hari ni. ya. ini mmg betul kena dgn title blog. hari ni entah kenapa rasa nak menceritakan tentang hari ni.
hari ni rasa mcm takde mood pulak. bukannya pagi hari dimulai dgn aktiviti yg tak best pun.
belajar complex number dgn Mr Michael Alderson.
wah, betuahnye ko dpt die! pecayelah ko mesti akan jatuh cinta dgn die dlm masa yg sekejap je.
kata seorang kawan.
blok 5 menyusul. akhirnya blok 5 aku is permanently free. hehe kalau dulu, ptg selasa, mesti kene masuk LT2. malaysian studies.
blok 4 agak kurang exciting, x mcm maths td. kata madam zaihan, ada test. rupanya open test. essay. fuh. menggugat ilmu econs aku yg dah lama ditinggalka sungguh. essay A2. sudahlah essay 1st tu agak kependekan. essay bhgn (b) agak menguji. madam zai expected us to write an article. ah. gimana sih.
lepas blok 4, no more. tu je. blok 2 dgn 4. melalu lalang kat board kejap, kot2 ada notis baru. ya. arabic fellowship meeting after asar prayer kat surau. teruskan perjalanan ke chalet, dgn melalui jalan ke cafe. tetibe ade something yg buat aku rasa mcm tak senang hati. sesuatu yg mcm pernah mengingatkan aku kepada suatu peristiwa suatu masa dulu yg tak best. biarkan. cuba melupakannya.
terserempak dgn org yg tak asing lagi bg aku, yg dah 6 minggu tak nampak. tiba2 aku rasa mcm tak berapa berkenan dgn panggilan die kat aku, bila kami berselisih. aku senyum je. buat2 mcm tak kisah. menganggap ia sebagai gurauan je.
balik ke chalet, safari still tak mau connect ke internet. aduh. another problem. dah penat usik sana sini, proxy dan sebagainya, still tak mau, runsing juga dibuatnya. last2 tido je. hizbul ada test chemistry. zaaba dan shuk ada kelas maths. aku? tido kat chalet.
lepas siapkan keje p3 sikit, bukak laptop. taip sesuatu utk 'mengapa'. agak panjang. tak tau mcm mana nak pendekkan. mungkin terpaksa buat beberapa siri, sambungan. mls jugak sbnrnya. sbb nanti mcm terikat nak habiskan post yg tu jugak.
lepas solat asar, meeting arabic fellowship, terus ke tempat budak2 bangsawan garnet bekumpul. acad 3. walaupun ada signboard situ, sampai sekarang aku masih tak dapat ingat dgn betul, yg mana 1 acad 2 dan 3. mungkin ingat lepas aku tulis ni. bangsawan. again, ada something yg tak best bagi aku sorang,yg pernah jadi dan mempunyai kaitan dgn bangsawan. bila pegi ke tempat dorang bekumpul tu seolah2 membangkitkan semula suatu feeling terhadap suatu yg berlaku suatu masa dulu. ceh. apasal pulak ni. chill lah bro. ah. lupakan saja. barang yg lepas jgn dikenang.
ptg yg paling ... sekali. sumpah. tak main petang i felt like kehilangan a part of my life. tak keruan dibuatnya. hanya mampu menengok construction di sana sini. hanya tengok org main game komputer je. winning eleven. ptg yg sgt tak berguna dan ... emm. speechless.
burger kyuem. hari ni daging dan rotinya agak memuaskan. tahniah kepada Piee, walaupun bukan dia yg masak. juga staff2 dining hall. tgh makan, tiba2 rasa mcm kelainan. dining hall agak sunyi. kurang org. tambah2 di sebelah kiri, jika anda baru masuk dan menghadap ke kaunter. dlm pd masa yg sama, bermacam2 jenis manusia yg masuk ke dh. ya. satu meja dgn 1 meja. kebanyakan meja2 tersebut menyerlahkan suatu jurang yg wujud di antara pelajar2. anda pasti tahu jurang yg mcm mana.
habis makan, tray pun dah tinggal sisa2 sos je, termenung kejap. melihat pelbagai gelagat2 manusia. teringatkan muslim2 di palestin. hari tu terbaca metro, israel sampai bila pun takkan takut dgn org islam, selagi mereka belum mengamalkan ajaran islam yg sebenar. selagi bilangan jemaah subuh di surau/masjid menyamai bilangan jemaah ketika solat jumaat. itulah yg dimenungkan. bila agaknya masa itu akan sampai? wallahua'lam. bila ia akan sampai ia akan sampai.
satu lagi. beli nasik kat cafe. nasi goreng ayam. ya. tak puas hati dgn masakannya. ayamnya agak keras dan buat cincai2. nasiknya pun keras2. seolah2 digunakan bhgn nasik yg atas, yg dah mengering dan mengeras tu utk digoreng. tak pun digunakannya kerak nasi utk dibuat nasi goreng ayam tu. akhirnya, org lain yg habiskan. aduh.
sudahnya, sampai ke malam mcm hilang mood. agak bermacam perkara yg berlaku menyebabkan mood itu hilang. serasa mahu tido je. tapi essay econs (b) belum siap lagi. aduh. mcm mana nak karang article ni. harap akan siap. harap hari esok ialah hari yg menggembirakan aku dan semua org. kepada seseorang yg dah tag aku, tapi aku belum langsaikan, maaf ye. nanti aku buat ye. dah siap sebenarnya. tinggal nak post je lagi. anda pastinya nak berlatih memberikan anak murid kerja sekolah. hehe.
2 comments:
macam cerita 'Pada suatu hari' ...
oh. cerite ape tu?
Post a Comment