24 January 2009

alhamdulillah...


ada org kata saya ni lambat la update blog. mana taknya, post yg sebelum ni, baru nak bagi laporan pasal bukak semester, padahal ketika itu dah lebih kurang 2 minggu kolej dibuka utk semester baru.


sudahnya, ini lagi satu. mungkin betul kata2 itu. saya baru rasa nak menulis pasal penyertaan saya dalam pertandingan nasyid di kolej sempena Islamic Cultural and Arts Night. walhal, pertandingan ini berlangsung semasa opening program tersebut, dan pada saat ini, bukan saja program tersebut sudah berakhir, dan hadiah2 dah pun disampaikan kepada pemenang2, malah dah berlangsung pula event yg lain. agaknya entah bila saya mahu ceritakan pula pasal result.


saya dapat tahu, house2 lain pun tak mempunyai masa yg cukup utk berlatih nasyid ini. utk pertandingan kali ini, house Garnet membawakan 2 buah lagu. cadangnya 1 lagu utk diminus-onekan, dan satu lagi menggunakan khidmat percussionist.


hari pertama penasyid2 bersidang, terus diasingkan mengikut jenis suara. saya dan newly elected Food Exco of Student Council, saudara Iskandar Top menjadi pembekal suara base. Oggy, setelah 2 kali diajak, menjadi suara harmoni perseorangan, dan Fairosza, Ansari, Asyraaf Raeiz, dan Syafiq menjadi suara biasa. itu utk lagu pertama. memandangkan cadangnya lagu itu akan dibawa dgn iringan minus one, lagu hikmah kembara nyanyian kumpulan Mirwana. best lagu tu. saya masa baru dgr dah tertarik. dan apparently, habis pertandingan, terus saya masukkan lagu tu dlm mp3 tanda minat.


lagu kedua pula lagu yg dicadangkan oleh saudara Izuan Pilus. kalau Hikmah Kembara agak slow, lagu kedua ini agak rancak. dan, obviously, perlukan khidmat percussionists. maka, sebulat suara, tugas saya beralih kepada pemain congga, utk lagu ini, dan menampilkan juga Izuan Pilus sendiri, pemain bonggo terhandal (nasib baik die pegi DOE esok harinya), Hanif selaku pemain tamborin yg tak kurang hebatnya, dan Syafiq pemalu kompang dari Sekolah Sains Teluk Intan. yg lain, dapatla microphone sorang satu. Kashful Azim pula selaku solo sepenuh masa, utk kedua2 lagu.


hari2 sebelum the real day agak memenatkan. lagu Hikmah Kembara selaku lagu pertama, minus-one tak dapat dibuat. handalan2, bahkan dari house2 lain sudah diminta bantuan mereka, utk membuat minus-one utk lagu yg satu ini. semua kata tak boleh. entah kenapa. aduh. sudahnya, semua berpakat utk menggunakan khidmat Izuan Pilus dan Hanif saja.


3 house yg lain tak menggunakan percussion. kami mengambil kesempatan ini utk berlatih di LT1 sehingga jam 11 malam. House of Topaz juga tak jadi menggunakan giliran mereka, maka dgn itu kami sajalah yg berlatih di LT1 mlm itu.



the real day.



saya dapat call, yg menyatakan perlu pakai kopiah putih. sekali lagi. berlari ke kediaman utk mengambil kopiah yg satu, memandangkan ketika itu tayangan video kontroversi dari House of Topaz sudah dimulakan, dan kami menduduki giliran yg kedua utk nasyid. sesampainya ke Great Hall semula, badan berpeluh. mujurlah air cond di situ agak kuat. House of Sapphire sudahpun memulakan Pergi Tak Kembali mereka dan disusuli dgn zikir yg menggemakan Hall dgn suara base Udien dan Jijul.


intro Garnet, membawakan intro sebuah lagu Raihan. dan disusuli dgn lagu pertama. malangnya, technician pada waktu itu, lupa utk dimaklumkan yg kami sudah membatalkan hasrat utk menggunakan iringan lagu asal yg diedit sedikit. mahu menggunakan music instruments sepenuhnya. sebab itu kedengaran sebentar intro asal lagu ini, ketika solo memulakan lagunya.


saya dah gelabah ketika itu. Kash yg sedang mensolo ketika itu cuba menunjukkan isyarat 'tak payah' kepada technician di atas. ah. gimana sih. tiba2 lagu tersebut terpadam pula. lega.


teruskan menyanyi dgn perasaan yg tak best. dalam hati saya kata waktu tu, kalau boleh buat minus one ni mesti best punyalah sambil mengharapkan cepat habis. maafkan kami kepada peminat lagu Hikmah Kembara, kerana kami tak bawakan ia dgn elok.


segalanya berjalan lancar ketika atas pentas. part yg memerlukan Kashful, solo, utk 'tarik', menjadi. tak pecah. haha. saya lega sekali lagi. walhal, ketika latihan, banyak kali juga dia pecah. begitu juga Ansari yg sebelum ini malu2, begitu bersemangat sekali ketika di atas stage.


lagu kedua, saya bertukar posisi. menjadi pemukul congga pula.


layan. itu saja komen saya.


terlalu layan sehinggakan kepala saya tergeleng2 kesana kemari. ada yg mengambil kesempatan mengambil gambar saya yg ketika itu, kemudian ditunjuk kepada kawan2 utk ditertawakan bersama2. kureng sungguh. humiliating.


masuk rangkap kedua, di mana dari rentak yg laju kepada perlahan, saya sudah sedikit lari tempo. ah. pandai2 cover. sudahlah bunyi congga tak berapa dgr ketika itu, ditenggelami paduan bunyi 3 instrument yg lain. cis. patut microphone dihalakan ke saya, tapi saya menolak pada awalnya.


ending lagu tersebut, kami telah memilih dari rancak kepada mati terus, berjalan baik. sekalian pemain instrument dapat mematikannya dgn serentak, dan menjadi, seperti ketika latihan. begitu juga outro. berjalan lancar. lega. alhamdulillah.


habis melalak dan mengetuk2 di atas stage, dtg saudara Syakir, technician, memaklumkan tentang komputer yg rosak, hang tiba2 sebaik memainkan iringan music utk lagu pertama tadi. semua org hairan.


memang kami tak pakai pun lagu tu lah..


hah, yeke?


masing2 hairan sesama sendiri.


kebetulan.



No comments: