17 March 2009

sudahlah II


cuti tinggal beberapa hari saja lagi yg boleh dikira dgn jari. saya perlu mengulangkaji. apa lagi pelajaran Economics yg memerlukan pembacaan yg banyak -yg saya kurang berminat.

justeru saya mengambil keputusan menyelak kerja2 Accounting. ah. banyaknya yg sudah terlupa dek ditinggalkan tanpa bersentuh selama seminggu.

tekun juga saya mengulangkaji pelajaran pagi ni. sambil earphone disumbat ke telinga.

kurang faham. bukak laptop, buzz saja seorang kawan di yahoo! messenger. dia tak sentuh lagi subjek yg diasaskan oleh Lucca Paciolli itu.



.....I'm calling u.....I'm calling u.....
.....with all my time and all my fights in......




helo?


tiada jawapan.


helo?


helo? selamat pagi. saya sedang bercakap dgn en Nur Iman ye?


ah. ya saya.

ini panggilan dari org bekerja rupanya. saya perlu mengontrol sedikit nada bercakap saya.


nama saya bla bla bla... saya dari maxis, harap encik boleh luangkan dalam 2 minit?


MAXIS.


menyirap darah saya mendengar perkataan itu. bagaikan bumi dipanah petir, kilat sabung menyabung, ombak bergelora, gempa bumi, menjadi background music ketika perbualan telefon itu bermula. perlahan2 memori duka terimbau secara automatiknya dlm fikiran saya.


exaggeration.


ah. boleh.


mengikut maklumat yg kami ada, no anda ini telah terpilih...

ah. ini salah satu lagi ke contoh panggilan bg org malas bekerja, utk mendapat duit cepat dgn cara yg mudah -masuk pertandingan. mcm yg saya pernah alami suatu ketika dulu. sila rujuk post penangan duit.

.....utk ditukar ke pelan maxis postpaid. anda sekarang menggunakan prepaid bukan?

kadarnya ialah bla bla bla.... pelan RM50 ada, pelan RM30, bla bla bla...


sambil mendengar butiran dari pemanggil yg bernama Ragu itu (kalau saya telah mendengarnya dgn baik), saya membandingkan kadar postpaid yg ditawarkan itu dgn Upax.

ah. mereka ini mcm tahu2 saja saya sudah mula menggunakan Upax dan jatuh cinta padanya. mereka sudah membaca blog saya agaknya.

SAYA SUDAH ADA CINTA BARU LA, AWAK NAK APE LAGI??


adakah encik berminat dgn tawaran postpaid ini?

TAK SAMA SEKALI, BERAMBUS KAU DARI SINI!!


Err... tak rasanya.


kenapa?

TAKDE SOALAN LAIN KE NAK TANYA?? ORG DAH TAK NAK TAK NAKLAH!! CUKUPLA PROMOSI2 MANIS KAU DULU TU!!


ok. saya buat konklusi mudah. blog imanmanan2 saya tak dijumpai mereka. terlalu banyak blog di Malaysia ini saja. kemungkinannya sangat kecil utk blog saya dijumpai org2 seperti itu.


Err...sebab...

saya bertanya pada diri sendiri, perlukah saya huraikan isi kandungan dlm post sebelum ini bertarikh 10 Mac itu?

tak.

sebab saya jarang pun nak call org. saya biasa sms aje.


tapi encik, pelan RM30, pelan rm50 bla bla bla. ah. lagi ceramahnya.

SUDAHLAH WOI. AKU MALAS NAK DENGAR LAGI LAAAA....

saya mengulangi alasan yg sama, dan mungkin dia pun malas nak memujuk2 lagi supaya 2 minit itu dapat digunakannya dgn penuh bermanfaat, dia pun kata


maknanya, encik tak berminatlah nak tukar pelan prepaid ke postpaid?

SUDAH. MUKTAMAD. YOU BETTER GO NOW ENCIK RAGU.


emm. takpe lah.


oh, lagi 1 encik. encik juga boleh melanggan Hotlink three six five (365). encik tahukan yg itu?


err.. tahula sikit2.


dgn langganan ini, bla bla bla..

TAK GUNA, SANGKAKU SUDAH HABIS CERAMAHNYA DGN MAXIS POSTPAID TADI.


emm. dia ada terms and condition kan, nak kena top up certain amount bla bla bla..

saya berpura2 menunjukkan sedikit minat.


bla bla bla.


baiklah encik, terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa. terima kasih.

terus diletakkan telefon.


dia sudah melebihi 2 minit barangkali. dan 2 minit itu hanya sia2 saja utk memujuk hati saya yg sudah duka dek pelan maxis, utk menukar ke pelan2 yg diuar2kannya tadi. cakapnya pun gagap sedikit. lambat bagi respon. lagi lah saya tak berminat. saya lihat di telefon. call duration : 5:25.

teringat pula 'Hotlink 365'. hmm.

saya pun dail nombor yg selalu saya dail suatu ketika dulu utk mendapatkan Hotlink Super Savers (kononnyalah). *100#.

Requesting......

hmm. lamanya merequest. biasanya kalau lama begini tandanya...


Service is currently not available. Please try again later.


saya dah agak. saya cuba lagi. tapi ayat yg sama digunakan kembali utk mereply request saya.

geram.

NI YG AKU TAK SUKA DGN MAXIS NI. BUAT PROMOSI, ORG NAK DAPATKAN SUSAH YG AMAT. .




tiba2 entah kenapa, saya menaip sesuatu di komputer. di browser internet, mozilla firefox.


'maxis'.

search.


entah kenapa, tiba2 hati ini teringat kembali pada cinta lama, nombor maxis yg sudah banyak tahun saya bersamanya, tanpa dicemari celcom, walaupun sebagai nombor kedua. mungkin faktor nombor maxis saya yg cantik dan lawa itu membuatkan perasaan itu datang kembali.



....................


tak berminat. saya sudah jatuh cinta sama Upax yg jauh lebih murah dan menarik ini. ah, maxis. jangan kau cuba nak ubah pendirianku ini. tidakk.... *tibe.


saya close window maxis itu.


buka pula hotlink total mobile world.

saya cari pula


'hotlink 365'.


selang beberapa minit, handphone saya vibrate.


013467***2
Upax!upax! N0 ni xkan aktif smpi ak blik kolej..hp ak duk ngn shuk,tq!Hd0p upax! B).


saya tersenyum.


terus saya closekan window hotlink total mobile world itu.


memori saya dgn janji2 manis maxis saya delete. terima kasih pada kawan saya itu. hehe.




p/s : saya masih menggunakan 2 nombor secara aktif. walaubagaimanapun, maxis itu hanya menunggu masa saja. hehe.




No comments: