SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
ah. cliche sunggoh.
biar la cliche pon. yg cliche itulah membantu.
membantu apa?
yelah, kalau nak wish kat org, dah ketandusan ayat sgt, tulis jela yg tu. org pasti akan menghargai. :)
zaman2 raya mcm ni, teringin pulak rasa nak berperasaan. ini dah macam diari betul, walaupun saya sebenarnya tak minat sgt nak buat gaya penulisan sebegini.
20 September 2009
bangun lambat. lambat di sini maksudnya tidak bersahur la, maklumlah, hari raya. semalam, selesai solat Isyak, ah. tak payahla. 20 hb, bukannya cerita 19 hb. bila tiba hari raya, saya rasa gembira kerana seluruh ahli keluarga dapat berkumpul bersama. manakan tidak, adik beradik saya ramai, big family org kata. tahu berapa org semua kami? 11 org. adik beradik saja.
sebelum ni, duduk di rumah amat2 membosankan. yg ada, abah, mama, adik 3 org yg asyik bergaduh sesama sendiri, 12 tahun, yg menghidap sejenis hiperaktif bernama autisme, 10 tahun, dan yg kecik sekali, 4 tahun. selain tu, kakak, yg sudah bekerja, dan SAYA. bosan yg amat2 duduk di rumah mcm tu. bila pagi, semua keluar. ayah dan kakak pergi kerja, adik 12 dan 10 tahun pegi sekolah. dudukla saya kat rumah, buat apa yg patut. rutin harian, hantar dan jemput adik kat sekolah.
menjelang hari raya, seorang demi seorang adik balik bercuti di rumah, bersama keluarga. sedikit demi sedikit, sehari demi sehari, terisi kesunyian di rumah dgn riuh kami 11 beradik. gila. org kata, 5 atau 6 beradik pun dah cukup utk meriuhkan rumah. apalagi 11. terubat sedikit kebosanan duduk saja di rumah.
pagi raya, lepas Subuh, mcm raya2 tahun lepas, abah akan panggil kami semua 11 org utk sama2 bertakbir raya. wah. semasa kami semua 13 org berkumpul di ruang tamu pagi itulah saya terfikirkan seolah unik dan seronoknya bila satu keluarga dapat kumpul kembali. sambil bertakbir2, dok mengusik sana, sini sesama sendiri. pagi itu mmg ceria rasanya. dgn masing2 masih mengantuk, tapi hilang bila berkumpul mcm tu. terasa bahagia saya. beruntung dapat duduk dlm keluarga sebegini. beruntung jugak ada adik beradik yg ramai. hehe.
kami bertakbir dimulakan dgn abah, diikuti abg yg sulung, kakak, dan seterusnya mengikut turutan umur. bila sampai giliran adik kecik, masing2 mula tertawa sendiri. baru 10 tahun, sudah disuruh lead takbir raya. bila sampai part yg panjang tu;
allahuakbar kabira, walhamdulillahi kathira, ......
lailahaillahu.... wala na'budu .... betul kan? dia bertanya pada kakak di sebelah. semua kami tertawa.
kalau tahun lepas, abang yg sedang belajar di Mesir, takde. so, ada jugak kehilangan walaupun seorang je. tahun ni, semua ada. semasa berkumpul itu lah saya terfikirkan semua ini.
bak kata org, patah tumbuh, hilang berganti. namun, di pagi raya itu, semasa bertakbir, saya merenung seorang demi seorang wajah ahli keluarga saya.
bila sampai utk ibu tiri saya, saya terhenti seketika. kalau tahun ni, abg boleh pulang dari Mesir, namun, satu2nya umi yg telah pergi, takkan kembali lagi..
saya tidaklah nak nangis on the spot. entah. mungkin sudah dapat menerima kenyataan. pemergian umi sgt mengejut. di kala saya sedang bergembira dgn kawan2 di sekolah utk menyambut Hari Sukan. di kala abg belum lagi menghabiskan tahun pertama di Al Azhar, Mesir. di kala kami sedang alpa akan segala jasa umi, selama kami dibesarkan sehingga ke saat itu. di kala kami tak tahu apa nilainya seorang umi. di kala adik saya yg sekarang sudah 4 tahun, belum genap setahun lagi umurnya.
entah. mungkin Allah nak tunjukkan. teringat kembali pesan umi malam sebelum beliau menghembus nafasnya yg terakhir, pada 12 Mac 2006. umi berpesan pada saya supaya jaga solat, jgn ditinggalkan.
kini, saya cuma hanya tinggal seorang ibu tiri. anda bayangkan, 17 tahun anda hidup dgn mak anda, dah hidup sekeluarga, dgn cara keluarga sendiri, tiba dtg seorang dari luar mencampuri keluarga anda. betapa banyaknya perbezaan dan kejanggalan yg perlu kami tempuhi.
masih teringat ketika abah menyatakan hasrat mahu mengahwini seorang janda, 2 tahun, setelah pemergian umi. kakak ketika itu menyatakan sedikit ketidaksetujuan dgn perkahwinan itu. kami yg lain, entah. ok je kot. pada ketika itu, tak terlintas langsung yg kami akan menerima seorang insan ke dalam keluarga kami, yg membawa kisah silam dan cara hidupnya sendiri, utk diasimilasikan dgn keluarga kami. dan insan itu ialah seorang IBU.
bila ada sedikit kesilapan, hendak menegur, terasa segan pula. org baru. berpangkat IBU. bukannya adik beradik tiri. terpaksa menyusun kata dulu, baru diluahkan. paling tidak pun, beritahu pada abah, minta ditegur. SUSAH!
abah, kakak, dan abg sulung, sering juga duduk sekali. berbincang mengenai keluarga. kakak kelihatan sgt tertekan. segala yg dibuat mama, sering tak kena. kakak kompelin pada abah, itu ini. nak ditegur direct, itu lah. susahla camni. abg sulung pun, kerap juga merungut2 tentang mama. even, kami semua sebenarnya tak suka pun jika gelaran MAMA digunakan. entah mcm mana, anak kepada mama, berumur 12 tahun ketika itu, memanggil dgn nama tersebut. alih2, semua panggil mcm tu. sumpah saya tak suka. tapi, terpaksa biasakanlah. lagi sekali, SUSAH!
kakak dan abah pernah seolah bergaduh, kerana mama. kakak kompelin itu ini, cara hidup abah yg seakan berubah sejak kehadiran org baru dlm keluarga, itu ini. abah menafikannya. kemudian, hal lain pula. kakak nak balik kampung sebelah arwah mak, seorang diri, barangkali tertekan dgn keadaan di rumah, tapi ketika itu diajaknya saya. saya ok je. tapi, abah tak setuju. dgn alasa, jauh sgt. Perak ke Johor. dibimbangi kalau ada apa2. mulalah. saya ketika itu tak campur tgn sgt. diamkan diri saja. dlm hati, saya menangis seorang diri, apa dah jadi pada keluarga saya, ya Allah... tuhan saja yg tahu perasaan saya ketika itu.
abah, kakak, dan abg yg sulung, bersembang dlm bilik. sesekali terdengar masing2 meninggikan suara. saya di luar, bertambah perit mendengar semua itu. manakan tidak, sebelum ini, ok. setelah berkahwin lain, langsung entah kemana keluarga kami. masing2 buat hal sendiri. bukan nak salahkan perkahwinan itu pulak, tapi, entah. susah nak menyesuaikan diri dgn kehadiran org baru.
kakak sudahlah tertekan dgn urusan kerja, penat. nak uruskan adik yg bongsu. ditambah pula adik saya seorang tu, abnormal. dah cukup membebankan kepala otak.
semasa raya 2008, kakak ketika bersalam dgn mama, menangis teresak. begitu juga abah, dan mama sendiri. kenapa ni, hari raya org lain bergembira, keluarga saya? entah. tapi saya sedikit lega. masing2 dah memaafkan satu sama lain. lain pula ceritanya setelah raya, mama seakan 'kembali dgn perangai lama'. kata kakak, ingatkan dah berubah. tapi entah. sama saja. saya faham perasaan kakak ketika itu, walaupun saya sesekali saja berada di rumah. ya Allah, kenapa kau timpakan ujian ini pada keluarga kami ya Allah...
di pagi raya 2009, saya sudah boleh tersenyum. masing2 sudah ok kot. ya, saya sebenarnya mmg ada sedikit tak suka dgn beberapa perangai mama, tapi, kini, mungkin sudah dapat menerima, dan mama pun sudah mula menyesuaikan diri dgn keadaan keluarga kami.
saya tak dapat buat apa, by hook or by crook, itulah mak saya, yg saya panggil MAMA, walaupun tak berapa suka dgn panggilan itu. itulah dia. saya berpegang dgn potongan ayat Quran, dari surah Al Isra' itu. saya ingat. begitu juga dalam surah Luqman. nak buat macam mana, umi dah tiada lagi di dunia ini, dan beliau telah digantikan dgn seorang insan lain, suka atau tidak, nak atau tak nak, rela atau terpaksa. walau mcm mana pun, seorang ibu tetap mempunyai hak utk kita berbuat baik padanya. suruhannya, selagi tak melanggar syariat, wajib dipatuhi. begitu juga arwah ibu yg sudah lama bersemadi di pusara, tetap ada haknya utk didoakan oleh anaknya.
umi dah tiada utk saya berbakti padanya. memang kalaula diberi mesin pemutar masa, pasti akan diputar kembali masa lalu, utk saya berbuat baik pada umi sebanyak2nya. sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, kerana semasa hidup umi, jarang sekali saya berbakti padanya. yg ada, mama. janggal ke tidak, suka atau tak, utk mendapatkan pahala berbakti pada ibu bapa, haknya tetap ada.
saya sudah kehilangan nikmat itu. sudah terhantuk, baru tengadah. anda? jgn jadi mcm saya.
saya suka sebuah lirik nasyid.
apa yg ada, jarang disyukuri.
apa yg tiada, sering dirisaukan.
nikmat yg dikecap, barukan terasa, bila (ia) hilang.
apa yg diburu, timbul rasa jemu, bila sudah, di dalam genggaman.
*beberapa part, mungkin susah utk diceritakan dlm perkataan*
.
No comments:
Post a Comment