04 July 2009

baru2 ini

saya baru balik dari kem BTN.


so, anda mungkin fikir saya sudah jadi pro kerajaan.


semua org tahu tiga huruf keramat tersebut. dengarkan aje huruf2 tersebut, pastinya benda2 berkaitan negara, seperti patriotisme, sistem pemerintahan, dan terutama sekali, POLITIK!, pasti muncul dlm fikiran masing2.


oh. terlupa. satu lagi perkataan yg mungkin ada dlm fikiran masing2 tak kira sudah ataupun belum menjalani kem tersebut. BOSAN.


sempena kembalinya saya dari kem tersebut, mari bercerita sedikit mengenai saya yg sedikit dirasuk semangat cintakan negara ini. wah, betul la! saya tak tau kenapa, tapi ada sedikit perasaan itu seolah2 sudah berbunga dlm hati saya. hahaha. mungkin saya ni ada sedikit berjiwa politik. ini kerana sesetengah kawan saya sampai tension dgn program tersebut, kerana terpaksa berfikiran politik ke tahap maharaja selama 5 hari tersebut.


secara keseluruhannya, saya berpuas hati dgn program ini, walaupun ada jugakla beberapa slot/program/aktiviti yg tak mendapat tempat di hati saya. emm. mungkin ini lebih kepada disebabkan oleh faktor tertentu seperti fasi2 yg sporting dan kelakar, kawan2 yg tak kering gusi kalau duduk dgn mereka, group members yg saban hari menemani saya, dan sebagainya.


fasi?


kelakar dan tak boleh blah. fasi group saya tak kurang juga. seorang lelaki. menurutnya, dia lahir pada tahun 1989, bererti, sama umur dgn kitorang. nak percaya ke? kah! kah! kah!


saya suka fasi group saya. gayanya. bila bagi penerangan, bercakap penuh semangat. dan penuh kematangan, muka penuh dgn aura2 utk mem'pshyco' org, soalan2 yg ditujukan pada kami sememangnya mengalahkan soalah further maths di kolej dulu walaupun saya tak ambik subjek itu, bila mengetuai perbincangan, gaya penuh macho sering diutamakan di samping isi2 yg padat dan penuh berinformasi. tapi, bila sampai bab lawak, memandangkan jejaka2 dlm group saya hampir kesemuanya mempunyai kemahiran membuat lawak, fasi akan tergelak2 bagai nak rak tanpa bertahan2 lagi kadang2 macam mengilai pun ada. hilang semua perangai macho nya tadi.


dia juga dgn selambanya mengajukan soalan kontroversi. hampir kesemua dlm kalangan kami mengambil masa yg lama utk menjawab soalan tersebut, setelah memastikan tiada dlm bilik LDK tersebut CCTV, recorder, atau apa2 yg boleh menjejaskan markah BTN. ada yg memberi alasan utk mengelak dari memberi jawapan, kurang aware tentang politik di negara ini. soalannya, siapakah pemimpin yg anda tak suka?




5 hari di BTN membuatkan saya mudah merecall pelajaran2 sejarah yg diajar dulu kala, yg saya tak suka amat2, yakni tentang struktur kerajaan di Malaysia, ah. yg simple2 tu la. yg susah2, saya mana nak ingat. semuanya was just on the surface. bolehla recall sikit2. kurang hasam. ini kali kedua saya jumpa sejarah lepas meninggalkannya setelah tamat SPM dulu. wah. dah bertambah sedikit semangat patriotik saya. hehe. jgn tak percaya!


group.


saya group no 10. tiada India, 4 chinese, yg lain melayu. kali ni saya berpeluang mengenali lebih ramai org yg bukan dari semenanjung. bugis pun ada tau. hahaha. nak tau buat apa dgn group ni?


dlm LDK. for sure, kami ditempatkan mengikut group masing2. bukan duduk in circle, tapi dlm row dlm hall, pada kerusi2 yg dah sedia ditempatkan. hall selesa. aircond sepanjang masa kecuali pagi. kerusi yg saya duduk pada hari pertama group dibentuk, sampai tamat program la saya duduk kat kerusi tu setiap kali aktiviti dlm hall. kenapa tak tukar entah.


ada lagi? ya.


waktu makan. duduk segroup jugak. main futsal (kononnyalah), group. dorm? group. tapi saya tak la. group lain semuanya 1 dorm. berbaris, of course dlm group, pendek kata, semuanya group. ah. biasalah tu kan program macam ni. tu la dia saya katakan saban hari menemani saya. hahaha.


aktiviti?


boleh tahan. saya suka aktiviti lasak. abseilling ada dibuat. turun dari menara setinggi 50 kaki. saya tak la takut pun, walaupun kat bawah tu bukan ada tilam ke ape ke, tapi yg mencuakkan saya sebab tali yg digenggam utk turun secara perlahan2 tu bila bergeser dgn sarung tgn menyebabkan sarung tgn yg dipakai menjadi sgt panas. fuh. cuak gile. tepaksa tahan panas mcm nak melecur tu. kalau lepas, alamat jatuh macam nangka busuk la jawabnye.


kawad. saya suka kawad! kawad dibuat pada setiap pagi. malang ke, untung ke, tak tau la, tapi 2 4 pagi yg kami lalui, adalah tanpa kawad, disebabkan hujan. malang sekali, nak tido tak boleh di pagi yg sejuk tu, walaupun hujan, still ada, dlm hall. aktiviti2 biasa la. takkan kawad dlm hall kot.


aktiviti kemuncak saya kira. Kembara.


sebelum ke kem, saya bertanyakan kawan2 yg dah ada pengalaman 5 hari di sana. kata mereka, kembara mereka dipenuhi onak, ranjau, semak samun, susah payah, perit jerih, ah. apa lagi nak letak ni. pendek kata, yg susah2 la dan adventerous.


setelah beberapa hari tanpa sebarang pemberitahuan mengenai kembara, akhirnya pada 1 mlm, baru ada pengumuman. wah. buat kembara pada waktu malam! lagi adventerous. lagi saya suka. hipotesis. saya cuba bayangkan perenggan di atas, digabungkan dgn perenggan ini. fuh. gila punya kembara.


saya ingat lagi seorang rakan berpesan, nanti pakai baju lengan panjang semasa kembara. kalau tak, nanti sakit. barangkali sakit menempuh onak dan samun tersebut. baik. saya pakai. malang sekali, seluar saya 3 quarter. aduh. mahu cover lengan, betis terlupa. oh. saya ada stokin PLKN saya yg dulu dipakai khas dgn but kawad yg berat dan bertali2 itu, yg hampir menandingi menyerupai stokin bola panjangnya. ia boleh menutup 9/10 dari betis saya.




kata fasi, sebelum kami dilepaskan di tgh2 hutan dlm gelap malam yg pekat itu,


nanti ada mayat bergolek, kau jgn takut. sini byk India bakar mayat.

malam ni malam jumaat, hantu banyak.

sebaik dilepaskan seorang demi seorang, berjalan dlm gelap mengikut lampu merah di tepi pantai yg berangin dan berpasir sahaja, tanpa semak samun, onak duri seperti yg diceritakan, ditemani cahaya bulan 4/5 purnama, pantai yg hanya menggugat keberanian seseorang hanya dgn bentuknya yg tak rata, membuatkan saya mula rasa bosan.


jalan dan terus jalan. sampai la jumpa kelibat lampu suluh. oh. fasi di tgh2 hutan. saya diarah duduk di suatu tempat. walaupun berasingan, tapi saya dpt lihat kawan di sebelah saya dgn jelasnya, malah boleh bersembang lagi tu. aduh. bosannya!




penat di petang hari, ditambah dgn sakit kaki berlari 2km tanpa stretching yg cukup, dan aktiviti yg tak berhenti, membuatkan saya cepat rasa mengantuk. apa lagi, pantai, berangin. ape lagi. tido la. gelap hanya bersuluhkan bulan, tanpa perlu menutup lampu bilik ke, lampu koridor ke, lagi la sedap nak tido. nasib la saya bawak beg galas time tu, tido beralaskan beg galas jela. lantakla baju bersalut pasir pantai pun. yg penting, mata dah ngantuk sgt, nyamuk tak lepas baju dan stokin saya. haha. boleh la tido lena.


dlm sejam+, saya dikejutkan oleh kawan2. masa utk pulang dah tiba. la! aktiviti mlm ni hanya tido kat tepi pantai je ke? kembara la sgt. pulang ke dorm, sudah pukul 3.20 pagi. sambung tido. la, itu je? hmm. tak pe lah. urusetia2 pastinya dah cuba buat yg terbaik utk kitorang. saya bersangka baik.


ini pula saya geram. peraturan larangan menggunakan telefon bimbit dan kamera dlm kawasan kem.


nanti anda carila di album2 facebook ke, kawan2 yg menyertai BTN tarikh yg sama dgn saya, pasti ada gambar2 semasa program. ape yg geram sgt ni?


menurut rakan yg berpengalaman 5 hari, kesemua brg2 tersebut dan sewaktu dgnnya tak dibenarkan. maka, kamera dan charger henset saya tak bawak.telefon sudah saya chargekan sepenuhnya sebelum bertolak dari rumah. selama ketiadaan henset, saya boleh offkannya. simpan bateri. nanti nak balik, on balik, bateri still penuh. apalagi saya bukanla pengguna aktif telefon bimbit.


apa lagi, terkial2 la saya mencari charger henset. pinjam sana sini. sudahla ada 2 henset. 2 charger yg berbeza diperlukan. hmm.


hah amik kau. kawan2 dgn seronok dan bebas merdekanya mengambil gambar sana sini, semasa aktiviti, gambar group, posing sana posing sini. arghhh!!! geram betul. kalau la saya tau boleh pakai dgn selambanya. siap pakai kamera DSLR lagi tu. teropong sana sini nak mengambik gamba. jeles. huhu.




lihat saja. gamba2 yg saya upload ni disearch kat internet je. takde pun dari kamera sendiri. tension betul.


ada 4 ceramah. 3 darinya saya telah tidur dgn cemerlangnya.


test? yg senang, senang sgt. yg susah, tak la susah sgt.


semuanya bergantung pada anda lah yg menerimanya. enjoy je. ramai org kata ianya bosan.


adalah, distinct political input, yg mengkhususkan isu2 semasa di samping menunjukkan pandangan dari sebelah pihak saja, itu juga bergantung pada anda utk menerima dan menilainya.





.

No comments: