21 February 2009

geram


Kesibukan utk menumpukan perhatian terhadap pelajaran menyebabkan seringkali hanya diharapkan cuti hujung minggu utk mengupdate blog.

Namun hari ini telah tiba. Long weekend. Ah. Malam harinya telah saya 'belanjakan' dgn menaip post utk blog ini. mula2nye teringat mahu ulas pasal kunjungan sponsor saya ke kolej yg terletak di tengah2 entah di mana (middle of nowhere). di mana kedatangan mereka itu membuatkan saya hairan sedikit kerana tiada satu pun antara mereka 2 org yg saya ingat namanya. seorang itu saya cam mukanya, seorang lagi, nampak muka pun tak pernah rasanya. namun, saya mengambil initiatif menyimpan contact info mereka. beserta nama obviously.

tiba2 saya rasa macam takde idea pulak pasal tu. ah. tukar tajuklah. lapor pulak pasal perlantikan committee baru Persatuan Silat Cekak. taip punya taip, rupanya, baru saya teringat yg saya tak ingat banyak nama di antara mereka. sudahnya, post itu saya tinggalkan kosong dan akan dirujuk semula nanti.

suasana di chalet ketika itu sudah pun suram. diam aje. 2 dari ahli p20 pergi menonton teater Puteri Gunung Ledang, di bawah Malay Cultural Club. seorang lagi sedang study. suasana itu mengantukkan saya dengan mudahnya. ditambah pula dgn hujan yg baru berhenti.

Pagi sabtu ini, setelah sekian lama memerah otak memikirkan ayat, akhirnya dapat juga blog http://imanmanan.blogspot.com diupdate. memakan masa yg agak lama, kerana dicampur dgn tidur dicelah2 usaha menaip post. gara2 connection wireless internet yg troublesome.

fuh. taip punya taip, dah siap dgn saiz, warna, dan sebagainya. lebih kurang tengahari juga baru dapat dicompletekan.

publish post.

selang beberapa ketika.

Error. cannot accept this tag "...." .

Ah. perkara biasa saya alami. biasanya saya akan tekan buangkan saja error dlm html code tu. ok. saya buangkannya.

tekan balik.

publish post.

sekali lagi keluar benda annoying yg sama.

Error. cannot accept this tag "...."

Ah. keluhan sudah dikeluarkan.

akhirnya, setelah berbelas2 kali publish post dan error, barulah dapat dipostkan dgn selamat dan jayanya.

post published! view blog.

saya klik pada view blog.

belum habis lagi diproses, sudah mula nak bengang.

sumpahan2 sudah mula keluar dari mulut terhadap blogspot. penat2 berjam2 saya taip dan tidur tadi.


hasilnya :

tulisan entah jadi tulisan apa. kejap tulisan ini. paragraph berikutnya tulisan lain pula. bukan seperti yg telah disetkan.

warna entah ke mana.

jarak di antara paragraph dah hire wire.

betapa frustratednya saya ketika itu.


chalet sudah kosong. chaletmate pergi lunch. apalagi, dinding partition menjadi mangsa. suatu sepakan dilepaskan.


bam!


hasilnya : hati yg sakit, kaki pun sakit.

padan muka saya.


moral : jgn marah tak tentu hala



No comments: