baru2 ini berlangsungnya pertandingan dikir barat antara rumah di KYUEM.
saya ini bukanlah org yg mahir dikir barat ini. tapi saya minat ia.
semester2 saya berlalu dgn pantasnya. tanpa saya sedari, sudah semester ke-4 saya di kolej tepi hutan ini. kolej yg tak diketahui pun kewujudannya oleh seorang inspektor yg sempadannya seliaannya turut merangkumi kawasan verdant upland ini.
bercakap mengenai dikir barat, mengingatkan saya pada kenangan manis berdikir barat. sepanjang 4 semester, sudah 3 daripada 4 persembahan dikir barat saya sertai. suatu kenangan yg tak mungkin saya lupakan.
saya bukanlah org Kelantan, yg seringkali disinonimkan dgn dikir barat ini. maka, saya kira mungkin disebabkan itulah soalan Eh, Iman. kau balik mana cuti ni? Kelantan ke? kerap kali juga diajukan pada saya.
pertama, semasa membuat persembahan utk program Batch Anniversary 07. utk meraikan para senior2 yg berjaya menamatkan setahun mereka di kolej terchenta ini. tukang karut, ya. tukang karut ialah peranan yg saya bawakan ketika itu. bergandingan dgn rata2 org Kelantan, saya dgn selambernya membuat yg terbaik. org kata, persembahan ketika itu menjadi. riuh. walaupun saya hanya mengkarut sambil tangan sebelah memegang kertas lirik, dan tangan sebelah memegang microphone. hentam sajalah. bukan pertandingan pun.
kali kedua. sungguh sedih yg ini. sekali lagi saya menjadi tukang karut. entah. mungkin betul istilahnya itu. iaitu semasa pertandingan dikir barat antara rumah awal 2008. senior tugaskan saya utk menghandle pertandingan ini. susah. dgn masa yg sgt terhad, buat pun ala kadar saja. lagu yg saya bawa ketika itu ialah "Seribu Erti".
semasa latihan, bukan main lagi saya tarik2 suara. sungguh bersemangat. wah. rumah saya pasti menang punyalah.
hari pertandingan. dalam 2 org performer, saya akan memulakan dahulu. sedang penonton masih bertepuk tangan sambil meninggi2kan leher utk melihat siapakah yg turut muncul di atas pentas ketika itu, saya terus memulakan Seribu Erti.
Seribu ertiii.... kata... alaf baru bermulaaa....
permulaan yg baik. penonton yg dari tadi bersorak2 memanggil nama2 mereka yg ada di atas pentas, terus senyap sebaik saya memulakan lagu. menjadi. mereka terdiam. tak sangka. liriknya masih segar dalam ingatan saya sampai sekarang. tentunya. kerana ada yg tak diingini berlaku.
baris demi baris saya berjaya habiskan. sehingga menamatkan rangkap yg pertama. hentam sajalah. walaupun awok-awok kurang kelihatan bersemangat.
masuk rangkap kedua.
Seribu tahun.. masa berlalu... kita serupa...
awok-awok pun mengikut sambil membuat gaya masing2
tiba2.
ke....mmm.mmm...mmmmm...
saya terlupa lirik. di atas pentas.
mmm...mmm.........mm...
langsung saya ulang rangkap yg pertama tadi.
tempat terakhir berjaya digondoli. rasa bersalah juga, kerana gagal memimpin kawan2 dgn baik.
kali ketiga. persembahan biasa. persembahan bersempena sambutan Teacher's Day. kalau 2 penyertaan sebelumnya saya menjadi pengarut, kini saya memegang tugas yg agak ringan, tapi memenatkan. pemukul gendang ibu. agak mudah saya kira. gandingan saya ketika itu, yg saya masih ingat ialah seorang ahli muzik dari Pulau Pinang, yg juga mampu memainkan instrumen muzik dgn baik. ini membuatkan saya lagi bersemangat.
ketuk sana ketuk sini, akhirnya, selesai. awok-awok bukan main bersemangat lagi ketika itu. entahlah. nak kata mabuk pun tak tau. saya duduk di tepi ketika itu, bermain instrumen. tak nampak kemabukan mereka seorang demi seorang.
tak susah sangat. semua berjalan lancar.
disebabkan saya perasan macam org lama dlm dikir barat itulah, saya rasa sedikit bertanggungjawab, utk turun melihat pelajar2 junior berlatih dikir barat dalam pertandingan dikir barat antara rumah yg baru2 ini diadakan.
pertama kali saya turun. sehari sebelum pertandingan.
terlopong saya melihat latihan tersebut, di Dewan Besar ketika itu.
superb performance. apa yg membuatkan saya kagum ialah kebolehan mereka menghafal 1001 pergerakan yg complicated. fuh. saya cuma mampu betulkan sedikit2 saja, beri semangat pada sesetengah antara mereka. itupun tiada kesan saya rasa. rasanya mereka sudah tahu semua benda. kalau tak, mana mungkin sudah sampai ke tahap itu.
keesokan harinya.
saya sudah terlewat utk menonton persembahan tersebut. giliran pertama, tapi kedua. agak berlari2 saya ketika itu. tangan sudah siap sedia utk merakam persembahan tersebut. langkah masuk saja ke dewan yg sejuk itu, awok-awok sudah tersusun di atas pentas.
terus saya angkat kamera, tekan butang 'record'.
rakaman saya putus2. dek gagal mencari tempat yg sesuai utk merakam. ah. nanti minta saja pada abg RC tu.
sangat terhibur. ralit saya menonton persembahan tersebut. sambil terlupa kerja Maths yg belum siap.
di hujung program, ketika semua rumah selesai mempersembahkan persembahan masing2, saya sudah gelisah. menantikan keputusan.
keputusannya : tiada apa.
pulang ke kediaman, entah kenapa. saya pula yg rasa sedih!
No comments:
Post a Comment