13 January 2009

siapa?


cerita ini hanya rekaan semata2. tiada kaitan dgn yg hidup mahupun yg mati.

cerita ini hanya rekaan semata2. tiada kaitan dgn yg hidup mahupun yg mati.

cerita ini hanya rekaan semata2. tiada kaitan dgn yg hidup mahupun yg mati.



watak 1 : Iman.

watak 2 : Aidid.


Aidid dan Iman adalah nama 2 orang pelajar. mereka merupakan pelajar A level di sebuah kolej yg pabila menyebutnya kepada kawan2, mahupun cikgu cikgi di sekolah lama, mereka akan membalasnya dgn jawapan yg bukan negatif, bukan juga positif.

Aidid dan Iman berkawan baik. setiap kali bertemu, pasti ada saja lawak yg dapat dihasilkan. selain itu, mereka juga saling bergurau2 antara satu sama lain. kejap2, Iman disakat. di waktu lain, Aidid pula terkena. 

Suatu hari, mereka masuk bersama ke kelas Mathematics. mahu belajar pure maths 3, atau lebih dikenali dgn nama yg menggerunkan, P3. pure maths 3 bermaksud kertas maths 3, kerana kesemua kertas mathematics ada 7 kertas. macamlah kita diwaktu SPM dulu, ada paper 1, paper 2, dan paper 3., subjek sains contohnya. kadang2, dlm kelas accounting, economics, ada juga cikgu2 mengingatkan. katakan sedang belajar sesuatu topik, dan cikgu tersebut menyelitkan, topik ini topik favourite, selalu keluar dlm p3. mendengar perkataan keramat tersebut, ramai yg terbayangkan kertas maths tersebut, yg bagaikan sudah sebati dgn gelaran itu.

panjangnya pasal p3 saja. sambung cerita. dlm kelas p3, cikgunya agak baik, caring, dan sebagainya yg baik2. kadang2 org datang lambat pun jarang dikisahkannya. ramai saja yg selalu lambat. cikgu tersebut pula kadang2 bagaikan malas mahu melayan kerenah anak muridnya. 

biarkanlah lambat. malasla nak denda2, soal siasat dan sebagainya. 

barangkali begitulah katanya. namun begitu, hakikatnya, siapa tahu. pengajarannya, jgnlah dtg lambat ke kelas.

biasanya, sambil mengajar, cikgu akan berborak2 sedikit dgn pelajar2. pelajar2 pula, riuh2 semuanya. lelakilah. perempuan2 bersopan santun semuanya.

berbalik kepada Aidid dan Iman. sudah berkawan baik, duduk bersebelahan pula. memang berboraklah di dalam kelas. baiklah. tidak ramai yg dapat menghadirkan diri ke kelas pagi itu. kelas pagi, memang selalu menjadi mangsa ketidakhadiran pelajar2. tak seperti sesetengahnya atau siapa saja, yg begitu particular sekali dgn punctuality. 

cikgunya boleh dikatakan disayangi ramai, kerana sifat caringnya semasa dlm proses pembelajaran. kalau org tanya sikit, benda yg rasa mcm ala ko ni, tu pun tak tau.. tapi dia lain. siap bagi jalan kerja yg lebih mudah lagi. tak lekang senyuman di mulutnya setiap kali mengeluarkan kata2. nama setiap pelajar dlm kelas, tak payah ditanya. sudah masak dlm kepalanya.

tajuk pelajaran hari itu ialah complex number.tajuk yg besar, tiada dlm buku merah Introducing Pure Mathematics yg berwarna merah tu. notes dan latihan cikgunya photostat dari buku Further Mathematics. dimulakan dgn inroduksi terhadap tanda 'i'. cikgu itu pun berceritalah melakarkan sebuah cerita, bagaimana ahli matematik zaman dulu berhenti dari menyelesaikan X2 = -16. dari situ, diteruskan lagi cerita sampailah ke operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dgn complex number. mcm2 dicoretkan di atas papan putih.

ah. tiba2 cikgu mahu keluar sebentar. tertinggal latihan yg diphotostatnya. lalu berpesanlah dia kepada sekalian umat p3 yg berada dlm kelas pada ketika itu, supaya meneruskan kerja masing2 sebentar.

Iman dan Aidid mula membuka mulut. tapi oleh kerana cikgu baru saja keluar, maka borakan itu lebih berkisar kepada pelajaran ketika itu. 

Iman bangun. menggunakan kesempatan ketiadaan cikgu itu, dan pergi ke papan putih. dia mencapai whiteboard marker yg ada di atas meja. lantas ditulisnya sesuatu, seolah2 mcm menconteng papan putih tersebut. ya. dia menconteng. bukan menulis.

cepat2 dia kembali ke tempat duduknya. Aidid dan sekalian umat p3 hairan dgn perbuatan tersebut. Iman berpura2 menyambung kerjanya sekembalinya ke tempat duduknya. 

cikgu masuk ke kelas. dan seolah2 dapat mengagak, anak muridnya belum lagi menyiapkan kerja yg diberi sebelum keluar tadi. 


eh?

dia terlihat sesuatu contengan di papan putih.

lantas, cikgu itu dgn nada yg bersahaja, bertanya.


Who did this?

tiada jawapan. 

Who did this?


Iman mengangkat tangannya. semua mata tertumpu padanya.

Err..

I did sir!



No comments: