Ya Allah ya tuhanku, kenapa aku diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta"
[Al Ankabut : 2-3]
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
[Al Baqarah : 216]
Kenapa seberat ini ujian darimu ya Allah?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
[Al Baqarah : 286]
Ya Allah, betapa sedihnya aku hari ini...
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman"
[Ali Imran : 139]
Macam mana aku nak menghadapi semua ini ya Allah?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"
[Ali Imran : 200]
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
[Al Baqarah : 45]
Apa yang aku dapat drpd semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mukmin; diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."
[At-Taubah : 111]
Kepada siapa boleh aku berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal"
[At Taubah : 129]
Aku dah tak mampu lagi ya Allah!
"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir"
[Yusuf : 87]
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Bukankah al Quran itu sesuai di semua zaman dan tempat, dalam apa jua keadaan?
Dalam kita melangkah, terkadang diuji
dengan ujian yang terasa berat.
Hingga kita terduduk menangis.
Peritnya terasa tetapi ketahuilah, dan
renungilah dalam diri kerana;
Mungkin air mata itu hadir kerana DIA
mahu menjahit sejadah iman
Yang kian terkoyak lantaran ada
langkah-langkah yang tersasar.
Semoga tabah dan ditetapkan iman.
ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang.
DIA sayangkan kau dan aku.
DIA tak pernah lupakan kita...
Hidup ini ibarat mimpi...
Kita hanya tersedar apabila nyawa sudah
meninggalkan jasad.
Iman bukan setakat percaya pada rukun Iman...
Tetapi sebenarnya satu bentuk penyerahan diri...
Dan pernyataan bahawa kita benar-benar
percaya pada setiap KetentuanNYA.
Jangan lupa, pada nafas sekalipun,
tersembunyi rahsia dan janjiNYA.
Percayalah!
Ya Allah,
andai ujian ni sbg salah satu sebab
untuk menghapus dosa2ku,
aku redha YA ALLAH kerana aku sedar
diri ini hanyalah hamba
yg lemah yg sentiasa alpa dan berdosa kpd-MU...
ya Allah,
ampunkanlah dosa2ku, kawan2ku, ahli keluargaku,
dan seluruh umat Islam
samada yg masih hidup
atau yg dah meninggal dunia...
teruskan berdoa.
amin.
No comments:
Post a Comment