Dalam post sebelum ni, saya letakkan tajuknya sebagai 'ujian, kaffarah dosa'. Walaubagaimanapun, jangan lupa bahawa ujian dari Allah itu juga sebenarnya menunjukkan kasih sayang Allah kepada kita, maka dia dah ada tanda soal di hujungnya tu. Tahu kenapa? Kerana, bila kita ditimpa ujian, kita akan kembali pada Allah, berdoa padaNya. Jadi, Allah ni suka la kita meminta2 dari dia. Bukan macam manusia, lagi diminta lagi marah pula jadinya. Hehe.
Akan tetapi, jangan lupa bahawa bukan semua orang yg diuji akan kembali dan berdoa pada Allah. Maka, beruntunglah mereka yg menjadikan Allah sebagai prioriti tertinggi utk kembali dalam menghadapi ujian. Jangan sekali sampaikan kita jadi putus asa pulak, dan tak berpeluang lagi utk menerima ujian Allah.
"..Berilah berita gembira (dari ujian Allah itu) kepada orang-orang yg bersabar"
[Al-Baqarah:155]
Alhamdulillah, sedikit sebanyak banyak yg dapat saya hayati semasa berada di bumi anbiyaa' Mesir, atau nama Englishnya Egypt, walaupun dilanda sedikit ujian semasa hendak datang ke Mesir tempoh hari. Masih saya teringat antara objektif utama saya ke Mesir waktu tu ialah utk mencari makna sebenar kemodenan, kerana seperti semua tahu, Mesir merupakan bumi para anbiyaa, dan banyak sarjana-sarjana Islam yg lain. Maka, jawapan yg saya dapat semasa hendak meninggalkannya hanyalah lebih kepada perasaan, yg susah nak didescribekan. Hehe. Dalam kata lain, kau pegi, baru kau rasa. Itu pun kalau kau terfikirkan benda macam tu. Kalau pegi nak bergambar dengan Piramid je, tu jela yg kau boleh dapat. Hehe.
saya tahu bagaimana gambar tipikal orang dengan piramid, maka saya elakkan dari buat benda sama tersebut. hehe.
Menjadi trademark pula, Mesir sering disinonimkan dengan apa? Kurma. Ya, itulah antara barang yg saya bawa balik dari sana, di samping benda2 lain. Ya, makananlah terutamanya. Ada kawan pesan jem buah tin, kurma kacang, dan sebagainya. Semuanya diletakkan dalam 2 buah kotak yg diikat kemas dengan tali siap ada pemegang lagi tu. Pakai tali bukan tali rafia tu, ape barang. Hehe.
kurma makanan sunnah Nabi
30 Mac 2012, dalam ketika rakan-rakan di UK (Coventry, specifically) sedang berprogram. SMILE, nama program diberi, namun contentnya membincangkan hal-hal negara. Peceramah2 yg dijemput pun tak kurang hebatnya. Boleh kata event yg grandlah, maka ramai kawan2 yg terlibat sebagai AJK, penganjur, dan seumpamanya. Saya? Baru nak balik UK dari Mesir la boh. Masih terkenang peristiwa yg saya coretkan dalam entri sebelum ini, yg menguji kesabaran masa nak bertolak tempoh hari.
9.05 am, waktu flight dijangka berlepas meninggalkan lapangan terbang Cairo. Alhamdulillah, dengan waktu Subuh yg awal, selesai bersolat berjemaah dan sedikit sesi tazkirah dengan sahabat-sahabat di rumah Perak pagi tu (tetibe rindu kat diorang), saya ditemani beberapa sahabat, ke airport dengan kereta sewa dipandu oleh abang saya yg baru habis belajar di Mesir masa tu.
gambar dengan sahabat-sahabat rumah anak Perak sebelum berangkat ke lapangan terbang
Bengang. Dia suruh tunggu je. Saya berkeras tak nak bukak. Akhirnya, datang seorang mamat (officer la kononnya) membawa saya meninggalkan tempat tersebut. Semua ok je kot, saya fikir dalam hati. Saya terus ke kaunter check-in, dan mamat tadi masih mengekori. Selepas check-in barang seberat 14 kg, mamat tadi masih tak jauh dari saya, dan membuat isyarat meminta duit. U know what I mean, ceh! Malas layan.
Gamaknya tadi ialah stage pertama dugaan saya. Lepas tu, kena beratur utk cop paspot dan isi borang maklumat ape tah. Ini satu lagi pelik, seingat saya, takde pun airport yg buat camni, ie cop paspot dan isi borang masa nak keluar. Selalunya bila sampai kena lepas imigresen (cop paspot) dan isi borang ape entah. Tak mengapa. Beratur panjang. Sampai giliran saya, tiba-tiba ada masalah. Saya diarah pegi ke ... mana entah yg saya tak dengar sangat, hanya ditunjuk je dengan makna isyaratnya "pegi situ ha, jumpa orang di dalam tu" sambil saya terpinga2. Pegi mana, jumpa siapa. Saya pegi ke arah yg ditunjukkan, takde ape pun tempat pengesahan ke ape yg berhampiran. Tanya petugas di situ, dia suruh ke kaunter saya check-in tadi, malangnya orang di kaunter tu dah takde. Lagi la terpinga2.
nasib baik queue saya waktu tu tak sepanjang orang beratur utk barangan Apple macam ni. hehe
Saya kembali ke barisan beratur, queue tadi. Masih lagi panjang. Dalam hati sudah mula risau, kerana jam sudah lebih hampir 8.40 am (kalau tak silap), bererti, saya ada masa 25 minit lagi sebelum flight berlepas, sedangkan urusan paspot saya masih belum selesai. Sedikit gelisah. Sekali lagi, sampai ke kaunter, barangkali makcik tu dah cam muka saya, dia terus bawa saya ke tempat yg dimaksudkan, semacam office kecik, dalamnya ada petugas2 yg sedang menghisap rokok, sambil sedang menjawab telefon, dengan di depannya ada beberapa paspot dan tiket penerbangan (boarding pass). Saya tiba di situ, tak diendahkannya.
Makin gelisah. Saya tegur juga petugas tu utk selesaikan paspot saya secepatnya, namun disuruhnya saya tunggu di luar. Saya tunggu, namun macam takde reaksi apa2 dari petugas tersebut. Masa terasa berjalan dengan pantas amat merisaukan. Saya sudah pasrah. Kalau terlepas flight, maka saya akan pulang ke UK pada tarikh asal dengan tiket asal saya, iaitu 2 April, dan akan tidak dapat menghadiri semua interview yg telah disusun, iaitu pada 1 dan 2 April. Pasrah dan berserah.
bila mana ditimpa ujian, berusaha dan berdoa pada Allah, dan berserahlah padaNya
Tak lama lepas tu, ketika hampir2 lagi 10 minit sebelum waktu flight berlepas, baru dapat balik paspot, dan pengesahan ape entah yg dikehendaki. Terus saya ke kaunter tadi, potong barisan terus ke hadapan. Sok sek sok sek ape entah kat kaunter tu, semua selesai. "Thank you very much!" saya ucapkan pada makcik di kaunter paspot tu dengan tersenyum. Jam menunjukkan hampi 8.55 am, apa lagi, saya yg tak la jaguh mana dalam 100 meter sprint terus membuat rekod dunia berlari sepantas mungkin!!
pecuttt!!!! (Shaolin Soccer)
Seperti yg dijangka, sekali lagi pemeriksaan terpaksa dilalui. Kali ini yg biasa tu, kena tanggal tali pinggang, kasut dsb. Nasib baik masa tu tak payah, orang pun takde, lalukan je bag sehelai sepinggang saya ke scanner tu kerana yg lain semua dah dicheck-in, dan, cabut lari beb!!
Alhamdulillah, sesampainya saya di gate, penumpang2 lain masih lagi beratur utk memasuki kapal terbang. Fuh!
Pengajaran: Bertenanglah dalam situasi yg menekan, dan cuba lemparkan senyuman walaupun susah. Hehe.
Alhamdulillah, berakhir sudah ujian stage pertama dan kedua saya dalam hendak pulang ke UK, yg mana ceritanya baru lebih kurang 30% dari keseluruhan cerita! Lagi 70% cabaran sebenar akan menyusul tak lama lagi inshaAllah..
2 comments:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment