suatu malam.
abang saya yg baru dapat lesen memandu memandu kereta pulang ke rumah. saya tak ingat dari mana. saya hanya dlm kereta, tanpa pengetahuan memandu lagi pada masa itu.
perhatian 1 : ini bukan cerita seram.
perhatian 2 : perhatikan baris2 dialog dlm post ini yg menyusul.
perhatian 3 : serius, ini bukan cerita bohong. anda percaya atau tidak, saya mengalaminya. anda jgn ingat takde org sebegini dlm dunia ini.
masa itu saya darjah berapa entah. tak ingat.
kisah ini telah ditokok tambah. tapi, jalan cerita, tema, dan sebagainya masih sama.
di sebatang jalan sebelum memasuki simpang utk ke laluan ke lorong utk ke jalan utk ke rumah saya, ada sebuah gerai menjual burger.
saya teringat kisah silam dahulu purbakala ini ketika saya membuka pintu chalet, dan kelihatan seorang chaletmate saya yg setiap kali order burger Abg Hafiz dibuat, pasti dia akan mengorder burger ayam special dan kalau ke cafe pula, teh O ais limau pasti menjadi pilihannya, sedang tekun study di meja di common room di chalet p20. bila terlihat dia spontan saya cakap,
nak order burger tak?
dia bersetuju.
saya pun bersetuju.
pot pet pot pet kejap, burger pun diorder.
lantas kisah ini terlintas di kepala saya ketika itu.
lampu tepi jalan agak suram. kereta pula abg saya pandu dgn perlahan.
dialog yg sama dikeluarkan bila melintas di tepi gerai burger tepi jalan tersebut.
nak order burger tak?
tapi ada tambahan dialog dari abg saya.
org belanja.
dalam keluarga, kami membahasakan diri kami sebagai orang. cth : "Ni orang punya!". cth dialog yg kedengaran semasa adik2 saya berebutkan sesuatu. makanan biasanya.
emm.. boleh gak.
saya membalas.
err..bang. bagi burger daging 2.
hanya emm saja yg dibalas. tiada respon lebih.
macam biasalah, ada daging, ayam, daging + telur, ayam + telur.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
err..dik nak burger ape tadi?
respon biasa dari gerai2 mahupun restoran2. yg membuatkan org sakit hati.
daging 2 bang.
telur?
err... daging jela bang.
bau daging burger yg dimasak di atas kuali leper mmg best. tambah2 pulak mlm2 macam time tu.
....
agak lama menunggu.
saya sudah semakin kebosanan menunggu dlm kereta. sudah agak larut malam. abg saya pun hanya menunggu saja dlm kereta.
akhirnya..
berapa bang?
RM 1.80
wah. saya dgr ketika itu, murah jugak harga burger daging 2, RM1.80 je.
bla..bla..bla..proses pembayaran disempurnakan dgn sah dan halalnya. maka ketika itu saya sedikit excited, tak sabar nak menjamah burger panas tersebut. fuh. terliur.
ah. saya tak reti la nak mengexaggerate2 ayat ni. tak macam dlm blog Sapphire.
beberapa meter sebelum sampai di halaman rumah, abg saya menghentikan kereta. utk makan burger tersebut. barangkali, sudah masak dgn perangai adik2 saya yg suka berebutkan sesuatu, tambah2 lagi makanan. apalagi burger.
eh. panasnya burger ni.
kata abg saya sebaik enjin dimatikan dan bungkusan burger tadi dikeluarkan.
eh, keciknye bungkusan burger ni?
kata saya pula.
dgn perasaan sedikit tak sabar, bungkusan pun dibuka.
terkeluarlah
2 ketul daging burger SAHAJA siap dimasak sedia utk dimakan panas2.
patutlah murah!
?????
.
No comments:
Post a Comment