06 December 2009

semangat ini yg kita mau ...


2007, saya pernah menjalani Program Latihan Khidmat Negara pada tahun 2007, di KELANTAN. ohh.. saya yg berasal dari Perak tercampak seorang diri tak mengenali sorang habuk pun di kem ketika itu. kelantan pulak lagi. jenis ckp pekat kelantan punya. walaupun ade je from selangor, perak, yg lainnya, tapi bila berckp dgn kelantanese, saya pulak tergaru2 kepala sendirian. tak faham.


dulu, saya pelik jugak budak2 ni. mcm mana lah diorang jawab peperiksaan, SPM ke contohnya. bercakap BM lain, tulis BM yg lain.


pun begitu, siapa dapat halang mereka dari meminati lagu2, nasyid2 yg dialunkan dlm bahasa melayu standard, kalau mereka mmg dah minat. kan? tapi, menyanyi biarlah dlm bahasa melayu standard jugak ye.


berjiran dgn kelantan, Terengganu. ini boleh tahan jugak loghatnya. mcm kelantan (kot), tapi perkataan yg hujungnya 'an' disebut menjadi 'ang'. so, ikan menjadi ikang, dsb.


sesetengah org kelantan mahupun terengganu, mereka boleh berbahas melayu standard, yg ditulis dlm peperiksaan Bahasa Melayu tu. ini kerana faktor sekolah, bila bersekolah di sekolah yg bercampur dgn melayu, bahkan cina dan india dari negeri lain, mereka bolehlah berbahasa melayu sedemikian. namun begitu, bukan kadangkala, selalu jugak terkeluar jugak loghat mereka itu sepatah dua bila bercakap dgn org lain.


special case, yg dari kecik sampai besar bersekolah dalam negeri. tu mmg pekatlah loghat mereka.


tahu cerita lawak? seorang pemandu teksi org Terengganu, yg menyumbat 8 org penumpang dlm teksinya, dgn selamba berkata 'Haa.. baru lapang ...' setelah mengira bilangan penumpang dlm teksinya yg bersempit2an dlm kereta. terpinga2 penumpang yg berasal dari KL, dah sempit gila dikatakan lapang.


*************************************************


hari itu.


saya ada latihan nasyid. bukan saya seoranglah. kami berempat. utk buat persembahan di sebuah event. ah. tatkala saya menulis ini, persembahan sudah pun tamat. hancus. tak mahu ckp lagi. bikin malu saja.


turut menyertai, seorang pelajar 1st year, membuat kursus Applied Linguistic (nama elegan utk TESL), di bawah tajaan Ministry of Education. A namanya.


A seorang anak jati Terengganu. bersekolah dari kecik sampai tingkatan 5 di sana, mmg terengganu habis la. masuk maktab sebelum fly ke UK, bahkan, dah sampai ke UK pun, masih lagi berbahasa terengganu. yalah, geng2 ramai senegeri. atau paling kurang, dari kelantan.


tahu lagu 'Malam'? dendangan Hijjaz. album pertama mereka kot. yg video clip diorang naik karpet terbang tu. heh. ya. lagu itulah yg kami cadang nak bawak. alah. confirm ramai tahu lagu tu. mungkin tak tahu lirik je. takpelah, saya pastekan serangkap dua di sini ya. kalau saya tulis ni, pasti ternyanyi2 dlm hati tatkala mengikuti lirik tersebut. hehe




rangkap pertama, merangkap rangkap intro utk lagu ini.


heningnya suasana maya
ketenangan malam
mendamaikan jiwa
bukti kebesarannya
Yang Esa
Yang Maha Kuasa


disusuli dgn rangkap solo yg pertama, kalau dlm kumpulan Hijjaz, saudara Munif akan memabawa part ini.


malam yg menggantikan siang,
menepati waktunya,

malam, membawa kegelapan

selimuti alam semesta






bla bla bla sampai ke akhir lagu.


cukuplah 2 rangkap pertama. selebihnya google lah sndiri ek.



Munif Hijjaz org mana ya? bukan terengganu kan?




maka, petang itu (malam sebenarnya), kami memulakan latihan, walaupun dah terlambat, dek borak2, dan sebagainya.


3...4...


heningnya, suasana maya...(bla bla bla)...



mereka nyanyi bersama rangkap itu. oh, saya diamkan diri. part ni. tu suara2 harmoni yg high pitching bolehla. saya terlebih harmoni. tak boleh masuk lagi. nanti sampai part saya pulak.



fikir saya.


fuh. hebat betul budak2 ni berharmoni. si A pun tak kurang hebatnya juga.






masuk rangkap kedua, yg kalau lagu asalnya dibawa oleh Munif,


rangkap ini disolokan oleh si A. semua bersetuju.



malam yg.....(bla bla bla)......



habis line pertama, rangkap tersebut, masing2 tengah2 feeling2, A tiba2 berhenti.


semua org terhenti jugak.


diam.


muka yg masa menyanyi feeling gila pejam2 mata, terus bertukar neutral. mata terus membulat. aneh. masing2 memandang A yg terhenti nyanyiannya.



nape berenti?





menggantikang ...



No comments: