segalanya di dunia ini mengalami proses evolusi.
proses di mana sesuatu berubah menjadi sesuatu.
betul agaknya tafsiran saya itu.
ada org kata, binatang2 yg ada sekarang merupakan evolusi daripada dinasour2 yg pernah wujud suatu masa dahulu. kalau zaman dahulu, binatang2nya besar, sesuailah dgn saiz manusia yg besar. pernah suatu gambar diuar-uarkan, yg menunjukkan seorang arkeologi, atau hanya penghias gambar, dan rangka manusia yg bersaiz jauh lebih besar dari dia. entah. mula2 lihat, terkejut juga. tapi setelah ada yg mengatakan alah, edit je tuu.. , saya berfikir 2,3 kali semula.
gambar yg pernah dipertikaikan kesahihannya
tapi kini, manusia sudah semakin mengecil, binatang pun berevolusi, turut menjadi kecil, sesuai dgn kehendak zamanlah katakan. teori siapa entah. saya sendiri barangkali.
maka, teori saya, bukan saja manusia, binatang pun turut mengikut peredaran zaman.
manusia bukanlah berevolusi secara fizikalnya, atau secara keseluruhannya. sebab itu saya tentang sungguh2 teori Darwin yg mengatakan manusia berevolusi dari beruk. kalaulah hamba Allah itu masih hidup, dan saya berpeluang ketemu dgnnya, pasti sudah saya tampar mukanya.
hanya kebudayaan itu saja yg berbeda saya kira. berbeza bukan, zaman dahulu dgn zaman sekarang?
ada teka teki kelakar, apa beza org muda dulu, dgn org muda sekarang?
jawapannya, org muda dulu, sekarang dah tua.
selingan.
namun begitu, teori saya itu mula develop, bila saya temui beberapa alibi.
ini binatang peliharaan saya. seekor hamster. saya tak berikan ia apa2 nama pun. tapi, kawan2 begitu bersungguh2 mahukan saya berbuat demikian. kalau ia boleh datang jika saya penggil nama itu, ya. baru saya akan berbuat demikian.
hamster ini saya pelihara sejak umurnya 18 hari. hanya sebesar setengah jari telunjuk saya saja jika ia meniarap. namun, sekarang sudah besar. sangkarnya pun sudah saya tukar kepada yg sedikit besar.
di kediaman di kolej, saya letakkannya di rak buku. kata kawan saya yg berpengalaman, bila saya ajukan soalan nak bagi makan ape? takkan kuaci aje?, dia menjawab ala ko bagi je ape pun, except coklat dan benda masam. si **** tu, siap bagi ayam KFC, pizza lagi kat hamster die tau.
tertawa saya mendengar kenyataan tersebut. hakikatnya, benar. sudah beberapa kali saya mencuba, memberikan makanan manusia terhadap tikus jinak ini, seperti kacang nasi lemak, ayam goreng, karot (biasa), daging burger, sosej, dan sebagainya. semua ditelannya.
lihat gambar di atas.
semua tahu bukan?
rasa2nya, tiada siapa pun yg rumahnya tiada seekor semut pun.
baru2 ini, semasa hendak bercuti, saya bawa balik hamster saya ke rumah. letak di dalam kereta. jalan penuh bonggol. entah macam mana rasanya jadi hamster yg dalam sangkar ketika itu.
semasa di kolej, tiada apa masalah, walaupun mula2 dulu, bila saya sajikan biskut pada hamster, semut pula yg dtg menghurung.
di rumah, baru saya teringat. saya pernah beri binatang tersebut ketulan daging burger. tapi hanya sedikit yg dimakannya, meninggalkan sebahagian besar daging tersebut. utk dimakan keesokan harinya barangkali.
saya letakkan sangkar hamster di bawah katil. menurut kakak saya, letak di tepi tingkap, nanti disambar musang.
keesokan paginya, saya dapati sangkar hamster sudah mula diduduki semut. periksa punya periksa, daging burger puncanya.
hairan ke daging burger menjadi tarikan semut?
saya sudah katakan. binatang sekarang sudah pandai mengikut peredaran zaman.
kalau tak, masakan semut di rumah saya kerumun air kosong yg tumpah. semut pun tahu jaga kesihatan, elakkan minuman manis dan pewarna!
kalau tak, masakan semut di rumah saya laparkan ulam2an! agaknya semut tak mempunyai deria rasa pahit kot. kalau ada, dah tentu mereka takkan mendekati ulam2an itu.
kalau tak, masakan semut di rumah saya hurung ubat2an dlm bentuk pil2, yg kadang terjatuh ketika dimakan.
baru2 ini adik saya mahu makan. lalu dibukanya tudung saji.
sangkaannya bahawa ada semut di dalam tudung saji itu meleset.
hmm. lauk2 pun dilihat2 dahulu, sambil mengambil bau.
tangannya pun terus mencapai penutup periuk nasi yg terbuka sedikit, supaya tidak terlalu terkuap di dalamnya.
sebaik dibuka, seekor cicak yg sedang makan nasi, kelam kabut melarikan diri!
5 comments:
walaupun tu hamster ko...
ak yakin tgn tu bkn milik ko...
btul kn?
hahaha...
sori ah wehh..hamster aku dan tangan aku okayy..hehe tangan sebelah lagi aku pegang kamera la.ingat aku penakut sgt ke..huhu
haha...
eh bkn sbb ingt ko takut...
tp tgn tu mcm trlampau cantik utk jd tgn ko...
(wah sudah msti ko perasan)
mksd ak tgn tu cm tgn pmpuan....
btul,ak ingt tu tgn pmpuan mane...
huuish.cmane tangan pempuan boleh ade dlm bilik aku plak?huhu cuti ni pun baru 1st time aku bawak balik umah tau.
haa...baek ko gtau sape pmpn ko bwk blk chalet...haha!!
xdela...mne ak tau...
ak ingt gmbr tu diamek kt umh...
tu la psl...
Post a Comment