30 December 2009

susah ke?

sebulan 1 post. menarik.


ok la. ada alasan. laptop saya rosak.




ini laptop saya. hp pavilion tx2032au. wah. best memakainya sbb agak cool,boleh dilipat menjadi tablet. dgn saiznya yg 12 inci, saya beli ini dulu sbb ianya kecil dan tablet pc. ia dah menerima pujian dari kawan2 lain.


uih, cool dowh laptop ko! bape ko beli ni? contohnya.


biar saya review kejap.


best sebab:

- touch screen. walaupun tak sesensitif Iphone mahupun Nokia N97 saya, tapi ia nampak cool. walaupun jarang digunakan, tapi rasa ia sgt berguna bila digunakan. haha. paham ke?

- ade remote control. kalau present power point, nak ke next slide, tekan saja remote dari jauh. kalau pasang music player, tekan je remote kalau nak tuka next song. remote ini boleh jugak guna kalao pasang DVD. nak stop, play, play faster, dan sebagainya. remote ini boleh disimpan di satu slot pada laptop ini sendiri. takyah risau hilang ke ape mcm mouse.

- sudah touch screen, mesti ada stylus pen. ya. tapi tak guna sgt pon. pen pun boleh disimpan di badan laptop sendiri. siap ada tali lagi ikat padanya, supaya tak hilang. ah. tali. semak aje.

- touchpad dgn keyboard dia mmg best. keyboard tu, kalau tekan, rasa mcm bounce balik. haha. sedap ar taip.

tu je kot utk masa ni.


yg tak bestnya:

- processor AMD yg zaman lama punya. org kata AMD bagus utk gaming. tapi saya tak main game, tp pakai biasa2 pun kadang2 agak slow. yes. lambat respon.

- berat. yes. almost 2kg. cam tak padan dgn saiznya 12 inci. tak mobile.

- ada lagi beberapa. tapi tak dapat nak ditulis skrg. hehe. dan yg berikut ini pun salah satunya.


betul kot. laptop aku rosak. switch on, lampu2 LED semua menyala. bunyi kipas kedengaran. tapi..


gelap. tiada apa yg muncul di skrin.


dang.


sebelum ni mcm ni jugak jadinya. tp bila direstart, hidup. gambar keluar. selang beberapa kali ditutup, bukak semula, masalah yg sama jadi balik. perlu direstart beberapa kali baru muncul paparan di skrin. simptom la tu.


ni bala ape pulak yg menimpa ni.


nah abang saya hantar pada saya gambar ini di facebook.



saya memang cerewet bab membeli. kalau nak bershopping, pasti makan masa yg lama. 2-3 jam. hah. bila kata shopping, mesti terbayang supermarket, shopping mall, kedai2 baju, seluar, dan sebagainya.


baru2 ini, saya yg miskin seluar ni pegila bershopping seluar sehelai. tak terfikir pun nak membeli something Trafford Centre tu. seluar sehelai. tapi amik masa dekat sejam jugak tu. entah. sebelumnya saya dah spend masa yg agak byk di kedai2 factory outlet yg lain. jualan hujung tahun yg dikenali sbg Boxing Day. haha. gelak sekejap. 3 kereta kami semua. 5+5+4. saya ingat lagi. kereta pertama 5 org, kereta kedua 5 org, kereta ketiga 4 org. kesemua mereka balik dari factory outlet dgn beg plastik di tangan. kecuali saya. entah. tiada nafsu nak berbelanja.


kawan saya pun sampai ade yg bengang.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


dulu, masa kamera baru dicuri, saya terus buat keputusan beli kamera baru.


ha. camtu sekali. tau la PETRONAS elaun banyak. betul. saya tak berfikir banyak. semester akhir di KYUEM hampir berakhir. banyak kenangan yg dapat dirakamkan jika saya beli kamera baru.


Plaza Lowyat menjadi pilihan.


pergi dgn kawan2 lain, yg kebetulannya ada dinner di restoran berdekatan. cuma saya dan 2 rakan lagi menuju ke lowyat. takdela tetibe nak join dinner org. bayar kot.


saya kata dlm hati dgn bersemangat,


beli jugak harini Iman! bila lagi nak ke lowyat!


dang. jgnla desak aku camni dowh. sempat saya bermonolog.


masuk ke pintu lowyat, tak ke tingkat2 lain, memandangkan kamera2 semuanya di ground floor.


dlm hati, tertanya2 jugak. kamera ape yg aku nak beli ni?


pegi usha satu kedai. mostly Olympus. masa yg ada tak byk, dlm 2 jam lebih mcm tu. sementara saya memilih2 kamera, kawan saya 2 org lagi tu pegi la tengok benda lain di lowyat tersebut.


jenuh juga msg2 kawan, tanyakan kamera apa yg bagus. bla bla bla


sejam berlalu.


hampir ke jam kedua.


kawan saya kembali ke tempat saya berada di kedai yg mula2 saya singgah tadi. melihatkan saya yg belum dapat buat keputusan, mereka emo. haha.


masa tu dah nak malam. dlm setengah jam, byk kedai2 yg akan ditutup. saya sendiri cuak, sebab tak buat keputusan lagi. tapi, kamera mesti dibeli harini jugak! haha


tiba2, saya macam nak beli sebuah kamera Canon ni. tp designnya kurang menarik dan 10megapixelnya pun mcm kurang convincing.


kawan saya kata,


weh, kalo ko nak yg ni, aku jumpa kat kedai sana tu, lagi murah dari ni.

tengok kedai yg di sana pulak.


sampai disana, rambang mata jadinya bila tengok kamera lain.


ah, yg ni mesti lagi best dari td!

haii. susahnya buat keputusan. napela saya tak ke kedai ni dulu tadi.


org di kedai itu kemudiannya mencadangkan sebuah Sony. bla bla bla die menerangkannya. saya hanya meng'oo'kannya saja.


habis dia berbla bla bla pasal kamera Sony, Canon IXUS, and in the last minute, die cadangkan pulak Nikon. ok. saya dah confuse.


masa makin singkat. kedai2 lain ada yg dah ditutup.


dgn penerangan yg sikit gitu2 je, last2 saya beli Nikon tersebut, setelah menghabiskan masa di kedai satu lagi tu, dan mendengar bla bla bla dari pekedai tadi pasal Sony.


kawan saya kata


ko ni mmg takleh nak bawak gi shopping la.


saya setuju. mulai haritu, saya tak lagi bawak sesape pon membeli barang2 dgn saya. biarla sorang pon. bukan apa, nanti bosan pulak mereka dgn perangai cerewet saya ni. heh. kalau pegi beramai2 pun, saya akan berpecah dgn haluan sendiri.


kalau di Trafford Centre, saya menghabiskan sejam jugak, cari sehelai seluar, di lowyat saya spent 2 hours or more, asking about a camera, then ended up dgn kamera yg lain, yg diterangkan oleh pekedai tersebut dlm masa 3-4 minit je.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


bila laptop saya rosak, saya resah. nak buat assignment bagai, kebun Barn Buddy di facebook habis dicuri org. hish. nasib baik juga ada handphone yg berinternet 3.5G. bolehla bukak facebook, cek emel, dan seumpamanya.


lama jugak nak buat keputusan beli yg mana. ok. senang. saya bg abang saya, yg pakar pasal komputer2 ni, ciri2 yg saya nak.


mobile, thin, and light. around 450 pounds.


selepas 2 hari, dia dapat cadangkan 2 laptop pada saya. toshiba satellite t130 dan asus ul30a. kedua2nya berkuasa katanya.


bila survey harga, kedua2nya tak jauh beza. bila masuk dgn VAT, harga asus melambung tinggi, sbb harga toshiba yg dipaparkan dah include VAT. dang. tapi saya nak asus tu.


bila dapat peluang ke kedai elektronik, saya cari laptop2 tersebut. nak rasa dgn tangan. ok la. toshiba pun takpe. asus mahal sgt la. dekat 600 pounds dgn VAT tu.


bila menatap toshiba di depan mata, saya diam. ala, keyboard dia tak best pulak! haihh..


di kedai lain, saya berpeluang merasa asus tersebut dgn tgn. keyboard dia lagi aneh despite the metallic looking, and the performance. ok. dah goyah sikit keputusan saya.


kemudian, seorang kawan pula kata, netbook toshiba yg dipakainya slow. even ada review yg saya baca, katanya painfully slow. haha. kawan saya mencadangkan netbook asus.


survey online tengok.


last2 saya beli netbook asus je, setelah ramai kawan dan abang2 saya yg saya call ke Malaysia punya nasihat. ishk.





itu pasal brg2 harta benda saya.




jgnkan pasal all these materialisms, nak menaip post ni pun, dah sampai separuh post ni tadi pun saya dah rasa mcm berubah fikiran, nak select all,delete semua, rasa mcm nak taip pasal lain pulak!




.

06 December 2009

semangat ini yg kita mau ...


2007, saya pernah menjalani Program Latihan Khidmat Negara pada tahun 2007, di KELANTAN. ohh.. saya yg berasal dari Perak tercampak seorang diri tak mengenali sorang habuk pun di kem ketika itu. kelantan pulak lagi. jenis ckp pekat kelantan punya. walaupun ade je from selangor, perak, yg lainnya, tapi bila berckp dgn kelantanese, saya pulak tergaru2 kepala sendirian. tak faham.


dulu, saya pelik jugak budak2 ni. mcm mana lah diorang jawab peperiksaan, SPM ke contohnya. bercakap BM lain, tulis BM yg lain.


pun begitu, siapa dapat halang mereka dari meminati lagu2, nasyid2 yg dialunkan dlm bahasa melayu standard, kalau mereka mmg dah minat. kan? tapi, menyanyi biarlah dlm bahasa melayu standard jugak ye.


berjiran dgn kelantan, Terengganu. ini boleh tahan jugak loghatnya. mcm kelantan (kot), tapi perkataan yg hujungnya 'an' disebut menjadi 'ang'. so, ikan menjadi ikang, dsb.


sesetengah org kelantan mahupun terengganu, mereka boleh berbahas melayu standard, yg ditulis dlm peperiksaan Bahasa Melayu tu. ini kerana faktor sekolah, bila bersekolah di sekolah yg bercampur dgn melayu, bahkan cina dan india dari negeri lain, mereka bolehlah berbahasa melayu sedemikian. namun begitu, bukan kadangkala, selalu jugak terkeluar jugak loghat mereka itu sepatah dua bila bercakap dgn org lain.


special case, yg dari kecik sampai besar bersekolah dalam negeri. tu mmg pekatlah loghat mereka.


tahu cerita lawak? seorang pemandu teksi org Terengganu, yg menyumbat 8 org penumpang dlm teksinya, dgn selamba berkata 'Haa.. baru lapang ...' setelah mengira bilangan penumpang dlm teksinya yg bersempit2an dlm kereta. terpinga2 penumpang yg berasal dari KL, dah sempit gila dikatakan lapang.


*************************************************


hari itu.


saya ada latihan nasyid. bukan saya seoranglah. kami berempat. utk buat persembahan di sebuah event. ah. tatkala saya menulis ini, persembahan sudah pun tamat. hancus. tak mahu ckp lagi. bikin malu saja.


turut menyertai, seorang pelajar 1st year, membuat kursus Applied Linguistic (nama elegan utk TESL), di bawah tajaan Ministry of Education. A namanya.


A seorang anak jati Terengganu. bersekolah dari kecik sampai tingkatan 5 di sana, mmg terengganu habis la. masuk maktab sebelum fly ke UK, bahkan, dah sampai ke UK pun, masih lagi berbahasa terengganu. yalah, geng2 ramai senegeri. atau paling kurang, dari kelantan.


tahu lagu 'Malam'? dendangan Hijjaz. album pertama mereka kot. yg video clip diorang naik karpet terbang tu. heh. ya. lagu itulah yg kami cadang nak bawak. alah. confirm ramai tahu lagu tu. mungkin tak tahu lirik je. takpelah, saya pastekan serangkap dua di sini ya. kalau saya tulis ni, pasti ternyanyi2 dlm hati tatkala mengikuti lirik tersebut. hehe




rangkap pertama, merangkap rangkap intro utk lagu ini.


heningnya suasana maya
ketenangan malam
mendamaikan jiwa
bukti kebesarannya
Yang Esa
Yang Maha Kuasa


disusuli dgn rangkap solo yg pertama, kalau dlm kumpulan Hijjaz, saudara Munif akan memabawa part ini.


malam yg menggantikan siang,
menepati waktunya,

malam, membawa kegelapan

selimuti alam semesta






bla bla bla sampai ke akhir lagu.


cukuplah 2 rangkap pertama. selebihnya google lah sndiri ek.



Munif Hijjaz org mana ya? bukan terengganu kan?




maka, petang itu (malam sebenarnya), kami memulakan latihan, walaupun dah terlambat, dek borak2, dan sebagainya.


3...4...


heningnya, suasana maya...(bla bla bla)...



mereka nyanyi bersama rangkap itu. oh, saya diamkan diri. part ni. tu suara2 harmoni yg high pitching bolehla. saya terlebih harmoni. tak boleh masuk lagi. nanti sampai part saya pulak.



fikir saya.


fuh. hebat betul budak2 ni berharmoni. si A pun tak kurang hebatnya juga.






masuk rangkap kedua, yg kalau lagu asalnya dibawa oleh Munif,


rangkap ini disolokan oleh si A. semua bersetuju.



malam yg.....(bla bla bla)......



habis line pertama, rangkap tersebut, masing2 tengah2 feeling2, A tiba2 berhenti.


semua org terhenti jugak.


diam.


muka yg masa menyanyi feeling gila pejam2 mata, terus bertukar neutral. mata terus membulat. aneh. masing2 memandang A yg terhenti nyanyiannya.



nape berenti?





menggantikang ...



25 November 2009

kenalilah rakan senegara anda.

saya suka nasyid. ya. saya layan nasyid. kalau sorang2, mmg muka beremosi habis mendendangkannya. siap bergendang2. entah. perasan suara sedap kot.


dari sekolah menengah lagi, masa di tingkatan 4, saya mencuba nasib utk audition kumpulan nasyid sekolah. keputusannya taklah diberitahu atau diuar2kan. sebaliknya, hanya yg terpilih yg dipanggil. yg tak dipanggil, faham2 jelah. gelaklah kat saya, saya tak dipanggil pun.


di KYUEM, saya berpeluang menjoinkan diri. saya memilih utk menjadi percussionist sepenuh masa. wah. best. heh. hampir everytime pertandingan nasyid, pasti saya ambil bahagian.


di UK, tak lama lagi akan diadakan pertandingan nasyid, Nasyid Extravaganza, NEXT. ok. senior2 dah berpesan utk menubuhkan team nasyid utk mewakili uni. tahun 2008, mereka dah menggondol tempat kedua dlm pertandinga tesebut. benarlah, mempertahankan kedudukan itu lebih susah dari mendapatkannya buat kali pertama.


ada muka org bernasyid ke saya ni?


********************************


Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum. Cina, Melayu, India, dan sebagainya. masing2 mudah dikenali, walaupun seringkali juga tersilap. semuanya berbahasa Melayu.


keadaannya walaubagaimanapun tak sama di negara penjajah ini. bila terjumpa seseorang yg kalau di Malaysia, kita dgn cepatnya dapat meneka yg dia berbangsa cina, tapi bila di sini, tidak. entah dari Hong Kong, Macao, China sendiri, bahkan, Malaysia. susah nak cam. unless kalau mereka berbahasa Melayu, walaupun 'la' saja, confirm, Malaysian.


org melayu senang jugak nak cam. confirm la dari Malaysia. kurang2 pun, Brunei. tu pun tak ramai. apalagi kalau perempuan Melayu, bertudung. dari jauh pun kenal.


********************************


saya terlambat ke lecture Economics suatu hari. tapi tak mengapa, sesampainya di sana, pelajar2 lain yg menggunakan lecture hall tersebut masih belum tamat lecture. sehabisnya mereka, masuklah kami mencari tempat duduk.


dah menjadi kebiasaan, nak duduk dgn kawan yg dikenali. kalau boleh, nak duduk dgn kawan dr KYUEM jugak. tak dapat, melayu. koman2 sgt, Malaysian la. ah. KYUEMians, kolej paling assobiah, bak kata seorang bekas presidennya.


dtg dgn kawan, Melayu, KYUEM, dan of course, Malaysian. tapi seat dah penuh. terpaksa duduk sedikit berjauhan. haha. apa la kan. make friends la, Iman.


fine. saya duduk di barisan depan kawan td, iaitu di sebelah saya seorang chinese girl. dlm hati, saya dah mula terfikirkan, siape sebelah aku ni, chinese ni Malaysian ke ape eh. hentam jelah. duduk je. lecture je pun.


habis sejam dr 2 jam lecture, break kejap. saya tergesa2 ke prayer hall, menunaikan solat zohor. dlm ketergesaan saya itu, tiba2 phone saya berbunyi dgn nada dering lama, lagu Calling You. aneh juga saya, kebetulan saja call masuk masa saya tgh break, free kejap.


hello, am i talking to Muhammad Nur Iman?


oh, yes. u are.


pemanggil tersebut, she is the person in charge of these cultures n stuff, yg baru dilantik dlm Warwick Malaysian Student Association, MSA. so, dia menyebut tentang persembahan nasyid utk event MSA yg akan diadakan dlm masa terdekat pada saya. sgt dekat. hari ni rabu, jumaat ni persembahan. gila apa. dia bertanyakan kesanggupan saya utk membuat persembahan tersebut. sambutan hari raya aidiladha dgn krismas. APEKAH.


ada muka nasyid ke saya ni? ok, saya org melayu. fine.


saya minta dia call kawan saya seorang lagi, dan akan berikan jawapan mlm harinya. ish. possible tak ni, nak practise dlm masa yg sgt singkat. nightmare. saya bukan menyanyi, saya biasa main percussion je.


masa dia call tu, saya dgr mcm kinda echo menjadi latar belakang suaranya. i was wondering di manalah pemanggil in berada ketika panggilan ini dibuat.


habis menunaikan kewajipan, saya kembali ke lecture hall, berjalan sedikit laju. hujan. habis jacket baru basah. sikit. berkira.


dlm benak fikiran, saya mula memikirkan, biar betul nak buat performance? giler ah. bila la nak berlatih nasyid? nak buat lagu apa? mcm mana? langsung teringat masa menyertai pertandinga nasyid di KYUEM dulu.


berjalan sambil tangan menyeluk poket jaket, sejuk, sambil mengelak2 lopak2 kecil air di celah2 jubin, batu, dan sebagainya.


sampai di lecture hall. masing2 sedang riuh rendah, lecture belum disambung semula lagi. saya kembali ke tempat duduk tadi, sebelah chinese girl. kelihatannya dia sedang menaip2 sms dari tadi lg.


sambung lecture. Governments and The Economy, topic 8.




...



..



..


masa berlalu dgn pantas.


jam baru menunjukkan 1.55 pm, lecturer dah menamatkan lecturenya yg patut tamat pada jam 2 pm. ok. semua org bertepuk tgn, seronok.


dlm riuh rendah itu, saya tgh menggeliat2, barangkali menyedari yg duduk di sebelahnya ialah seorang lelaki Melayu, chinese girl di sebelah saya tadi bertanya pada saya






do u know people who can do nasyid?



.

29 October 2009

oh tidak..


berada jauh dari rumah merupakan suatu yg .... ape ha? mcm2 feeling ada. bila kita senang, seronok, lupa la kejap pada keluarga di rumah. seronok dgn kawan. bila susah, duduk seorang diri, baru teringat mak ayah di rumah, keluarga, rumah itself, bantal busuk, dan sebagainya.


teringat masa baru masuk asrama, semasa di tingkatan 1, ramai juga kawan2 yg menangis teringatkan rumah. duduk sendiri. tak pandai nak urus diri lagi. setiap minggu kalau boleh nak balik. public phone menjadi kawan rapat tempat meluahkan kerinduan. huhuhuhu. :,(


tapi bila dah naik tingkatan 3, org yg dulu kuat homesick, dialah yg popular kerana kerap kali dipanggil guru disiplin. haha.



tu takpe lagi, masuk ke kolej pra-U di Tanjung Malim, Selangor, peraturan agak longgar. boleh balik tiap minggu. di KYUEM especially, tertubuhlah secara rasmi atau tidak rasminya, tak taulah, PBSM = Persatuan Balik Setiap Minggu. biasanya, pengerusinya (entah siapa2 je, lantik diri sendiri), dan ahlinya sendiri dianggotai mereka2 yg duduk berdekatan, seperti Selangor dan Kuala Lumpur. org Perak jarang balik rumah tiap minggu. kalau ada pun, negligible. haha.


bila diingat2 kembali, adakah kita memandang remeh org2 balik tiap minggu ini? bila balik, ayah dtg bawak kereta. ketika itulah, segala baju2 kotor nak basuh di rumah dipack dlm bag. basuh di rumah.


manja.


manja ke budak2 ni? bila ditanya, mau tersentap kau.


takdela, nanti dah fly UK, takleh nak spend masa dgn family mcm ni lagi... bila lagi kan...


atau


balik tiap minggu dikatakan dapat menambah pengalaman, tinggal di kolej saja ibarat katak bawah tempurung.


pendapat masing2. saya tak kisah sgt pun berjauhan dgn keluarga. tapi, bila di UK lain. segalanya lain, baru. dah la tu, kena hidup sendiri. nak ganas sikit, survive. bila dihimpit kesusahan, ketiadaan barang2 nak dimakan, dimasak jauh sekali, bila tak paham lecturer ckp apa, selalu tak catch up ketika study, assignment yg byk dan susah, baru teringat kenapala aku pilih nak study oversea. dok Malaysia je kan senang... at least, budaya di Malaysia sudah masak dgn kita.




dulu saya tak hairan pun org kata homesick. skrg, baru tau bagaimana rasanya.


ketika itulah tampilnya rakan2 seMalaysia, seagama, sekursus, dan sebagainya, yg meredakan perasaan gundah gulana kita tatkala dilanda kesusahan. kawan ini bukan saja mengingatkan kita supaya ingat tuhan byk2, rajin2 berdoa, malah, menawarkan sesuatu yg berharga, saya pasti utk semua yg berada di perantauan.


talian murah ke antarabangsa.


muncullah nama Nonoh, Lebara, dan sebagainya. kalau nak guna Skype atau YM, sekali sekala bolehlah. free pun free, sbb melalui internet. tapi kalaulah nak call keluarga2 atau siapa2 di negara tanah tumpah darah, ketikamana ketiadaan komputer dan internet (manalah tau, skrg internet di hujung jari, di Blackberry je).





paling murah setakat saya pernah jumpa. Teletop. 1p/minute bagi talian ke handphone manakala 0.5p/minute bagi talian ke landline.



babeng kau, murah gila. beli kredit £5 dgn menaip TELE ON dan hantar ke 81223, dan kredit anda akan ditolak £5. kalau pakai bill/contract, tak tau lah mcm mana. kemudian, dail 020 8180 1102 dgn caj biasa, kalau pakai bill/contract, dia akan tolak free minutes anda. kalau pakai PAYG, kenelah caj yg mahal gila tu.



dail, jgn buang masa dgr operator tu membebel2, terus key in je nombor yg anda ingin dail. kalau tak, dgr operator tu membebel2, dekat seminit, hilanglah kredit anda ber££. ini saya alami sendiri. daripada kredit £13+, akhirnya tinggal £0.61. adalah sedikit cerita disebaliknya. tapi, better anda pakai free minutes je utk call operator ni.


makan dgn itu, dapatlah saya menelefon keluarga tersayang di Malaysia. ya, mereka sibuk. saya tahu. kerana abang saya akan melangsungkan pernikahannya di dgn org Gerik, pada keesokan hari yg saya nak telefon tu. wah. saya ada di sini, tak dapat menyaksikan menantu ayah saya yg pertama, walaupun sebelum ini hanya tengok gitu2 je. tak dapat menyaksikan org pertama antara kami adik beradik, yg melangsungkan perkahwinan. huhuhuhu.


tak mengapalah. saya taklah sedih sgt. apa nak buat. dia yg nak kawin time ni. takkan sebab saya, itu pun nak ditunda. sebelum ni, ada sekali call ayah, keesokan harinya setelah saya sampai di universiti, sedang mahu mendaftar. sempat la 4 minit lebih.


kali ni, mahu call, tanyakanlah, mcm mana persiapan semua, perjalanan majlis nanti macam mana, mahu beritahu juga yg saya baru terima duit yg ayah bank in kan beberapa hari lepas, mahu beritahu yg saya ok ke di sini, despite kesusahan mengadaptasi semasa hampir 3 minggu pertama, yg penting, mahu dengar suara mereka. huhuhuhu.


gembira. bila kawan saya menjanjikan yg call tu mmg murah. kalau £5, dapat 500 minit la. bersamaan 8 jam+. gila. mahu bergayut mcm beruk pun takpe.


call ayah, tak angkat. busy barangkali, tgh drive tak pun, dr Ipoh ke Gerik. call kakak, tak angkat juga. tgh drive jugak kot, ke Kuala Lumpur, ada kelas. call adik saya.


As'kum, akim. Iman ni.


ha, ye.


ha, ni Iman ni.


oh, Iman ke.


perbualan yg tersangkut2 dek jarak yg jauh. lepas bercakap, dlm 1 saat kemudian baru dapat respon.


mereka dah sampai di Gerik. berhenti, mahu solat Asar. di UK ketika itu belum pun solat Jumaat lagi.


sempat la berbual2 kejap dgn ayah bila handset dipasskan pada ayah pulak. tak boleh lama2, org nak kahwin. haha. byk benda nak disiapkan. apalagi mereka baru berhenti, belum solat asar lagi ketika itu. akad nikah dilangsungkan pada mlm harinya, esok kenduri. tanya rumah mcm mana, dan sebagainya.


tiba2, adik saya yg kecik baru umur 4 tahun tu pun minta handset dr ayah, nak bercakap juga dgn saya dlm pelat budak2nya. begitu juga adik saya yg 12 tahun, yg tak normal. huuuu... saya rindu mereka berdua. tanpa mereka, sunyilah rumah.


dapatlah saya khabarkan apa yg ingin dikhabarkan. tanyakan apa yg ingin ditanyakan. rindu juga, tapi terubat sedikit bila dapat mendengar suara mereka.


ciptaan manusia. ada drawback nya tersendiri. tak terlepas. saya akur. sangkanya, harapnya, dapat mengubat rindu.


membuat saya terfikir, nak call ke tak lagi next time.



bila bercakap dgn adik saya 4 tahun itu, tersentuh saya dgn soalannya,




Iman, iman kat mane?






saya terdiam. nak ckp kat UK ke.




Iman, iman... err..



tak terlafaz dek mulut.



Iman kat tempat lain. kat tempat org.



ape die?


kemudian, masuk soalan kedua.






bile Iman nak balik?





.

13 October 2009

ingatkan kat malaysia je!

kalau mahu measure umur seseorang, tanpa bertanyakan pada individu terbabit, apakah yg akan anda perhatikan?


raut muka?


janggut?


jerawat dan parut2nya?


kelakuan?





adik saya berumur 4 tahun pada 2009 ni. tarikh lahirnya cantik, 5 Mei 2005. maka, dlm IC, 050505-08-1201. ha. saya hafal. entah kenapa, badannya agak kecik, berbanding kanak2 lain yg sebaya dgnnya.



dia mmg byk ckp. sgt peramah. walaupun sering jugak merajuk dimarahi abg2 dan kakak2nya, tapi sifat periangnya mmg tak pernah berubah. kelakar. boleh tertawa satu isi rumah dgn telatahnya.


beratnya hanya lebih kurang 12 kg. kecik kan?


ini anak buah kawan saya.



umurnya baru setahun lebih pada 2009. masa saya first time nampak dia dulu, saya tanya pada kawan saya.


eh, dia ni brape tahun?


setahun lebih dah.


ha, besar giler???


manakan tidak. adik saya yg dah 4 tahun, lagi kecik dr anak buah kawan saya, Qayyum namanya, yg baru setahun lebih.


bila pergi ke rumah saudara, adik saya mulalah. sapa sana, sapa sini. salam makcik2, tanya itu, tanya ini, capai macam2. hmm. budak2.


eh, kecik2 lg dah pandai cakap..!


kata makcik2 melihatkan adik saya. padahal, umurnya dah 4 tahun. boleh masuk tadika tahun depan, 2010.


haritu, saya bawa die ke surau. beria2 sgt si budak kecik tu ajak ke surau dgn pelat budak keciknya yg tak reti sebut 's'.


solat isyak. kemudian bersalam2an. adik saya rajinla salam2an dgn pakcik2 di situ. seorang pakcik mengajukan soalan pada saya sambil menunjuk pada adik saya


anak ye?


diam sebentar.


oh, adik saya je tu.




peristiwa yg hampir sama, berulang. bila saya bawak adik 4 tahun tu ke masjid. bila bersalam2 dgn jemaah lain, adik saya turut salam. bila sorang pakcik ni salam adik saya, dia bertanya


anak ke ni?


saya tersenyum saja.


oh, adik saya.


pakcik tersebut terus membuat muka terkejut. tahu muka terkejut? mata dibulatkan, mulut di'o'kan, kening diangkatkan, dahi dikerutkan.


lagi teruk dari hari tu.





skrg dah masuk minggu ke 2 saya di University of Warwick, Coventry, UK. its coventry, not conventry.


saya punya bilik yg ok je. en suite. hallnya bernama arthur vick 1, bilik 108.


kebiasaan duduk di hall, kongsi kitchen. susah. terpaksa beli brg sendiri, span basuh pinggan, mangkuk, pinggan, dan sebagainya. span tu, kalau terlupa nak simpan balik, then later u find it has been used, just forget about it. entah dah bilas ape ntah span tu.


kitchen agak luas. di sebelahnya, ada ruang lepak. diorang suka la buat party kat situ. bila pagi esoknya, tu dia. bersepah2 dgn pinggan mangkuk tak basuh, salad kat sana, sini. kotak piza bersepah2. arghhh....


susah nak ckp dgn org putih. tak tangkap sgt kalau diorang ckp laju. then, bila tanya nama, kena mintak diorang spell their name.


haritu, saya masuk ke kitchen. mahu tengok barang2 sendiri.


beberapa org putih, sedang lepak di ruangan lepak tersebut. makan2, chitchat.


bila saya masuk, salah seorang tegur saya.


hi, tanya course, tanya itu ini. ape lg ntah.


then sampai la 1 soalan ni.


how old are u?


sebelum menjawab, saya terus terfikir,


oh, barangkali byk postgraduates sini, even, kat uni, biasa je kalau ada budak2 bukan sebaya, tapi batch yg sama. pendek kata, umur bukanlah penghalang utk berkawan di sini.


saya pun jawabla,


20. u?


yah, 20 too.


oh, sebaya aku jela. diorang amik A Level jugak la kot. berape A la agaknya keputusan diorang.


err..


sambungnya lagi





u look a bit older.




.

07 October 2009

eee, bosannya!

masuk hari ke 5 saya berada di bumi UK.


sebelum naik flight, first time ever, agak nervous. tp control rileks. dt KLIA dlm keadaan keseorangan. luckliy, byk kawan yg fly on the same day, so, lepas check in luggage yg berat gila tu, lega sikit satu badan. 29.7 kg. haha. pusing2 sikit, dah jumpa seorang kawan. Hamidi Yusoff. balik2 tie orchestra die tu.


sebelum dapat ke flight MH002, salam dan hug sume family members, tp sorang tak dtg, busy sgt, in fact, jauh pulak. Johor. tadi ada sorang kawan, ajak, nnti nak masuk2, masuk sekali. sudahnya, dia yg hilang entah ke mana.


mujur, terjumpa sorang lagi kawan lain, yg makciknya kerja kat situ. so, tanpa grads card, die lepak je lepas 30kg+. giler. cop visa, scan brg. leceh gila scanning tu. henset kene bawak keluar, kamera, everything. nasib baik wallet tak payah. for security reason. fine.


pastu, dlm naik tren menuju ke flight. kejap je. time tu, dah terjumpa beberapa kawan lain. so mcm tak risau sgt kalau lost. haha. walhal, time tu dah mcm kelamkabut sikit. sbb dah lambat nak masuk flight.


pastu, kena queue utk 1 lg scan. rushing gak time tu. n then, time tu jugak la ada org call. aduh. my hands had all been occupied ok! stop kejap, angkat call. 1 dr senior kat UK, telling me about transportation from Heathrow, London nanti. its a minibus, not coach whatsoever. another 1 call was from my beloved juniors at KYUEM. diorang tak dtg, so diorang call je, selamat berangkat good luck sume. ah. then another 1 call. adoih! dah la mase tu tgh queue utk second time scanning. another junior.


and then the 2nd scanning was like, bodo gila tau tak? i know it was kinda rushing, sume org pun nak cepat kan. in fact, mmg dah lambat pun time tu, and there were a lot more people queueing at the back. sampai kat depan tu, kene punggah some stuff. scan. ok. fine. laptop from laptop bag pun kene keluakan. ok. fine. pastu, dah lepas kene raba tu, amik balik brg. brg aku dahla byk gak. leceh gila. pastu abg tu, umur baya2 aku je kot was like wei cepat skit bro. org ramai ni. bro, bukak beg tu, nak tengok dlm. bro bro bro. aku sepak ko kang.


why not btau je awal2, apa yg nak kena ready. pastu buat muka. cam sial je mamat tu.


masuk flight, cari seat another thing. ok. i sat at the wrong place mula2 tu. my hand luggage was 10kg+. berat gak nak angkat tu. pastu, duduk sebelah pakcik saleh. pastu baru perasan, wrong seat. aduh. pakcik saleh tu dah usha lain macam.


dapat duduk, nikmat bukan kepalang. haha. lepas tu, my friends yg lambat td tu dtg. we were all in one 4-seat row. penat gila.


call my dad, my sister, kejap, that i had safely got my seat.


dlm flight tido most the time. dahla malam aje. betolak dr Msia, malam. melawan pegerakan bumi pulak tu. byk movie, video, lagu. tp i didn't watch any of the movies, and the videos sampai habis. kept on switching the channel. takde mood gila. last2 bukak channel org mengaji je.


baru belepas tu, tetibe rasa sebak di dada. huhu.


dah nak landing, rasa a bit excited and nervous.


keluar flight, mula rasa kesejukan. one of my friends said, ala, mcm ni je ke 13 degree C?


agak blur time tu. ikot kawan je.


masa nak check docs, gelabah sikit. mintak financial affidavit la, medical report la, passport la, mcm2. sampai turn, pegi kaunter, dia mintak passport and ticket je. hampeh. penah punggah beg keluarkan x ray bagai. dahla queue time tu. ramai org. malu punggah beg. heee


claim luggage yg berat gila tu, then sampai je kat luar tmpt menunggu tu, terus nampak beberapa org senior. dan beberapa kawan lain yg dah sampai awal ke UK.






bosan kan baca cerita mcm ni?




.

02 October 2009

its today!

ah. lebih kurang aje title post dgn status dlm facebook. lantak lah.


oh, its today ok!! i mean, finally!


after 2 years at KYUEM.

after anxiously waiting for the result to be released.

after more than a month doing nothing at home. pelajaran pun dah berkarat balik...


now its time.


UK, here I come! eh. overexcited pulak.


hey, its all about study anyway, bukan nak main2 melancong suka ati. ah. padan muka saya, dapat elaun PETRONAS yg sikit. so, taklehla nak bersuka ria bagai macam kat KYUEM dulu. RM500 net per month. all people were like tensed up gile sbb, sponsor yg cut-off point utk fly paling rendah, (BBB, actually KPM is the lowest), tapi allowance paling banyak. no further comment.


sorang kawan tu sampai menangis2 sbb dapat RM500 sebulan. kenapa? sedih dapat elaun paling banyak berbanding budak2 lain?


jumpa org. wei, belanja la, kata elaun baru naik. bila menolak utk membelanja, dikata oo, camnila. tau la elaun banyak. kitorang ni sikit. dah lupa kawan. bila duduk bersembang sesama, ada sesuatu yg diargue, mulalah. ala, ko pahal? tau la elaun rm500 sebulan!?


dan banyak lagi dugaan yg diterima masa elaun kami baru dinaikkan. ah. betul la, niat ingin bergurau. walaupun dgn nada serius. tapi, kalau dah 1 kolej, pelajarnya, atau at least yg sama batch, jumpa, kata mcm tu, or sewaktu dgnnya, mau tak terasa?


nah korang! budak PETRONAS elaun paling sikit kat UK. puas hati korang.


tak tau kenapa. haritu, pegi briefing PETRONAS, seorang bapa yg anaknya ditaja oleh PETRONAS merungut2 depan saya. padahal, anaknya bukan sedang duduk dgn saya ketika itu. nampak sgt kekesalan yg ingin diluahkan.


dah sinonim. PETRONAS. kaya. duit banyak.


bila saya ckp elaun yg kami terima ialah £ 271.2, org tak percaya. saya sampaikan jadi malu nak beritahu kawan lain amaun tersebut. mesti diorang akan kata eh, PETRONAS bukan kaya ke? takpun, eh, ko nanti kat UK belanje ar kitorang. PETRONAS bukan elaun byk nak mati ke..


kawan2 semua dah bersuka ria di UK. album demi album bersepah di facebook. mcm2 tajuk album tercipta sendiri dgn kreatifnya.


sebelum ni, hanya tengok je gambar2 yg kawan upload di facebook. hanya dengar je cerita dr mereka. hanya menunggu.


bila baca status junior dulu yg masih di kolej, ah. sedang sibuk dgn exam Advaced Level rupanya. haha. gelakkan org.


ok, 2 hari sebelum fly baru nak kemas barang!


mulalah mcm2 masalah. luggage tiba2 rasa mengecik. barang2, pakaian2 rasa macam besar sgt sampaikan tak muat.


sumbat punya sumbat, baru teringat nak timbang. 29.3kg! ok. selamat lagi. limit ialah 30kg. baru perasan, beg berat gila. nak angkat confirm pancit. apalagi saya yg kurus kering ni. nanti, kalau siapa yg naik tube di London menuju ke universiti masing2, pasti susah.


rumah 2 tingkat. sampai waktu nak letak luggage 30 inci dlm kereta, baru perasan. nak kena angkat bawak turun bawah. aduh. mujur adik beradik saya ramai. hehe.


dah susun semua barang, dgn rice cooker merupakan pemakan ruang yg paling besar, baru teringat.


alamak, benda tadi tu mana? aku nak guna kejap ni pulak! aduhhh...


punggah balik barang yg dah disusun cantik.


tak mengapalah. saya tau. semua ini pasti berbaloi bila dah sampai sana! mintak dimudahkan segala urusan, perjalanan, imigresen, dan sebagainya. amiiin!



:)




.

28 September 2009

mereka hebat


sesetengah org, hebat. ala2 psychologist gitu. tengok rupa org, dah tau perangainya. bak kata pepatah, sekilas ikan di air, dah tau jantan atau betina. atau, hanya jauhari yg mengenal manikam. eh. yeke.


by the way, insyaAllah saya akan ke UK hari Jumaat ni, 2 Oct 2009. hari ni Isnin, pagi. Jumaat, saya bertolak pukul 11.40 malam. so, saya still ambil kiralah hari ni dan hari jumaat tu. so, lagi 5 hari. sesape kawan2 yg dekat dgn KLIA tu, dtg2 memeriahkan airport tetengah malam buta tu nanti.


sambung cerita psychologist.


dulu saya belajar di kolej persediaan yg hebat. Kolej Yayasan UEM. semua org pun tahu akan kehebatan kolej ini. rujuk post sebelum utk bukti kehebatan dari pelbagai aspek budak2 KYUEM ini.


psychologist ke? fortune teller? entah. apa vocab utk kerjaya meneka2 org dari luaran saja ini entah.





Kelantan.


takpela, kalau dah ayah dgn anak, mmg dah dekat sgt la hubungan gene die tu kan. betul la, ayah saya lahir di Kelantan. saya lahir di Selangor. tapi, ayah saya duduk di Kelantan masa kecik je kot. dan berpindah ke Perak. so, kalau reason tmpt kelahiran di sini agak kurang relevan. kot.


bila saya di KYUEM beberapa org pernah meneka dari mana saya berasal. asal, kalau di sini, saya kira, tempat saya tinggal la. kalau lahir, di Selangor, mcm tak kuat sgt. sbb saya tinggal lebih lama di Perak. lahir saja di Selangor.


Iman, ko asal mane eh? Kelantan ye?


eh, ape Kelantan pulak. Perak kot.


bila ada org lain bertanya sedemikian lagi, saya mula mengajukan soalan tambahan.


apesal ko kata aku asal Kelantan pulak?


entah. aku tengok muka kau mcm muka Kelantan la.


muka Kelantan pun ade ke?


erk.


ok.





Kelantan 2


cuti pertengahan semester di KYUEM bakal menjelang. saya ketika itu masih di semester pertama. seorang senior menyapa saya tanda mesra. tiada modal lain utk dijadikan topik perbualan, maka soalan ini diajukan pada saya.


Eh, Man. jemput makan ni sini dgn kitorang.


masa tu di surau ada buat makan2 sikit. tahlil, or something like that.


saya terima pelawaan mereka. duduk, dan makan sekali. senior, so, saya segan2 sikit la dgn diorang. apalagi baru semester 1.


Eh, ko balik mana cuti ni? Kelantan ye?





Engineering.


petbro. kalau student KYUEM, pasti tau apa dia. suatu sistem (ye kot) utk merapatkan hubungan senior dan junior yg baru masuk. mungkin boleh saya kata macam penpal kot. haha.


petbro saya. Hisyam namanya. diam dan beriman orgnya. masa muda2 di KYUEM dulu, sesekali terselisih dgn dia di koridor, masa mahu ke kelas@breakfast. macam2 la yg kami borakkan. sekali lg, saya sudah di semester 2 ketika itu.


saya rajin bertanyakan padanya hal pelajaran. ya lah, senior kan. byk la yg dia tau, yg saya tak tau. pasal universiti di UK, exam, dan sebagainya. dia sponsored by Felda, buat Engineering.


mungkin tak lari tajuk perbualan, tiba2 dia tanya,


Eh, kau sponsor PETRONAS kan. buat course ape ek? Engineering ye?


bila saya beritahu jawapan sebenar, course Accounting and Finance, saya pun tanya la


Apsal ko ckp aku engineering pulak? ramai org kata ingat camtu gak.


ntah, aku tengok muka kau cam muka Engineering je.






Physics


ya, saya tau. dulu masa sekolah saya ambil subjek Fizik. minat juga, ada lakaran, lukisan, dan nombor, dan juga sedikit imaginasi yg hebat. jgnlah mcm Biologi. tolongla.


di KYUEM, ada dioffer subjek Physics. seorang senior pernah advise,


kau, accounting kan. amik la Physics, buat half. setahun je. pastu, drop la.


saya buat ikut saranan dia. hasilnya? saya dapat apply ke universiti yg saya nak. Uni of Warwick. halatuju saya lepas ni insyaAllah.


pelajaran ni KYUEM ada 2 bahagian basically. tahap AS Level dan A Level. AS Level ditamatkan biasanya within a year. kalau nak disambung, ambillah sampai ke A Level, 2 tahun. dulu, saya ambil Accounting, Economics, dan Maths sampai ke peringkat A Level. disebabkan saya course Accounting, Physics saya belajar sampai setahun je, AS Level, dan drop subjek tersebut, lepas tamat exam AS Level. buat ape nak belaja sampai 2 tahun. pening kepala je.


setahun je kot. igauan A Level jauh lebih hebat berbanding AS Level. kalau AS Level tu, mcm SPM jela budak2 hebat kat sini kata. syllabus A Level jauh lebih complicated dan susah.


pun begitu,


weh, aku susah ar Physics A2 (A Level disebut juga kdg2 sebagai A2). makin jauh, makin susah. part application tu. lagi la. bab *** pun sama. bab *** je yg ok sikit ar. ni yg lg 1 bab tu, bab ape ek? yg belajar pasal *** tu?


manela aku tau wei. aku dah drop Physics kot.




Physics 2


Iman, kau tadi mcm mana exam Physics? susah dol. aku agak2 je.


chaletmate saya, selaku bekas rakan sekelas Physics dgn saya dulu, bertanya, setelah baru pulang dari exam hall.


wei, aku dah drop kot Physics. ape la ko tanya aku. mane aku tau.


Eh, Iman ko dah drop Physics la...sorriiiiii aku telupaaaaa....


jawab beliau sambil tergelak2.




tu chaletmate tu.


bekas rakan sekelas tu.





Physics 3



begitu juga lepas exam trial A Level. di dining hall.


saya sedang makan. duduk seorang kawan di meja yg sama dgn saya.


wei, susah la paper Physics tadi. ya Allah,....


kata seorang kawan yg mengambil paper tersebut sebaik melabuhkan punggung di kerusi, sebelum nasik masuk ke mulut.


dah menjadi kebiasaan. bincang pasal paper exam lepas habis exam. kebetulan semeja dgn saya ketika itu, kurang budak yg ambil paper Physics. so, budak tadi tu pun tanya la saya.


Eh, yg part tengah tu, ko boleh buat tak? ko buat camne? ala, soalan pasal *** tu..


lalu saya pun melawak la.


wei, susah kot. aku tinggal byk yg belakang tu.


saya jawab sambil buat2 mengeluh.


ala Iman. tak yah mengada la. ko dah drop Physics kot. mcm aku tak tau.


eh, ye ke? Eh, ko drop ye iman?


yela wei. lame dah kot. entah la. apesal ar org asyik ingat aku amik Physics lagi. aku dah drop kot. balik2 tanya soalan sama, eh, mcm mana physics td? bosan aku.


tiba2 ada seorang lagi nak duduk di semeja saya dtg, masih memegang traynya, lalu bertanya,


eh, Man. cmane Physics td?



dah dekat trial exam tu. entah. mungkin mereka ini mmg pemerhati muka org yg hebat kot.





Physics 4



itu trial exam. cukup la saya kata. kalau baru kenal, masa di semester 1, takpe jugak tersilap teka. ini dah semester 4, dah nak habis dah pun 2 tahun kat sini. ah. saya tak lah terasa hati pun. kadang2 rasa aneh juga.


tamat sudah exam A Level akhirnya. mengenang cerita2 lama pasal Physics membuatkan saya tersenyum sendirian kadang2. masing2 pulang ke rumah, dan beberapa minggu lepas tu, result diumumkan online.


kembali la ke kolej 10 hari lepas tu, utk ambil slip keputusan exam. guna ni. utk apply visa.


serentak dgn nak ambik slip keputusan, result component pun turut available utk disemak oleh student. iaitu, result setiap paper, yg online tu result overall.


nak semak result component, utk paper 3 and 4, or 5, perlu berjumpa cikgu masing2. di desk mereka masing2 di department mereka masing2 lah.


maths ada paper 3 dan 4. alhamdulillah, AA. overall A.

accounting ada paper 3 dan 4. alhamdulillah, BA. overall A.

economics ada paper 3 dan 4. tak payah btau la. overall B. erk! malu saya pada cikgu yg mengajar Economics.




sambil jumpa cikgu2, junior2, jumpa jugak kawan2, bertanyakan result masing, lepas ni pegi uni mana, lepas fly tak. huhu.


jumpa seorang kawan. hendak berjumpa cikgu Physicsnya. utk menyemak result utk Physics paper 4 dan 5 nya. dah lengang ketika itu, diajaknya saya.


Eh, Man. jom, teman aku aku jumpa mr Siva. nak tengok result paper 4 dgn 5 aku.


ala, malas ar wei. tu ada sorang lg tu nak pegi jugak tu. pegi la dgn dia.


ala, jomla wei. ko dah check ko punye belum?






time ambik result tuh


dah habis A level dah pun..







.

27 September 2009

yg tiada lagi


saya dan Z dulu bersekolah di sekolah rendah yg sama. tapi, saya cam gitu2 jelah. tahu nama, muka. tak penah pun bertegur sapa. tahu sikit2 background, duduk roughly dimana. saya kelas Daud, Z kelas Harun. setiap kelas dinamakan dgn nama nabi.


tahun 4, saya bertukar sekolah. Z masih di sekolah lama sehingga tahun 6. ditakdirkan, kami bersekolah di sekolah yg sama.


saya terkadang mengagumi Z. serba boleh. walaupun diam, tetapi ramai kawan suka mendampinginya. ketika itu, saya mmg tak berkawan langsung dgn Z.


sangat saya kagumi, Z pernah saya dgr menyertai 5 sukan yg ada ketika sebuah ala2 karnival sukan diadakan di sekolah. Piala BADAR namanya. bola sepak, sepak takraw, pingpong, bola tampar, dan badminton. fuh. mmg respek ar. flexible gile cakap lu. walaupun entah menang entah tidak, tapi berkebolehan menyertai sukan sebanyak itu sudah cukup mengagumkan.


baru masuk form 3, Z sudah terpilih menyertai pasukan bola sepak dan sepak takraw bawah 15 tahun dgn posisi wing (kalau tak silap) dan tekong respectively. sepak takraw memenangi tempat naib johan kinta 2 ketika itu.


even, semasa 2003, form 2, pun ada, cuma tak direkodkan dlm majalah sekolah. Z mewakili sekolah dlm perlawanan bola tampar (friendly kot) di Teluk Intan, Perak. malang sekali, saya kehilangan majalah sekolah utk tahun 2005. tiada rekod tentang Z utk saya catatkan di sini. tapi, kalau dari form 3 lagi sudah menjadi pemain sekolah, apalagi semasa form 4.


tamat PMR, dgn keputusan 5A, Z diterima melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 di sekolah yg sama. lagi mengenai sukan, rasanya, semasa di form 4 lagi Z sudah diserap ke dlm team bola tampar bawah 18 tahun sekolah. atau, kurang2 pun menjadi pemain simpanan.


ni dah macam pembaca berita pulak.


form 4, duduk sekelas di 4 Pengajian Islam 2, atau lebih dikenali dgn nama kelas Sains Fizikal (kerana mengambil Kimia, Add Maths, Fizik dan Prinsip Akaun tetapi tidak mengambil Ekonomi Asasa, Perdagangan, dan Biologi) saya mula dapat mengenal Z dgn lebih dekat. duduk di belakang saya saja. baris ketiga dari depan. ketika itu, baru saya faham serba sedikit kenapa walaupun diam dan jarang bercakap, Z memang disukai ramai.


senang didampingi.

gaya yg tersendiri.

kelakar.

mudah tertawa dan tersenyum.

sempoi.

dan sebagainya.


tak macam saya. diam. tapi tak ramai mahu dekat. takut kata mereka. apa yg ditakutkan entah.


style orang Perak bercakap, bila perkataan yg hujungnya 'al', akan desebut juga sebagai 'e' saja. 'e' is pronounced as in 'epal', bukannya 'engkau'.


contoh.


basikal --> basike

kapal --> kape

bakal menantu --> bake menantu

asalnya --> ase-nye

hal --> he


saya pernah melawak dgn Z


wei Iman. ko ade 'he' tak? ni nak tanya soalan sikit..


tanya Z pada saya pada suatu prep malam kerana ingin bertanyakan soalan pelajaran pada saya.


he = hal.


saya cuba melawak seketika dgnnya ketika itu. lalu saya jawablah memegang rambut saya,


mestila ada hair (bunyi mcm 'he'), ni hair aku, tak nampak ke..


terbahak2 1 kelas ketika itu. apa lagi Z. memang terbahak2. sejak dari itu, org seringkali mengulang2 lawak itu setiap kali terjumpa saya. haha.


Z kadangkala serius bila study. kadangkala mcm main2 pun ada. entah.


tapi, bila masuk form 5, Z sudah mengurangkan penglibatannya dlm sukan dgn hanya menyertai pasukan bola sepak bawah 18 tahun saja. tidak lagi bola tampar, sepak takraw, jauh sekali pingpong dan badminton. alasannya ketika itu, study. SPM.


saya suka Z ketika dia mula serius dgn study. apalagi, masuk form 5, kami tinggal sedorm. lebih dari itu, Z dan saya hanyalah kawan sekatil atas bawah, dgn saya di bawah, dan dia di atas.



saya sekolah semua lelaki ok.



banyak kenangan saya dgn Z tinggal sedorm. kalau bab pinjam meminjam, t shirt ke, baju batik buat pergi prep ptg ke, pau milo, makanan die ke, makan megi dlm gayung ke, dan sebagainya, mmg dah lali antara kami. apalagi, Z selalu jugak bawak makanan sikit2 bila balik bercuti dari rumah. Z mmg jarang berkira kalau saya mintak milo 3 in 1 sepeket 2.


saya dulu selalu ke kelas prep ptg awal. balik lunch, Z akan mengingatkan saya supaya mengejutkannya bila nak pegi kelas prep. selesai solat Isyak berjemaah di musolla, kami akan pulang ke dorm kejap, baru ke kelas sekali. pendek kata, saya secara tak langsung menjadi rapat pulak dgnnya. rumah kami pulak berdekatan. pernah je, saya tumpang Z balik ke sekolah.


suatu hari, saya lihat Z minum pati ayam Brand. yg dikatakan baik utk otak. apalagi ketika itu hampir menjelang SPM. semalam dia minum sebotol kecik tu. hari ni, 2 botol pulak. katanya,


aku minum 2 botol la sekali, cepat sikit pandai.


hahahaha.


menjelang musim peperiksaan SPM, Z kelihatan semakin tekun dgn study. walaupun sambil2, tetap dgn perangainya yg kelakar dan sempoi. walaupun saya dan Z tak duduk bersebelahan, Z rajin bertanyakan soalan. seronok juga saya lihat ketika itu, iaitu bila Z tekun dgn studynya.


lepas tamat prep malam dan supper, sesetengah pelajar memilih utk kembali ke kelas menyambung homework atau study memandangkan lampu kelas perlu dipadamkan pada jam 12.30 mlm. sering juga saya dan Z ke kelas sekali, study sehingga larut malam dan balik ke dorm pun sekali.


saya dulu selalu juga berjaga malam, baca buku. Z tak kurang juga. samada di kelas, atau bukak saja lampu di dorm. bila Z tau hal itu, dia mengingatkan juga saya supaya mengejutkannya juga utk baca buku jugak. kesian jugak saya tengok bila Z bersemangat mcm tu, tapi baca buku sambil tersengguk2. bila di kelas pula pada jam 3-4 pagi tu, saya bacalah buku. Z di belakang senyap. bila saya toleh belakang, Z sedang tidur.


saya kagum juga dgn effortnya utk SPM. walaupun Z aktif dlm sukan, tetapi kurang sedikit pula dlm pelajaran. namun, melihatkan effortnya utk study sampai mcm tu dgn saya dulu, saya pernah kata pada kawan lain,


jgn tekejut wei kalo die dapat result gempak nanti.


lalu saya ceritakanlah bila mereka tanya kenapa saya kata mcm tu.


Z memperoleh 5A dlm SPM. sama dgn PMRnya. ketetapan ilahi. setelah itu, Z saya dgr Z melanjutkan pelajarannya ke Matriks Gopeng, Perak, utk beberapa bulan. lepas tu, saya tak hubungi dia lagi. entah. nombor handsetnya sering juga bertukar.


tamat 2 tahun membuat A Level di KYUEM, dan memperoleh confirmation utk sambung belajar di luar negara, satu hari, saya menerima panggilan telefon dari kawan lama. serentak dgn itu, seorang kawan menegur saya yg kebetulan pada waktu itu sedang online facebook, di ruangan chat yg disediakan.


salam.


permulaan chat yg biasa. kawan lama ini, jarang bertegur sapa dulu. sekali, terjumpa di facebook. add la. bila tiba2 menyapa mcm tu, ingatkan saja2 la nak bertanya khabar. belum sempat saya balas, telefon nokia 3120 saya berdering. kawan lama juga, tapi lagi lama, sebab dia pindah sekolah setelah tamat PMR, call.


Man, ko tau tak? Zakwan meninggal?...


. terkesima .


zakwan? zakwan yg dulu sekatil dgn aku tu? meninggal???


sebab ape wei?


accident, semalam.


accident mcm mane?


tak tau, aku pon tadi ada org btau...


sejurus call di-offkan, rakan yg menyapa di facebook tadi meneruskan ayatnya.


tau tak berita baru?











ya Allah. ampunilah saudaraku, Muhamad Zakwan bin Zainon Kamar.


tempatkanlah beliau dalam kalangan org yg beriman.


tempatkanlah beliau dalam kalangan org yg dijanjikan syurga-Mu.


amiin..


baru lagi dgr berita kematian seorang kawan pada kawan, yg pergi dlm tidurnya. baru lagi dgr berita kemalangan seorang lagi kawan semasa baru lepas result A Level diumumkan. kali ini..?





arwah Zakwan bersama classmate 5 Pengajian Islam II (dalam bulatan).
gambar diambil semasa musim peperiksaan. utk kegunaan majalah sekolah.

penulis berdiri di kanan sekali (nak jugak).



arwah Zakwan bersama classmate dan guru kelas 5 Pengajian Islam II, selepas result rasmi Trial SPM dikeluarkan dan kami mendapat duit raya rm2 (ke rm3?) sorang dari guru kelas.

penulis berdiri di barisan belakang, 4 dari kanan. tak bersongkok.




arwah Zakwan (dlm bulatan), juga bersama classmate 5 Pengajian Islam II, semasa suatu gotong royong diadakan. hari sabtu kalau tak silap. kene pegi assembly, eventhough gotong royong je pun.

penulis yg nak jugak, ialah yg berdiri barisan belakang, 3 dari kiri. kelihatan cuba menyempit di situ.



arwah Zakwan di depan, 2 dari kanan. berbaju merah, memegang buku. gambar diambil semasa sambutan Aidilfitri dan Majlis Persaraan seorang guru sekolah.

penulis tiada dlm gambar.



gambar semasa kelas prep malam. Zakwan dan lain2 yg mewakili sekolah dlm bola sepak, berjersey biru kerana baru balik dari kejohanan sukan.



keletihan selepas balik kelas dan lunch, khailulah sementara menunggu prep petang.

penulis tiada dlm gambar, kerana arwah sedang tidur di katil penulis, memakai baju silat cekak yg juga kepunyaan penulis.




.
.

.


.




.




.


Kau cucurilah rahmat ke atas roh beliau ya Allah.


amin.




.

21 September 2009

berbeza



SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


ah. cliche sunggoh.


biar la cliche pon. yg cliche itulah membantu.


membantu apa?


yelah, kalau nak wish kat org, dah ketandusan ayat sgt, tulis jela yg tu. org pasti akan menghargai. :)


zaman2 raya mcm ni, teringin pulak rasa nak berperasaan. ini dah macam diari betul, walaupun saya sebenarnya tak minat sgt nak buat gaya penulisan sebegini.

20 September 2009


bangun lambat. lambat di sini maksudnya tidak bersahur la, maklumlah, hari raya. semalam, selesai solat Isyak, ah. tak payahla. 20 hb, bukannya cerita 19 hb. bila tiba hari raya, saya rasa gembira kerana seluruh ahli keluarga dapat berkumpul bersama. manakan tidak, adik beradik saya ramai, big family org kata. tahu berapa org semua kami? 11 org. adik beradik saja.


sebelum ni, duduk di rumah amat2 membosankan. yg ada, abah, mama, adik 3 org yg asyik bergaduh sesama sendiri, 12 tahun, yg menghidap sejenis hiperaktif bernama autisme, 10 tahun, dan yg kecik sekali, 4 tahun. selain tu, kakak, yg sudah bekerja, dan SAYA. bosan yg amat2 duduk di rumah mcm tu. bila pagi, semua keluar. ayah dan kakak pergi kerja, adik 12 dan 10 tahun pegi sekolah. dudukla saya kat rumah, buat apa yg patut. rutin harian, hantar dan jemput adik kat sekolah.


menjelang hari raya, seorang demi seorang adik balik bercuti di rumah, bersama keluarga. sedikit demi sedikit, sehari demi sehari, terisi kesunyian di rumah dgn riuh kami 11 beradik. gila. org kata, 5 atau 6 beradik pun dah cukup utk meriuhkan rumah. apalagi 11. terubat sedikit kebosanan duduk saja di rumah.


pagi raya, lepas Subuh, mcm raya2 tahun lepas, abah akan panggil kami semua 11 org utk sama2 bertakbir raya. wah. semasa kami semua 13 org berkumpul di ruang tamu pagi itulah saya terfikirkan seolah unik dan seronoknya bila satu keluarga dapat kumpul kembali. sambil bertakbir2, dok mengusik sana, sini sesama sendiri. pagi itu mmg ceria rasanya. dgn masing2 masih mengantuk, tapi hilang bila berkumpul mcm tu. terasa bahagia saya. beruntung dapat duduk dlm keluarga sebegini. beruntung jugak ada adik beradik yg ramai. hehe.


kami bertakbir dimulakan dgn abah, diikuti abg yg sulung, kakak, dan seterusnya mengikut turutan umur. bila sampai giliran adik kecik, masing2 mula tertawa sendiri. baru 10 tahun, sudah disuruh lead takbir raya. bila sampai part yg panjang tu;


allahuakbar kabira, walhamdulillahi kathira, ......


lailahaillahu.... wala na'budu .... betul kan? dia bertanya pada kakak di sebelah. semua kami tertawa.


kalau tahun lepas, abang yg sedang belajar di Mesir, takde. so, ada jugak kehilangan walaupun seorang je. tahun ni, semua ada. semasa berkumpul itu lah saya terfikirkan semua ini.


bak kata org, patah tumbuh, hilang berganti. namun, di pagi raya itu, semasa bertakbir, saya merenung seorang demi seorang wajah ahli keluarga saya.


bila sampai utk ibu tiri saya, saya terhenti seketika. kalau tahun ni, abg boleh pulang dari Mesir, namun, satu2nya umi yg telah pergi, takkan kembali lagi..


saya tidaklah nak nangis on the spot. entah. mungkin sudah dapat menerima kenyataan. pemergian umi sgt mengejut. di kala saya sedang bergembira dgn kawan2 di sekolah utk menyambut Hari Sukan. di kala abg belum lagi menghabiskan tahun pertama di Al Azhar, Mesir. di kala kami sedang alpa akan segala jasa umi, selama kami dibesarkan sehingga ke saat itu. di kala kami tak tahu apa nilainya seorang umi. di kala adik saya yg sekarang sudah 4 tahun, belum genap setahun lagi umurnya.


entah. mungkin Allah nak tunjukkan. teringat kembali pesan umi malam sebelum beliau menghembus nafasnya yg terakhir, pada 12 Mac 2006. umi berpesan pada saya supaya jaga solat, jgn ditinggalkan.


kini, saya cuma hanya tinggal seorang ibu tiri. anda bayangkan, 17 tahun anda hidup dgn mak anda, dah hidup sekeluarga, dgn cara keluarga sendiri, tiba dtg seorang dari luar mencampuri keluarga anda. betapa banyaknya perbezaan dan kejanggalan yg perlu kami tempuhi.


masih teringat ketika abah menyatakan hasrat mahu mengahwini seorang janda, 2 tahun, setelah pemergian umi. kakak ketika itu menyatakan sedikit ketidaksetujuan dgn perkahwinan itu. kami yg lain, entah. ok je kot. pada ketika itu, tak terlintas langsung yg kami akan menerima seorang insan ke dalam keluarga kami, yg membawa kisah silam dan cara hidupnya sendiri, utk diasimilasikan dgn keluarga kami. dan insan itu ialah seorang IBU.


bila ada sedikit kesilapan, hendak menegur, terasa segan pula. org baru. berpangkat IBU. bukannya adik beradik tiri. terpaksa menyusun kata dulu, baru diluahkan. paling tidak pun, beritahu pada abah, minta ditegur. SUSAH!


abah, kakak, dan abg sulung, sering juga duduk sekali. berbincang mengenai keluarga. kakak kelihatan sgt tertekan. segala yg dibuat mama, sering tak kena. kakak kompelin pada abah, itu ini. nak ditegur direct, itu lah. susahla camni. abg sulung pun, kerap juga merungut2 tentang mama. even, kami semua sebenarnya tak suka pun jika gelaran MAMA digunakan. entah mcm mana, anak kepada mama, berumur 12 tahun ketika itu, memanggil dgn nama tersebut. alih2, semua panggil mcm tu. sumpah saya tak suka. tapi, terpaksa biasakanlah. lagi sekali, SUSAH!


kakak dan abah pernah seolah bergaduh, kerana mama. kakak kompelin itu ini, cara hidup abah yg seakan berubah sejak kehadiran org baru dlm keluarga, itu ini. abah menafikannya. kemudian, hal lain pula. kakak nak balik kampung sebelah arwah mak, seorang diri, barangkali tertekan dgn keadaan di rumah, tapi ketika itu diajaknya saya. saya ok je. tapi, abah tak setuju. dgn alasa, jauh sgt. Perak ke Johor. dibimbangi kalau ada apa2. mulalah. saya ketika itu tak campur tgn sgt. diamkan diri saja. dlm hati, saya menangis seorang diri, apa dah jadi pada keluarga saya, ya Allah... tuhan saja yg tahu perasaan saya ketika itu.


abah, kakak, dan abg yg sulung, bersembang dlm bilik. sesekali terdengar masing2 meninggikan suara. saya di luar, bertambah perit mendengar semua itu. manakan tidak, sebelum ini, ok. setelah berkahwin lain, langsung entah kemana keluarga kami. masing2 buat hal sendiri. bukan nak salahkan perkahwinan itu pulak, tapi, entah. susah nak menyesuaikan diri dgn kehadiran org baru.


kakak sudahlah tertekan dgn urusan kerja, penat. nak uruskan adik yg bongsu. ditambah pula adik saya seorang tu, abnormal. dah cukup membebankan kepala otak.


semasa raya 2008, kakak ketika bersalam dgn mama, menangis teresak. begitu juga abah, dan mama sendiri. kenapa ni, hari raya org lain bergembira, keluarga saya? entah. tapi saya sedikit lega. masing2 dah memaafkan satu sama lain. lain pula ceritanya setelah raya, mama seakan 'kembali dgn perangai lama'. kata kakak, ingatkan dah berubah. tapi entah. sama saja. saya faham perasaan kakak ketika itu, walaupun saya sesekali saja berada di rumah. ya Allah, kenapa kau timpakan ujian ini pada keluarga kami ya Allah...


di pagi raya 2009, saya sudah boleh tersenyum. masing2 sudah ok kot. ya, saya sebenarnya mmg ada sedikit tak suka dgn beberapa perangai mama, tapi, kini, mungkin sudah dapat menerima, dan mama pun sudah mula menyesuaikan diri dgn keadaan keluarga kami.


saya tak dapat buat apa, by hook or by crook, itulah mak saya, yg saya panggil MAMA, walaupun tak berapa suka dgn panggilan itu. itulah dia. saya berpegang dgn potongan ayat Quran, dari surah Al Isra' itu. saya ingat. begitu juga dalam surah Luqman. nak buat macam mana, umi dah tiada lagi di dunia ini, dan beliau telah digantikan dgn seorang insan lain, suka atau tidak, nak atau tak nak, rela atau terpaksa. walau mcm mana pun, seorang ibu tetap mempunyai hak utk kita berbuat baik padanya. suruhannya, selagi tak melanggar syariat, wajib dipatuhi. begitu juga arwah ibu yg sudah lama bersemadi di pusara, tetap ada haknya utk didoakan oleh anaknya.


umi dah tiada utk saya berbakti padanya. memang kalaula diberi mesin pemutar masa, pasti akan diputar kembali masa lalu, utk saya berbuat baik pada umi sebanyak2nya. sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, kerana semasa hidup umi, jarang sekali saya berbakti padanya. yg ada, mama. janggal ke tidak, suka atau tak, utk mendapatkan pahala berbakti pada ibu bapa, haknya tetap ada.


saya sudah kehilangan nikmat itu. sudah terhantuk, baru tengadah. anda? jgn jadi mcm saya.


saya suka sebuah lirik nasyid.


apa yg ada, jarang disyukuri.
apa yg tiada, sering dirisaukan.
nikmat yg dikecap, barukan terasa, bila (ia) hilang.
apa yg diburu, timbul rasa jemu, bila sudah, di dalam genggaman.


*beberapa part, mungkin susah utk diceritakan dlm perkataan*



.