bukak saja semester 4, demam bangsawan mula melanda sekalian umat kolej. oh. tidak. org2 tertentu saja barangkali.
[Ah. Saya terpengaruh dgn gaya penulisan seorang blogger terkenal. Jgn kata tiru2 ya. Saya mengaku, saya sudah terpengaruh dgn gaya penulisannya yg menarik itu]
Sebelum sampai kolej lagi haritu, saya sudah hantar message kepada chaletmate. Bertanyakan keadaan di chalet. Perasaan juga berkobar2 utk bermain volleyball, dgn jersi baru. Tak sabar rasanya. Apalagi bulan 2 cadangnya hendak diadakan friendly dgn UTP. Saya memang suka bermain sebenarnya. Setelah 6 minggu bercuti di rumah, takde permainan yg boleh membuatkan badan berpeluh pun yg dapat saya sentuh.
Namun, belum sampai ke kolej lagi, saya sudah dimaklumkan bahawa court volleyball is under construction. Aiseh. Mcm mana nak main ni. Mungkin saya boleh beralih ke table tennis. Sesampainya di kolej, bukan setakat court volleyball, bahkan hanya tinggal padang saja, satu2nya kemudahan bersukan yg ada. MPH langsung tak boleh pakai. Ah. Pening kepala. Entah apa berlaku di dalamnya. Belum lagi dijenguk. Ah. Tak bermainlah aku sebulan 2 ni. Ngeri betul rasanya. Nasib baiklah ada latihan bangsawan kadangkala, di waktu petang. Terisi juga petang saya. Takkan nak ngadap buku. Tak masuk punya.
beberapa jam selepas berada di kolej, bila seorang kawan menyedarkan saya, baru saya perasan.
Nak buat latihan silat di mana?
oh. Baru saya teringat tentang latihan silat yg biasa diadakan pada selasa mlm rabu dan jumaat malam sabtu, bertempat di MPH itu. mulanya pening juga memikirkan. Tiba2 teringat satu tempat yg biasa digunakan sebelum ni, jika terlupa nak book MPH dari Abg Sarip, Oh. Senang saja. Kata saya pada rakan yg bertanyakan soalan itu. Upper foyer. Tempat ini saya hanya reserve in case terlupa book MPH. biasanya saya tak nak terlupa. Sebab lantai di situ jubin pure, yg sgt keras. Jatuh2 semasa bersilat pastinya menyebabkan rasa yg tak menyenangkan pada sekitar badan. Apalagi lampunya agak malap. Lalu saya hantarla message,
silat mlm ni, upper foyer. Do tell others.
tapi balasan yg diterima
upper foyer bukan budak2 props sapphire pakai ke?
sudah. pening kepala dtg kembali. Saya menggaru2 kepala yg tidak gatal. Kalau tadi saya boleh kata senang saja pada kawan, sekarang saya terpaksa beralamak pula dgnnya bila soalan yg sama diajukan kembali. Beberapa hari lepas tu, satu idea lagi dtg dari kawan yg lain. Dia mencadangkan utk berjumpa guru penasihat. Hari berkenaan, dtglah saya ke chemistry lab 2, berjumpa dgn cikgu berkenaan, meminta nasihatnya tentang 2 perkara yg memeningkan kepala tersebut.
nanti saya tanya Mr Shree, kalau boleh guna Great Hall.
saya sudah lega ketika itu. Dgn harapan kedatangan menjadi lebih baik. Mana taknya, berlatih dlm air-cond, lantai berkarpet pulak tu. tak mcm MPH, agak terkuap, lantainya nasib baikla bukan simen pure. Amboi saya kata. Saya dulu berlatih dekat padang rumput tu. Kalau tebal lapisan rumput yg melapisi ketulan2 batu coklat itu tak mengapa juga. Hampir nak pitam pun saya pernah, dek berlatih silat dulu. Bertuah betul budak2 kolej ini.
saya sudah lega ketika itu. Lega sambil terlupa bahawa bukan saja kebanyakan budak2 silat, bahkan saya sendiri terlibat secara langsung dlm lakonan bangsawan, dan perlukan latihan yg acap. pening kepala semula. bangsawan sebenarnya bukanlah bertindih dgn tarikh program apa pun. ok je. yg masalahnya ialah persediaan utk bangsawan yg memerlukan banyak tenaga dan masa utk dikorbankan.
sudahnya, silat MUNGKIN terpaksa ditangguh sehingga bangsawan tamat.
bukannya apa, nanti jurulatih persoalkan pula, tentang kekerapan latihan dijalankan, dan tahap buah ahli silat. belum lagi tanya mereka ingat ke tak semua buah2 silat tu. Kadang2 rasa bersalah pula bila dipersoalkan mcm tu.
Setakat saya melatih budak2 silat, ada kesungguhan yg dapat saya perhatikan utk belajar dari beberapa org. biasalah, mungkin ada yg join just utk suka2. Of course saya boleh lihat ia dari kedatangan, dan sifat inkuiri mereka. Lain2 aspek, saya malas ambil kira. Ada yg kejap datang, kejap tak. Saya terima mereka ada meeting di sana dan sini. Saya juga pernah mengalami perkara yg sama. Kalau saya, biasanya, kalau habis meeting awal, saya akan berkejar ke MPH, utk menyertai latihan. Walhal saya bukan selalu ada meeting apa pun.
Ada juga diantara mereka yg memberi alasan homework banyak. Lantas, tidak dapat menghadirkan diri ke latihan. Saya selalu/kerap/banyak kali mendapat homework Accounting, yg memerlukan saya utk menyiapkannya keesokan harinya. Kadang2 hari homework itu diberi jatuh pada hari selasa atau jumaat. Maknanya, saya kena hantar esok harinya. Budak2 Accounting pasti tahu, apa akan jadi sekiranya homework yg diberi tak dibuat.
Pun begitu, saya dtg juga ke MPH, turut serta berlatih. Apalagi, jawatan presiden dlm silat cekak ini, saya pegang. Aduh. Terpaksalah saya siapkan homework itu ptg sebelum bersilat di malamnya, atau selepas bersilat, dlm keletihan. Atau, ada lagi. Kalau tak siap juga, ditambah pula dgn letih, saya akan memilih risiko, bangun awal pagi, dlm pukul 5, baru siapkan kerja tersebut. Risikonya ialah, saya hanya akan terbangun jam 6.50 pagi. Ketika itu, kalau tak siap lagi homework Accounting, tiada jalan lain. Pinjam kawan punya. unless kalau ada free blok dicelah timetable, mungkin saya akan cuba siapkan dgn perahan otak sendiri.
Ah. Seharusnya saya memberi tumpuan yg sama utk homework Economics dan Maths juga.
Dari sifat inkuiri juga saya menilai bagaimana komitednya seseorang terhadap silat ini. Ada yg tak dtg, esoknya atau bila terjumpa saya
Eh, Iman. Sorry lah aku ade test pagi tadi. Nak study mlm tadi. Silat mcm mana? Jurulatih dtg? Berapa buah dpt mlm td?
Contoh soalan.
Baru2 ni, sekali lagi kepala saya dipeningkan. Ini masalah duit, yg banyak berkaitan dgn treasurer. Saya malas nak ambil pusing sangat. Ingatkan, masalah nak claim duit dari kolej ini sudah selesai tahun lepas lagi, sebelum cuti bermula. Sebelum cuti, saya serahkan kerja duit2 ni kepada treasurer bulat2. dan sedang bercuti, saya dimaklumkan semua tentang hal tersebut sudah selesai. Fuh. Nafas lega dilepaskan. Tanpa disangka, si treasurer tiba mempersoalkan hal tersebut beberapa hari selepas berada di semester 4 di kolej ini. Masalah dgn akauntan kolej. Aiseh.
Walaubagaimanapun, soalan oleh guru penasihat semasa saya berjumpanya haritu, membawakan masalah duit, tempat dan waktu latihan bersama, seolah2 mengetuk pintu hati saya. Bagaikan memberikan sedikit relief utk kepeningan kepala saya.
bila nak buat handover ceremony silat cekak?
No comments:
Post a Comment