10 March 2009

sudahlah.

ah. bosan sudah rasanya. menyampah pun ada.

macam handphone. handphone saya sudah hampir cukup umurnya 2 tahun. tapi handphone ni tak memberi masalah pun pada saya.



2 tahun pakai handphone yg sama. fuh. mesti ada rasa nak tukar yg baru. hmm. ya. saya tahu. NOKIA merupakan salah satu brand yg diboikot. tapi saya beli dah lama. takkan nak buang pula.

yg memasalahkan saya ialah nombornya.




sampai sekarang saya sedang memikirkan hendak menukar no telefon yg baru.



CELCOM.


lebih spesifik lagi : CELCOM UPAX


1. maxis selalu jam. hantar message, sangkut tgh jalan. hantar message kat kawan, nak order burger tak, pukul 8 lebih, pukul dekat pukul 11 baru die dapat message tu. masa dia dapat message tu die dah pun ade di kediaman chalet. selalunya tgh malam. sangkanya, sudah dihantar message tersebut. maka saya pun tunggulah balasan message tersebut sampai tertidur. bila terjaga semula keesokan paginya, message yg dihantar sedang berstatus Waiting.

2. maxis punye offer tak menarik langsung. dulu je, super savers la kononnya. sms dan talk plan. pandai dia. dulu, rm2, call la lama mana kau nak sepanjang malam. pastu dinaikkan jadi rm3 sejam, rm4 sejam, rm5 dan pelbagai lagi trick die. dulu sampai pukul 9 pagi, pastu dinaikkan sampai 7 pagi, 6 pagi...itu dulu.sekarang paling menyampah. dail *100#, pilih super savers, sms plan, rm1 = 100 sms = 1 hari. ah. tak menarik minat saya langsung. tekan pula call plan, ini yg paling menyakitkan hati, Promosi ini belum dibuka/telah tamat utk hari ini. Sila cuba sebentar lagi. walhal, sudah entah berapa kali saya cuba. macam menunggu offer dari Warwick, hari2 check, hasilnya takde.

3. dail *100#, selalunya ini yg maxis balas, Service is currently not available. Please try again later. ini satu lagi yg menyakitkan hati. selalu. saat itu saya rasa macam kalau saya jumpa manager, ketua, operator maxis atau siapa saja, saya boleh tampar mukanya.

4. lagi mengenai dail *100#. tambah nilai? complete backup? super savers? muzik? ganjaran? perkhidmatan? tetapan? maklumat akaun? khidmat? tiada satu pun menarik perhatian saya. pada saya, pengguna lebih tertarik pada promosi yg mana yg lebih menawarkan harga yg lebih murah. bukannya khidmat yg entah ape2 tu.

5. ganjaran. ah. nombor maxis saya sudah berumur sebenarnya. kalau tak silap, sejak tahun 2001. dan maxis ada menawarkan points pada pengguna yg setia. setiap tambah nilai, ganjaran points itu akan digandakan. boleh redeem sms atau kredit. apa gunanya ada sms free, kredit tambahan, tapi tak boleh pakai, sbb dah expired? sms dan kredit tambahan itu hanya boleh dipakai kalau saya habis kredit dulu sebelum tamatnya tarikh balance itu available, which is rather short.

6. lagi satu mengenai sms free, hasil redemption. maxis juga baru2 ini telah menaikkan bilangan activ5, menjadi activ10, iaitu 10 org dgn sms 1 sen, dan call 10 sen selepas jam 12 tgh malam sehingga...pukul berapa entah. masalahnya, sms free tu utk sms ke semua pengguna maxis, regardless ianya dlm kategori activ10 atau pengguna maxis biasa. tak berbaloilah jika sms free itu digunakan ke org2 dlm kategori activ10 itu. bagi sayalah, kalau saya ada sms free dan kredit, lebih baiklah sms free itu digunakan utk pengguna biasa, dan jika utk pengguna activ10, kredit 1 sen biasa akan digunakan. supaya sms free itu taklah cepat habis.

7. kadar sms dan call yg sgt tinggi comparatively. 1 page sms ke pengguna maxis biasa sudah 7 sen, utk total plan. kalau sms plan, 5 sen. itu baru 1 page, yg hanya 160 alphabets termasuk spaces, koma, dan semuanya. kalau ke operator lain, 15 sen 1 page. kalau nak message benda yg penting, byk sekaligus, tak mengapalah. berbaloi juga rasanya 15 sen tu, walaupun setiap kali nak hantar message ke nombor lain operator, saya akan fikir lagi sekali. begitu juga call. 30sen+ utk ke semua nombor. saya tambah, seminit. dan kalau saya call dlm 40 saat je pun, 30sen+ juga yg akan dicharge. itupun dapatlah 36 sen seminit ke semua operator, kalau tak silap saya. dgn syarat, tambah nilai rm30. baru2 ini saya kehabisan kredit dgn kadar yg tinggi. kerana gara2 tak lock keypad, dan tercall seseorang, selama 2 minit 54 saat (3 minit), ketika waktu kelas, dan handphone saya ada dalam beg. menyebabkan saya kerugian hampir 3 ringgit. ini menguatkan lagi ketakpercayaan saya terhadap kadar call yg ditawarkan oleh maxis. cumanya, bukanlah nak salahkan saya atau org lain tertekan butang call itu, tapi kalaulah operator lain yg lebih murah, tak ke sikit je kredit saya yg habis? kawan saya juga ada bercerita, yg dia pernah sengaja membiarkan call secara tak sengaja dari seorang kawannya yg lain. setelah dirasakan cukup lama, baru ditutup. kalaulah ada org yg buat macam tu kat saya? fuh.

8. pernah dgr maxis 365? wah. seronok juga rasanya bila maxis menawarkan balance kredit available sehingga 365 hari. rupa2nya, terma dan syaratnya membuatkan saya rasa seolah diperbodohkan. hendak dapatkan availability selama 365 hari itu, perlu tambah nilai sebanyak itu, ini, which is very costly, tak berbaloi.

9. keluarga saya besar. ramai diantara kami menggunakan celcom. kalau saya tukar ke no celcom, hanya tinggal abg saya seorang saja yg masih memakai maxis. kawan2 pun dah ramai yg menukar ke celcom, atau at least menggunakan 2 nombor.

10. tahu bukan kadar celcom upax? tahu tak mengapa. tak perlu saya ceritakan lagi di sini.

11. oh. reason yg ke-11 tak boleh diceritakan. private. hehe.

despite all the disadvantages of maxis, saya belum menggunakan lagi pun nombor celcom upax itu. hanya kadar (rate) itu saja yg saya tahu. lain2, seperti hantar message tersangkut ke tak, tak tahulah. justeru, saya akan mengambil langkah berjaga2 lah kononnya, memakai 2 nombor dulu.




ayuh, kawan2, bertukarlah ramai2 ke celcom! hehe.



2 comments:

typical.girl said...

haish:)lebey2 pomot nmpk...

org kata, celcom plan yg line much better..family plan or something la..

lebih murah dan jimat..

admin maxis indian ite..celcom melayu..so..y not nk bertukar??


haish, ckp pandai..i still xley tukar my maxis..
huhuhuhu:)

Iman said...

mesti la.kalo ramai2 tuka kan best.same operator kan murah :)

tukar je.jgn tak tukar.hehe