13 June 2009

telco II

(sambungan post di bawah).


maunya tak marah. saya dahlah sebenarnya tak nak gunakan line, nanti proses pembayaran bil jadi sgt complicated dan tension. bagi sayalah.


nak dijadikan cerita, gadis promoter tersebut sebenarnya ada ckp,


dlm sim kad ni ada kredit rm50 free utk abg cuba selama sebulan bla bla bla.


saya pun dah tanya beberapa kali, betul ke free ni? sbb bodohlah kalau saya ambik no tu sedangkan ada hidden charges. of courselah dari mula lagi saya tak berminat.


saya pun dah pening. trial exam utk A Level dah dekat. saya mahu fikir pasal tu nanti.


tangguh lagi sebulan.


selepas sebulan.


saya sedang menduduki exam A Level pulak.


ayah saya pula hantar sms, memaklumkan bil celcom tertunggak sebanyak rm13.95.


kebengangan saya dtg balik.


bayangkan. anda tak pakai walau sesen pun even utk sms sekali pun, call jauh sekali, bahkan tak nak pun pakai bil sebenarnya, tapi tak pasal2 bil sampai ke rumah.


masa adik saya sms dulu, rm13.50. maknanya pembayaran bil sudah saya delaykan selama sebulan, kerana mahukan tumpuan pada A Level. hasilnya? bunga pun naik, itu yg jadi rm13.95 tu.


banganglah!


dlm hati saya sumpah2 Celcom, dek kerana promoter hari tu yg memberikan maklumat yg salah. sume free. walhal saya dah tanya lebih dari sekali, utk memastikan tiada pembayaran2 atau tunggakan2 macam ni. tak sukalah berhutang :)


saya mengeluh bila ayah saya call pulak bertanyakan mengenai hal itu.


1111


celcom careline. saya dail dari no celcom upax saya, sebab talian itu tanpa charge. kau cakaplah panjang mana pun.


err..hello. saya Muhammad Nur Iman dari bla bla bla... saya nak tanya sikit lah pasal status akaun celcom saya, yg saya pakai sekarang ni, prepaid ke postpaid?


lebih kurang mcm tu la dialog saya.


err. sebentar ye encik.


lagu diputarkan. lalalala~


err En Nur Iman ya, no yg encik pakai ni no prepaid encik.


tak ingat sangatlah. tapi saya bertanyakan pasal kewujudan no 017 saya dlm line celcom, dan operator tersebut menafikannya, dan mengatakan akaun itu dah pun deactivated beberapa bulan lepas. ok. fine.


boleh saya tau, sepanjang jangka hayat no line celcom tersebut, ada call ataupun sms track tak?


err. sebentar ye En Iman.


lagu diputarkan sekali lagi. lalalala~


ye En Iman. takde.


tapi kenapa ada bil sampai kat rumah saya ni?


ok. saya start tinggikan sedikit suara menandakan penegasan. hehe.


(beberapa perbualan berlalu)


Oh utk pengetahuan En Iman, itu adelah charge setem, charge GPRS, charge bla bla bla so semua sekali rm13.95.


saya lawan lagi.


macam ni...saya dapat no ni dari seorang promoter, katanya everything is free. yg saya tak puas hati ni, kenapa ada bil sampai kat rumah? sedangkan saya tak pakai langsung pun kan.


oh itu mungkin kesilapan promoter kami. saya mintak maaf banyak2 utk kes itu. boleh saya tau kat mana kejadian tu?


ok. saya sebutkan nama stesen bas tersebut sambil menceritakan serba sedikit mengenai kisah hari itu.


tentang promoter tu, kalau Encik tau nama dia, mungkin lagi senanglah kami nak ambil tindakan. tapi kami mungkin akan ambik tindakan pada syarikat branch berkenaan.


habis saya ni mcm mana?


dlm hati saya dah mengharap sgt perkataan 'tak payah bayar' keluar dari mulut operator tersebut. haha.


mcm ni la En Nur Iman, utk sekarang, En bayar je dulu bil tu, nanti kalau saya buat laporan, dan kalau dapat, duit En akan kami kembalikan.


macam mana nak bayar bla bla bla bla.


call berakhir. 30 minit+.


maklumlah. mana pernah saya pakai bil. nak bayar kat mana dan prosedurnya pun manalah nak tau. better saya tanya je semua benda, hatta soalan kalau kat Tjg Malim, kedai apa yg dekat boleh bayar? pun saya tanyakan.


ini prinsip saya. everything should be made clear right from the beginning. cewah. tapi ayah saya selalu tekankan bab ni. ada sekali tu, saya dan ayah naik kereta, utk pulang ke kolej. ada seorang kawan mahu tumpang, dia tunggu di kedai ini, depan sana sikit.


ayah saya marah.


kedai macam mana, kedai nama ape, kat depan die ade kedai ape ke bla bla bla. tanya lah.


saya diam. turut aje.


bagus jugak. kalau tak mungkin saya dah diperbodohkan oleh ejen2 promoter syarikat telekomunikasi lagi dgn tawaran2 ape2 entah


saya sedikit reda mendengarkan ayat tersebut.


saya sedang berada di kolej. nak keluar susah pulak semata2 utk bayar bil. nak bayar online tak boleh. saya hantar sms pada kakak saya, mintak dia bayarkan dulu.


hasilnya, mangkuk yg saya terima.


laa..mangkuk betul la ko ni patutla bil ko asyik sampai kat rumah je. ha tengokla nanti org balik Ipoh. org kat KL ni.


sms dari kakak saya. saya balas


ape plak. org celcom tu la mangkuk bla bla bla bla


saya ngomelkan dlm sms. nasib baik sms aje. kalau call, atau ckp face to face dgn dia, pasti sudah saya maki hamun sekalian klien2 celcom yg terlibat.


selang beberapa hari lepas tu.


nombor yg tak dikenali menelefon saya. missed call. saya call balik.


hello, ni En Nur Iman ya?


err. ye saya.


nama saya Zura, baru2 ni En Nur Iman ada komplen kat celcom ke?


ok. saya dah mula memikirkan mcm2 seraya menceritakan kisah hari itu di stesen bas.


dipendekkan cerita. Zura tersebut cuba mengexplainkan keadaan yg sebenar, tentang charge sebenarnya yg patut dibayar, sebenarnya tak free la, apa la bla bla bla, sambil cuba memujuk saya supaya tak buat report pada celcom. ini antara dialog2nya.


ala En Iman, jgnla komplen kat celcom. nanti syarikat branch kami kat sini kena saman pulak, kena tutup, Zura takde kerja. En Iman nak ke Zura tak dpt kerja?


hello. apa aku kisah kau kerja ke tak. bukan nak ceritakan pulak disadvantages of unemployment pulak mcm dalam Economics, tapi nak buat macam mana. promoter kau yg salah bg maklumat, dan aku cuma mangsa. sepatutnyalah aku buat laporan. lagipun, laporan pada celcom yg saya call haritu dah pun dibuat. buat ape nak pujuk jgn report kat celcom lagi?


pujuk si Zura lagi.


ala En Iman, kita settle ni kita keluar makan ok? saya belanja.


saya tepuk dahi. barangkali dia berkata begitu setelah dapat tahu saya berumur 20 thn, dan Zura itu mungkin sebaya atau beza setahun 2 dgn saya je. ajakan itu sebenarnya diulang beberapa kali bila saya still tak mengalah.


OK, SAYA SETUJU YG TU!!!


cewah. sorila saya nak bagi jawapan mcm tu.


tak, saya cuma mcm tak puas hati selagi saya kena bayar bil tu.


rm13.95. banyak ke? banyak la. sbb saya tak gunakan walau sesen pun. lainlah kalau saya ada guna sampai rm10 ke, 11, 12, 13 ke.


pujukan ketiga.


jgn la marah Zura, Zura ni kerani je. promoter tu Zura kenal, Farah nama dia. tapi tak rapat pun dgn dia.


sudah. tak larat dgn pujuk rayu kau. yg aku nak gantirugi. takat keluar makan, kenyang, kat dining hall kat KYUEM ni pun dah cukup enak bagi saya.


saya tertunggu2 jugak kalau ayat ni yg si Zura itu nyatakan.


ala, rm13.95 je, bayar je la Encik Iman. takkan itu pun berkira..


pasti saya akan balas.


habis, rm13.95 tu bukan duit ke? hello. 1 sen pun duit jugak tau. boleh hantar 1 sms.


tapi takde.


perbualan telefon itu diakhiri dgn pertanyaan dari Zura berapa jumlah tunggakan tersebut. saya tak ingat. perlu refer pada sms yg ayah saya pernah hantar beberapa hari lepas.


2 minit lepas tu, dia call semula. saya nyatakan jumlahnya.


ok la En Nur Iman. bil tu nanti bos saya akan bayarkan.


betul ni?


betul.


bila boleh bayar?


hari ni pun boleh.


ok. nanti dah bayarkan, inform saya ok.



YES!!!





.

No comments: