24 May 2009

tengok tu


hari ni rasa nak update lagi. haish.

dahulu rasanya sudah bertekad. tak mahu update lagi. exam dah dekat.


baik.

lebih 2 minggu saya tak bukak blog.

lebih 2 minggu saya tak baca blog org.

update blog?jauh sekali.



sekarang?



pagi itu. habis kelas yg pertama, blok 1, Accounting. minta pada cikgu utk sesi bergambar kenangan bersama. hehe.


semua nama2 mentioned dlm post ni saya letakkan inital je. dgn tujuan dirahsiakan, walaupun mesti ada org akan boleh teka dgn tepat dan cepat.



ah. sudah terlewat utk ke Maths, blok 2. hari ni ade test p3 pulak. langkah dipercepat.

sampai2 ke kelas, masih huha huha. menandakan test belum bermula secara rasminya.


1 jam 45 minit.


arghhh....nak memerah otak utk 10 soalan.


tension.


beberapa soalan tak dapat dijawab.



geram.


test tadi bermula pada pukul 9.05 pagi. maknanya akan tamat pada jam 10.50 pagi.

walhal, 10.45 ialah waktu utk blok 4 pulak, Economics, yg bertempat ni New Block, atau glamour dgn panggilan LBBS --> Lembah Beringin Business School. anehnya, ada cikgu English (IELTS) yg membuat kelas di situ. di kelas Econs saya pulak tu. sudahnya, kami pulak yg tak berkelas. bila tanya, ada kelas ke tak, jawab, takde meaning, tiada bilik utk diadakan kelas, bukannya kelas dibatalkan dsb.


test tamat pada jam 10.40 pagi. ah. biarkanlah. test ala2 exercise je.


test tamat awal disebabkan ada sesi bergambar utk kelas Maths pulak. kerusi sudah siap disusun.


huha huha huha


habis bergambar, terus ambil beg. saya sudah lambat ke kelas Econs. langkah dipercepat. tak mahulah lambat sebegini.



sampai2 di New Block, baru saya teringat.



di mana agaknya kelas saya? (di mana, bukannya kelas ade ke tak)


aduh. saya keseorangan di. org lain semua sudah masuk ke kelas. classmate Econs pun sorang pun saya tak nampak batang hidung mereka ketika itu. koridor sudah lengang tanpa org yg berjalan2 mundar mandir. macam mana ni?



talian hayat 1 : call a friend.
talian hayat 2 : go to RC and ask friends.
talian hayat 3 : A (cari kelas kat mana sebenarnya) atau B (pulang ke chalet).



talian hayat 1.
call classmate.


tujuan : bertanyakan di mana kelas sedang diadakan kerana rasa macam dah lambat je time tu. dalam kepala sudah terbayang, ah, nanti masuk kelas semua pandang2 pulak, lambat.


call 1 :

Hello, S, ada Econs tak ni?

emmm...

Hello? ade kelas tak ni?

Emm..takde kot.

(sambil tertawa) weh, ko kat mane ni?

........atas katil.


dah agak dah.

saya lihat jam. 10.52 pagi.


kurang hasam.


saya teringat seorang lagi classmate yg bagi saya boleh katakan agak jarang ponteng kelas Econs tak bersebab, denoted by 'S' juga, tapi bukan S yg di atas.


call 2 :

doo..doo..doo..saya tekan phone, cari nombor S.


tuut.


tuut.



tuuut.


setelah beberapa kali tuut, panggilan tak diangkat,


cis.


last. kali ni pasti berjawab dan persoalan saya ada kelas ke tak pasti terjawab, saya cuba reach N.


call 3 :

sebaik tekan butang hijau (call), bateri terus mati. arghhhh..... kosong. ada 1 lagi handphone spare, tapi tiada kredit.


kurang asam lagi sekali.


ahhh. macam mana ni? sudah runsing.



talian hayat 2.

dgn rasa bersalah sbb memonteng kelas dgn sengaja, saya ke RC. huhu.



dlm hati, Maapkan aku Puan Z. huhu.

dlm masa yg sama


alah, ko bukan salu ponteng kelas. sekali sekala takpela.
alamak, ramai je yg ponteng Econs, mcm dah tak heran je dah kalau ada org ponteng.


tak guna. itu hasutan belaka.



di RC, rasa tak senang. cuba cari classmate lain, kot2 mereka ada di situ.


ada, si S (bukan S pertama, bukan S kedua). lega sedikit.


saya pun buat apa yg patut. discuss soalan p3 tadi sedikit, cek emel kejap.


saya tanyakan pada K, pelajar Puan Z juga, tapi blok lain.


K, ada Econs tak?

mane aku tau, kau. aku belum lagi, blok 6 lepas ni kot.

takdela, aku pegi tadi, tapi kelas kat mana pun aku tak tau.

kat tingkat atas takde?


saya terdiam. alamak. bertambah balik kegusaran dek memonteng kelas. sudah jam 11.05 pagi. ah, nak ke kelas semula, lambat dah ni. alang2 lambat, tak yah pegi jela.


saya dihasut sekali lagi.



talian hayat 3.
balik chalet.


harapnya ada jawapan utk persoalan saya.


ah. susah hatinya rasa kalau memonteng kelas sebegini.


sesampainya saya di pintu chalet, saya lihat di tangga, ada selipar si S (yg kedua, yg saya call tapi tak diangkat).


tak guna kau S. aku susah2 tunggu, susah2 call kau sampai mampus bateri handphone aku, kau senang lenangnya lepak kat chalet aku sambil memonteng Econs.



kasut ditanggalkan. bukak pintu, masuk ke dalam chalet.




ini jawapan yg saya terima.


si S kedua sedang berkain pelekat, tidur mengerekot macam udang dibakar dgn sedapnya di lantai yg sejuk beralaskan toto sambil memeluk bantal 2, 3 bijik.


si N baru bangun tidur beberapa minit lepas tu saya dapat tahu.




seolah2 macam hari cuti je.



hampeh!!




.

No comments: