Anda pasti sudah lali dgn situasi sebegini bukan?
satu
Kata si L dgn penuh emosi.
Wei, mati aku, tadi susah giler soalan exam. Banyak giler aku bantai. Soalan belakang sekali tu dekat setengah jam aku buat. Aduh… mati laaa…
Ketika kertas peperiksaan dipulangkan semula pada pelajar2, A adalah antara yg memperoleh markah yg tinggi dalam subjek yg dikatakan susahnya itu.
Ok. Tolak ke tepi cerita markah utk sesuatu gred direndahkan.
Situasi sebegini sudah sgt biasa di sebuah kolej A Level yg tak terkenal. KYUEM.
Sempena itu, saya namakan ia ‘sindrom KYUEM’. tak mahu komen lagi. Nama ini saya yg beri. Sukati andalah nak namakan ianya apa pun.
Ini mungkin hampir menyerupai spesies di atas.
dua
Sempena solat asar di surau terkenal di KYUEM, saya sempat ketemu dgn seorang kawan. Musim exam pada waktu itu. dia lah. Saya tak. Sebab dia mengambil subjek Further Maths. Maka, Maths A Levelnya pun diawalkan.
Batch saya antara yg malang (atau mungkin termalang) yg mengambil paper AS Level pada sesi Oct/Nov 2008, yg mana kesemua 4 subjek AS saya dikremkan pada hujung tahun tersebut.
Dek kekejaman (ok,ini exaggeration) seorang pemerintah kuku besi bla bla bla bla. cukup tokok tambah ini.
Kawan ini sedang termenung di surau semasa disapa.
Wei, markah Maths aku teruk kot tadi. Malu gila dekat Dr. B**o. paling rendah kot dalam kelas. Yg lain sume tinggi2.
Kata si kawan sambil mengeluh dgn tak main2 lagi. Dahi dilap, kepala digaru, dan sebagainya (bukan main2 la pendek kata!).
Oh. Lupa saya nak kata. Kawan saya ini adalah intakde Jan 2008, a.k.a 18 monthers, a.k.a batch point 5 (.5), a.k.a batch 10.5, a.k.a junior yg tak berapa nak junior, yg register ke KYUEM dgn result trial SPM diorang yg gempak pom pom tu, dan sedang menunggu keputusan SPM 2007 semasa kemasukan mereka itu.
Ala wei. Lek ar. Ni baru trial kot. Ada masa lagi. Ala. P1 je kot. Ape ko nak risau sgt? Ko bukan gempak ke?
Saya kata sebagai penenang hati, penenteram jiwa.
Malu ah tadi. Diorang sume markah tinggi2 kot. Full mark tu besepah dlm kelas aku tadi.
La, brape markah kau?
Minus 5.
tiga
Kadang2, sindrom ini melalui peringkat2 mutasi, neuron2 otak masing2 yg berlainan, menyebabkan terhasilnya suatu hybrid bagi sindrom ini.
Si S sedang mengulangkaji pelajaran di kediamannya suatu hari, dgn ditemani beberapa rakan, yg juga mengambil kertas (paper) yg sama keesokan harinya.
Kata si S, juga penuh emosi.
Kau nak tau tak. Hari tu kan, paper Physics susah gile. Cikgu sendiri kata susah. Susah gilerr….
Tapi ada sorang budak ni, malam yg esoknya paper Physics, org semua dok desperate study, die boleh tengok cerita Desperate Housewives.
empat
Ini suatu lagi peringkat mutasi tahap tinggi yg dialami oleh sindrom KYUEM ini. Dialami oleh beberapa org tertentu saja.
Suasana dlm exam hall sunyi sepi.
Tertulis papan putih di depan dewan.
Accounting paper 3.
2.30pm – 3.30pm
Setelah seketika.
Time’s up, put your pens down!
Semua pelajar menurut arahan. Kertas dikumpulka semula. Masing2 beredar setelah dibenarkan.
Kata si I.
Weh, susah gilerr nak mati soalan tadi tau tak. Even MCQ je pun.
Si Y pula menyambung.
Ni tak pernah keluar dlm exam punye format ni. tak sama langsung dgn past paper.
Kata si I lagi.
Nak nangis dowh aku jawab tadi. Bukak first page dah cam give up dah tengok soalan panjang2.
Kata si S pula.
Dahla banyak tanya pasal tajuk yg kita lemah!
I, S dan Y berjalan bersama2 keluar exam hall sambil mengeluh akan kesusahan paper yg baru mereka duduki. Mereka bertanyakan pada yg lain, masing2 mengatakan paper tersebut mmg susah.
Tiba2, terjumpa si M di tengah jalan.
Weh, camne tadi? Susah giler dowh..
Kata si M.
Ntah la, ok la!
Sangkaan bahawa sindrom KYUEM hanya terhenti setakat peperiksaan A Level. Rupanya tekaan itu meleset.
Ia turut menjangkiti situasi2 di luar sama. virusnya ala2 sama, mungkin mutasi2nya telah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling.
Keluar result A Level, ada yg gembira, ada yg tak. Ada yg sedih, ada yg tak. Ada yg biasa2 saja, ada yg luar biasa2 saja.
Yg lepas fly, kena buat medical checkup. Kalau tak, kena tahan di airport, tanggung sendiri. Nak pergi ke negara omputih ni.
Kata si N pada J
Weh, ko dah buat medical checkup?
Tak buat lg dowh.
Ko giler ke, ko bukan fly awal ke??
Tu ah. aku pun tak sure. Susah aku dowh.
Apesal pulak?
Ni, sbb aku punya form medical checkup tu dlm Bahasa Melayu (BM). Takkan nak ke negara omputih pakai form dlm BM.
Tau lah BM suatu masa dulu ialah lingu franca.
Wei, ko jgn dowh. Tapi report die tu kene dlm BI. So, nanti ko kene translate la, then kene ape entah lagi…
Ala, jgn risau. Nanti mintak la. jom ar weh, buat sekali sama2 kat Hospital *******
Si J dan si N duduk berdekatan. Kalau naik kereta, ada la dlm 10-15 minit.
Beberapa hari kamudian. N mula resah kerana medical checkup belum dibuat pun lagi. N menghantar sms pada si J.
Weh, ko bile nak buat med checkup? Katne ha?
Kalau ikutkan, mahu saja tanya semua benda. Berapa kena bayar, buat Hep B tak, report dlm English tak, bla bla bla. Tapi takpe. Sms 1 sen je, next sms saya tanya la.
Balas si J,
Aku dah buat dah.
Die fly awal. Sebelum raya. Fine.
.
2 comments:
I,S ngan Y...
iman,syahir ngan yorke...boleh?
haha
hahaha, tersangat la bolehnya!!
Post a Comment