30 December 2009

susah ke?

sebulan 1 post. menarik.


ok la. ada alasan. laptop saya rosak.




ini laptop saya. hp pavilion tx2032au. wah. best memakainya sbb agak cool,boleh dilipat menjadi tablet. dgn saiznya yg 12 inci, saya beli ini dulu sbb ianya kecil dan tablet pc. ia dah menerima pujian dari kawan2 lain.


uih, cool dowh laptop ko! bape ko beli ni? contohnya.


biar saya review kejap.


best sebab:

- touch screen. walaupun tak sesensitif Iphone mahupun Nokia N97 saya, tapi ia nampak cool. walaupun jarang digunakan, tapi rasa ia sgt berguna bila digunakan. haha. paham ke?

- ade remote control. kalau present power point, nak ke next slide, tekan saja remote dari jauh. kalau pasang music player, tekan je remote kalau nak tuka next song. remote ini boleh jugak guna kalao pasang DVD. nak stop, play, play faster, dan sebagainya. remote ini boleh disimpan di satu slot pada laptop ini sendiri. takyah risau hilang ke ape mcm mouse.

- sudah touch screen, mesti ada stylus pen. ya. tapi tak guna sgt pon. pen pun boleh disimpan di badan laptop sendiri. siap ada tali lagi ikat padanya, supaya tak hilang. ah. tali. semak aje.

- touchpad dgn keyboard dia mmg best. keyboard tu, kalau tekan, rasa mcm bounce balik. haha. sedap ar taip.

tu je kot utk masa ni.


yg tak bestnya:

- processor AMD yg zaman lama punya. org kata AMD bagus utk gaming. tapi saya tak main game, tp pakai biasa2 pun kadang2 agak slow. yes. lambat respon.

- berat. yes. almost 2kg. cam tak padan dgn saiznya 12 inci. tak mobile.

- ada lagi beberapa. tapi tak dapat nak ditulis skrg. hehe. dan yg berikut ini pun salah satunya.


betul kot. laptop aku rosak. switch on, lampu2 LED semua menyala. bunyi kipas kedengaran. tapi..


gelap. tiada apa yg muncul di skrin.


dang.


sebelum ni mcm ni jugak jadinya. tp bila direstart, hidup. gambar keluar. selang beberapa kali ditutup, bukak semula, masalah yg sama jadi balik. perlu direstart beberapa kali baru muncul paparan di skrin. simptom la tu.


ni bala ape pulak yg menimpa ni.


nah abang saya hantar pada saya gambar ini di facebook.



saya memang cerewet bab membeli. kalau nak bershopping, pasti makan masa yg lama. 2-3 jam. hah. bila kata shopping, mesti terbayang supermarket, shopping mall, kedai2 baju, seluar, dan sebagainya.


baru2 ini, saya yg miskin seluar ni pegila bershopping seluar sehelai. tak terfikir pun nak membeli something Trafford Centre tu. seluar sehelai. tapi amik masa dekat sejam jugak tu. entah. sebelumnya saya dah spend masa yg agak byk di kedai2 factory outlet yg lain. jualan hujung tahun yg dikenali sbg Boxing Day. haha. gelak sekejap. 3 kereta kami semua. 5+5+4. saya ingat lagi. kereta pertama 5 org, kereta kedua 5 org, kereta ketiga 4 org. kesemua mereka balik dari factory outlet dgn beg plastik di tangan. kecuali saya. entah. tiada nafsu nak berbelanja.


kawan saya pun sampai ade yg bengang.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


dulu, masa kamera baru dicuri, saya terus buat keputusan beli kamera baru.


ha. camtu sekali. tau la PETRONAS elaun banyak. betul. saya tak berfikir banyak. semester akhir di KYUEM hampir berakhir. banyak kenangan yg dapat dirakamkan jika saya beli kamera baru.


Plaza Lowyat menjadi pilihan.


pergi dgn kawan2 lain, yg kebetulannya ada dinner di restoran berdekatan. cuma saya dan 2 rakan lagi menuju ke lowyat. takdela tetibe nak join dinner org. bayar kot.


saya kata dlm hati dgn bersemangat,


beli jugak harini Iman! bila lagi nak ke lowyat!


dang. jgnla desak aku camni dowh. sempat saya bermonolog.


masuk ke pintu lowyat, tak ke tingkat2 lain, memandangkan kamera2 semuanya di ground floor.


dlm hati, tertanya2 jugak. kamera ape yg aku nak beli ni?


pegi usha satu kedai. mostly Olympus. masa yg ada tak byk, dlm 2 jam lebih mcm tu. sementara saya memilih2 kamera, kawan saya 2 org lagi tu pegi la tengok benda lain di lowyat tersebut.


jenuh juga msg2 kawan, tanyakan kamera apa yg bagus. bla bla bla


sejam berlalu.


hampir ke jam kedua.


kawan saya kembali ke tempat saya berada di kedai yg mula2 saya singgah tadi. melihatkan saya yg belum dapat buat keputusan, mereka emo. haha.


masa tu dah nak malam. dlm setengah jam, byk kedai2 yg akan ditutup. saya sendiri cuak, sebab tak buat keputusan lagi. tapi, kamera mesti dibeli harini jugak! haha


tiba2, saya macam nak beli sebuah kamera Canon ni. tp designnya kurang menarik dan 10megapixelnya pun mcm kurang convincing.


kawan saya kata,


weh, kalo ko nak yg ni, aku jumpa kat kedai sana tu, lagi murah dari ni.

tengok kedai yg di sana pulak.


sampai disana, rambang mata jadinya bila tengok kamera lain.


ah, yg ni mesti lagi best dari td!

haii. susahnya buat keputusan. napela saya tak ke kedai ni dulu tadi.


org di kedai itu kemudiannya mencadangkan sebuah Sony. bla bla bla die menerangkannya. saya hanya meng'oo'kannya saja.


habis dia berbla bla bla pasal kamera Sony, Canon IXUS, and in the last minute, die cadangkan pulak Nikon. ok. saya dah confuse.


masa makin singkat. kedai2 lain ada yg dah ditutup.


dgn penerangan yg sikit gitu2 je, last2 saya beli Nikon tersebut, setelah menghabiskan masa di kedai satu lagi tu, dan mendengar bla bla bla dari pekedai tadi pasal Sony.


kawan saya kata


ko ni mmg takleh nak bawak gi shopping la.


saya setuju. mulai haritu, saya tak lagi bawak sesape pon membeli barang2 dgn saya. biarla sorang pon. bukan apa, nanti bosan pulak mereka dgn perangai cerewet saya ni. heh. kalau pegi beramai2 pun, saya akan berpecah dgn haluan sendiri.


kalau di Trafford Centre, saya menghabiskan sejam jugak, cari sehelai seluar, di lowyat saya spent 2 hours or more, asking about a camera, then ended up dgn kamera yg lain, yg diterangkan oleh pekedai tersebut dlm masa 3-4 minit je.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


bila laptop saya rosak, saya resah. nak buat assignment bagai, kebun Barn Buddy di facebook habis dicuri org. hish. nasib baik juga ada handphone yg berinternet 3.5G. bolehla bukak facebook, cek emel, dan seumpamanya.


lama jugak nak buat keputusan beli yg mana. ok. senang. saya bg abang saya, yg pakar pasal komputer2 ni, ciri2 yg saya nak.


mobile, thin, and light. around 450 pounds.


selepas 2 hari, dia dapat cadangkan 2 laptop pada saya. toshiba satellite t130 dan asus ul30a. kedua2nya berkuasa katanya.


bila survey harga, kedua2nya tak jauh beza. bila masuk dgn VAT, harga asus melambung tinggi, sbb harga toshiba yg dipaparkan dah include VAT. dang. tapi saya nak asus tu.


bila dapat peluang ke kedai elektronik, saya cari laptop2 tersebut. nak rasa dgn tangan. ok la. toshiba pun takpe. asus mahal sgt la. dekat 600 pounds dgn VAT tu.


bila menatap toshiba di depan mata, saya diam. ala, keyboard dia tak best pulak! haihh..


di kedai lain, saya berpeluang merasa asus tersebut dgn tgn. keyboard dia lagi aneh despite the metallic looking, and the performance. ok. dah goyah sikit keputusan saya.


kemudian, seorang kawan pula kata, netbook toshiba yg dipakainya slow. even ada review yg saya baca, katanya painfully slow. haha. kawan saya mencadangkan netbook asus.


survey online tengok.


last2 saya beli netbook asus je, setelah ramai kawan dan abang2 saya yg saya call ke Malaysia punya nasihat. ishk.





itu pasal brg2 harta benda saya.




jgnkan pasal all these materialisms, nak menaip post ni pun, dah sampai separuh post ni tadi pun saya dah rasa mcm berubah fikiran, nak select all,delete semua, rasa mcm nak taip pasal lain pulak!




.

06 December 2009

semangat ini yg kita mau ...


2007, saya pernah menjalani Program Latihan Khidmat Negara pada tahun 2007, di KELANTAN. ohh.. saya yg berasal dari Perak tercampak seorang diri tak mengenali sorang habuk pun di kem ketika itu. kelantan pulak lagi. jenis ckp pekat kelantan punya. walaupun ade je from selangor, perak, yg lainnya, tapi bila berckp dgn kelantanese, saya pulak tergaru2 kepala sendirian. tak faham.


dulu, saya pelik jugak budak2 ni. mcm mana lah diorang jawab peperiksaan, SPM ke contohnya. bercakap BM lain, tulis BM yg lain.


pun begitu, siapa dapat halang mereka dari meminati lagu2, nasyid2 yg dialunkan dlm bahasa melayu standard, kalau mereka mmg dah minat. kan? tapi, menyanyi biarlah dlm bahasa melayu standard jugak ye.


berjiran dgn kelantan, Terengganu. ini boleh tahan jugak loghatnya. mcm kelantan (kot), tapi perkataan yg hujungnya 'an' disebut menjadi 'ang'. so, ikan menjadi ikang, dsb.


sesetengah org kelantan mahupun terengganu, mereka boleh berbahas melayu standard, yg ditulis dlm peperiksaan Bahasa Melayu tu. ini kerana faktor sekolah, bila bersekolah di sekolah yg bercampur dgn melayu, bahkan cina dan india dari negeri lain, mereka bolehlah berbahasa melayu sedemikian. namun begitu, bukan kadangkala, selalu jugak terkeluar jugak loghat mereka itu sepatah dua bila bercakap dgn org lain.


special case, yg dari kecik sampai besar bersekolah dalam negeri. tu mmg pekatlah loghat mereka.


tahu cerita lawak? seorang pemandu teksi org Terengganu, yg menyumbat 8 org penumpang dlm teksinya, dgn selamba berkata 'Haa.. baru lapang ...' setelah mengira bilangan penumpang dlm teksinya yg bersempit2an dlm kereta. terpinga2 penumpang yg berasal dari KL, dah sempit gila dikatakan lapang.


*************************************************


hari itu.


saya ada latihan nasyid. bukan saya seoranglah. kami berempat. utk buat persembahan di sebuah event. ah. tatkala saya menulis ini, persembahan sudah pun tamat. hancus. tak mahu ckp lagi. bikin malu saja.


turut menyertai, seorang pelajar 1st year, membuat kursus Applied Linguistic (nama elegan utk TESL), di bawah tajaan Ministry of Education. A namanya.


A seorang anak jati Terengganu. bersekolah dari kecik sampai tingkatan 5 di sana, mmg terengganu habis la. masuk maktab sebelum fly ke UK, bahkan, dah sampai ke UK pun, masih lagi berbahasa terengganu. yalah, geng2 ramai senegeri. atau paling kurang, dari kelantan.


tahu lagu 'Malam'? dendangan Hijjaz. album pertama mereka kot. yg video clip diorang naik karpet terbang tu. heh. ya. lagu itulah yg kami cadang nak bawak. alah. confirm ramai tahu lagu tu. mungkin tak tahu lirik je. takpelah, saya pastekan serangkap dua di sini ya. kalau saya tulis ni, pasti ternyanyi2 dlm hati tatkala mengikuti lirik tersebut. hehe




rangkap pertama, merangkap rangkap intro utk lagu ini.


heningnya suasana maya
ketenangan malam
mendamaikan jiwa
bukti kebesarannya
Yang Esa
Yang Maha Kuasa


disusuli dgn rangkap solo yg pertama, kalau dlm kumpulan Hijjaz, saudara Munif akan memabawa part ini.


malam yg menggantikan siang,
menepati waktunya,

malam, membawa kegelapan

selimuti alam semesta



video


bla bla bla sampai ke akhir lagu.


cukuplah 2 rangkap pertama. selebihnya google lah sndiri ek.



Munif Hijjaz org mana ya? bukan terengganu kan?




maka, petang itu (malam sebenarnya), kami memulakan latihan, walaupun dah terlambat, dek borak2, dan sebagainya.


3...4...


heningnya, suasana maya...(bla bla bla)...



mereka nyanyi bersama rangkap itu. oh, saya diamkan diri. part ni. tu suara2 harmoni yg high pitching bolehla. saya terlebih harmoni. tak boleh masuk lagi. nanti sampai part saya pulak.



fikir saya.


fuh. hebat betul budak2 ni berharmoni. si A pun tak kurang hebatnya juga.






masuk rangkap kedua, yg kalau lagu asalnya dibawa oleh Munif,


rangkap ini disolokan oleh si A. semua bersetuju.



malam yg.....(bla bla bla)......



habis line pertama, rangkap tersebut, masing2 tengah2 feeling2, A tiba2 berhenti.


semua org terhenti jugak.


diam.


muka yg masa menyanyi feeling gila pejam2 mata, terus bertukar neutral. mata terus membulat. aneh. masing2 memandang A yg terhenti nyanyiannya.



nape berenti?





menggantikang ...