15 April 2012

ujian, kaffarah dosa


Tinggal beberapa bulan je lagi sebelum pengajian ijazah sarjana muda saya akan berakhir di University of Warwick. Kesempatan cuti musim bunga 2012, dengan sedikit duit yg ada, alhamdulillah saya buat keputusan utk menjelajah sedikit bumi Allah ini. Apalagi bila mengetahui abang saya yang baru menamatkan pengajiannya di Kaherah, Mesir, akan pulang ke tanah air tak lama lagi, lalu tergerak hati utk menziarahi beliau, isteri sekeluarga.





Piramid, tinggalan keangkuhan Firaun



6:11


Katakanlah (wahai Muhammad); "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat (yg menimpa) orang-orang yg mendustakan (Rasul-rasul) itu"

[Al-An'am : 11]


Cuti musim bunga, lebih kurang Febuari - April setiap tahun di UK, cuti terakhir sebelum berdepan dengan peperiksaan akhir utk ijazah Perakaunan dan Kewangan. Dengan tidak banyak pengetahuan berkenaan kesibukan dan perkara2 lain yg akan mendatang, saya buat keputusan utk misi ziarah tersebut sejak musim sejuk lagi, Disember 2011. Tiket tak la murah, namun relatively murah dengan sahabat saya yg pernah membayar sehingga £300 utk tiket pergi-balik. Saya, alhamdulillah dapat £245 sahaja utk 13 hari di Mesir, bumi Anbiya bermula 21 Mac sehingga 3 April, dengan transit di Munich, Germany.


Excitement makin dirasa, minggu demi minggu. Namun, bukan mudah, kerana banyak benda yg perlu ditempuhi menjelang tarikh tersebut. Sedangkan dalam sedetik pun seseorang boleh berubah 180 darjah, inikan pula berminggu2, macam2 boleh jadi.


Tamat di universiti, kerja. Itu kebiasaan yg sudah dterima semua. Hari demi hari, makin heboh di Facebook, medium yg boleh dikira pantas dalam menyebarkan dakwah, di samping fitnah. Saya tertarik dengan Careers Fair anjuran pertubuhan pelajar UK dan Ireland, UKEC, yg sebelum ni saya tak ambil tahu sangat. Maka berlumba2 la bakal2 graduan UK dan Ireland waktu tu mengejar dunia, menghantar curricular vitae (CV) masing2 utk permohonan kerja, mahupun internship.



UKEC Careers Fair, event tahunan


Lebih kurang seminggu selepas CV dihantar, saya terima emel pertama, jemputan ke interview bersama Axiata Berhad, kalau tak silap. Terkejut bercampur gembira jugak, memikirkan CV yg dibuat haritu, takde pape sangat pun. Beberapa tawaran interview lain mula diterima tak lama lepas tu, seperti CIMB Bank, Security Commission, Sime Darby, PwC, Ernst & Young, Astro, Citibank, dan Khazanah Nasional Berhad, yg semuanya syarikat2 dari Malaysia yg turut akan menghadiri Careers Fair di London pada 1 April nanti.


Guna 'jemputan', macam jemputan kahwin pulak. So, guna 'tawaran' la, hehe. Dah la sekarang musim teman dan kenala berkahwin. 


Beberapa tawaran terpaksa ditolak, meninggalkan 2 sahaja dari hampir 10 tawaran yg diterima, iaitu PwC dan E&Y, seperti yg disarankan oleh pihak penaja, Petronas, atas alasan mereka itu antara 4 syarikat perakaunan yg terbesar dunia, lalu kedua2 mereka menjemput utk saya menghadiri interview di London, pada 29 & 30 Mac, dan 2 April.


Ya,  29 & 30 Mac, dan 2 April.


Macam mana saya nak pegi, sedangkan saya dah beli tiket utk pulang dari Egypt pada 3 April, iaitu setelah Careers Fair dan semua sesi2 interview sudah tamat! Masalah saya yg pertama sudah tiba.


Lalu saya emelkan pada Penasihat Pelajar Petronas, Encik Shahfree Yusof namanya. Peluang datang sekali je katanya, "nanti tak tau lagi macam mana. Fikir baik2 Nuriman.."



Bersama rakan-rakan se-Petronas di London. Encik Shahfree, duduk, pertama dari kanan.


Hmm.


Saya pada mulanya, berkeras, hendak kekal dengan niat asal. Seorang demi seorang rakan saya minta pendapat mereka. Pada saya, rezeki Allah itu ada di mana2, tak perlu ditakutkan. Namun, ada yg berpendapat, Egypt tu, bila2 pun boleh, interview ni bukan ada dah lepas ni, dsb. Saya mula berfikir, di samping mula merasakan sedih kerana terpaksa menghadapi pilihan sebegitu yg pada saya, berat. Rasa macam nak cancel terus, nak balik UK kejap di tengah2 percutian, dsb. 


Memang pada mulanya, saya propose jugak pada kedua2 syarikat tersebut utk melewatkan tarikh yg ditawarkan, begitu juga dengan agensi penerbangan, utk mengawalkan tarikh balik, namun tidak berhasil. PwC pula sudah seakan2 tak mahu ambil tahu lagi dah permohonan saya, kerana tak dapat menghadiri tarikh yg ditawarkan.


Berhari2 berfikir, sampailah suatu hari, saya menerima kunjungan kawan dari Manchester, yg kebetulan singgah menginap di rumah saya selepas menonton kejohanan badminton All England yg disertai oleh Dato Lee Chong Wei. Lalu mencadangkan supaya beli tiket satu hala je, balik awal dari Egypt la kiranya, memandangkan saya tak berkira sangat pasal duit. Lalu saya emelkan sekali lagi PwC yg saya boleh balik awal, dan mereka akan memberikan tarikh yg baru.


Namun, masalah tak selesai di situ. PwC Malaysia, salah satu yg saya mohon, masih belum memberikan tarikh interview yg baru, setelah saya maklumkan pada mereka sebelum ni yg saya tak dapat hadir pada tarikh yg ditawarkan pada mulanya. Jenuh emel, katanya hendak menelefon pada waktu2 tertentu, namun bila ditunggu, takde. Benda yg sama berlanjutan 2,3 kali. Makin lama tunggu, tiket satu hala yg ingin dibeli menjadi semakin mahal.



Bermuhasabahlah mengenangkan dosa setiap kali ditimpa kesusahan


Akhirnya, tiket balik satu hala hanya dapat saya beli pada malam sebelum saya nak bertolak ke Egypt esoknya, 31 Mac, jam 8.55 am, dengan harga yg hampir sekali ganda harga pergi-balik, itupun waktu tu syarikat tersebut masih belum memberikan jawapan tentang bila tarikh interview saya. Ada juga niat waktu tu utk pulang lebih awal, kerana ada program besar2an di universiti saya waktu 31 Mac tu, tapi rasa macam sekejap sangat pulak di Egypt, dan macam2 rasa berkecamuk dalam kepala. Tapi apa kan daya, saya akur juga dengan kesempitan wang yg dialami ketika itu, utk memilih tiket yg lebih rendah harganya. Beli tiket online, pejam mata jela dengan harganya, dan lupakan terus. Namun, masih sedih memikirkan pilihan berat yg dihadapi.


Alhamdulillah tak lama lepas tu, PwC membalas emel saya utk menawarkan tarikh interview pada 3 April, hari yg sepatutnya saya balik dari Egypt, siap kata "enjoy your trip!" lagi, kerana dari awal lagi dah maklum yg saya akan ke Egypt.


Tamat dugaan pertama dan kedua. Segala puji bagi Allah.


Waktu berlepas dari lapangan terbang Birmingham ialah jam 7.10 pagi, membuatkan saya terpaksa memilih utk bermalam di sana je, keseorangan (after all, memang saya travel sorang2 pun). Tidur yg secara tidak berapa proper menyebabkan saya keletihan yg amat sebaik naiknya ke dalam kapal terbang. Namun, disebabkan cuaca yg agak kurang baik pagi tersebut, penerbangan terpaksa ditangguhkan selama 20-30 minit. Menurut juruterbang lagi, penumpang yg ada penerbangan bersambungan, akan dimaklumkan berkenaan kelewatan tersebut.


Oh, baguslah kalau camtu.


Lebih kurang 7.40 pagi, kapal terbang mula bergerak, dan saya tanpa buang masa lagi terus melelapkan mata.


Sudah dijangka, ketibaan di lapangan terbang Munich pun menjadi lambat. Masing2 bersesak2 hendak keluar, dan ada juga antara penumpang yg akan menyambung penerbangan ke Jeddah, utk menunaikan umrah barangkali. Tiba-tiba ada seorang staf yg memanggil2 penumpang sambil menyebut "Jedda, Jedda" dalam keramaian tu macam dekat pasaran stok, barangkali merujuk pada 'Jeddah'. Lalu ramai penumpang mengikut panggilan tersebut. Saya pun macam la tak penah naik kapal terbang, pegi la ikut jugak. Tak lama lepas tu, baru saya sedari yg diorang memang nak ke Jeddah, apa kejadahnya saya nak ikut pulak. Baru tercari-cari sambungan penerbangan ke Cairo, sambil bertanya-tanya staf2 yg ada. Bila mereka respon 'tidak tahu' dengan penerbangan saya, saya mula panik. Akhirnya seorang staf mencadangkan utk saya tengok di tiket, dan rujuk pada papan maklumat, macam yg sepatutnya dibuat. Haih, buat malu je.




suasana di pasaran stok yg sibuk, riuh dengan manusia yg mahukan dunia


Aneh, sesampainya di gate yg dimaksudkan. Kosong. Hanya ada seorang staf yg menjaga kaunter. Sebaik saya bertanya, dijawabnya gate sudah ditutup, walaupun saya hendak masuk juga. err...




apa??? terlepas flight???


.... 


Mati akal kejap. Saya dah beritahu pada abang saya yg saya akan tiba jam 3.50 petang. Langsung teringat kisah lama saya yg pernah tersangkut di Sri Lanka, kerana penerbangan yg ditangguhkan juga.


Saya berkeras, menyatakan sebab kelewatan tadi, katanya sudah dimaklumkan, dsb dengan staf tersebut. Alhamdulillah dicadangkannya pada saya utk ke Customer Service, lihat apa yg boleh dilakukan. Katanya, penerbangan seterusnya ke Cairo ialah dalam masa 3 jam. Lega. Hidupkan phone, roaming data, maklumkan pada Facebook abang saya yg saya akan tiba pukul 6.40 petang pula.


Selesai. Alhamdulillah.



Perjalanan masih panjang. Seribu satu dugaan menanti. Moga Allah ampunkan dosa.