24 April 2009

sesal.

housetrip.

tiada gambar utk diupload.


housetrip Garnet ke Pangkor.





seronok!



dan... best!




lagi...


emm..



gelap!




walaupun hari itu bukanlah kali pertama saya berkunjung ke sana.


tapi kali kedua.




saya sedikit familiar dgn environmentnya pun.


nak ke tempat penginapan, jalannya berbukit bukau. menakutkan pun ada. tambah pulak lagi, naik bas. bas utk ke pangkor dari jeti mmg ada 2 bijik je. sbb biasanya penumpang akan menggunakan van. tapi kami ini ramai.


nak tahu mengapa?


bas nya ala2 bas tambang yg panjang tu. tapi panjangnya ialah setengah darinya.


berusia.


sudahlah jalannya berbukit bukau. bersimpang siur pulak lagi. bayangkan. ada selekoh tajam masa nak naik bukit. hish. menyeramkan.




dipendekkan cerita.


berbaloi juga rasanya bayar sampai rm80.



1. bilik lengkap dgn penghawa dingin.


masuk ke bilik buat pertama kali. ah. ada suis aircond.

petik.


selang beberapa lama.


eh, tak sejuk pun bilik ni?

hmm. apa kata kita turun makan dulu, biarkan die terpasang dulu sementara tu.


balik dr makan. di bilik pun sudah sejuk.


baik.

kesimpulannya, air cond di sini boleh dipercayai walaupun jangkaan pertama saya ialah air cond ini sudah berusia, nanti byk masalah seperti tak sejuk dan mengeluarkan titisan air yg annoying.



2. bilik air dgn air panas.


wah. mau tak seronok. sepanjang 2 malam, 1 darinya saya gunakan utk mandi malam. mahu test air panas yg ada. bukan bermakna pada petang harinya saya tak mandi ok. mandi. bahkan dari pagi sampai ke petang. mandi laut. balik mandi laut, mandi. malam, lepas aktiviti di pantai, badan penuh pasir, mandi lagi. baru tidur.



3. makanan sudah sedia ada. tak perlu bayar2 lagi. hahaha.


walaupun agak kecewa jugak kerana BBQ takde. katanya,


malam ni buat ape wei?

BBQ.

wah. saya dah terbayang suasana di tepi pantai yg berangin dan berombak sambil mengipas BBQ dan menghirup udara ayam, ikan atau apa saja yg dibakar.


malam ni makan 8.30 ye. announcement dihebahkan.


hmm. saya sudah terfikir sesuatu. BBQ ke makan?

barangkali, 8.30 semua bertolak mengangkut keperluan BBQ ke tepi pantai.


8.30pm.

turun dari bilik. memandangkan kami bilik di tingkat atas.


makanan sudah diserve. buffet. ayam bakar, ikan bakar dan sosej dah tersedia.



ah. biarlah.


asalkan makan sudah.



4. bilik dilengkapi hiburan tanpa henti. hanya berhenti jika anda menekan suisnya. TV.


dan ASTRO.

walaupun saya bukan minat sangat nak tengok tv.


duduk 3 org sebilik. baru saya tahu rakan salah seorang dari rakan sebilik saya suka menonton TV. sampai dipanggil beberapa kali baru menyahut.

adalah ketika itu liputan AF. raja lawak, dan apa entah lagi rancangan realiti tv.



6. aktiviti yg menarik.

biarlah saya letak ini point yg terakhir. kenangan2 lain tu tertinggal di sana. nak buat macam mana.


saya tak pernah snorkeling sebelum ni. ini kali pertama.

banana boat. bayar rm12. boleh tahan jugak.

kayak. tak payah bayar. ada org belanja. hehe.



saya sedang bermain2 di tepi pantai dengan kepanasan yg terik.

tiba2 ramai2 sibuk naik boat.


siapa nak ikut pegi snorkeling. di pulau yg sama, di bahagian sana. perlu naik bot utk ke sana.

mula2 rasa macam tak nak pegi je.


alih2, dah ramai yg pegi. naik jugak lah.


saya terus ambil cermin mata yg ditinggalkan di bawah pokok dgn kamera saya.


tertarik betul dgn ikan2 dlm air cetek yg banyak. roti disediakan. saya ambil beberapa keping. pegang cebisan roti di tangan, rendam dlm air. berebut2 ikan dtg. saya punya tangan pun digigitnya sekali. wah. pengalaman yg menyereonokkan. rugi betul tak bawak kamera tadi. kalaula boleh rakam...


pakaian jaket keselamatan hanya terhad kepada beberapa puluh org saja. justeru selepas org lain puas menyenorkeling, baru saya berpeluang. kali pertama, alat bantuan pernafasan saya bocor. menyelam sikit, air masin masuk bergelen2. ah. benci betul. tukar dgn kawan yg sudah agak lama melakukan aktiviti tersebut.


fuh. menyeronokkan.


puas menyenorkeling, pulanglah ke pantai yg asal, tempat kami mula2 sampai mula2 tadi.


perempuan dibolehkan menaiki bot. yakni cara yg sama mcm mana dtgnya kami tadi.


lelaki.

redah hutan.

ceh.


tak susah. cuma bukit yg perlu dipanjat agak curam. sudahlah berkaki ayam. jaket keselamatan di badan pun tak ditanggalkan lagi.

agak menyeronokkan. haha.

sesampainya di tempat asal kami dtg tadi, di sebelah sini pulau, beberapa perempuan sudah ada.

yalah. mereka naik bot. sudah tentu mereka sampai awal.


hadui. kalau bawak kamera time snorkeling tadi kan best.


saya kembali ke tempat saya ambil cermin mata saya tadi sebelum ke sebelah sana pulau, utk aktiviti snorkeling.




kamera saya sudah tiada di situ.





.

No comments: