27 September 2009

yg tiada lagi


saya dan Z dulu bersekolah di sekolah rendah yg sama. tapi, saya cam gitu2 jelah. tahu nama, muka. tak penah pun bertegur sapa. tahu sikit2 background, duduk roughly dimana. saya kelas Daud, Z kelas Harun. setiap kelas dinamakan dgn nama nabi.


tahun 4, saya bertukar sekolah. Z masih di sekolah lama sehingga tahun 6. ditakdirkan, kami bersekolah di sekolah yg sama.


saya terkadang mengagumi Z. serba boleh. walaupun diam, tetapi ramai kawan suka mendampinginya. ketika itu, saya mmg tak berkawan langsung dgn Z.


sangat saya kagumi, Z pernah saya dgr menyertai 5 sukan yg ada ketika sebuah ala2 karnival sukan diadakan di sekolah. Piala BADAR namanya. bola sepak, sepak takraw, pingpong, bola tampar, dan badminton. fuh. mmg respek ar. flexible gile cakap lu. walaupun entah menang entah tidak, tapi berkebolehan menyertai sukan sebanyak itu sudah cukup mengagumkan.


baru masuk form 3, Z sudah terpilih menyertai pasukan bola sepak dan sepak takraw bawah 15 tahun dgn posisi wing (kalau tak silap) dan tekong respectively. sepak takraw memenangi tempat naib johan kinta 2 ketika itu.


even, semasa 2003, form 2, pun ada, cuma tak direkodkan dlm majalah sekolah. Z mewakili sekolah dlm perlawanan bola tampar (friendly kot) di Teluk Intan, Perak. malang sekali, saya kehilangan majalah sekolah utk tahun 2005. tiada rekod tentang Z utk saya catatkan di sini. tapi, kalau dari form 3 lagi sudah menjadi pemain sekolah, apalagi semasa form 4.


tamat PMR, dgn keputusan 5A, Z diterima melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 di sekolah yg sama. lagi mengenai sukan, rasanya, semasa di form 4 lagi Z sudah diserap ke dlm team bola tampar bawah 18 tahun sekolah. atau, kurang2 pun menjadi pemain simpanan.


ni dah macam pembaca berita pulak.


form 4, duduk sekelas di 4 Pengajian Islam 2, atau lebih dikenali dgn nama kelas Sains Fizikal (kerana mengambil Kimia, Add Maths, Fizik dan Prinsip Akaun tetapi tidak mengambil Ekonomi Asasa, Perdagangan, dan Biologi) saya mula dapat mengenal Z dgn lebih dekat. duduk di belakang saya saja. baris ketiga dari depan. ketika itu, baru saya faham serba sedikit kenapa walaupun diam dan jarang bercakap, Z memang disukai ramai.


senang didampingi.

gaya yg tersendiri.

kelakar.

mudah tertawa dan tersenyum.

sempoi.

dan sebagainya.


tak macam saya. diam. tapi tak ramai mahu dekat. takut kata mereka. apa yg ditakutkan entah.


style orang Perak bercakap, bila perkataan yg hujungnya 'al', akan desebut juga sebagai 'e' saja. 'e' is pronounced as in 'epal', bukannya 'engkau'.


contoh.


basikal --> basike

kapal --> kape

bakal menantu --> bake menantu

asalnya --> ase-nye

hal --> he


saya pernah melawak dgn Z


wei Iman. ko ade 'he' tak? ni nak tanya soalan sikit..


tanya Z pada saya pada suatu prep malam kerana ingin bertanyakan soalan pelajaran pada saya.


he = hal.


saya cuba melawak seketika dgnnya ketika itu. lalu saya jawablah memegang rambut saya,


mestila ada hair (bunyi mcm 'he'), ni hair aku, tak nampak ke..


terbahak2 1 kelas ketika itu. apa lagi Z. memang terbahak2. sejak dari itu, org seringkali mengulang2 lawak itu setiap kali terjumpa saya. haha.


Z kadangkala serius bila study. kadangkala mcm main2 pun ada. entah.


tapi, bila masuk form 5, Z sudah mengurangkan penglibatannya dlm sukan dgn hanya menyertai pasukan bola sepak bawah 18 tahun saja. tidak lagi bola tampar, sepak takraw, jauh sekali pingpong dan badminton. alasannya ketika itu, study. SPM.


saya suka Z ketika dia mula serius dgn study. apalagi, masuk form 5, kami tinggal sedorm. lebih dari itu, Z dan saya hanyalah kawan sekatil atas bawah, dgn saya di bawah, dan dia di atas.



saya sekolah semua lelaki ok.



banyak kenangan saya dgn Z tinggal sedorm. kalau bab pinjam meminjam, t shirt ke, baju batik buat pergi prep ptg ke, pau milo, makanan die ke, makan megi dlm gayung ke, dan sebagainya, mmg dah lali antara kami. apalagi, Z selalu jugak bawak makanan sikit2 bila balik bercuti dari rumah. Z mmg jarang berkira kalau saya mintak milo 3 in 1 sepeket 2.


saya dulu selalu ke kelas prep ptg awal. balik lunch, Z akan mengingatkan saya supaya mengejutkannya bila nak pegi kelas prep. selesai solat Isyak berjemaah di musolla, kami akan pulang ke dorm kejap, baru ke kelas sekali. pendek kata, saya secara tak langsung menjadi rapat pulak dgnnya. rumah kami pulak berdekatan. pernah je, saya tumpang Z balik ke sekolah.


suatu hari, saya lihat Z minum pati ayam Brand. yg dikatakan baik utk otak. apalagi ketika itu hampir menjelang SPM. semalam dia minum sebotol kecik tu. hari ni, 2 botol pulak. katanya,


aku minum 2 botol la sekali, cepat sikit pandai.


hahahaha.


menjelang musim peperiksaan SPM, Z kelihatan semakin tekun dgn study. walaupun sambil2, tetap dgn perangainya yg kelakar dan sempoi. walaupun saya dan Z tak duduk bersebelahan, Z rajin bertanyakan soalan. seronok juga saya lihat ketika itu, iaitu bila Z tekun dgn studynya.


lepas tamat prep malam dan supper, sesetengah pelajar memilih utk kembali ke kelas menyambung homework atau study memandangkan lampu kelas perlu dipadamkan pada jam 12.30 mlm. sering juga saya dan Z ke kelas sekali, study sehingga larut malam dan balik ke dorm pun sekali.


saya dulu selalu juga berjaga malam, baca buku. Z tak kurang juga. samada di kelas, atau bukak saja lampu di dorm. bila Z tau hal itu, dia mengingatkan juga saya supaya mengejutkannya juga utk baca buku jugak. kesian jugak saya tengok bila Z bersemangat mcm tu, tapi baca buku sambil tersengguk2. bila di kelas pula pada jam 3-4 pagi tu, saya bacalah buku. Z di belakang senyap. bila saya toleh belakang, Z sedang tidur.


saya kagum juga dgn effortnya utk SPM. walaupun Z aktif dlm sukan, tetapi kurang sedikit pula dlm pelajaran. namun, melihatkan effortnya utk study sampai mcm tu dgn saya dulu, saya pernah kata pada kawan lain,


jgn tekejut wei kalo die dapat result gempak nanti.


lalu saya ceritakanlah bila mereka tanya kenapa saya kata mcm tu.


Z memperoleh 5A dlm SPM. sama dgn PMRnya. ketetapan ilahi. setelah itu, Z saya dgr Z melanjutkan pelajarannya ke Matriks Gopeng, Perak, utk beberapa bulan. lepas tu, saya tak hubungi dia lagi. entah. nombor handsetnya sering juga bertukar.


tamat 2 tahun membuat A Level di KYUEM, dan memperoleh confirmation utk sambung belajar di luar negara, satu hari, saya menerima panggilan telefon dari kawan lama. serentak dgn itu, seorang kawan menegur saya yg kebetulan pada waktu itu sedang online facebook, di ruangan chat yg disediakan.


salam.


permulaan chat yg biasa. kawan lama ini, jarang bertegur sapa dulu. sekali, terjumpa di facebook. add la. bila tiba2 menyapa mcm tu, ingatkan saja2 la nak bertanya khabar. belum sempat saya balas, telefon nokia 3120 saya berdering. kawan lama juga, tapi lagi lama, sebab dia pindah sekolah setelah tamat PMR, call.


Man, ko tau tak? Zakwan meninggal?...


. terkesima .


zakwan? zakwan yg dulu sekatil dgn aku tu? meninggal???


sebab ape wei?


accident, semalam.


accident mcm mane?


tak tau, aku pon tadi ada org btau...


sejurus call di-offkan, rakan yg menyapa di facebook tadi meneruskan ayatnya.


tau tak berita baru?











ya Allah. ampunilah saudaraku, Muhamad Zakwan bin Zainon Kamar.


tempatkanlah beliau dalam kalangan org yg beriman.


tempatkanlah beliau dalam kalangan org yg dijanjikan syurga-Mu.


amiin..


baru lagi dgr berita kematian seorang kawan pada kawan, yg pergi dlm tidurnya. baru lagi dgr berita kemalangan seorang lagi kawan semasa baru lepas result A Level diumumkan. kali ini..?





arwah Zakwan bersama classmate 5 Pengajian Islam II (dalam bulatan).
gambar diambil semasa musim peperiksaan. utk kegunaan majalah sekolah.

penulis berdiri di kanan sekali (nak jugak).



arwah Zakwan bersama classmate dan guru kelas 5 Pengajian Islam II, selepas result rasmi Trial SPM dikeluarkan dan kami mendapat duit raya rm2 (ke rm3?) sorang dari guru kelas.

penulis berdiri di barisan belakang, 4 dari kanan. tak bersongkok.




arwah Zakwan (dlm bulatan), juga bersama classmate 5 Pengajian Islam II, semasa suatu gotong royong diadakan. hari sabtu kalau tak silap. kene pegi assembly, eventhough gotong royong je pun.

penulis yg nak jugak, ialah yg berdiri barisan belakang, 3 dari kiri. kelihatan cuba menyempit di situ.



arwah Zakwan di depan, 2 dari kanan. berbaju merah, memegang buku. gambar diambil semasa sambutan Aidilfitri dan Majlis Persaraan seorang guru sekolah.

penulis tiada dlm gambar.



gambar semasa kelas prep malam. Zakwan dan lain2 yg mewakili sekolah dlm bola sepak, berjersey biru kerana baru balik dari kejohanan sukan.



keletihan selepas balik kelas dan lunch, khailulah sementara menunggu prep petang.

penulis tiada dlm gambar, kerana arwah sedang tidur di katil penulis, memakai baju silat cekak yg juga kepunyaan penulis.




.
.

.


.




.




.


Kau cucurilah rahmat ke atas roh beliau ya Allah.


amin.




.

8 comments:

fatin iliyani said...

assalamualaikum..
sy fatin, kwn zakwan dr kecik..
sy baru dpt tau tadi zakwan dah pergi..
family kteorg mmg rapat sgt2.. ayah dia dah mcm ayah sy..
search nama dia td.. tjmpe plak blog awk ni.. tegerak ati nk reply kt komen awk ni.
sesiapa yg mengenali arwah, same2 lah kite sedekahkan al-fatihah dgn arwah.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. amin.. al-fatihah..

fatin iliyani said...

oh lg 1.. arwah ada facebook ker? boleh tak bg link dia.. tq..
facebook sy : fatin.iliyani@hotmail.com

Iman said...

amiin. sy akan sentiasa doakan zakwan. huhuhu...

facebook tak tau la ade ke tak. sori ek..

DzuLagiL said...

wslm...
sayu mndgrnyer..
terima kasih ats perkongsian...
once sis, always sis

Anonymous said...

riana...

salam...
i gf zakwan..
menangis ble bce blog ni..
org yg plg i syg da xde tglkan kte sume..
semoga die tenang di sana..
al-fatihah

zaki said...

askom terima kasih byk2 pd abg yg buat blog nie...saya zaki adik pd arwah abg zakwan mewakili family mengucapkn terima kasih sgt2 krna membuat blog khas utk abg zakwan...kami redha atas pemergian abg zakwan...sy hrp kwn2,sahabat arwah dpt memaafkn arwah sekirannya arwah ada menyakiti hati kalian...halalkn mkn minum zakwan di waktu zakwan brsama kalian...marilah kita mendoakn agar roh arwah abg di sana aman sejahtera..ni email zaki,qie.zaky@yahoo.com...ni no.hp 0194818369...kmi duduk lumut...dtg lah ke rumah kmi dan kmi sudi membawa anda ke pusaranya..tq..

Anonymous said...

salam... saya wanie, ex gf zakwan n a fren of him since chilhood.. a lot of thanks to whom create tis blog... we do miss him badly.... al fatihah to zakwan zainor kamar...

Anonymous said...

harini sy rindu sgt kt allahyarham zakwan...setiap kali rindu...sy tgk blog ni...miss u abg