mak oih. bersangatan sudah lamanya saya kurang dapat memberi perhatian terhadap blog. rindu pulak rasanya nak mengupdate blog. ini pun kira di celah2 kesibukan membuat persediaan menghadapi exam.
post di blog yg satu lagi pun saya buat seringkas mungkin. ah. lagipun, update time2 ni, siapa mahu baca. semua dok sibuk nak exam.
musim exam.
ramai yg study bagai nak gila.
1. ada yg sanggup tak tidur malam --> study.
2. ada yg tak nampak batang hidung dah kat luar, peram je dalam bilik --> study.
3. ada yg tak datang kelas langsung dah. mahukan privasi sendiri --> study.
atau, dlm kata mudahnya, study leave.
4. ada yg macam takde ape spesel yg terjadi. biasa saja. hari2 buat rutin harian biasa.
5. dsb.
macam2.
saya pernah bukak facebook suatu hari tu. ada seorang hamba Allah I ni, tulis pada status die. lebih kurang macam ni bunyinya.
i've found new sleeping pills, Econs essays!
saya rasa sedikit kelakar. emm. agak kelakar juga. tapi, ada kebenarannya di sebaliknya barangkali.
saya agak tertarik juga dgn kesanggupan yg pertama utk study seperti yg dinyatakan di atas. tak tidur malam.
hebat. hebat betul orgnya.
saya pernah cuba. tapi mampu bertahan sampai jam 3.30 pagi saja. lepas tu, baring saja di katil, pejam mata, buka mata semula, lihat jam, sudah pukul 6 pagi.
itu pun saya mampu tahan kerana sudah tidur jam 10 malam sehingga 12 lebih.
surrender. mengaku kalah. terpaksa terima hakikat, masing2 ada kebolehan sendiri. ada cara sendiri, dan sebagainya. yg mampu tahan tak tidur malam, biarkanlah mereka. saya tak larat nak tiru mereka.
namun begitu, suatu malam, saya didatangi keinginan utk menelaah Econs.
pernah dengar minuman nescafe?
katanya, hebat. mampu menghilangkan rasa mengantuk. ini mungkin bagus utk sesiapa yg ingin mencuba utk tak tidur malam kerana mahu study.
testimoni pertama.
"kau tau tak, aku order air nescafe dari cafe mlm tu kan, pukul 6 esok paginya baru aku boleh tido. jenuh bergolek2 atas katil. tak mengantuk langsung."
lebih kurang mcm tu lah katanya.
testimoni kedua.
saya jumpa seorang rakan yg sudah lama saya tak nampaknya di kelas. sedangkan, kalau keenam2 kelas saya (Accounting, Maths, Physics, Econs, General Studies dan IELTS) masih berjalan, 4 dari kelas2 tersebut saya akan nampak muka dia. maknanya, dia classmate saya utk keempat2 subjek tersebut. saya sapa dia.
Weh, ko gi mane bro pagi tadi? takde kat kelas pun?
Oh, pagi tadi. study ah wei. ko tau, aku study dari malam tadi lagi tau. tak tido.
pergh, gile ah kau. tahan ke?
tahan ah. aku buat air nescafe. ngantuk je aku buat. minum. ngantuk lagi buat lagi. ngantuk lagi buat lagi. ni pun, baru pukul 10 tadi aku tido sampai pukul 11.
fuh. saya mmg kagum dgnnya. 1, kagum dgn kesanggupan dia utk tak tido. 2, saya kagum sbb saya tak mampu buat mcm die.
berbalik pada kisah saya ingin menelaah Econs pada suatu malam.
ah. ada nescafe di common room. siapa punya entah. saya tanyakan pada chaletmate, kata mereka, ambil saja.
masak air.
tunggu.
siap. tuangkan dlm cawan. opps. saya pernah terbaca tips.
kalau ingin menuang air panas ke dalam cawan kaca, tuangkan pada sudu yg diletakkan dlm cawan tersebut. nanti cawan pecah pulak.
baik. saya ikut.
paket nescafe saya koyakkan. 1 saja.
tuang. kacau air.
masih berasap. panas lagi utk diminum. tak mengapa. biarkan dulu di atas meja.
sementara itu, saya buat benda2 lain dulu, sebelum mula study.
kemas bilik.
bukak tingkap biar angin masuk.
salin pakaian.
kemas meja.
main2 dgn hamster kejap.
dsb.
berbekalkan air nescafe panas, dlm jam 9.50 macam tu, penelaahan Econs pun dimulakan.
sambil baca, sambil minum. Econs. tau sajalah. perlukan pembacaan yg sgt banyak.
baca punya baca.
secawan nescafe panas pun tak lama tahannya. kejap saja dah habis. dlm 20 minit je.
saya rasa saya agree dgn status Hamba Allah I dlm facebooknya.
saya tidur malam tu pukul 11.30.
di mana, pukul 10.30 saya dah mula rasa mengantuk!
p/s : wahai blog, saya arahkan kamu berpuasa sebulan. penulis kamu mahu tumpu pada exam! :)
.
No comments:
Post a Comment