hari2, minggu2 lepas bangsawan agak menenangkan fikiran saya. kalau tak, setiap malam, jam 8 atau 8 suku, perlu ke acad 3, practice. pulak tu berlanjutan sehingga jam 11 paling kurang. makin dekat dgn real day, makin busy. huh. balik kelas, beg kalau tak letak atas katil, tinggalkan saja di atas meja. tambah pulak hari2 menjelang bangsawan, kesihatan saya mula menurun.
namun, tamatnya bangsawan, saya teringat satu lagi amanah yg dipikul. presiden silat cekak hanafi. perkataan presiden macam seolah2 begitu tinggi sekali kedudukannya. mungkin akan jadi lebih rendah sikit kot jika perkataan pengerusi digunakan. ini pernah saya alami di sekolah dulu, bila ketua badan induk, atau badan islam di sekolah saya, yg sebelumnya, sejak ditubuhkan lagi, dipanggil presiden BADAR (Badan Dakwah dan Rohani), kini dipanggil sekadar pengerusi. begitu juga namanya, BADAR diubah menjadi Badan Dakwah dan Kepimpinan, yg kalau disingkatkan menjadi BADAK. namun, disebabkan bunyinya yg agak kelakar dan tak sedap, ianya masih terus dipanggil BADAR. itulah polisi sekolah saya dulu yg banyak ditentang oleh senior2, bahkan super senior yg sudah meninggalkan sekolah. ok. cukup pasal sekolah lama.
tamatnya bangsawan bermakna bersambung kembali kelas silat cekak yg sudah lama tertangguh. yg langsung takde sepanjang bangsawan punya latihan. fuh. yg masalahnya, komitmen dari ahli2 sudah mula menurun, dan buah2 pula confirm tak ingat punya. tu sedikit sebanyak menjadi cabaran buat saya, bila semasa latihan, ada yg bersikap sebegini, sebegitu. macam2. saya cuba buat yg terbaik, selaku presiden.
namun, setelah berbincang2, dan berfikir sedalam2nya, satu tarikh utk diadakan handover ceremony dapat dipilih, dan classroom yg dibook pula tak menjadi masalah. senang. saya pun suka. semua suka kerja cepat siap. poster pun sudah dibuat, berkaler lagi tu. kali pertama poster silat cekak berwarna, sejak dari awal saya menjadi presiden. lagipun, poster apalah sangat silat ni nak tampalkan. sekadar pemberitahuan hari kelas2 akan diadakan, dan seumpamanya.
hari yg dinanti pun tiba. tanpa pertindihan dgn sebarang program lain, saya rasa bagaikan satu rahmat bila saat melepaskan jawatan akhirnya kunjung tiba. aduh. tak larat rasanya mahu memikul tanggungjawab itu lagi. apalagi, saya sendiri sekarang pun sudah ada tanggungjawab yg sikit, tapi berat. belajar. di samping perkara2 lain.
setelah lama, jarang mengadakan latihan silat, saya berasa sungguh ceria sekali, melihat kehadiran yg boleh dikatakan menggalakkan semasa hari tersebut, yg diadakan pada malam hari. ada yg sudah memegang jawatan dalam House masing2. ada juga yg sudah memegang lebih dari 1 jawatan dalam kelab2 yg lain. ada juga yg sudah tersenarai dlm list nama utk Hicom MUSCOM. tak ketinggalan juga yg baru terlepas peluang mendapat tempat dalam House committee.
semua memberi kerjasama. segalanya berjalan lancar, walaupun ada juga yg ada sedikit alasan yg tak dapat dielakkan, terpaksa datang agak lambat sedikit. secara keseluruhannya, saya agak berpuas hati dan senang sikit hati, kerana jawatan presiden sudah pun bertukar. namun, ada sedikit lagi yg perlu dibereskan. meeting dgn advisor, mr amran dan juga sedikit briefing tentang kelab, dan prosedur2 utk menempah MPH utk latihan silat, dan beberapa perkara lain. then only saya boleh melupakan segala2nya. trial exam pula sudah dekat. walhal, belajar pun masih blur2 lagi.
mr president
afiq jaafar sidik
vice president (m)
shukri sapuan
vice president (f)
syikeen
secretary
ku nurul izzah
treasurer
tun zarul tun zaabah
class monitor (m)
izwang
class monitor (f)
aleed
welfare unit
afiq jaafar sidik
vice president (m)
shukri sapuan
vice president (f)
syikeen
secretary
ku nurul izzah
treasurer
tun zarul tun zaabah
class monitor (m)
izwang
class monitor (f)
aleed
welfare unit
aini
umu
umu
kepada committee2 baru, tahniah dan buat kerja elok2 ok. handle kelas, majlis ijazah baik2, baik2 la dgn mr amran dan abg sarip MPH, dan sebagainya. kami Hicom2 senior memohon maaf atas segala tersalah kata, tersasul sana, tergeliat lidah sini, terguris hati dan sebagainya. kepada zarul yg menjadi treasurer, nantikan kepeningan tugas anda!
2 comments:
salah la wey...
syikeen yg vice pres dgn syukri...
izzah secretary...
yg laen ak pun x ingt gak...
oh!
welfare aini n umu...
class monitor...
err,aled kalo x silap...
Post a Comment