02 October 2009

its today!

ah. lebih kurang aje title post dgn status dlm facebook. lantak lah.


oh, its today ok!! i mean, finally!


after 2 years at KYUEM.

after anxiously waiting for the result to be released.

after more than a month doing nothing at home. pelajaran pun dah berkarat balik...


now its time.


UK, here I come! eh. overexcited pulak.


hey, its all about study anyway, bukan nak main2 melancong suka ati. ah. padan muka saya, dapat elaun PETRONAS yg sikit. so, taklehla nak bersuka ria bagai macam kat KYUEM dulu. RM500 net per month. all people were like tensed up gile sbb, sponsor yg cut-off point utk fly paling rendah, (BBB, actually KPM is the lowest), tapi allowance paling banyak. no further comment.


sorang kawan tu sampai menangis2 sbb dapat RM500 sebulan. kenapa? sedih dapat elaun paling banyak berbanding budak2 lain?


jumpa org. wei, belanja la, kata elaun baru naik. bila menolak utk membelanja, dikata oo, camnila. tau la elaun banyak. kitorang ni sikit. dah lupa kawan. bila duduk bersembang sesama, ada sesuatu yg diargue, mulalah. ala, ko pahal? tau la elaun rm500 sebulan!?


dan banyak lagi dugaan yg diterima masa elaun kami baru dinaikkan. ah. betul la, niat ingin bergurau. walaupun dgn nada serius. tapi, kalau dah 1 kolej, pelajarnya, atau at least yg sama batch, jumpa, kata mcm tu, or sewaktu dgnnya, mau tak terasa?


nah korang! budak PETRONAS elaun paling sikit kat UK. puas hati korang.


tak tau kenapa. haritu, pegi briefing PETRONAS, seorang bapa yg anaknya ditaja oleh PETRONAS merungut2 depan saya. padahal, anaknya bukan sedang duduk dgn saya ketika itu. nampak sgt kekesalan yg ingin diluahkan.


dah sinonim. PETRONAS. kaya. duit banyak.


bila saya ckp elaun yg kami terima ialah £ 271.2, org tak percaya. saya sampaikan jadi malu nak beritahu kawan lain amaun tersebut. mesti diorang akan kata eh, PETRONAS bukan kaya ke? takpun, eh, ko nanti kat UK belanje ar kitorang. PETRONAS bukan elaun byk nak mati ke..


kawan2 semua dah bersuka ria di UK. album demi album bersepah di facebook. mcm2 tajuk album tercipta sendiri dgn kreatifnya.


sebelum ni, hanya tengok je gambar2 yg kawan upload di facebook. hanya dengar je cerita dr mereka. hanya menunggu.


bila baca status junior dulu yg masih di kolej, ah. sedang sibuk dgn exam Advaced Level rupanya. haha. gelakkan org.


ok, 2 hari sebelum fly baru nak kemas barang!


mulalah mcm2 masalah. luggage tiba2 rasa mengecik. barang2, pakaian2 rasa macam besar sgt sampaikan tak muat.


sumbat punya sumbat, baru teringat nak timbang. 29.3kg! ok. selamat lagi. limit ialah 30kg. baru perasan, beg berat gila. nak angkat confirm pancit. apalagi saya yg kurus kering ni. nanti, kalau siapa yg naik tube di London menuju ke universiti masing2, pasti susah.


rumah 2 tingkat. sampai waktu nak letak luggage 30 inci dlm kereta, baru perasan. nak kena angkat bawak turun bawah. aduh. mujur adik beradik saya ramai. hehe.


dah susun semua barang, dgn rice cooker merupakan pemakan ruang yg paling besar, baru teringat.


alamak, benda tadi tu mana? aku nak guna kejap ni pulak! aduhhh...


punggah balik barang yg dah disusun cantik.


tak mengapalah. saya tau. semua ini pasti berbaloi bila dah sampai sana! mintak dimudahkan segala urusan, perjalanan, imigresen, dan sebagainya. amiiin!



:)




.

No comments: