27 June 2009

another long post.

astaghfirullahal aziiimm..... alamak, cmane ni....


nafas sudah mula tak tentu arah.


ok. lek. calm down. buat rileks jgn buat muka gelabah. take it easy man. kau bukan budak kecik lagi bro.


masam mencuka muka dua org perempuan tersebut. manusia, mcm tu lah. rambut sama hitam. hati lain2. tak pernah nak bermanis muka, sedangkan semuanya bersaudara dlm Islam.


suasana tegang sebentar. tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut masing2.


akak ok ke?


gadis itu diam. dahinya masih dikerutkan tanda marah. mulut masih memuncung sedikit. sambil tangan mengibas2 baju hitam yg berdebu. kelihatan luka di bahagian sikunya dan bajunya koyak di bahagian tersebut.


aduhai. bala apela pulak menimpa aku hari ni.


ni cmane ni?


tahu apa?


saya yg sedang memandu kereta terlanggar 2 sebuah motosikal yg dinaiki 2 org gadis melayu nampak lagi tua dari saya, tapi dlm lingkungan 25 tahun.


ada org kata, post saya panjang sgt. ah. lantak lah.


baru beberapa minggu lepas saya berjaya menamatkan test JPJ yg melayakkan saya meraih sekeping P, sekaligus membolehkan saya memandu kereta legally di atas jalanraya di seluruh negara (bangge gile). mana taknya, susah betul nak dapatkan P tu. mulanya dari bulan 12 tahun 2008 lagi. sejak mula mendaftar, pegi ceramah, buat test berkomputer dan amali selama 12 jam. kot. eh, tak ingat berapa jam. bapak lame. bosan dowh. padahal saya memang dah boleh memandu pun ketika itu. kalau takat pegi kedai dekat2, surau ke, masjid ke, lepas la. tu pun takut jugak. takde lesen la katakan.


utk menduduki internal test, dan seterusnya JPJ test, saya perlu at least sebulan dari tarikh saya mendaftar. masalah lagi. tak cukup sebulan lagi ni. kolej dah nak start balik. hmm. tepaksa tangguh. aduh. malas betul nak bertangguh2 ni. nanti mood tu pun dah takde. sedikit sebanyak pelajaran mula dilupai, dek menghadapi pelajaran A Level. kalau amali memandu, kat sini kena bg signal, kena berenti sehingga habis utk mula dari gear 1, kat sini kena buat ni, kat situ kena benda lain pulak. alhamdulillah, tak byk yg dilupai, walaupun sekali sekala kene tegur jugak dgn cikgu memandu tu.


cuti bulan 3, 2 minggu, barulah dapat disambung semula pembelajaran tersebut. ah. bosan dan malas betul nak mengulang 2 kerja yg renyah ni lagi sekali. 12 jam memandu amali saya masih belum habis. cadangnya nak habiskan semua dlm minggu pertama, termasuk test JPJ. sekali, lambat hanta gamba dan amende entah, tak dapat buat lagi. tangguh ke minggu ke dua. nasib baik cuti 2 minggu. aduh. dahla trial exam dah dekat.


submit borang, book pegawai JPJ utk minggu kedua tu, sebab test hanya dijalankan seminggu sekali, hari jumaat. saya bernasib baik. org terakhir utk kuota utk hari tu. giliran saya pulak petang harinya, lepas solat jumaat. gile. kalau terlambat sikit, habisla. mungkin dah habis A Level mcm ni saya terpaksa habiskan memandu. bosan nak mati. dah muak saya lalu jalan A dan C tu. lainla kalau saya tak pandai memandu lagi.


test akhirnya berakhir. ah. leganya tak terkira. tak payah pikir pasal sekolah memandu lagi. sakit otak je. huhu. saya kembali ke kolej menyambung A Level memandangkan trial exam dah dekat time tu.


A Level berakhir. sejak seminggu berada di rumah, kali kedua memandu di kawasan yg sebelum ni saya tak berani nak masuk sebab takde lesen, saya sudah langgar pemandu motosikal. padan muka. nasib baik tak serius.


handle brake patah. rim senget sikit. sedikit calar di plat dan bahagian tepi lampu. ah. saya tak tau la bahagian2 motor ni. si pembonceng motosikal cedera di siku, bajunya koyak dibahagian yg sama. seorang lagi sekadar debu2 di baju yg sengaja tak mahu dihilangkannya supaya nampak serius.


saya? i mean, kereta kancil ayah saya. sedikit calar di pintu, kerana geselan, side mirror nasib baik tak tercabut, terpusing 100 darjah, dan sedikit calar di bahagian tepi, depan,.....err....arhhh! saya tak mahir juga bahagian2 kereta ni sebenarnya. jadi, anda mahu sembang motor dan kereta dgn saya, anda telah pilih org yg salah.


mintak maaf banyak la kak. saya betul nak masuk sini tadi, dan saya dah bagi signal dah pun. dari roundabout tadi lagi. kerete mmg byk tadi. mmg susah nak mencelah masuk tadi.


saya cuba selamba mendefend diri sendiri. walhal, saya salah juga sebenarnya, kerana dari lane tengah terus nak membelok ke kiri, tanpa disedari, ada motor di sebelah kiri, ingin terus. tu yg langgar tu. kat sebelah kiri kereta saya. err... yg saya pandu. tak paham sudah. panjang lagi kalau nak describe.


nak setel mcm mana ni? balai ke sini je?


kami nak pegi kerja ni... baju koyak, nak balik tuka lagi.


nak balik tuka, awak nak put it in monetary value, perlu ke??? kalau luka dan baju tu munasabah jugakla. tu lah. asyik nak complicatedkan situation. time tu la nak tunjuk semua, bagi nampak serius. pukul 6.40 ketika itu.


ah. dgr perkataan balai, saya bukanla cuak ke ape. diorang manusia juga. makan nasik jugak. kalau di belakang kita, diorang buat hal sendiri jugak. contoh


weh, tadi aku tergelak betul mamat yg kita soal siasat tadi. gelabah gile. kah! kah! kah!


kan?


aduh. takkan nak pegi ke balai pulak. habis la P aku wei. malasla nak complicatedkan situation.


setel sini dah la.


saya jawab dgn pantas dan yakin. ayat biasa bila kemalangan macam tu berlaku.



abg turun dulu la. parking dekat situ.


alah. takde la teruk sgt pun. penunggang motosikalnya pun bukanla cedera parah, siap boleh bermasam2 muka lagi tu. saya kira, mereka pun org biasa2, yg tak pernah mengalami kemalangan sedemikian rupa, dan tak tau macam mana nak setel. cuma berlagak macam tahu semua. macam saya jugak.


dtg member laki gadis2 tadi. rakan sekerja saya kita. baju tuck in. smart. ah. saya fikir dia ni org2 baik je. so, tak perlu risau. hehe. dia bertanya pada saya after a quite long silence between us.


abg, saya bukan nak defend mana2 nak salahkan siapa2, tapi apa yg berlaku sebenarnya ni?


saya dah tersenyum dalam hati. mcm mana ek senyum dlm hati? gaya cakapnya pun mmg org yg baik2. hehehehe. takpe. org cakap baik, saya balas baik. org cakap tinggi2 suara, saya cuba sedaya upaya utk tak melawan ketinggian suara masing2. saya ceritakan 1 persatu.


gadis bertudung, yg tuan empunya motor tersebut ialah bapanya, mengangkat call. seorang lagi tak bertudung, yg luka di sikunya itu.


nanti tunggu ayah saya. ni motor dia ni.


alamak, tak payahla nak complicatedkan situation.


tak. ni motor ayah saya, tengokla die macam mana.


kalau saya, saya tak kisah kalau nak bayar utk luka dan bajunya itu. alah. luka berapa sgt. tak tau la kot klinik2 caj ridiculous price. baju mungkin dlm brape puluh je saya kira. brake motor tu.... tak pasti la.


saya lantas call abg saya. die mungkin tau harga2 ni sedikit sebanyak. tiba2 dtg 2 org India. tinggi dan sederhana.


yg sederhana menghampiri saya. alamak. ni nak bawak geng hindu ke ape ni. mamat India ni dahla kemeje lengan pendeknya tak dibutangkan 2 butang di atas, menghampiri saya sambil mengeluarkan rokoknya. tak payah buat otai la wei. malas aku nak layan.


sambil tu, dlm kepala otak saya dah terfikirkan kemungkinan pergerakan2 mengejut yg akan dilakukan, seperti cekak baju, dan apa yg mungkin akan saya lakukan. buah2 silat cekak sudah terbayang2 di kepala. tapi serius. bukan nak kata cuak ke ape, malas betul nak worsen situation. ni kes simple je kot.


bang, cmana ni bang? sekarang salah siapa? diorang kata salah abg.


saya pasti, kalau org yg tak tahan sabar, pasti totally blame penunggang motosikal tersebut, tanpa mengaku walau sikitpun salah sendiri.


oh. kalau awak tanya diorang, mestila diorang akan kata salah saya. kalau awak tanya saya, sama saja, saya akan kata salah diorang.


lelaki India tersebut terdiam. sambung menghisap rokoknya. i hate ciggarete.


sambil bersembang dgn lelaki India tersebut, saya cuba buat muka baik. senyum sekali sekala sambil tak menyalahkan secara total pada penunggang motosikal.


segalanya berjalan dgn baik. takde pertegangan urat dan seumpamanya. abg saya dtg dari tempat kerjanya. dia memakai jaket hitam. patutla jaket itu takde kat almari tadi!


abg saya saya kira berpengalaman sikitla dlm hal2 ni, sebab dah banyak kali jugak involve dlm accident mcm ni, sbb die penunggang motosikal!


bla bla bla, saya serahkan pada abg saya. pandaila dia nak runding dgn mamat India tadi, ayah si gadis tadi, yg rupanya India muslim (sumpah saya ingatkan India mana la ni, tetibe dtg). ah. mana aci 2 lawan 4. ada seorang pak cik Cina juga yg tinggal berdekatan, tiba2 dtg. dia juga support saya sedikit sebanyak.


agaknya kerana terlalu lama, masing2 pun dah diminishing marginal utility, mood pun dah berkurang, mereka pun dah boleh bergelak tawa dgn lawak2 mamat India tadi. abg saya pun pandai la manipulate situation. nasib baik la abg saya tu hensem, gadis tadi pun yg dari tadi mengetatkan mukanya, boleh senyum pulak bila abg saya mengajukan soalan berkaitan padanya.


mamat India tadi pun, bertindak seolah2 dia lah mastermind kat situ, padahal dia hanyalah kawan pada ayah gadis tadi. tapi dia pun bertindak waras. walaupun tadi macam nak tunjuk gaya samseng.


terbanglah RM80 saya. hmm.


dlm hati saya kesian pun ada. entah. mcm teruk je. saya katakan, brake motor, luka dan baju je yg saya boleh bayarkan, itu pun sikit jela yg saya mampu (malasla nak pegi bank). tapi bayar RM80 je. ish. cukup ke tu? ah. saya buang dulu perasaan tu ke tepi. dah tu, kau nak bayar berape? Rm200?


settle. kan senang. semua org took it easy. bak kata India mastermind tu, pengalaman la kan. awak student, dia pun student. senang hati saya kalau bekerja dgn dia. barangkali dia pernah alami lagi teruk accident dari ni. so, takat langgar sikit je, malasla nak layan. hehe.


pulang ke rumah, saya masih lagi dihantui perasaan kesian tersebut. kerana merasakan RM80 tu tak cukup. sedangkan saya rasa mmg salah saya tadi.


argghhh!!! sudahla. ni pasti sebab saya banyak buat dosa. tuhan nak hukum. sob3.


tiba2 saya teringat sesuatu. semasa saya masih dlm sekolah memandu, sebelum meraih sekeping P. oh. takkan la ni sebab utama! mana mungkin! tak tau. perasaan je semua ni!


test berkomputer dan test JPJ. markah minimum ialah 42 dan 16 respectively.


dan itulah markah saya utk kedua2 test tersebut.



.

No comments: