13 June 2009

telco


lagi mengenai syarikat telekomunikasi di Malaysia.


kalau dulu saya komplen pasal syarikat Maxis, hingga membuatkan saya bertukar ke no U.O.X dgn berjayanya, tanpa dapat disekat oleh mana2 agen maxis pun.

saya tak tukar pun. cuma sekarang menggunakan 2 nombor. tujuannya, malas nak bagitau sume org dlm phonebook tu tentang penukaran nombor baru. tambah2 kawan2 lama. entah hidup lagi tak nombor diorang. buat penat je anta sms pemberitahuan.



kali ini Celcom.


suatu hari, saya pergi ke stesen bas terkenal di Ipoh, Medan Gopeng, utk membeli tiket bas utk pulang dari bercuti, ke kolej semula. kawan saya ada pesan suruh belikan utk die sekali. ok. maka, apa2 keputusan perlu dibincangkan. saya sms dia sambil duduk di kerusi2 menunggu yg disediakan. suasana memang riuh walaupun org tak ramai mana.


tiba tiba.


Err..bang. abg ada masa sikit tak? saya - (entah apa nama dia entah) - dari celcom branch Pasir Putih, err.. nak tanya sikit. abg sekarang pakai no ape?


maxis dgn celcom upax.


err..mcm ni abg, celcom ada buat promosi pelan baru ni, pelan rm50 dan rm200..... bla bla bla...


tapi saya dah ada dah no celcom dan maxis. lagipun yg ni bil kan. saya tak pakai pun sampai rm50 dlm masa sebulan...


takpe bang. ini utk rm50 bulan pertama ni pek percubaan, kami bg free. takde charge ape2. abg ambik ni, nanti boleh cuba dlm sebulan.


and then lepas sebulan?


lepas sebulan, kalau abg nak terus pakai, abg pakai, kalau tak nak abg boleh buang lah.


ok. dipendekkan cerita. offer punya offer, bla bla bla pot pet pot pet, saya setuju. wah. duit free (menurut promoter tersebut) org bagi. sape taknak.


ok abg, ni borang kami, mintak no IC abg?


proses pendaftaran bermula. saya isikan borang dgn maklumat2 diri termasuk no telefon kedua2 maxis dan celcom yg baru dibeli.


ok. abg kejap ya. mintak IC boleh? saya nak pegi photostat kejap.


ni photostat ni nak kena byr ke?


arr...tak payah. tak payah bayar ape2.


saya pegang segala dokumen2 gadis promoter tersebut sambil dia menghilang pegi photostat IC saya. dlm hati, cuak jugak. sesenang bagi IC kat org. tak nak buat lagi lepas ni.


selang 4,5 minit, gadis tadi kembali.


ok bang. dah siap register semua, ini sim kad ni abg ambik, nanti dlm 48 jam dia akan activate ok?


saya setuju je. selamat IC saya. fuh.



ini dipanggil number portability. baru saya tau. kekalkan no yg sama, tapi rupanya line celcom. cthnya, 017 *******, tapi, bila hantar sms, chargenya mcm charge ke telco lain.


dlm 2 hari, no maxis saya ditukar ke line celcom tersebut. line ya. bukan prepaid.


saya terkejut. sangka saya, no celcom saya yg akan ditukar ke line tersebut dari prepaid.


alamak. mcm mana ni. beberapa jam kemudian, seorang rakan menghantar sms ke no 017 saya. sudah. maknanya, dia dicaj 15 sen, instead of 1 sen (activ10). saya tak balas sms tersebut. sebab disebabkan terkejut dgn penukaran no maxis saya ke line celcom, bukan prepaid saya bercadang tak mahu menggunakan walau 1 sen pun line baru itu. nanti saya call celcom, mengadu hal ini, tentang mahu kembali ke no asal maxis, dan tentang kesilapan promoter tadi, memberikan maklumat yg salah. saya jadi takut. nanti tak pasal2 nak kena bayar bil. saya pakai prepaid sekarang pun dah cukup selesa, sbb penggunaan yg berapa sgt dlm sebulan.


saya reply sms kawan itu dgn no celcom prepaid.


proses penukaran semula ke maxis berjaya beberapa hari lepas tu. no maxis saya dikekalkan, tapi ditukar dari celcom line (yg dioffer oleh promoter tersebut). hasilnya, no fresh maxis. hilang segala rekod2 sebelum ni, padahal dah hampir 8 thn nombor tersebut digunakan. aduh. diresetkan balik.


ok. mission accomplished. no activ10 saya pun perlu diactivatekan semula.


saya pun pulang ke kolej dgn happy nya.





beberapa minggu kemudian.


saya dapat sms dari adik saya di rumah.



weh, ko punye nombo celcom tu prepaid ke line?



prepaid la, upax. nape plak?


ni apesal ade bil dari celcom ni, nama ko...




sape tak marah???



.

No comments: