24 June 2010

masalah sungguh

dulu asyik rasa nak menulis sesuatu di blog, rasa nak mengupdate, hati cepat2 memujuk supaya mengutamakan study. dekat nak exam masa tu katakan.



ah. sebulan lebih tak mengupdate blog. style nak menulis tu dah pudar.
kejap. saya tak dapat mood sebenar lagi nak menulis. [tutup lagu kejap]


kurang dari 48 jam dari sekarang, insyaAllah saya akan berlepas pulang ke tanah air. walaupun belum genap setahun, tapi pastinya macam2 ceritanya di rumah sana yg jarang dapat terupdate. berita2 online di Malaysia pun, hanya mampu diakses, tanpa dapat berbuat apa2. cis. kisah judi bolanya, pilihanraya kecil, Mavi Marmara, dan sebagainya. tuhan saja yg maha berkuasa.

judi bola di Malaysia utk sekat judi haram? judi tu sendiri dah haram


nak balik, sangkanya, adik2 yg kecik2, yg belum dan yg masih bersekolah, yg akan teruja minta dibelikan hadiah atau buah tangan. rupanya, abang yg sulung yg mula2 sekali membuat tempahan buah tangan. nak hebat lagi, yg minta belikan iPad pun ada.

iPad yg nampak canggih, tapi fungsi yg limited?


saya jarang keluar bershopping di UK ni. maka dgn itu, barang saya yg ada pun tak seberapa jelah. baju2 pakaian2lah terutamanya. ah. sama saja di Malaysia pun. bukan apa, dari malas nak keluar, nak memilih, sampailah nak bawa balik ke rumah. susah nak cari yg berkenan. ditambah lagi dgn faktor saiz badan saya yg agak kurus, dan of course, duit. disebabkan itu, saya selalunya meminjam baju adik2 beradik yg lain saja. heh


malas nak keluar bershopping saya sudah temui ubatnya di UK. semua pun boleh agak. beli online. tekan2 mouse atau touchpad komputer riba masing2, nak hebat lagi, buat di handphone masing2 je, tunggu 2,3 hari. sampailah barang anda. ah. bahaya benda ni. saya memandangnya serius, sebab ia melibatkan duit. hehe. bila ada rakan mengupdate status facebook, end up with online shopping, saya tak anggap ia suatu benda utk diketawakan.




namun, bagi masalah taste, saya belum ketemu penawarnya. faktor saiz badan juga begitu. dah ada petua nak naikkan badan, susah nak cari pula bahannya. dah ada bahannya, duit pulak masalah. duit lagi. bila Malaysia nak kaya ni? selepas PRU13 kah?


lagi satu yg malas nak bershopping, online terutamanya, ialah bila barang sampai, tak kena dgn saiz badan. selalunya lebih besarlah. haih. kata orang, orang2 UK besar2 badannya, maka kalau nak beli baju, kena cari yg lebih kecil dari S, atau L atau lebih, bagi saiz utk kids. saya dapati, petua ini menjadi, bila seorang kawan membeli jersi MU semasa ke stadium Old Trafford, di Manchester. begitu juga masa ke kedai sukan, bila saya cuba pakaian saiz budak2, baru rasa muat dgn badan. harga pun dapatlah murah sikit.



ah. teringat abang saya pernah minta belikan jersi MU. abang yg sulung tu lah. hehe. masa musim sejuk tahun lepas, saya berpeluang menjejakkan kaki ke stadium tersebut. di luar saja. nak masuk kena bayar. singgah di GiftShop, cuba cari jersi yg dimaksudkan. bahagian kids menjadi pilihan. oh. satu lagi masalah, malas nak mencuba sebelum membeli, membuatkan saya malas nak beli langsung. jadi saya pilihlah saiz XL, utk budak2 berumur 13 tahun. sedangkan saya hampir 21 tahun dah. cuba suai2kan dgn badan, bahu, ok lah kot. bayar.


singgah di rumah kawan, terus cuba jersi tersebut. betapa girangnya saya bila ia muat. macam suatu kejayaan bila saya dapat beli baju, dan berpuas hati dengannya.


ini menambahkan lagi keyakinan saya dgn petua tersebut. beli baju saiz budak2. atau, yg lebih kecik dari S. ah. saya pernah je beli yg saiz M, dan S sendiri di UK. sebab kalau di Malaysia, kadang2 baju yg saya beli, muat M atau S. beli online pulak lagi, bila barang sampai, meroyan2 seorang diri.


nak sedapkan hati dgn cara matchkan dgn seluar ke, pun tak berkesan. kawan dtg bilik, jualkan pada mereka. habis cerita. itupun nasib kawan ada. mungkin boleh pulangkan pada seller, tapi, malas lagi sekali. nak bungkus, poskan, dsb.


masa exam ada la lagi 2,3 minggu, saya sudah menggelabah. makin dekat makin gelabah gila. anehnya bila minggu exam, tak menggelabah langsung. menggelabah2 membuatkan saya berkurung di bilik, cuba utk study. keluar bilik hanya utk tujuan tertentu saja, seperti bersolat, dan beli barang makanan. barang makanan pun, kalau boleh, beli yg cepat dan mudah dimasak. ya, ianya tak menyihatkan.

kentang goreng, karbohidrat atau apa?


bila berkurung, lagi rasa nak buat benda mudah. beli lagi baju online. baju pertama, agak memuaskan. saiz XS kalau tak silap. namun perlu diadjustkan sedikit.


seminggu lepas tu, rasa asyik pakai baju yg sama je, buat lagi tempahan lain. sebelum ini roll-neck, kali ini jersi pula.


semudah menekan2, dan tunggu. itulah online shopping. buka website, cari saiz. XS menjadi pilihan. tekan, tekan, dan tekan, mata menatap skrin, jumpa juga satu yg berkenan. senang, pilih XS, keluar semua yg dgn saiz tersebut. tekan2 lagi, bayar, siap. langkah pertama siap.


langkah kedua, tunggu.


bila nak menunggu, rasa tak sabar. terfikir2 dalam kepala, macam mana rupanya. macam pertama kali nak jumpa bakal bini pulak. hehe.


rasa tak sabar membuatkan saya review purchase semula selepas membayar online. hmm. lawa jersi ni. tak sabar nak memakainya bila dapat nanti. lihat detil2nya, colour, size, bla bla bla gitu gini. sampailah pada satu detil berkenaan jersi yg saya tempah tersebut,





Kids.




.

05 May 2010

baru kau tahu!

assalamualaikum wbt.


pertama kali saya mulakan entri dalam blog dgn doa kesejahteraan. eh. kali pertama ke? ye kot. tak kisahlah. oh, dah ada yg mula malas nak membaca ke disebabkan ucapan salam saya? yelah, akhir2 zaman ni, benda2 agama ni jarang nak orang minat.


bersempena kumpulan saya sudah submit sebuah essay Business Planning, saya rasa sedikit lega. walaupun saya rasa saya paling sikit buat kerja. habislah nanti groupmates bagi markah rendah utk peer review. haih. saya cuma buat apa yg termampu.


sekarang sudahpun memasuki minggu kedua dalam penggal 3 di bumi Coventry ini. dulu saya tertarik juga dengar senior kata, University of Warwick bukan terletak di Warwick, tapi di Coventry. University of Coventry pun terletak di Coventry. jadi, kalau mahu datang ke sini, jgn cari hentian bas/tren Coventry. kalau pilih hentian Warwick, nanti dah berhenti, tidurlah kau tepi jalan.


mahu jadi begini? Cast Away


teringat masa saya di penggal 2 lepas. ada sebuah modul (subjek) yg compulsory utk pelajar2 Accounting and Finance tahun pertama ambil, Financial Management (FM). ada 3 yg hampir sama namanya, Financial Accouting, Financial Management, Management Accounting. kata senior masa baru datang dulu, FM subjek baru, susah. saya tak panik pun, sebab subjek itu akan saya belajar masa penggal 2 nanti.


jauh bukan Warwick dan Coventry? :) (besar gila gambar ni)


nasib baik, lecturer FM saya seorang yg bagus. lecturenya memang best. jarang saya tertidur masa lecturenya. kadangkala, masa lecture, apabila ada sesuatu konsep, dia akan sebutkan yg konsep tersebut akan dipelajari lanjut masa tahun kedua nanti dalam modul Finance I dan Finance II. 


ada sekali tu, saya berpeluang berborak kejap dgn senior tahun kedua, course yg sama dgn saya. katanya, Finance susah gila. tak faham langsung. give up belajar. orang dtg lecture ambil notes je, lepas tu terus blah. tak larat nak belajar. dengar macam lawak. tapi saya gerun juga dengarnya. 


ada juga kawan yg buat course lain, seperti Economics, dan sebagainya, yg turut mengambil subjek FM tersebut. tapi mengadu tak faham sana, tak faham sini. lecturer dia entah ape2. explain tak faham apa. saya sedikit bersimpati. saya pun mengajaknya utk join sama lecture FM saya.


pernah sekali saya berborak dgn flatmate saya, orang France, semasa sedang memasak di dapur. dia bertanyakan saya bilakah lecture FM saya. mula2 pelik juga, takkan dia tak tau kot. rupanya dia juga mengambil modul yg sama (kot), tapi dengan lecturer yg lain. padanlah saya beberapa kali nampak dia masa lecture.


mungkin kawannya pun telah mempromote lecturer tersebut padanya, macam saya buat.


orang kata, apa yg ada jarang dirasai nikmatnya, melainkan setelah kita kehilangan nikmat tersebut. 


bila saya fikir2kan balik, beruntung rupanya saya dapat lecturer tersebut, Peter Corvi namanya. baru nak perkenalkan. fuh. memang hebat sungguh dia. walaupun lecture 2 kali je seminggu, Selasa dan Rabu, namun ada 10 kumpulan seminar, semua dia yg ambil. gila ah. respect sama lu. satu.


dua, kenapa dia ni bagus? dia memberi lecture memang best. saya yg ujian Listening yg saya ambil dulu pun bermasalah, tapi dgn lecture dia saya takde masalah langsung. yg saya bermasalah hanyalah bila dia sebutkan istilah2 baru, yg tak pernah saya dengar. penerangannya padat, tersusun. tak cepat sangat, tak laju sangat. eh, cepat tu lajulah. tak lambat sangat. silap. bila bagi lecture.... haih. tak taulah saya nak cakap apa lagi. baguslah pendek katanya! two thumbs up!


ada sekali tu, kawan yg saya ajak join lecture saya (kami) tu, joinlah buat kali pertamanya. sepanjang lecture, saya sedikit mengantuk ketika itu. maklumlah, jam 10 pagi. habis saja lecture, fuh tu dia kawan saya tu memuji. nampak kesungguhannya menuji menandakan betul apa yg dicakapkannya itu, bukan melawak. katanya, semua yg diajar ketika itu faham. wah. kagum saya, sedangkan saya tadi sedikit mengantuk. hehe


keesokannya, lecture adalah pada jam 9 pagi. saya sedikit tercungap kerana risaukan terlambat. sampai di lecture hall, kawan saya tadi dah ada. fuh. semangat dia dtg awal kerana suka lecture FM dengan Peter tersebut.


ini gambarnya. masa muda2 kot.


punyalah nak kata Encik Peter ini bersemangat, masa sesi seminar, kesemua ketiga2 warna marker pen digunakannya, merah, biru, hitam. oh, hijau pun ada kot. warna yg berlainan digunakannya utk lain2 tujuan, menulis formula, jawapan akhir, dan sebagainya. best la wa cakap lu, walaupun kadang2 saya menerawang tengah2 diexplainnya.


mungkin banyak yg tak sempat saya tuliskan di sini. antara yg paling saya suka nak highlight ialah beliau merakam sendiri lecture beliau. ah. lantaklah kau orang dah pernah jumpa ke belum lecturer macam ni, saya tetap nak katakan dia bagus. rakaman tersebut diuploadkannya ke laman sesawang yg memang disediakan khas utk modul tersebut. hatta, module outline punya lecture atau maca briefing jelah pun, dia rakam habis. perakam tersebut mikrofonnya diletakkan di kolar bajunya, dan wayarnya disambung ke device yg diletakkan dalam poketnya. so, memang clearlah rakamannya itu. dalam laman sesawang itu juga, ada ditulis sendiri dalam blognya, informal summary tentang topik2 tertentu. kalau orang dah malas betul, pasti dah skip je semua lecturenya. donwload saja rakamannya sudah. saya pun kadangkala 'termalas' kejap. apa lagi lecture jam 9 pagi. hehe.


jarang dijumpai ni. subjek susah, tapi lecturer bagus. semangat. saya suka. kalaulah semua lecturer macam dia, alangkah bagusnya.


masuk penggal 3, penggal exam, takde lecture dah. yg ada hanya revision lecture dan beberapa seminar utk certain modules. selain utk mengulangkaji, penggal 3 ini jugalah para pelajar akan diberikan masa utk berfikir modul apa yg nak diambil pada tahun kedua nanti. ada modul yg boleh ditangguhkan, dsb. 


penting ni. tak boleh miss. ada sorang budak Hong Kong yg saya jumpa ni, flatmate saya. lecture saya tak pernah nampak dia langsung, seminar tak datang sampai diberi warning, di dapur tak jumpa. Missing In Action sungguh. tapi utk sesi briefing pemilihan modul tersebut, dia hadir. manunjukkan peri pentingnya sesi tersebut.


gambar contoh sebuah bilik di Arthur Vick, hall saya. bukan bilik saya.


masuk ke lecture hall tempat sesi tersebut diadakan, eh? Peter Corvi ada di depan. diakah yg akan brief pasal pemilihan modul ni? aneh juga. tak sangka selain mengajar FM, dia juga ialah Course Director, yg bertanggungjawab mengendalikan pemilihan modul ini.


rupanya dia hanya sementara, menggantikan Course Director yg sebenar, yg telah meninggalkan universiti atas alasan tersendiri, memandangkan beliau pernah memegang jawatan tersebut selama 5 tahun sebelum ini.


ah. mahu saya tak bersemangat. sebab saya tahu, baguslah kalau dia yg brief. moga tiada maklumat yg saya terlepas. saya juga ternampak dia memegang sesuatu di tangannya. oh, perakam! saya sedikit gembira dan terkejut, kerana kalau saya terlepas maklumat apa2, boleh dengar semula rakamannya. terkejut kerana tak sangka benda ni pun dia nak rakam.


senior saya kata, nyesal dulu tak rakam lecture masa second year. 


rupanya, ada seorang kawan yg tak hadir ketika itu. dalam hati saya kata, oh, tak mengapalah. kan ada rakaman tu. tak payahlah risau sangat dia yg tak hadir tu.


macam2 diceritakan sepanjang sesi briefing tersebut. boleh ambil language, boleh defer modul, boleh itu, boleh ini. kalau saya boleh beri rate dari 1-5, pasti saya akan bagi 5 pada dia.


tapi betullah orang kata, benda yg kita ada jarang kita nak appreciate, melainkan kalau dah tiada. betul ke? sesekali saya menerawang juga, masa briefing tersebut. hati memujuk, ala, ada recording kan. takpela, nanti boleh dengar balik.


bla bla bla. 1 jam 20 minit berlalu. tak terasa lama. selepas sesi Q and A, lecturer tersebut bertanya soalan yg out of topic pada semua pelajar.


"Have you ever done something stupid in your life?"


saya terdiam. pernah ke? reason apa pulak tiba2 dia tanya soalan ni?



"because I forgot to turn my recorder on"



08 April 2010

di malam yg seram sejuk



sejuklah malam ni. *walhal setiap malam pun sejuk*



2 entri sekali saya telah postkan pada 31 Mac yg lepas. jarang menulis, tapi sekali nak menulis sampai 2 sekali. kalau di blog archive di sebelah kanan tu, adalah March (3). walhal, hanya pada hujung bulan baru sempat saya tambah entri baru. kadar taburannya adalah tidak normal.


saya mula menggunakan perkataan 'entri' bagi menggantikan kata nama 'post' dan mengekalkan 'post' hanya utk kata kerja. whatever.


taklah saya pening kepala sangat masa menaip post sebelum ini pasal bahasa SMS, malah tergelak terbahak-bahak lagi. tak tipu. saya hanya ambil dari 1 album gambar dalam facebook. kalau lebih dari 1, gamaknya saya boleh buat kamus bahasa SMS teruslah.


tiba-tiba lepas saya postkan entri 'boring blogging', rasa ramai pula yg berkomen bagai di blog saya. siap puji lagi dgn penulisan saya yg dalam keadaan takde mood ketika itu. terasa heaven kejap sebab ada org sudi nak baca blog saya. hehe.


sunyi je malam ni. taklah keseorangan, tapi masing-masing di rumah membuat hal sendiri. hanya kedengaran bunyi saya menaip.


dulu saya suka membotakkan kepala. taklah botak mana, tapi paling pendek yg mata mesin rambut boleh sampai. kata orang, potong 1. fuh. hanya tinggal 2 mm atau kurang rasanya. masa tu memang jadi perhatian orang jugak. tak lama lepas tu, kawan saya pula tampil dgn kepala yg rambutnya telah dipotong dengan mesin rambut, tanpa sebarang mata. saya diam.




masa tu di form 3. senior-senior memanggil saya kadang-kadang dgn gelaran 'papaskin'. 


masa di form 4, saya mula 'belajar' menghargai rambut. mahkota lelaki katanya. kalau raja yg botak memakai mahkota apa agaknya statusnya kalau mcm tu?


ah. sekolah semua lelaki. apa nak hairan. sebab tu bila dah dekat nak habis SPM, masing-masing mula menyimpan rambut. nanti nak raya, nak tayang hensem dgn rambut yg ada pada sanak saudara. saya terpengaruh dgn idea tersebut. akhirnya, hari-hari akhir kami di sekolah, warden mahu membuat spotcheck rambut. sudah. padan muka.


masa saya nak ke PLKN, saya naik bas dari stadium di Ipoh, menuju ke Kelantan, daerah apa entah tak ingat. fuh dalam bas. masing-masing dengan gaya rambut tersendiri. apalagi saya panggilan kedua. panggilan pertama, katanya, budak-budak sekolah asrama, SBP, yg skema bagai. panggilan kedua pula jenis sekolah harian, yg nakal-nakal hisap rokok bergaduh bagai, yg tak menyambung pelajaran lepas SPM, dan seumpamanya. panggilan ketiga? yg tak sekolah, yg tak tahu cakap melayu, yg itu, yg ini, bla bla bla.


saya budak nakal? fine fine.


sampai di Kem Kisana Beach Resort, beberapa hari lepas tu, semua lelaki dipanggil. semua dibotakkan. yg rambut punk macam batang penyapu, berjurai-jurai macam kuntilanak, yg apa fesyen entah lagi, semuanya berakhir dgn 1 fesyen, botak.



dulu saya pernah ke kedai gunting rambut. saya minta dia potong sedikit rambut. yg dibuatnya ialah dipotongnya rambut saya sampai tinggal sedikit.


ah. zaman sekolah sudah saya tinggalkan. 


masa di kolej pra-universiti, yg saya kira macam separuh sekolah, separuh universiti. pegi kelas kena pakai kemas, baju kemeja tali leher bagai. tapi, takde peraturan macam di sekolah. boleh bawak telefon bimbit walaupun cikai, pemain muzik, gitar, kasut berjenama, ah. segala benda yg kau nak bawak, bawaklah. jgn bawa anak bini sudah. <-- bila saya baca balik, rupanya perenggan ni tergantung.


saya dulu di sekolah tak boleh bawa baju T hitam/gelap yg semua lelaki suka. kena rampas. alasannya, nanti digunakan utk fly. ah. baju melayu hitam boleh pulak. masa saya form 5, kelab silat mengeluarkan baju T hitam, atas alasan warna yg melambangkan silat. lulus lagi tu. maka, baju itulah yg jadi pakaian masing-masing ke sana kemari kerana rasa hensem. lelakilah katakan. hitam menjadi kegemaran.


masa zaman sibuk-sibuk nak mengulangkaji di kolej pra-universiti dan nak menyelesaikan permohonan dgn universiti, ada juga senior-senior yg dah 'terbang' sambung belajar di UK mengupload gambar di facebook. masing-masing berwajah baru. tahu apa?


rambut panjang.


yg saya tak pernah nampak menyimpan rambut, yg dulu berkepala botak sana sini, yg dulu menjaga rambut bagai menatang minyak yg nak tumpah, kini berkopiah berambut serabai panjang, berjambang, misai, janggut dgn subur dan berjela-jelanya.


bila ditanya, antara jawapannya ialah potong rambut di UK mahal, £6 - £7. atau, £10. bila diconvert ke RM, paling kurang RM30++. ah, mana saya letak kalkulator hari tu. terpaksa mencongak, tapi tak jadi. ada juga yg menjawab, baru 1st year, masih jakun lagi. bila lagi nak rasa rambut panjang. nanti dah kerja ada macam-macam etika pulak yg perlu dipatuhi. buktinya, saya sendiri buat begitu. ada juga kedengaran desas desus, kononnya di UK sejuk, so rambut cepat panjang. ye ke? atau, di Malaysia yg panas, membuat mereka tak sanggup nak berimas-rimas menyimpan rambut panjang?


[1170522810_hyukjae.jpg] 

perempuan sukakan lelaki berambut panjang? artis korea?



nak rambut panjang sangat, nah kau. seminggu sebelum berlepas ke bumi penjajah ni, saya memotong pendek rambut sampai ayah saya tak kenal, sejurus lepas saya balik dari kedai. 


duduk di UK mencecah 5 bulan *la, 5 bulan je*, rambut pun memanjang sedikit demi sedikit tanpa saya potong. bila ada event besar, adalah peluang bertemu kawan-kawan yg dah lama berpisah sejak masing-masing 'terbang' ke bumi penjajah ini. tak sangka, rambut pendek, ayah tak kenal. rambut dah panjang, kawan pula yg tak kenal. apalah salah saya.


jenuh katanya mencari saya di atas stage semasa persembahan dikir barat, sedangkan saya berdiri bermain kompang. paling obvious kot. berdiri. awok-awok dikir barat bersila, berbaju seragam. tak mengapalah kalau tak perasan kerana tak dapat nak dibezakan. so dia assume saya ada di tempat lain, bermain peralatan muzik yg lain. mentang-mentanglah saya dulu selalu main conga. 


saya mahu tamatkan entri saya dgn fakta-fakta menarik tentang rambut sebenarnya, tapi tak jadi setelah saya terjumpa gambar-gambar ini.




.







jam hampir menunjukkan 12 tengah malam. tak solat isyak lagi ni.



.

31 March 2010

nk ltk tjk pe ye?

bila berada di tempat orang, barulah rindukan tempat sendiri. bila berada di tempat sendiri, mahu ke tempat orang pula. ada di UK, barulah rindu dan concern dgn Malaysia. bila ada di Malaysia, sikit-sikit 'ini kalau di UK ni...'.


Malaysia semakin panas? 40 darjah celcius?




bila ada di UK, baru nak rajin sikit nak ambil tahu tentang keadaan dan berita negara. malu juga, bila orang tanya isu-isu terbaru di Malaysia, nak jawab 'ye ke?', 'entah', 'tak tahulah aku' dan sebagainya terasa berat. ah. tak boleh jadi. kena ambil tahu.


memaksa ke namanya tu?


saya pencinta bahasa.


fine. saya tahu. bila statement di atas saya keluarkan, anda pasti akan menjangkakan entri-entri dalam blog ini untuk dieja dalam ejaan yg penuh, bertatabahasa yg betul, dan sebagainya.


alah, aku takpelah, belajar di UK. dah lepas dah PMR, SPM tu. tulis shortform-shortform sudah. janji faham. kata seseorang.


kadang-kadang, saya seakan suka pula pelajaran-pelajaran masa di zaman sekolah dulu. baik dari Bahasa Melayu, English, Sains, sampailah ke Sejarah, Pendidikan Syariah Islamiyyah, Pendidikan Al Quran dan As Sunnah, Matematik Tambahan, dan sebagainya. ah. saya tak sukakan Literature. rasa ingin belajar semula.


semasa menulis entri di blog, teringatkan pelajaran BM, cara-cara penggunaan bahasa yg betul. kata nama mesti diletakkan selepas 'ialah' contohnya, penggunaan 'dari', 'pada' dan 'daripada' yg betul, 'di + kata kerja' mesti dirapatkan, dan dijauhkan pula utk 'di + arah tunjuk' dan sebagainya. paling saya ingat cikgu kata masa di tingkatan 5, 'kalangan' mesti digunakan dgn 'dalam' menjadi 'dalam kalangan', bukannya 'di kalangan' dan sebagainya. disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. betul. tak tipu. ah. penggunaan imbuhan, banyak lagi. tak ingat saya semuanya. sayang sekali, baru sekarang rasa nak dipraktikkan. salahkan sistem pendidikan yg berorientasikan peperiksaankah?


SMS, singkatan daripada short messaging service, yg popular dgn evolusi yg dialami telefon bimbit. dulu telefon bimbit hanya boleh membuat panggilan, ditambah dgn keboleh menghantar pesanan ringkas tersebut, evolusi lagi dgn adanya kamera, dan supaya boleh memainkan musik, video, radio, FM transmitter, dan internet. rekabentuk? skrin sentuh, lipat, sliding yg bermacam rupa, menjadi trend telefon bimbit sekarang.





tak mengapalah, baguslah tu. tapi antara yg ketara sekali terkesan? SMS.


apalagi dgn lambakan telefon bimbit di pasaran dgn harga yg murah, dulu hanya orang kerja je boleh ada telefon bimbit ni. turun sikit. orang tak kerja. turun lagi, orang yg belajar (pelajar). turun lagi, budak sekolah rendah. nak rendah lagi? budak belum sekolah.



kecil-kecil dah terdedah dgn gelombang mikro yg pernah diuji menyebabkan tikus hilang ingatan. disebabkan itu, diciptanya handsfree. side effect utk telefon bimbit ini. tak mahu komen lanjut.


dah nama pun khidmat pesanan ringkas, memang ringkas sungguhlah jadinya. ye lah, tak dinafikan. saya sendiri pun gunakan juga singkatan-singkatan semasa berSMS. sudah bilangan alphabet utk 1 SMS hanya 160, terhad. terpaksa diminimumkan. tapi, saya sendiri cuba sedaya upaya gunakan bahasa dan ejaan yg sedap mata memandang. apalagi telefon bimbit saya mempunyai keyboard penuh QWERTY.


kalau di UK, syarikat telekomunikasi biasanya menawarkan pakej telefon berbil. bayar bulanan katakan £30 selama 2 tahun. kau ambillah telefon bimbit tu bawa balik, beserta percuma beberapa puluh/minit, beberapa Mb internet, dan beberapa puluh/ratus SMS. macam saya, bayar £20 sebulan, dapat 600 minit panggilan, unlimited internet, unlimited SMS. biasalah pakej yg macam tu. so, kalau masih berkira berapa alphabet yg boleh utk muatkan 1 page SMS, saya kira bukanlah tindakan yg sesuai.


namun, bila menggunakan komputer, yg memang keyboard penuh QWERTY pun, penulisan bahasa masih sama, bahkan lebih dahsyat. tak pernah lagi saya jumpa komputer keyboardnya numerical macam telefon bimbit. apalah salahnya jika dieja penuh.


nak hebat sikit, fuh, tu dia HuRuF-hUrUf dIbEsArKaN DaN dIkEcIlKaN BeRgAnTi-gAnTi. ah. saya yg nak tulisnya pun menderita.


paling mudah nampak, mana lagi. facebook. ketika berbalas-balas komen. kadang-kadang, komen-komen di facebook yg salah menggunakan grammar pun saya sudah sedikit resah. bermacam-macam versi Bahasa Melayu juga yg boleh dijumpai. fine, saya terima lagi penggunaan 'dgn', 'yg', 'utk', 'dr', 'org', 'sgt' dan seumpamanya. contoh bahasa pasar pun mungkin acceptable, macam 'tu', 'tak', yg sangat biasa digunakan. atau, 'a' digantikan dgn 'e'. tak mengapalah kot bagi saya. tahap pertama.


dari 'takpe' menjadi 'takper', 'kat mane' menjadi 'kat maner', 'boleh ker', 'bleh', 'mne', 'spe', dan lain-lain. 'kte', apa anda rasa maknanya? 'kita'? 'kata'? 'kete' (kereta)? 'ble' ada yg gunakan utk 'bila', ada juga yg gunakan utk 'boleh' *ini saya tak boleh terima* sabar-sabar. boleh terima lagi. boleh. boleh. tahap kedua.


tapi saya mula resah bila :


itu --> e2
tu --> 2
tudung --> 2dung
kutuk --> k2k
sebenarnya --> nanye


keresahan bertambah kalau diambil dari kamus-kamus budak-budak bercinta monyet di sekolah menengah :


org --> owg
pun --> pown, bahkan 'pwn'
kot --> kowt
nanti hanya tinggal 't'. kadang-kadang '6t', atau ulamaknya menggunakan '9t' *ejaan apakah iniii???*
sekolah --> kolah, *ingat kolah ikan ke?*
ke --> ker bahkan 'kew' dan 'k'
lah yg dibangga-banggakan dalam Manglish menjadi 'lew'


saya pun tak tahu dari mana dtgnya 'r' dan 'w' tu.


darling --> lalink
online --> on9 *on-nine, apakah??*
kenapa --> naper, bahkan 'napew' dan 'np'
saya --> caye *ko ingat ko budak kecik, tak reti sebut 's'?*

juga --> gak --> gaks. *yg kena ada 's' tak letak, yg tak pernah ada, nak diletak!*

sayang --> syg (ok lagi) --> cyg (hmm) --> cayunk (hmmmmm) --> *tahap karma sikit*, TAYUNK. (astaghfirullah)
sekarang --> skunk *buruk gila ejaan!*
comel --> comey --> chumel --> shumel --> tomey --> *tahap maharaja* TOMEWH. *migrain saya dibuatnya*
aku ada dalam gambar ni --> aq der lam pic niey *nauzubillah*
class --> clz
hEeEe . . yEw kEw . . AmbIk hAtI jEw . . hIkhIk <-- boleh sawan saya baca ayat yg saya ambil di facebook yg satu ini.
mesti --> cuba teka? MSTY



sudah lewat malam. siapa ada balm utk pening kepala?


.

boring blogging?


kebolehan dan kemampuan berblog tak semua orang miliki. entah sejak bila mempunyai blog menjadi seolah2 suatu budaya bagi ramai orang. search saja di google perkataan melayu apa pun. pasti ada saja nama2 blog yang  terkeluar, menunjukkan perkataan yg dicari tersebut ada dalam sebarang post dalam blog tersebut. pelbagai peringkat umur. semuanya mahu berblog. lagi terkenal seseorang itu, lagi ramailah pembaca blognya.


orang yg tak disangka2 mempunyai blog juga rupanya ada. di luar huha huha sana sini. dalam blog, tulis pasal perasaan, berjiwang sana sini. ada pula yg diluar diam seribu bahasa. di dalam blog itu dia terserlah segala di dalam fikirannya. ada yg diluar, rock semacam. sekali baca blog, tu dia ceramah agama, ceramah politik dan sebagainya.


barangkali, blog boleh menjadi ukuran utk mengenal seseorang. ye tak? selain dari bermacam2 kriteria seperti gaya pemakaian seseorang ke, cara berjalan ke, cara makan, bahkan, cara menulis huruf 'a'.


saya mula menulis blog sejak Disember 2008. ah. baru lagi. belum mencecah 100 pun lagi jumlah post saya. saya tulis blog supaya orang baca. hehe. ada beberapa widget yg boleh diletakkan dalam blog utk menghiasi, di samping menyediakan beberapa ciri2 menarik sesebuah blog, seperti ruangan chat, followers, dan sebagainya.


saya jaranglah blog hopping. sekali sekala, buka blog orang. baca. bila dilihat, bilangan followersnya, membulat mata saya. fuh. tak sangka orang macam kawan aku yg sorang ni mempunyai sebegini ramai pembaca blognya. jeles sebentar.


saya ada seorang junior di kolej pra universiti saya, KYUEM. hebat sungguh orangnya. hensem pun hensem. sekali post entri di blog, komen pasti mencecah 20 dan ke atas. jangankan satu entri, tuliskan tajuknya saja, tanpa sebarang entri, komen berjela2. fuh.


tiba-tiba saya terbandingkan pula dgn blog tak seberapa saya. ah.


cerita peribadi. siapa mahu baca?

tulis panjang2. siapa mahu baca?

update pun malas. siapa mahu baca?

kosong dan hambar. tiada hiasan2 widget di tepi. siapa mahu baca?


dulu saya ada 2 blog berjalan pada masa yg sama. fuh. masa mula2, macam tulah, semangat nak update. sehari boleh 2 kali post. tak lama lepas tu, sebulan 2 kali pula kekerapan mengupdate. macam2 widget saya letakkan. sanggup spend berjam2, google template yg menarik dan sebagainya.


tak lama lepas tu, semangat pun pudar. blog 2 dah tinggal 1. sayang juga, bersusah payah saya perah otak nak keluarkan idea nak menulis. kemudian, satu demi satu widget saya buangkan dari blog. chatbox yg sepi, hanya ada tinggalan komen zaman bila punya entah. counter yg hanya meningkat sebab saya sendiri yg bukak 
blog, dan sebagainya. ah. sedikit sebanyak memudarkan minat saya utk terus berblog. followers? jauh panggang dari api.


bila bukak blog sendiri, dulu rajinlah, blog2 kawan2 yg mana yg ada update, ia automatik akan letakkan di susunan atas, di sebelah kanan blog. sekarang dah jarang bukak. tapi, bila bukak blog kawan, tiada pun link ke blog saya diruangan linknya. ah. pudar lagi semangat. bukak blog universiti pula, kawan2 lain ada disenaraikan. saya tiada. ah. lagilah.


pernah saya terbaca blog seorang kawan, yg mengatakan betapa heavennya bila seseorang meninggalkan komen di status facebooknya. haha. itu yg kita mahu bukan?


tulis di blog panjang2 berjela2, komen boleh dibilang dgn jari. update status di facebook, satu perkataan aje pun, komen jgn dibilang. ok. saya dah lari tajuk. comparison should be made 'like with like', seperti yg saya pernah belajar dalam Accounting dulu.



pedulikan. saya tetap mahu menulis.


.

21 March 2010

peringatan buat diri



Ya Allah ya tuhanku, kenapa aku diuji?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta"

[Al Ankabut : 2-3]


Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan? 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

[Al Baqarah : 216]


Kenapa seberat ini ujian darimu ya Allah? 

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

[Al Baqarah : 286]



Ya Allah, betapa sedihnya aku hari ini... 

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman"

[Ali Imran : 139]


Macam mana aku nak menghadapi semua ini ya Allah? 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)

[Ali Imran : 200]

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk

[Al Baqarah : 45]


Apa yang aku dapat drpd semua ini? 

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mukmin; diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."

[At-Taubah : 111]


Kepada siapa boleh aku berharap?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal

[At Taubah : 129]


Aku dah tak mampu lagi ya Allah! 

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir"
 
[Yusuf : 87]

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Bukankah al Quran itu sesuai di semua zaman dan tempat, dalam apa jua keadaan?

Dalam kita melangkah, terkadang diuji
dengan ujian yang terasa berat.
Hingga kita terduduk menangis. 

Peritnya terasa tetapi ketahuilah, dan
renungilah dalam diri kerana; 
Mungkin air mata itu hadir kerana DIA
mahu menjahit sejadah iman
Yang kian terkoyak lantaran ada
langkah-langkah yang tersasar. 

Semoga tabah dan ditetapkan iman.
ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang. 
DIA sayangkan kau dan aku. 
DIA tak pernah lupakan kita...
Hidup ini ibarat mimpi...
Kita hanya tersedar apabila nyawa sudah
meninggalkan jasad.

Iman bukan setakat percaya pada rukun Iman... 
Tetapi sebenarnya satu bentuk penyerahan diri...
Dan pernyataan bahawa kita benar-benar
percaya pada setiap KetentuanNYA.

Jangan lupa, pada nafas sekalipun,
tersembunyi rahsia dan janjiNYA. 


Percayalah!

Ya Allah,
andai ujian ni sbg salah satu sebab
untuk menghapus dosa2ku,
aku redha YA ALLAH kerana aku sedar 
diri ini hanyalah hamba 
yg lemah yg sentiasa alpa dan berdosa kpd-MU...

ya Allah,

ampunkanlah dosa2ku, kawan2ku, ahli keluargaku, 
dan seluruh umat Islam 
samada yg masih hidup 
atau yg dah meninggal dunia...

teruskan berdoa.




amin.


.