28 September 2009

mereka hebat


sesetengah org, hebat. ala2 psychologist gitu. tengok rupa org, dah tau perangainya. bak kata pepatah, sekilas ikan di air, dah tau jantan atau betina. atau, hanya jauhari yg mengenal manikam. eh. yeke.


by the way, insyaAllah saya akan ke UK hari Jumaat ni, 2 Oct 2009. hari ni Isnin, pagi. Jumaat, saya bertolak pukul 11.40 malam. so, saya still ambil kiralah hari ni dan hari jumaat tu. so, lagi 5 hari. sesape kawan2 yg dekat dgn KLIA tu, dtg2 memeriahkan airport tetengah malam buta tu nanti.


sambung cerita psychologist.


dulu saya belajar di kolej persediaan yg hebat. Kolej Yayasan UEM. semua org pun tahu akan kehebatan kolej ini. rujuk post sebelum utk bukti kehebatan dari pelbagai aspek budak2 KYUEM ini.


psychologist ke? fortune teller? entah. apa vocab utk kerjaya meneka2 org dari luaran saja ini entah.





Kelantan.


takpela, kalau dah ayah dgn anak, mmg dah dekat sgt la hubungan gene die tu kan. betul la, ayah saya lahir di Kelantan. saya lahir di Selangor. tapi, ayah saya duduk di Kelantan masa kecik je kot. dan berpindah ke Perak. so, kalau reason tmpt kelahiran di sini agak kurang relevan. kot.


bila saya di KYUEM beberapa org pernah meneka dari mana saya berasal. asal, kalau di sini, saya kira, tempat saya tinggal la. kalau lahir, di Selangor, mcm tak kuat sgt. sbb saya tinggal lebih lama di Perak. lahir saja di Selangor.


Iman, ko asal mane eh? Kelantan ye?


eh, ape Kelantan pulak. Perak kot.


bila ada org lain bertanya sedemikian lagi, saya mula mengajukan soalan tambahan.


apesal ko kata aku asal Kelantan pulak?


entah. aku tengok muka kau mcm muka Kelantan la.


muka Kelantan pun ade ke?


erk.


ok.





Kelantan 2


cuti pertengahan semester di KYUEM bakal menjelang. saya ketika itu masih di semester pertama. seorang senior menyapa saya tanda mesra. tiada modal lain utk dijadikan topik perbualan, maka soalan ini diajukan pada saya.


Eh, Man. jemput makan ni sini dgn kitorang.


masa tu di surau ada buat makan2 sikit. tahlil, or something like that.


saya terima pelawaan mereka. duduk, dan makan sekali. senior, so, saya segan2 sikit la dgn diorang. apalagi baru semester 1.


Eh, ko balik mana cuti ni? Kelantan ye?





Engineering.


petbro. kalau student KYUEM, pasti tau apa dia. suatu sistem (ye kot) utk merapatkan hubungan senior dan junior yg baru masuk. mungkin boleh saya kata macam penpal kot. haha.


petbro saya. Hisyam namanya. diam dan beriman orgnya. masa muda2 di KYUEM dulu, sesekali terselisih dgn dia di koridor, masa mahu ke kelas@breakfast. macam2 la yg kami borakkan. sekali lg, saya sudah di semester 2 ketika itu.


saya rajin bertanyakan padanya hal pelajaran. ya lah, senior kan. byk la yg dia tau, yg saya tak tau. pasal universiti di UK, exam, dan sebagainya. dia sponsored by Felda, buat Engineering.


mungkin tak lari tajuk perbualan, tiba2 dia tanya,


Eh, kau sponsor PETRONAS kan. buat course ape ek? Engineering ye?


bila saya beritahu jawapan sebenar, course Accounting and Finance, saya pun tanya la


Apsal ko ckp aku engineering pulak? ramai org kata ingat camtu gak.


ntah, aku tengok muka kau cam muka Engineering je.






Physics


ya, saya tau. dulu masa sekolah saya ambil subjek Fizik. minat juga, ada lakaran, lukisan, dan nombor, dan juga sedikit imaginasi yg hebat. jgnlah mcm Biologi. tolongla.


di KYUEM, ada dioffer subjek Physics. seorang senior pernah advise,


kau, accounting kan. amik la Physics, buat half. setahun je. pastu, drop la.


saya buat ikut saranan dia. hasilnya? saya dapat apply ke universiti yg saya nak. Uni of Warwick. halatuju saya lepas ni insyaAllah.


pelajaran ni KYUEM ada 2 bahagian basically. tahap AS Level dan A Level. AS Level ditamatkan biasanya within a year. kalau nak disambung, ambillah sampai ke A Level, 2 tahun. dulu, saya ambil Accounting, Economics, dan Maths sampai ke peringkat A Level. disebabkan saya course Accounting, Physics saya belajar sampai setahun je, AS Level, dan drop subjek tersebut, lepas tamat exam AS Level. buat ape nak belaja sampai 2 tahun. pening kepala je.


setahun je kot. igauan A Level jauh lebih hebat berbanding AS Level. kalau AS Level tu, mcm SPM jela budak2 hebat kat sini kata. syllabus A Level jauh lebih complicated dan susah.


pun begitu,


weh, aku susah ar Physics A2 (A Level disebut juga kdg2 sebagai A2). makin jauh, makin susah. part application tu. lagi la. bab *** pun sama. bab *** je yg ok sikit ar. ni yg lg 1 bab tu, bab ape ek? yg belajar pasal *** tu?


manela aku tau wei. aku dah drop Physics kot.




Physics 2


Iman, kau tadi mcm mana exam Physics? susah dol. aku agak2 je.


chaletmate saya, selaku bekas rakan sekelas Physics dgn saya dulu, bertanya, setelah baru pulang dari exam hall.


wei, aku dah drop kot Physics. ape la ko tanya aku. mane aku tau.


Eh, Iman ko dah drop Physics la...sorriiiiii aku telupaaaaa....


jawab beliau sambil tergelak2.




tu chaletmate tu.


bekas rakan sekelas tu.





Physics 3



begitu juga lepas exam trial A Level. di dining hall.


saya sedang makan. duduk seorang kawan di meja yg sama dgn saya.


wei, susah la paper Physics tadi. ya Allah,....


kata seorang kawan yg mengambil paper tersebut sebaik melabuhkan punggung di kerusi, sebelum nasik masuk ke mulut.


dah menjadi kebiasaan. bincang pasal paper exam lepas habis exam. kebetulan semeja dgn saya ketika itu, kurang budak yg ambil paper Physics. so, budak tadi tu pun tanya la saya.


Eh, yg part tengah tu, ko boleh buat tak? ko buat camne? ala, soalan pasal *** tu..


lalu saya pun melawak la.


wei, susah kot. aku tinggal byk yg belakang tu.


saya jawab sambil buat2 mengeluh.


ala Iman. tak yah mengada la. ko dah drop Physics kot. mcm aku tak tau.


eh, ye ke? Eh, ko drop ye iman?


yela wei. lame dah kot. entah la. apesal ar org asyik ingat aku amik Physics lagi. aku dah drop kot. balik2 tanya soalan sama, eh, mcm mana physics td? bosan aku.


tiba2 ada seorang lagi nak duduk di semeja saya dtg, masih memegang traynya, lalu bertanya,


eh, Man. cmane Physics td?



dah dekat trial exam tu. entah. mungkin mereka ini mmg pemerhati muka org yg hebat kot.





Physics 4



itu trial exam. cukup la saya kata. kalau baru kenal, masa di semester 1, takpe jugak tersilap teka. ini dah semester 4, dah nak habis dah pun 2 tahun kat sini. ah. saya tak lah terasa hati pun. kadang2 rasa aneh juga.


tamat sudah exam A Level akhirnya. mengenang cerita2 lama pasal Physics membuatkan saya tersenyum sendirian kadang2. masing2 pulang ke rumah, dan beberapa minggu lepas tu, result diumumkan online.


kembali la ke kolej 10 hari lepas tu, utk ambil slip keputusan exam. guna ni. utk apply visa.


serentak dgn nak ambik slip keputusan, result component pun turut available utk disemak oleh student. iaitu, result setiap paper, yg online tu result overall.


nak semak result component, utk paper 3 and 4, or 5, perlu berjumpa cikgu masing2. di desk mereka masing2 di department mereka masing2 lah.


maths ada paper 3 dan 4. alhamdulillah, AA. overall A.

accounting ada paper 3 dan 4. alhamdulillah, BA. overall A.

economics ada paper 3 dan 4. tak payah btau la. overall B. erk! malu saya pada cikgu yg mengajar Economics.




sambil jumpa cikgu2, junior2, jumpa jugak kawan2, bertanyakan result masing, lepas ni pegi uni mana, lepas fly tak. huhu.


jumpa seorang kawan. hendak berjumpa cikgu Physicsnya. utk menyemak result utk Physics paper 4 dan 5 nya. dah lengang ketika itu, diajaknya saya.


Eh, Man. jom, teman aku aku jumpa mr Siva. nak tengok result paper 4 dgn 5 aku.


ala, malas ar wei. tu ada sorang lg tu nak pegi jugak tu. pegi la dgn dia.


ala, jomla wei. ko dah check ko punye belum?






time ambik result tuh


dah habis A level dah pun..







.

No comments: