27 November 2010

Russia? III

Bertemu lagi kita di siri ketiga Russia. Tertanya-tanyakah kenapa tajuknya Russia? Bukannya saya transit kapal terbang di Rusia pun. Ok, saya eja ia sebagai Rusia, satu 's'.


Makin lama saya tak menyambung cerita Rusia, makin sikit yang dapat saya butirkan dalam blog entri. Lama-lama makin dilupakan. Oh tidak.


Saya baru pernah merasa lapangan terbang KLIA, London Heathrow (UK), dan Memmingen (Germany). Sekarang, Colombo (Sri Lanka). Baru pertama kali nampak petugas berkenaan menyemak ketulenan paspot dengan menengoknya di bawah suluhan lampu. LOL.


Oh, by the way, hari saya berlepas dari lapangan terbang Colombo ini Jumaat. Saya hanya teringatkan suasana solat Jumaat di Prayer Hall di universiti. Sesak, khutbah yg menarik, berbagai-bagai bangsa. Tapi ketika itu, saya berada dalam kapal terbang, menunggu utk berlepas. Ketika merebahkan diri di tempat duduk, baru terasa badan yg sudah lesu, seharian berjalan, di perantauan. Allahu Allah..


Saya duduk di tepi tingkap. Tak lama kemudian, kerusi di sebelah pun diisi oleh seorang penumpang lain. Dari pramugari-pramugara sibuk ke sana kemari, saaaampailah kapal terbang sudah mula bergerak, sebelum memecut, penumpang sebelah saya sorang ni asyik berbual tanpa henti dengan telefon bimbitnya. Mahunya tak terfikir apa-apa dalam kepala. Orang nak berlepas ni, sedap-sedap lagi dia telefon. Sampailah saya tegur dia sendiri, barulah dia nak off. Sempat lagi 'I love u'. Kekasih gamaknya. Padanlah pun.


Meskipun penat, letih dan lesu, badan yg sudah kurang tenaga, tapi saya gagal utk tidur dalam kapal terbang. Bukak laptop, buat sikit itu ini, tengok movie pun takde mood. Semasa lalu di atas benua-benua, seperti di bahagian Timur Tengah, memasuki Eropah, macam-macam yg dapat diperhatikan. Timur Tengah sedikit coklat, menandakan padang pasir yg meluas, dan ada sebahagian di Eropah, kehijauan, menandakan hutan. Sedang menikmati keindahan ciptaan tuhan, penumpang sebelah menegur suruh tutup tingkap, mahu tidur agaknya. Cis. Kacau betul. Fine.






Sempat menjamakkan Magrib dan Isyak dalam kapal terbang. Jangkanya sampai jam 10 pm di London Heathrow, 8.20 pm sudah mendarat. Pemeriksaan imigresen pulak panjang beraturnya. 9 lebih jugak baru boleh keluar.


Di lapangan terbang, sekali lagi saya diuji. Sebelum turun kapal terbang lagi dah saya masukkan sim kad Tmobile UK. Liputan (coverage) ada, 3G lagi tu. Tapi tak boleh membuat panggilan. Saya sudah resah. Katanya, akaun digantung (suspended) kerana ada bil tertunggak. Apahal pulaknya ni. Dulu sebelum balik lagi saya dah tukar ke plan prabayar. Buntu sekejap. Cari telefon awam. Duit syiling tinggal berapa je, sebab dah guna sikit untuk tukar ke Rupee haritu. In fact, memang sikit je pun.


Telefon 1, memerlukan sekurang-kurangnya 60p utk membuat panggilan. Saya ada kurang. Selamba minta pada orang. Terkial-kial pak cik tu mengeluarkan duit syilingnya. Hehe. Panggilan yg dibuat beberapa saat je. |Cis. Saya katakan pada kawan, saya sudah sampai, di terminal 4. Tapi disuruhnya saya pergi ke tempat lain. Belum sempat saya berbincang lanjut, kredit pun habis. Meraung dalam hati.


Duit syiling sudah habis. Saya tak puas hati, cuba juga guna telefon bimbit. Kata operator, kalau mahu bayar bil pada ketika itu juga guna kad debit, ia akan mengambil masa sejam utk telefon berfungsi seperti biasa semula. Sedang duduk-duduk, datang seorang pakcik mat saleh di sebelah saya. Menunjukkan keratan akhbar tentang jualan barangan murah. Motorsikal ke televisyen entah. Bla bla bla, saya layan je lawak dia. Habis tajuk jualan murah, kami diam. Dia terus membaca akhbar. Saya masih termangu-mangu keseorangan. Sekali lagi selamba saya minta pinjam telefon bimbitnya. Katanya, takde kredit pulak. Heee pak cik ni. tak buat contract ke. Lalu dia tunjukkan telefon awam satu lagi pada saya. Saya katakan yg saya takde duit syiling. Rupanya telefon yg kali ini menerima syiling Euro. Alhamdulillah. Nyawa saya bersambung sekejap.


Guna 2 Euro, sempat telefon berapa minit je. Geram. Lepas kredit panggilan habis, saya putus harapan sekejap. Baru 2,3 langkah, tiba-tiba telefon awam tersebut berbunyi pulak. Kawan saya tadi telefon pula. Hihi. Macam tak sangka telefon awam boleh menerima panggilan. Kali ni maklumatnya jelas sikit. Kawan saya mahu saya gerak ke Paddington menggunakan tren. Subhanallah mahalnya. Lalu saya pilih utk gunakan Underground Tube.


Bermulalah perjalanan dengan Tube malam tersebut. Bertukar stesen sekali je, tapi peritnya Tuhan saja yg tahu, dengan saya keseorangan. Dari mahu turun naik tangga (nama pun Underground, bawah tanah), mengangkat beg masuk ke tren, dan nak tarik beg, semuanya seorang diri. Dah nasib. Stesen yg saya berhenti padanya, tiada kemudahan eskalator. Perah juga baki tenaga yg ada nak angkut luggage seberat 27+ kilo lebih. Mungkin agak sejuk, jadi kurang sikit rasa penat tadi. Memang perah tenaga seperah-perahnya. Saya pujuk hati kejap je jalan ni. Dalam Tube, perjalanan pun dah sejam.


Dalam keadaan ketiadaan telefon bimbit, mahu kawan jemput di stesen Tube. Itulah situasinya. Sampai di stesen, nak kena naik tangga balik ke permukaan. Kalau saya macam ahli bina badan, tak mengapalah jugak. Jam menunjukkan 11.30 pm. Saya seorang diri, dengan barang-barang semua dengan saya. Allahuakbar. Saya hanya berserah pada Tuhan menentukan keselamatan saya tengah malam tu. Di tengah-tengah kota London, dengan mat saleh sana sini ala-ala mat rempit di Malaysia je, mau tak kecut perut jugak. Saya tunggu kawan saya di situ, tempat yg dijanjikan.


lost in the crowd


Tergerak juga dalam fikiran, utk selamba lagi sekali, pinjam je telefon siapa-siapa di situ. Malang sekali, punyalah saya 'Excuse me' kat orang yg lalu lalang tu, sorang pun tak layan. Akhirnya, Tuhan hantar seorang penyapu sampah (malam-malam pun sapu sampah ke UK ni, sudahlah sejuk), utk saya pinjam telefon bimbit motorolanya. Mulanya, katanya bateri sudah habis. Alhamdulillah, masih berbaki. Sempat saya telefon 2 minit lebih. Tuhan saja yg tahu leganya saya ketika itu dapat bercakap dengan kawan saya tu.


Sekali lagi saya diuji, hampir 45 minit selepas saya buat panggilan, kawan saya masih tak muncul-muncul jugak. Macam manalah mereke boleh tak nampak saya di seberang jalan, dan tak terfikir utk seberang jalan, dan jenguk sekitarnya, sedangka saya dah maklumkan kedudukan sebenar saya masa telefon tadi...


Jam dah menunjukkan 12.30 am. Baru dapat jumpa kawan-kawan yg dah lama terpisah. Sekali lagi lega. Ya lah, saya bukan biasa berjalan di London ni, macam diorang. Jalan kaki dan seret beg, akhirnya sampai jugak di rumah kawan tersebut, utk saya tumpang bermalam sebelum bertolak keesokan harinya ke Coventry. (Biliknya di tingkat paling atas nu haaa...)

No comments: