05 September 2009

pelik ke?

ini alamat emel saya.


my_iman045@ymail.com


dulu ada 1 emel lain, tapi mcm tak berapa elok dan tak berfungsi dgn baik. hantar emel, tak deliver. hari2 hanya dipenuhi iklan2 bodoh dari luar negara. mana la aku nak layan, aku kat Malaysia!


hmm.


pelik sgt ke email address saya?


anda ingat saya tipu ke yg tu la alamat emel saya?


*emel, email. mana2 jelah ye*


cerita 1.


saya sedikit confuse semasa berbalas2 emel dgn sebuah university di UK, Warwick, berkenaan english requirement. lalu saya pun pergi berjumpa kaunselor terhebat di kolej saya ketika itu, berpengalaman entah berapa tahun entah, sgt baik, peramah, dan professional.


puan kasturi namanya.


bla bla bla bla saya adukan masalah saya yg dilanda confusion.


lepas tu, tindakannya ialah menolong utk saya bertanyakan pada universiti tersebut, dgn menghantar emel pada pihak universiti.


utk yg berkenaan, saya pun bagi la email address saya padanya apabila diminta.


my_iman045@ymail.com


kemudian dia membalas,


eh, ymail? ymail ke gmail? ade ke ymail?



cerita 2.



saya geram. dah beberapa emel dari PETRONAS tak saya terima. tak tau la apa silapnya. ni maklumat penting ni, berkenaan meeting dgn sponsor ke, list of universities that we need to apply ke kan. penting la tu kan?


saya pun, nak tak nak. terpaksa meminta bantuan seorang rakan utk mengforwardkan emel yg dia terima dari PETRONAS itu secepat mungkin. saya sms padanya.


wei, ko dah forward belum emel tu?


belum lagi. bg la emel add ko.


my_iman045@ymail.com


ymail ke gmail?ymail ni under ape ek?




cerita 3.


ini rentetan dari cerita 2.


sejak dari kehidupan saya kat KYUEM lagi, saya sering mengalami masalah komunikasi dgn pihak sponsor, PETRONAS. bukan malu nak bercakap ke, lidah kelu dek dijampi bomoh ke, ape ke.


tapi masalah emel yg saya tak terima.


bila ada emel apa2 dari sponsor, rakan sesponsor rajin lah bertanya.


weh, ko tau tak pasal meeting nnti?


tak tau pon. meeting ape?


ni, meeting dgn junior sekali. tak dapat emel ke?


tak dapat pape pon.


takpela, kang aku forwardkan.


fine.


bile diforwardkan emel tu pada saya, saya teliti bahagian recipients. satu demi satu saya perhatikan. cuba mencari punca masalah yg saya alami. tiba2 saya terlihat sesuatu yg menarik perhatian.


my_iman045@gmail.com.


nak ulang balik soalan di atas, ingat saya ni penipu ke nak bg alamat emel? dah org kata ymail, ymail la! ape nak heran sgt?


even masa saya buat ymail, ada 1 lagi, rocketmail. so, mungkin jadi mcm ni 'my_iman045@rocketmail.com'. tak ke yg tu lagi bunyi dan nampak pelik? patutnya lagi ramai org tanya rocketmail berbanding ymail.


cerita 4.


1 ketika semasa exam A Level semakin hampir. universiti punya hal dah disettlekan masa semester 3 lagi. semester 4 tinggal bangsawan dan exam. lain2 tu, bergantung pada diri sendiri. oh, majlis penyerahan jawatan dlm kelab. semester 4 juga.


ada sekeping borang ape entah diedarkan dari chalet kediaman ke chalet kediaman yg lain. borang tersebut meminta supaya penghuni chalet mengisi butiran2 diri seperti nama, universiti pilihan firm dan insurance, dan.......email address.


saya isi dgn chaletmate yg lain pada ketika itu. masing2 duduk bersama di common room di bahagian depan chalet. saya ceritakan hal org memandang pelik dgn emel add saya kerana ianya 'ymail'.


ni karang aku tulis ymail ni karang, mesti tak sampai punya maklumat, sbb ingatkan gmail. same mcm PETRONAS.


dgn tulisan halus dan pen dakwat kembang, sudahlah tu, 'y' dan 'g' tulisan tgn kadang2 resemble each other, akhirnya, terpaksa saya tuliskan note kecik di bawah:


memang ymail, bukan gmail ok!



.

No comments: