak. sebenarnya tag ni dah pun saya buat dlm facebook. so, saya cuma copy jelah apa yg dah saya taipkan dlm notes dlm facebook tu. tapi mungkin yg ni ada sedikit perubahan@tambahan.

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.


****************************************************************************


1. kuat makan.kalau di dining hall kolej, ketikamana takde mood, paling kurang 2 senduk setengah nasik.kalau dinner dgn western menu, saya makan biasanya dekat pukul 8. sebelum pukul 9 lagi perut dah mula rasa lapar. begitu jugak breakfast hari Jumaat, roti canai sekeping sorang. sampai ke kediaman selepas balik dari dining hall je perut mula mengeluarkan reaksi lapar.

2. makan dgn slow. ala2 sopan gitu. paling sekejap 10 minit. paling lama 30+ minit. ditambah pulak lagi dgn borak2 dan gelak ketawa bila makan dgn member.


3. berat badan : 59kg (timbang awal bulan 1 dulu). BMI ideal (lowest level of ideal). keadaan ini selalu membuatkan kawan2 saya berasa hairan dgn ketidaknaikan badan saya, bahkan kelihatan kurus kering pula. entah. saya sendiri tak tahu jawapannya mengapa.

4. love to play, sport-related games.bkn computer games.

5. rabun jauh dan malam. kanan : 500. kiri : 600 or the other way round.tak ingatlah. kalau saya melihat dgn tak memakai apa2 alat bantuan, saya hanya akan cam org berdasarkan fizikal, suara, warna baju dan seumpamanya. jgn terasa ya jika saya tak menegur anda seperti selalu dlm keadaan mcm tu.hehe.

6. senang nak senyum dan ketawa. saya cakap atau buat lawak, saya sendiri gelak.

7. susah nak senyum dan ketawa. org cakap atau buat lawak, baru saya gelak.

8. prefer to remain silent most of the time.

9. paling suka warna biru.biru perlahan, biru terang, biru gelap, biru itu, biru ini, bla..bla..bla..hitam dan kelabu tak ketinggalan jugak.coklat ke, ish, banyak la pulak.merah pun bolehla sikit2.yg penting, gelap.

10. suka maths.

11. tak suka stats. i got B for S1 :( begitu juga semasa kertas Matematik Tambahan di zaman SPM dulu. dlm banyak2 soalan, soalan stats yg saya tinggalkan.

12. masa form 3, belajar accounting dlm kemahiran hidup, saya pernah kata, "aku naik form 4 nanti, jgn harap nak masuk kelas accounting. apalagi nak belajar"

13. kurang minat membaca. saya menghadapi masalah yg besar utk mempelajari subjek Sejarah semasa di sekolah menengah. tamat saja kertas Sejarah 2, saya kata dlm hati, lepas ni aku takkan jumpa Sejarah lagi, dgn seronoknya. akan tetapi, di KYUEM, subjek Malaysian Studies ialah suatu kemestian utk diambil. nasib baiklah hanya utk lulus.

14. saya tak tahu nama2 kereta yg ada, baik di Malaysia, mahupun negara2 lain. kalau anda bersembang dgn kereta dgn saya, anda telah tersalah pilih org utk bersembang. begitu juga dgn nama ikan. apalagi nak memilih ikan yg baik di pasar. pakai makan saja.

15. cepat penat. kalau nak sport, kena pilih sukan yg tak banyak berlari. main atas court je. volleyball atau sepak takraw contohnya. walaubagaimanapun, saya pernah mempunyai stamina yg agak tinggi, selapas pulang dari PLKN. namun, tak dijaga, ia kembali seperti level yg asal.

16. kalau saya emo, benda2 wooden akan jadi pilihan utk saya lepaskan penumbuk sekuat2 hati. sbb bunyinya kuat.hehe.selalunya benda2 kat chalet, eg : meja kat common room, partition bilik, pintu bilik, etc. dilarang tiru aksi ini di mana2 pun. dulu kawan saya pernah tiru saya. bila dia emo, die tumbuk softboard kat kelas. akibatnya, tulang jari kelingkingnya lari.

17. suka menjeling. kalau saya jalan seorang diri, dan rasa ada org di belakang, cukuplah saya jeling saja, utk memastikan ada ke tak org di belakang saya, tanpa mengambil tahu siapa dia.

18. saya dulu soka botakkan kepala hinggakan ada senior di sekolah dulu memanggil saya skinhead. dan bila botak itu dicampur dgn spek mata tebal, kawan2 memanggil saya 'old school'.

19. senang terjaga tgh malam. lagi2 kalau kunci jam. senang jugak nak tido balik. tapi, pernah je, saya kunci jam pukul2 pagi, pukul 4 lebih baru saya dgr bunyinya.

20. haritu, chalet saya menang chalet terbersih. bila saya bagitau kawan, ada yg reply, "ala, tu pun sbb ade die tu.." . nak tanya, ada muka pemalas ke saya ni?? (bengang.huhu)

21. saya suka gadget.

22. di KYUEM, bila bahang cuti dapat dirasai, ada yg bertanya saja2 pada saya, "Eh, Iman. ko balik mana cuti ni?Kelantan?" (ada org lain mengatakan Terengganu). bila saya menggaru kepala dan berkata rumah saya di Ipoh, mereka katakan, "Oh, entahla. muka kau macam ada muka Kelantan je."

23. saya akan mengambil masa biasanya 15 minit utk bersiap ke kelas. kalau campur sakit perut, berangan2 sikit sambil bersiap, dan masa diperuntukkan utk berjalan ke kelas yg jauh, totalnya boleh mencecah 20-30 minit.

24. saya sgt memilih utk membeli baju/seluar. basically, ianya disebabkan harga.

25. saya menyeret kaki semasa berjalan.terutamanya bila memakai selipar dan dan berkaki ayam.sampai chaletmate saya kata, "kalau aku sorang dlm bilik, tutup pintu, n then ada chaletmate yg balik, kalau dgr kaki seret2 tu, iman la tu."



No comments: