Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Semuanya.
Set folio, potong rambut, dan roti krim gardenia. Tak tau kenapa, tapi mengidam pulak roti tu rasanya.
Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Masjid la. Akad nikah
Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Hampir 10x saya baca soalan ni, namun masih gagal memahami kehendak sebenar soalan. Nasib baik bukan mcm soalan exam, yg takde choice lain dah. Nak tak nak kena buat.
Adakah anda dilamun cinta?
Tak.
Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Restoran tomyam …. Lupa nama penuhnya. Tapi paprik dia mmg best.
Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Secret of Mind Power. Saya belinya di Jusco pada awal Julai. Sehingga saat ini, saya telah menghabiskan sebanyak 27 muka
Apakah nama penuh kamu?
Muhammad Nur Iman bin Mohammad Fadzil. Saya dan ayah saya, kedua2 tak memiliki Manan dlm nama masing2.
Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Dulu mak. Skrg ayah. Kalau ada jwpn ‘kakak’, saya akan pilih yg itu.
Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Rasulullah S.A.W
Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
Ramailah. Bak kata afiqah, nanti ada yg kecik hati pulak tak terlist.
Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Dulu, saya pernah kata pd 2 org kawan, chalet saya menang chalet terbersih semasa Health Awareness Week 2008 di KYUEM. seorang kata tahniah, sorang lagi kata ‘ala tu pun sbb ada (nama dirahsiakan)’. Nak tanya, ade muka pemalas ke saya ni?
Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Syurga. Wallahua’lam.
Pelukan atau ciuman?
Rujuk jawapan soalan 4.
Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu
Muka mcm kawan saya, perangai jauh beza.
Tinggi.
Motivated.
Diam berisi.
Periang. Entah. Ye kot.
8 perkara yang amat saya gilai buat masa sekarang
Weblog
YM
Pendrive 32gb
Mp4 ke 5 ntah. Yg touch screen tu.
Handset.
Laptop
Coolpix L18
Takde idea la. 7 jela ye?
8 perkataan yang sering di ucapkan
Emm.
Woh.
Macam.
Ape2 jelah.
Opp! (sambil melambaikan tangan pd org)
Takde.
Opocot engkau!
8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
Formula Solat Sempurna
Wasiat Agama dan Nasihat Iman
Taqarrub Mendekatkan Diri Kepada Allah S.W.T
Pure Mathematics
Mazhab Shafiee
Diari Islam
Reader’s Digest
Concise Student Dictionary
10 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
Haritu minta 5. ini 10 pula. Baiklah, 5 sudah saya senaraikan dlm post ‘tagging’ dlm ‘mengapa’.
Sebuah pertemuan – inteam
Rakan selawat – raihan
Lafaz yg tersimpan – unic
Lebaran ini –brothers
Junjungan mulia
Cahaya selawat
Damai yg hilang
Cebisan kenangan
Dan sebagainya
8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
Bagusnya. Soalan bernada muhasabah. Tapi ‘tahun lalu’ membuatkan saya berfikir dgn mendalam sekali, kerana setahun. Jangka masa yg lama. Begitu juga dgn perkataan ‘pelajari’ membuatkan mindset saya kata ‘ini berkaitan pelajaran ni’. Kesimpulannya, saya pun tak larat nak fakir lama sgt, dlm sgt sampai setahun, maka, ini jwpn saya. Kalau diikutkan, panjang berjela2. tapi ni yg sempat melintas dlm kepala saja.
Accounting
– accounting ratios dan
– costing yg membosankan.
Mathematics
– differentiation yg menyeronokkan
– intergration yg memeningkan
Economics
– market structure yg agak mengelirukan
– national income yg menarik, tapi cepat lupa.
Physics
– gravitational field dan
– circular motion yg best, tapi saya amik Physics AS je.
Mari men'tag' 9 orang lain.
Yg saya nak tag, semuanya sudah ditag. Nak buat macam mana?
No comments:
Post a Comment