31 March 2010

nk ltk tjk pe ye?

bila berada di tempat orang, barulah rindukan tempat sendiri. bila berada di tempat sendiri, mahu ke tempat orang pula. ada di UK, barulah rindu dan concern dgn Malaysia. bila ada di Malaysia, sikit-sikit 'ini kalau di UK ni...'.


Malaysia semakin panas? 40 darjah celcius?




bila ada di UK, baru nak rajin sikit nak ambil tahu tentang keadaan dan berita negara. malu juga, bila orang tanya isu-isu terbaru di Malaysia, nak jawab 'ye ke?', 'entah', 'tak tahulah aku' dan sebagainya terasa berat. ah. tak boleh jadi. kena ambil tahu.


memaksa ke namanya tu?


saya pencinta bahasa.


fine. saya tahu. bila statement di atas saya keluarkan, anda pasti akan menjangkakan entri-entri dalam blog ini untuk dieja dalam ejaan yg penuh, bertatabahasa yg betul, dan sebagainya.


alah, aku takpelah, belajar di UK. dah lepas dah PMR, SPM tu. tulis shortform-shortform sudah. janji faham. kata seseorang.


kadang-kadang, saya seakan suka pula pelajaran-pelajaran masa di zaman sekolah dulu. baik dari Bahasa Melayu, English, Sains, sampailah ke Sejarah, Pendidikan Syariah Islamiyyah, Pendidikan Al Quran dan As Sunnah, Matematik Tambahan, dan sebagainya. ah. saya tak sukakan Literature. rasa ingin belajar semula.


semasa menulis entri di blog, teringatkan pelajaran BM, cara-cara penggunaan bahasa yg betul. kata nama mesti diletakkan selepas 'ialah' contohnya, penggunaan 'dari', 'pada' dan 'daripada' yg betul, 'di + kata kerja' mesti dirapatkan, dan dijauhkan pula utk 'di + arah tunjuk' dan sebagainya. paling saya ingat cikgu kata masa di tingkatan 5, 'kalangan' mesti digunakan dgn 'dalam' menjadi 'dalam kalangan', bukannya 'di kalangan' dan sebagainya. disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. betul. tak tipu. ah. penggunaan imbuhan, banyak lagi. tak ingat saya semuanya. sayang sekali, baru sekarang rasa nak dipraktikkan. salahkan sistem pendidikan yg berorientasikan peperiksaankah?


SMS, singkatan daripada short messaging service, yg popular dgn evolusi yg dialami telefon bimbit. dulu telefon bimbit hanya boleh membuat panggilan, ditambah dgn keboleh menghantar pesanan ringkas tersebut, evolusi lagi dgn adanya kamera, dan supaya boleh memainkan musik, video, radio, FM transmitter, dan internet. rekabentuk? skrin sentuh, lipat, sliding yg bermacam rupa, menjadi trend telefon bimbit sekarang.





tak mengapalah, baguslah tu. tapi antara yg ketara sekali terkesan? SMS.


apalagi dgn lambakan telefon bimbit di pasaran dgn harga yg murah, dulu hanya orang kerja je boleh ada telefon bimbit ni. turun sikit. orang tak kerja. turun lagi, orang yg belajar (pelajar). turun lagi, budak sekolah rendah. nak rendah lagi? budak belum sekolah.



kecil-kecil dah terdedah dgn gelombang mikro yg pernah diuji menyebabkan tikus hilang ingatan. disebabkan itu, diciptanya handsfree. side effect utk telefon bimbit ini. tak mahu komen lanjut.


dah nama pun khidmat pesanan ringkas, memang ringkas sungguhlah jadinya. ye lah, tak dinafikan. saya sendiri pun gunakan juga singkatan-singkatan semasa berSMS. sudah bilangan alphabet utk 1 SMS hanya 160, terhad. terpaksa diminimumkan. tapi, saya sendiri cuba sedaya upaya gunakan bahasa dan ejaan yg sedap mata memandang. apalagi telefon bimbit saya mempunyai keyboard penuh QWERTY.


kalau di UK, syarikat telekomunikasi biasanya menawarkan pakej telefon berbil. bayar bulanan katakan £30 selama 2 tahun. kau ambillah telefon bimbit tu bawa balik, beserta percuma beberapa puluh/minit, beberapa Mb internet, dan beberapa puluh/ratus SMS. macam saya, bayar £20 sebulan, dapat 600 minit panggilan, unlimited internet, unlimited SMS. biasalah pakej yg macam tu. so, kalau masih berkira berapa alphabet yg boleh utk muatkan 1 page SMS, saya kira bukanlah tindakan yg sesuai.


namun, bila menggunakan komputer, yg memang keyboard penuh QWERTY pun, penulisan bahasa masih sama, bahkan lebih dahsyat. tak pernah lagi saya jumpa komputer keyboardnya numerical macam telefon bimbit. apalah salahnya jika dieja penuh.


nak hebat sikit, fuh, tu dia HuRuF-hUrUf dIbEsArKaN DaN dIkEcIlKaN BeRgAnTi-gAnTi. ah. saya yg nak tulisnya pun menderita.


paling mudah nampak, mana lagi. facebook. ketika berbalas-balas komen. kadang-kadang, komen-komen di facebook yg salah menggunakan grammar pun saya sudah sedikit resah. bermacam-macam versi Bahasa Melayu juga yg boleh dijumpai. fine, saya terima lagi penggunaan 'dgn', 'yg', 'utk', 'dr', 'org', 'sgt' dan seumpamanya. contoh bahasa pasar pun mungkin acceptable, macam 'tu', 'tak', yg sangat biasa digunakan. atau, 'a' digantikan dgn 'e'. tak mengapalah kot bagi saya. tahap pertama.


dari 'takpe' menjadi 'takper', 'kat mane' menjadi 'kat maner', 'boleh ker', 'bleh', 'mne', 'spe', dan lain-lain. 'kte', apa anda rasa maknanya? 'kita'? 'kata'? 'kete' (kereta)? 'ble' ada yg gunakan utk 'bila', ada juga yg gunakan utk 'boleh' *ini saya tak boleh terima* sabar-sabar. boleh terima lagi. boleh. boleh. tahap kedua.


tapi saya mula resah bila :


itu --> e2
tu --> 2
tudung --> 2dung
kutuk --> k2k
sebenarnya --> nanye


keresahan bertambah kalau diambil dari kamus-kamus budak-budak bercinta monyet di sekolah menengah :


org --> owg
pun --> pown, bahkan 'pwn'
kot --> kowt
nanti hanya tinggal 't'. kadang-kadang '6t', atau ulamaknya menggunakan '9t' *ejaan apakah iniii???*
sekolah --> kolah, *ingat kolah ikan ke?*
ke --> ker bahkan 'kew' dan 'k'
lah yg dibangga-banggakan dalam Manglish menjadi 'lew'


saya pun tak tahu dari mana dtgnya 'r' dan 'w' tu.


darling --> lalink
online --> on9 *on-nine, apakah??*
kenapa --> naper, bahkan 'napew' dan 'np'
saya --> caye *ko ingat ko budak kecik, tak reti sebut 's'?*

juga --> gak --> gaks. *yg kena ada 's' tak letak, yg tak pernah ada, nak diletak!*

sayang --> syg (ok lagi) --> cyg (hmm) --> cayunk (hmmmmm) --> *tahap karma sikit*, TAYUNK. (astaghfirullah)
sekarang --> skunk *buruk gila ejaan!*
comel --> comey --> chumel --> shumel --> tomey --> *tahap maharaja* TOMEWH. *migrain saya dibuatnya*
aku ada dalam gambar ni --> aq der lam pic niey *nauzubillah*
class --> clz
hEeEe . . yEw kEw . . AmbIk hAtI jEw . . hIkhIk <-- boleh sawan saya baca ayat yg saya ambil di facebook yg satu ini.
mesti --> cuba teka? MSTY



sudah lewat malam. siapa ada balm utk pening kepala?


.

5 comments:

wirdati said...

Salam.

Setuju dengan post ini. Berpendapat sama.

Bahana budaya sms yang menular sampai terbawa-bawa dalam kehidupan seharian tak kiralah di rumah mahupun di sekolah.

Ada orang yang rasa 'stylo' apabila mengeja dengan perkataan yang diada-adakan ni.

Peninglah cikgu-cikgu bm nak tanda karangan yang penuh ngan 'bahasa sms'.

syaa said...

hah ak bace tajuk je ak dpt agak dh ko nk ckp pasal ape...
hmm tau xpe...
annoyed jugak la dgn shortform melampau2 ni...
pastu dah la gune shortform,buat plak huruf besar kecik besar kecik tu...
boleh mati ak bace...

dan post ini membuat aku ketawa seorang diri.haha.

*kalo shortform2 standard mcm ak gune skrg ni ok lg la kan?
hehehe....

HiLMaN said...

ahaha. tergelak dengan penulisan berkenaan singkatan perkataan. sehingga tergolek-golek. (yeke?)

qama said...

iman once again u made me laugh!

Anonymous said...

hahaha funny.
chumel.opss maaf.it's COMEL. ;P