27 February 2010

apa nak kasi tajuk ha

baru saya teringat baru ni ada seorang rakan suruh saya tulis pasal netbook saya yg baru berusia lebih kurang 8 minggu ini. tapi, masuk minggu ke 8 saya dah gantikan RAMnya menjadi 2GB. haha. apa2 ajelah.


semenjak itulah baru saya tau sikit2 pasal komputer. heh. apa itu RAM? ia ialah suatu storan utk menyimpan memori secara sementara. bila dishutdown, memori tersebut akan disave ke Hard Drive. dalam kata lain, kebolehan melakukan multitasking. bila banyak program dibuka serentak, memori sementara akan digunakan. kalau besar memori itu, takde masalahlah utk program2 tersebut berjalan. RAM merupakan salah satu komponen yg paling mudah utk ditukar ganti dlm bahagian2 komputer. ah. macam2 lagilah. boleh explore sendiri.


ok la, dah dekat 2 bulan. tiada apa lain yg kurang bagi saya pada netbook ini, except for the RAM yg sikit. nak expand 4GB dgn satu slot ada, tapi tak boleh, sbb ianya jenis 32-bit aje. kalau 64-bit tak mengapalah juga nak expand sampai 8GB RAM pun selamba. nasib baik saya bukan kaki football manager, ragnarok, dota, dan seumpamanya. mungkin kalau saya downgrade ke windows xp ia akan laju sikit kot. pakai w7 pun tak mengapalah, w7 starter, tak boleh tukar background.


bateri paling best kot. perghh. pergi mana2 selamba tak membawa cable. nak charge utk bateri yg mampu tahan selama 8 jam hanya mengambil masa kurang dari 3 jam. mungkin dlm 3 hari sekali baru saya akan charge bateri. 


dan sekarang saya terfikirkan apa nak buat dengan RAM dan RAM laptop lama saya. ketiga2nya berjumlah 3GB. 


sejak pembelian netbook ASUS 1005HA ini, ramai kawan2 menunjukkan minat dan memuji akan rupanya. saya lagi suka memanggilnya netbook, bukan laptop. saya tumpang seronok? buat apa? org bukan puji saya, org puji netbook saya. tiba2 saya pulak nak kembang hidung tak tentu pasal.


eh, ko beli laptop baru eh? Apple ke? kata seseorang melihatkan warnanya yg putih berkilat. Apple sedikit silver kalau anda perasan. lambang Apple itu yg putih.


is that your laptop? so cute... kata seorang groupmate pula masa saya menghadiri group meeting secara tiba2 masa tengah perbincangan. jgn risau, saya dah kata, dia puji netbook, bukan tuannya. HAHAHA. so saya dah buat persiapan awal2 utk tidak kembang hidung atau syok sendiri bila ada pujian sebegitu.


eh, laptop ko tu bila ko beli eh? berapa eh? meh jap nak pegang. kata seorang kawan yg lain dan diteruskan dgn soalan2 lain.


iman, laptop err.. netbook kau tu best tak? tanya kawan yg lain yg saya kira berminat utk membeli satu memandangkan laptopnya bermemori sgt kecil. hehe


dah ada laptop, mesti ada begnya. tapi di UK tak best sikit, beli laptop, dapat laptop semata2. adalah, kertas2 panduan pengguna, warranty card dan sedikit sampah sarap yg lain. kalau di Malaysia, beli laptop, dapat beg, tetikus yg kadang2 disertai dgn lapiknya sekali, thumbdrive, anak patung, dsb bergantung pada musim promosi. tahun baru ke, perayaan apa ke.


lalu saya pun mengebaylah kejap briefcase utk netbook bersaiz 10 inci ini. sangat sesuai, mudah dibawa ke mana2. tak disangka, bukan takat netbook saya orang puji kerana saiz dan rupanya, begnya pun ada orang puji.


comel gila beg laptop kau. kata seorang kawan sambil tersengih. saya terpinga2 kejap. beg pun org ada org puji.


lama kelamaan, baru saya sedar, memiliki sebuah netbook mula diminati ramai. bila ke library di Prayer Hall di universiti, ramai tampil dgn berbagai2 jenis laptop masing2, pemilik2 netbook tak ketinggalan juga. barangkali saiznya yg menarik minat org utk bertanya lanjut mengenai harga, specs, dan sebagainya.


ko tau A dah beli netbook baru?


eh yeke? tak tau pulak? apsal, laptop lama dia rosak ke? 2 orang kawan sedang bersembang.


takde ar. dia kata saja, trend sekarang kot. haha. tak leh blah.


sungguh tak kusangka sampai sebegini minat org terhadap netbook.


paling best : 


weh, iman. kau beli netbook kau berapa eh? specs bagus tak?


ok la, HDD 250GB, RAM 1GB.. bla bla bla


mahal ni, aku nak carik yg specs cikai punyalah, ada tak? dlm £150 dapat tak?


saya termangu kejap. pelik jugak pertanyaan si dia ni.


ish. mana dapat. itu second hand mungkin ada.


aku nak ala, koman2 je. HDD bagi 40GB pun cukupla. bukan apa, saja2 nak beli. tengok orang sana sini bawak netbook, mcm cool je. aku nak gak satu. time lecture aku bukakla, taip2 sikit ke, apa ke. bukan nak guna sangat. nak bergaya je.



ini dlm economics dipanggil impulse buyer. 



.

1 comment:

Anonymous said...

aku ske ending ko man.haha