kebolehan dan kemampuan berblog tak semua orang miliki. entah sejak bila mempunyai blog menjadi seolah2 suatu budaya bagi ramai orang. search saja di google perkataan melayu apa pun. pasti ada saja nama2 blog yang terkeluar, menunjukkan perkataan yg dicari tersebut ada dalam sebarang post dalam blog tersebut. pelbagai peringkat umur. semuanya mahu berblog. lagi terkenal seseorang itu, lagi ramailah pembaca blognya.
orang yg tak disangka2 mempunyai blog juga rupanya ada. di luar huha huha sana sini. dalam blog, tulis pasal perasaan, berjiwang sana sini. ada pula yg diluar diam seribu bahasa. di dalam blog itu dia terserlah segala di dalam fikirannya. ada yg diluar, rock semacam. sekali baca blog, tu dia ceramah agama, ceramah politik dan sebagainya.
barangkali, blog boleh menjadi ukuran utk mengenal seseorang. ye tak? selain dari bermacam2 kriteria seperti gaya pemakaian seseorang ke, cara berjalan ke, cara makan, bahkan, cara menulis huruf 'a'.
saya mula menulis blog sejak Disember 2008. ah. baru lagi. belum mencecah 100 pun lagi jumlah post saya. saya tulis blog supaya orang baca. hehe. ada beberapa widget yg boleh diletakkan dalam blog utk menghiasi, di samping menyediakan beberapa ciri2 menarik sesebuah blog, seperti ruangan chat, followers, dan sebagainya.
saya jaranglah blog hopping. sekali sekala, buka blog orang. baca. bila dilihat, bilangan followersnya, membulat mata saya. fuh. tak sangka orang macam kawan aku yg sorang ni mempunyai sebegini ramai pembaca blognya. jeles sebentar.
saya ada seorang junior di kolej pra universiti saya, KYUEM. hebat sungguh orangnya. hensem pun hensem. sekali post entri di blog, komen pasti mencecah 20 dan ke atas. jangankan satu entri, tuliskan tajuknya saja, tanpa sebarang entri, komen berjela2. fuh.
tiba-tiba saya terbandingkan pula dgn blog tak seberapa saya. ah.
cerita peribadi. siapa mahu baca?
tulis panjang2. siapa mahu baca?
update pun malas. siapa mahu baca?
kosong dan hambar. tiada hiasan2 widget di tepi. siapa mahu baca?
dulu saya ada 2 blog berjalan pada masa yg sama. fuh. masa mula2, macam tulah, semangat nak update. sehari boleh 2 kali post. tak lama lepas tu, sebulan 2 kali pula kekerapan mengupdate. macam2 widget saya letakkan. sanggup spend berjam2, google template yg menarik dan sebagainya.
tak lama lepas tu, semangat pun pudar. blog 2 dah tinggal 1. sayang juga, bersusah payah saya perah otak nak keluarkan idea nak menulis. kemudian, satu demi satu widget saya buangkan dari blog. chatbox yg sepi, hanya ada tinggalan komen zaman bila punya entah. counter yg hanya meningkat sebab saya sendiri yg bukak
blog, dan sebagainya. ah. sedikit sebanyak memudarkan minat saya utk terus berblog. followers? jauh panggang dari api.
bila bukak blog sendiri, dulu rajinlah, blog2 kawan2 yg mana yg ada update, ia automatik akan letakkan di susunan atas, di sebelah kanan blog. sekarang dah jarang bukak. tapi, bila bukak blog kawan, tiada pun link ke blog saya diruangan linknya. ah. pudar lagi semangat. bukak blog universiti pula, kawan2 lain ada disenaraikan. saya tiada. ah. lagilah.
pernah saya terbaca blog seorang kawan, yg mengatakan betapa heavennya bila seseorang meninggalkan komen di status facebooknya. haha. itu yg kita mahu bukan?
tulis di blog panjang2 berjela2, komen boleh dibilang dgn jari. update status di facebook, satu perkataan aje pun, komen jgn dibilang. ok. saya dah lari tajuk. comparison should be made 'like with like', seperti yg saya pernah belajar dalam Accounting dulu.
pedulikan. saya tetap mahu menulis.
.
1 comment:
teruskan menulis.menarik isu yg diutarakan.lain dari yang lain.Tahniah
Post a Comment