Masih awal pagi. Jam 7.51 am. Saya kata awal sebab subuh baru je habis, lebih kurang jam 7.40 macam tu. Dekat-dekat nak musim sejuk ni. Biasalah. Terus bersemangat nak tulis entri baru, setelah baca komen seorang kawan tentang entri sebelum. Heheh.
Ya. Saya berhenti sebelum makan malam.
On The Way 5
Bangun tidur jam 8 malam, terus pergi makan, boleh?
Makan
style buffet. memang PERGHHH punya. Saya agak
considerate malam tu, kerana di hotel itu bukan saja ada saya dan penumpang-penumpang lain yang ter
stranded, bahkan ada juga pelancong-pelancong mat saleh yg memang bertujuan melancong. Mat-mat dan minah-minah saleh belaka. Mungkin Eurpoean lah kot boleh saya kata.
Setelah menghimpunkan juadah-juadah dalam 2 pinggan (bukan saya makan 2 pinggan, tapi pinggan satu lagi utk tak mencampurkan kerana banyak benda lain boleh diisi. Hehe.), saya pun cari tempat duduk. Keseorangan. Ya. Apa kisah. Di situ memang ada pelancong-pelancong lain sedang makan pun.
Sedang saya makan, saya perasan ada sederet meja di bahagian depan, macam makan di restoran beramai-ramai, kau pun
requestlah utk menggabungkan beberapa meja. Tak lama selepas suapan pertama saya, mereka beramai-ramai menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dalam bahasa Inggeris. Alah, tipulah kalau kata tak pernah dengar macam mana lagu tu.
Not really like a song la, tapi apa entah? Antologi? Puisi? Haha bukan.
Ada pula sambil mereka di meja sederet tu makan, kumpulan berpakaian tradisional tempatan (saya rasa) yg tersedia di tangan dan tersangkut di badan gendang.
Guess what? Oh, ada lagu siaran langsung utk menghiburkan pelancong-pelancong yg sedang makan. Hmm.
Cool, cool. Saya terhibur sebab kumpulan itu bermain lagu utk mereka. Kalau mereka mainkan lagu utk saya di sebelah meja, saya tak terhibur pun. Bahkan mengharapkan habis cepat dan pergi pula ke meja lain. Pemain gendang (macam mini bonggo rupanya) tu pun takdelah sedap mana dia main. Hehe.
Ketika saya hampir habis makan, mereka sudah menghabiskan lagu mereka. Aiseh, jangan la ke meja aku. Rupanya tak. Mereka ke meja sebelah. Saya pun bangun beredar tanda sudah habis makan. Mungkin mereka mainkan muzik utk pelancong-pelancong yg bayar hotel tersebut aje kot.
On The Way 6
Selepas makan, saya terfikir. Nak tak nak saya kena jugak dapatkan akses ke internet. Sudah cuba on
netbook, tapi internetnya memerlukan
login. Lalu saya bertanya pada
reception, katanya, kad internet perlu dibeli dengan harga 250 rupee. Aduh. Tiada pilihan lain. Sudahlah tu, sejam aje pulak tu. Lalu saya tanya boleh ke guna mata wang lain, memandangkan saya ada ketika itu sedikit RM, beberapa UK pounds (£), dan euro (€) yg jugak tak berapa banyak. Manalah tahu, hotel banyak pelancong asing ni, boleh terima matawang lain. Alih-alih disuruhnya saya ke kedai berdekatan utk tukar duit. Cis.
Kedai seberang jalan sahaja. Sedikit renyai hujan ketika itu. Ya, sedikit renyai. Maknanya lagi sikit dari renyai.
Saya jumpa pekedainya. Nasib baik dia pun boleh berbahasa Inggeris, walaupun penampilannya agak menakutkan dan tak meyakinkan pun sebagai pengurup wang.
In fact, kedai tu tak macam pengurup wang pun. Yang ada jeriji mengurung pengurupnya di dalam. Di sebelahnya, ada seorang lelaki ala-ala kongsi gelap gitu (mungkin ini ialah pandangan biasa di sini), berdiri dengan tut-tutnya, sambil lagu dipasang dengan sangat kuat, menghisap rokok. Lagilah saya mahu panggil dia kongsi gelap. Mungkin sebab kulit dia gelap juga kot. Kalau tak mungkin saya panggil dia samseng ke, gangster ke dll. Semasa berbincang dengan pekedai, pekedai tersebut memarahinya suruh ditutup radio kerana saya sedang berbincang utk tukaran tersebut. Oh,
cool. Dia hormat juga. Memang saya rasa kena tipu. Sudah boleh agak, dari penampilannya. Hehe. Mungkin juga saya kurang ilmu mengenai benda ni. Tahu apa dia cakap?
Saya ada duit syiling £ dan €. Dan beberapa RM. Mahu tukar ke rupee kesemuanya. Katanya seingat saya, RM1 = 90 rupee. £1 bersamaan 110 rupee, dan lebih kurang juga utk €. Mana saya nak percaya, £1 saja sudah hampir 5x ganda RM. Tambahnya lagi, saya yang ada hanya syiling £ dan €, hanya mampu menukar dengan amaun tersebut sahaja. Melainkan kalau saya ada
note. Jadi nilai tukarannya tinggi, walaupun dengan jumlah yang sama. Macam £5 syiling hanya dapat 550 rupee, tapi £5 duit kertas, boleh dapat lagi tinggi dari tu. Ada ke budaya macam ni?
Saya yang dah malas nak fikir panjang dan tak ada pilihan lain, tambahan pula dengan jam hampir menunjukkan jam 10 malam, kedai tadi pun sudah mahu tutup, nilai terendah rupee yg saya dapat ketika itu ialah 290 rupee, dengan tukaran satu atau 2 £ atau €, saya dah tak ingat. Kalau boleh nak tukar 250 rupee cukup-cukup, nak buat apa pun simpan rupee. Buat kenangan bolehlah. Saya simpanlah baki 40 rupee. 250 digunakan utk beli kad utk dapatkan akses ke internet selama sejam je tu.
Sejam, terasa sangat singkat bila ianya sangat berharga. Dan sejam juga rasa sangat singkat bila kita suka benda tu. Dan sejam juga rasa singkat, bila kita tak sedar rupanya kita dah buang masa bermain internet. Facebook sahaja boleh lebih dari itu setiap hari. Betul. Saya sedar.
Bukak
netbook, scratch bahagian pada kad tersebut utk dapatkan pin
loginnya, baru dapat. Seolah anak kera mendapat pisang, saya sangat-sangat bersyukur pada ketika itu. Terasa hidup kembali dapat berhubung dengan internet
Facebook. Pernahkah kita rasa macam ni bila dapat baca Al Quran?
3
notifications. Kakak saya tulis di
wall saya, katanya kalau dah sampai beritahu dia. 1 Facebook
message, dari kawan saya yg saya minta dia jemputkan di London nanti, mahu tumpang bermalam. Satu lagi apa entah. Beza waktu Sri Lanka (Colombo
to be precise) dan Malaysia ialah 5 jam setengah lagi lewat. Maknanya ketika itu Malaysia sudah awal pagi. Kakak saya masih
online. Saya bukak Facebook
chat dengan dia, beritahu apa yg berlaku. Tak mahu abah tahu, nanti risau pula dia nanti. Saya bukak juga Skype, yang memang akan automatik
online bila ada akses internet. Cari kawan yg sudah ada di UK, utk tolong maklumkan kawan saya di London tu. Ah, ada sorang. Alhamdulillah.
Katanya, dia tiada pulak nombor telefon kawan di London tu. Saya cuba lagi, mana tahu dia ada nombor telefon kawan pada kawan saya tu. Ada. Saya minta
callkan. Tak angkat pula. Akhirnya kawan tadi tu yg
call semula. Di MSD (bukan McD) rupanya. Katanya, baik. Esok harinyalah dia tunggu. Dia pesan lagi supaya hantar mesej di Facebook, supaya dia tak lupa, dan saya dapat sampaikan apa yg sebenarnya saya nak sampaikan.
Terus saya cuba taipkan sesuatu, sedetil mungkin anggaran maklumat perjalanan saya, berdasarkan kiraan kasar, pukul berapa sampai semua. Takut juga, sebab sim kad UK saya tak tahu lagi boleh guna ke tak. Resah.
Time is running out. Habis saya taip mesej tersebut, saya tekan
send, dan komputer mula memproses (
loading). Lama. Saya dah resah. Sampai ke tak mesej ni. Sampai tak ni, sampai tak niii.... Saya buka
page baru, dan alhamdulillah, sudah muncul dalam
thread message tersebut.
Page tadi masih tak siap-siap
loading.
Sebaik saja saya dapat pastikan sudah diterima, serentak itu internet terputus. Saya menarik nafas panjang dan menjerit kelegaan keseorangan dalam bilik tersebut (memang hakikatnya saya berseorangan diri pun dari awal perjalanan).
See? Sekejap je sejam berlalu.
Saya tidur jam 12.00++ malam tu.
On The Way 7
Sudah masuk bahagian ke 7. Cerita saya tak habis-habis lagi. Bangun jam 4.30 am macam tu. Berdasarkan kiraan kasar saya ketika itu seingat saya, subuh masuk jam 5.30 am waktu tempatan.
Waktu sarapan 6.30 am sehingga 8.30 am. Pukul 8 saya turun makan. Memang PERGHHHH lagi sekali. Segala aneka makanan ada.
Western pun ada. Jangan ingat Sri Lanka teruk sangat. Hehe. Oh, saya ternampak label (HALAL) di bahagian sosej. Saya memilih sosej (lebih kurang 10 batang saya ambil),
scrambled eggs dalam 4,5 senduk jugak. Baked beans saya kurang suka, jadi dalam 2 senduk je saya ambil. Ada makanan sampingan, semacam bihun putih yang digulung-gulungkan. 5 saya ambil. Makan dengan kari. Tawar. Kari rasa kari biasalah. Makan benda tu sudah boleh mengenyangkan.
Again, ya, sorang-sorang, bersama pelancong-pelancong lain di meja lain.
Minuman, ada beberapa pilihan jus selain air teh, kopi dan sebagainya. Tiada milo dan teh tarik. Saya pilih satu jus pekat berwarna coklat, tak ingat apa nama dia. Dan buah-buahan juga sedikit berupa pisang, tembikai dan betik. Habis makan, terasa ingin tahu juga, jus apa yang saya ambil ni. Sekali teguk, nak termuntah saya dibuatnya. Sedikit masam, dan aneh, yg saya pasti tak pernah sampai lagi ke anak tekak saya minuman jenis tersebut. Sekali teguk, saya tengok orang lain sekeliling.
Cover, cover. Saya buat-buat biasa. Habiskan terus jus tersebut dengan beberapa teguk tanpa henti. Macam orang nak minum ubat pahit, tutup hidung, mata, dan segala yg boleh dicapai dengan tangan. Tapi saya tak buatlah, orang lain ramai kot di sekeliling.
Alhamdulillah, masih Allah beri nyawa saya bersambung hari ni. Selepas makan, naik bilik, bersiap-siap. Van dijangka akan tiba jam 10.15 am utk membawa kami penumpang-penumpang yg tercicir ke lapangan terbang semula.
On The Way 8
Sebelum saya naik
flight lagi, saya perasan ada seorang gadis cina, dan saya turut terperasan dia masa nak turun di lapangan terbang Colombo juga. Saya juga nampak dia dalam barisan yg sama di kaunter utk mendapatkan vaucer hotel semalam. Saya masih beratur ketika itu, dan dia pula yg sudah dapat sesuatu di kaunter, berkata '
Oh my God..' sambil menepuk dahi
and I was wondering apa yg dia dapat, tanpa mengetahui ianya vaucer hotel. Ingatkan tiket baru ke apa. Sepanjang semalaman saya di Hotel Brown Beach pun, masa makan, saya nampak lagi kelibat gadis tersebut, tapi bersama sepasang suami isteri. Saya jangka, kami masing-masing penumpang yg mengalami nasib yg sama, dan mereka juga Malaysian. Hmm.
Anda pasti tahu macam mana rasanya bila jumpa orang Malaysia bila sudah ada dalam keadaan macam ni bukan?
Nah, saya tak tegurlah dia. Dan pagi itu, saya turun membawa
luggage saya semua, utk
checkout, kebetulan dia pun turun sama, tapi di bilik sebelah yg lain. Setelah menyerahkan kunci, kami duduk di dua kerusi yg berlainan, berjauhan. Saya rasa macam nak tegur dia pulak.
Bila van ke
airport sampai, gadis tadi bersama pasangan suami isteri (cina juga) tersebut turut masuk dalam van tersebut. Lagilah saya nak tahu, siapa mereka ini, dan sebagainya. Sebelum van berjalan, saya yg dihadapan, menegur pasangan tersebut yg ditengah, sambil tersenyum seolah-olah baru
realise something.
"
Are we going to the same place?"
"
Oh ya, airport right?"
"
No, I mean, are you guys going to London?"
"
Oh ya ya"
"
Oh, I'm heading to the same place too actually. Are u guys Malaysians?"
Benarlah tekaan saya. Cis, patut saya dah tegur mereka awal-awal lagi. Gadis cina (duduk di
seat belakang sekali dalam van tersebut pun Malaysian juga rupanya.
Ha satu van berborak. Pemandu kali ini agak ramah, bila dia tahu kami berempat dari Malaysia, terus dia kata "I love Malaysia" atau
something like that. Saya tak ingat sangat. Dan dia pun berceritalah tentang Sri Lanka, berapa juta penduduknya, komposisi mengikut agama, Buddha, Kristian, dan Muslim. Ada lagi kot, dah lupa. Muslim hanya lebih kurang 7% sahaja katanya rasanya. Hmm. Sembang punya sembang, pasangan tadi rupanya hendak melawat anak mereka yg bekerja di London, sekaligus membuat trip perjalanan ke negara-negara lain juga. Wah, banyak duit kau, saya kata dalam hati.
Sembanglah asal mana semua. Belajar kursus apa, tahun berapa dan sebagainya.
Suprisingly, bila saya cakap dulu saya belajar di KYUEM, gadis cina tersebut rupanya juga dari KYUEM! Sedang belajar masuk tahun ketiga di University of Southampton. Saya tepuk dahi. Perkaitan yg banyak rupanya tanpa disangka.
On The Way 9
Sampai di
airport, terus ada petugas bertanyakan samada saya mahukan troli. Mestilah saya nak. Beg sudahlah seberat 27.1 kg. Sudahlah tu, petugas tersebut tolong tolakkan troli, tolong angkatkan, dan tolong bawak saya ke kaunter utk
check in. Baguslah, senang kerja saya. Sampai di kaunter
check in, petugas tersebut berkata pada saya yg sedang beratur
"
Sir, u have err...some.. pounds, money?"
(=_=")
Saya beri syling £2 pada dia. Itu sahaja yg saya ada ketika itu. Ya lah, duit dalam bank kot. Ada kegunaan lain jugak debit card ni rupanya ya. Mengelakkan saya menipu.
"
No notes?"
Ok, saya dapat buat kesimpulan, nilai duit kertas lebih tinggi dari duit syiling, bukanlah hanya kenyataan pekedai semalam tersebut sahaja. Petugas tersebut belalu dgn hampa yg cuba di
cover.
Sampai di kaunter, sekali lagi, pegawai di situ bermuka garang dan tak nampak ramah pelanggan macam di UK
dan Malaysia. Dia minta tiket saya, saya katalah saya cuma ada vaucer hotel, dan tiket KL-Colombo semalam. Dia minta saya tunggu, dan buatkan tiket baru.
Cool. Jangan saya ada kena tanggung kos lain pula sudah.
Sebelum menuju ke
gate selepas
check in, ada pengawal yg perlu dilepasi. 2 orang lelaki tempatan. Mereka meminta tiket dan
passport. Sambil seorang memeriksa dokumen saya, seorang lagi memandang saya sambil meraut-raut dagunya dan berkata
"
Nice"
Saya terpinga-pinga kejap.
Dia menunjukkan jarinya pada muka saya dan kembali meraut-raut dagunya, sedikit mengangguk, dan berkata
"
You"
Saya tersenyum lebar dan berkata
"
Thanks"
janggut saya bukan macam ni ye. hiasan semata-mata.
Bersambung di Siri 3.
.