masuk minggu ketiga saya berada di tanah airku Malaysia. tak. dah nak habis minggu ketiga dah. sekarang musim panas di UK, ramailah kawan2 yg berkunjung pulang ke kampung halaman masing2.
sudah 9 bulan di tanah orang, pulang saja ke kampung halaman, apalagi, mulalah membanding2kan antara keduanya, apalagi rakyat dikejutkan dgn kenaikan harga gula, petrol dan gas mulai 16 Julai 2010
SUHU.
ya, mungkin tak relevan utk dibuat perbandingan. kalau dibuat pun, tiada siapa yg betul atau salah dalam perkara ini. akan tetapinya, siapa sukakan panas? berpanas2an setiap hari? hehe.
nasib baik pulang ke Malaysia ketika musim panas, kalau tak maunya tak meraung bila sampai.
keluar saja dari kapal terbang, malam ketika itu, hampir pukul 9 malam, saya mula terfikir dalam hati;
oh, nasib baik malam. takdela panas sangat.
macam dulu masa sampai di UK, keluar kapal terbang, kawan saya kata, lebih kurang 6 pagi ketika itu.
13 darjah mcm ni je ke, takdela sejuk sangat.
seorang diri, dan memang saya keseorangan dari mula perjalanan lagi kecuali kawan yg menghantar ke stesen bas, saya pergilah selesaikan urusan2 yg patut, apa je pun, claim bagasi jelah. cuma sedikit blurred kerana pertama kali. sudahlah kakitangan2 di lapangan terbang tak mesra pelanggan. bengang.
13 darjah mcm ni je ke, takdela sejuk sangat.
seorang diri, dan memang saya keseorangan dari mula perjalanan lagi kecuali kawan yg menghantar ke stesen bas, saya pergilah selesaikan urusan2 yg patut, apa je pun, claim bagasi jelah. cuma sedikit blurred kerana pertama kali. sudahlah kakitangan2 di lapangan terbang tak mesra pelanggan. bengang.
sambil tunggu bagasi, cuba on simcard Celcom, yg patutnya masih hidup nombornya. bila masukkan ke dalam handphone canggih, tiada line. bila masukkan ke handphone lama, ada pulak.
oh, handphone canggih menggunakan line 3G, yg lama pula menggunakan 2G sahaja. tukar, baru hidup.
bagasi sudah diclaim, terus ke ruangan menunggu, dan terus ternampak adik dan mak saya sedang menunggu.
ha, dah tak kenal orang dah ke?
kata saya pada adik saya.
keluar sahaja dari pintu berpusing utk ke tempat loading, saya menjerit,
PANASNYA!
PENGANGKUTAN AWAM
oh saya suka travel.
dari rumah (kawan), saya tumpang kereta senior, yg tolong hantarkan sehingga ke bas stesen. dari situ ambil National Express, menuju ke London. jangkanya pukul 6 pm boleh gerak ke airport. sampai awal, saya lepak2 dulu. perut pun kosong. beli makanan sikit, then baru gerak ke stesen Underground yg terdekat. taklah jauh sangat, mungkin saya yg bawak beg besar, dan berat, jadi, terasa jauh. penat.
dari rumah (kawan), saya tumpang kereta senior, yg tolong hantarkan sehingga ke bas stesen. dari situ ambil National Express, menuju ke London. jangkanya pukul 6 pm boleh gerak ke airport. sampai awal, saya lepak2 dulu. perut pun kosong. beli makanan sikit, then baru gerak ke stesen Underground yg terdekat. taklah jauh sangat, mungkin saya yg bawak beg besar, dan berat, jadi, terasa jauh. penat.
mahu turun tangga dgn bagasi, saya tak fikir 3 kali. tapi 2 kali je. selamba. berpandukan signboard, sampai juga saya ke stesen Tube yg dikehendaki. semasa menunggu, baru perasan, tayar bagasi yg ditarik sana sini sudah `gelong`. tahu apa itu `gelong`? heh gila penat turun tangga.
hanya tukar sekali saja tren, yg hanya berdepan2, tak perlu naik turun tangga lagi, dan tunggu saja dalam Tube. sebelum jam 7 saya dah sampai di lapangan terbang Heathrow, London. sangat mudah. arahan supaya penumpang ke terminal tertentu utk turun di stesen tertentu juga jelas. tiada keserabutan.
nasib baik sudah check in online. maka tak perlu beratur panjang. hanya berpandukan signboards yg ada di sana sini, saya yg baru kali pertama naik kapal terbang jarak jauh bersendirian, akhirnya sampai juga di Gate yg sepatutnya, sejam 10 minit sebelum departure.
baru2 ini saya mahu ke KL, menghadiri talk oleh Tariq Ramadhan, seorang professor Switzerland dari Oxford University. seronok.
dari rumah ke stesen bas, naik kereta. beli tiket on the spot, bas gerak lambat 10 minit. tiket semua sama harga, kau beli lambat ke cepat. online susah didapati. saya yg keletihan, mungkin baki jetlag masih tak hilang, tidur sepanjang perjalanan, sampailah di Jalan Duta, baru tersedar. perjalanan yg sepatutnya 2 jam setengah, berakhir dgn 3 jam setengah. duh. 5.30 plus minus, sampai jam 9.30 pm.
oh, stesen Puduraya sedang direnovate. ganti dgn stesen Bukit Jalil. ada STAR terdekat di seberang jalan.
sudahlah bukan pengguna setia, dah 9 bulan tak menggunakan khidmat LRT di Malaysia, sesampainya saya di stesen mahu beli tiket, saya tercari2, manalah peta utk saya rujuk utk ke stesen yg saya nak. tiada peta lengkap. hanya semacam iklan yg mempromosikan LRT pass yg ada tunjuk stesen2 tertentu. wah, sudah ada LRT pass sekarang. best.
sudah beli tiket, nak naik tangga di sebelah kanan atau kiri ni? oh, ada direktori panduan. masyaAllah, kena dongak tu bukanlah masalah besar, tapi tulisannya kecik yg amat. duh. naik ke atas, tunggu tren, baru ada peta perjalanan STAR. dah beli tiket, tunggu tren semua, baru ada peta.
adalah terfikir, ada kawan yg baru pulang hari selepas talk tersebut, ke Malaysia. saya bercadang mahu ke KLIA, menyambutnya. tapi bila mahu buat keputusan, pengangkutan awam sekali menjadi penghalang. soal nak naik apa, bagaimana, di mana, berapa tambangnya, dsb semuanya membantutkan niat tesebut. sudahnya, terpaksalah niat tersebut dibatalkan.
duduk menumpang di rumah kawan di Ampang, dan berjalan2 di sekitarnya, macam2 diceritakan pasal pengangkutan awam, selaku org di tempat tersebut yg lebih arif. semua pun pakat beli kereta sendiri, sbb pengangkutan awam yg tak efisien. jalan jam teruk, kena keluar awal rumah, sampai rumah lewat, dsb.
mahu pulang, kawan saya hanya hantar di stesen LRT terdekat. naik sendiri sampai ke stesen Bukit Jalil semula. macam biasa, ada je org peramah memegang walkie-talkie menegur, bertanyakan mahu pulang ke mana. saya susah sikit nak mengelak org macam ni. ikut jelah, tiket RM17.40 di kaunter StarMart Express. bila dapat tiket, Sepakat Liner, tambangnya tertulis RM16.00 (-_-")
bas gerak lewat 20 minit. ya Allah. sudahlah tu, berhenti pula isi minyak! ok yg kedua tu boleh tak mengapalah. terfikir juga macam mana bas di UK boleh murah, bahkan pernah kawan saya dapat percuma.
tanya kawan, katanya diorang compensate dgn harga yg mahal. tanya ayah saya, macam biasa. duit kerajaan yg hilang entah ke mana, perbelanjaan bukan pada yg sepatutnya. kata ayah saya lagi, kat luar negara, Australia, UK, dll, nak luluskan projek dia fikir rakyat dulu. di Malaysia ni nak luluskan projek dia fikir dia, kroni2 dia dulu!
tanya kawan, katanya diorang compensate dgn harga yg mahal. tanya ayah saya, macam biasa. duit kerajaan yg hilang entah ke mana, perbelanjaan bukan pada yg sepatutnya. kata ayah saya lagi, kat luar negara, Australia, UK, dll, nak luluskan projek dia fikir rakyat dulu. di Malaysia ni nak luluskan projek dia fikir dia, kroni2 dia dulu!
balik ke perjalanan saya tadi, macam biasa, tidur dalam perjalanan. sampai di destinasi, bas hanya berhenti tengah jalan. saya baru terjaga. yg lain sudah turun. saya katakan pada driver, saya mahu turun, dan ambil beg di bawah. jawabnya
lain kali cakap awal2.
salah ke aku tidur?
.
1 comment:
macam di NZ, segala benda projek segala memang through parliament gila-gila.
lengkap dengan referendum segala.
dan media semua jadi muka depan.
mungkin bolehla cuba bawak mentaliti teliti ini kot di malaysia?
Post a Comment