batuk-batuk.
ohok..ohok..
saya terbatuk selepas menaip perkataan di baris kedua di atas. entah bila mahu hilang ketidaksihatan ini.
mungkin sebelum ini saya lebih dikenali dgn 'ehem-ehem'. dek kerana saya berdehem sebelum memulakan kata2 semasa induction week dulu. ah. kisah silam. popular juga saya ketika itu. semua mengenali saya. hehe. eh. perasan la pulak.
oh. saya tak mahu pula dikenali dgn 'ohok-ohok' pulak gara2 batuk2 seketika semasa memulakan post dlm blog.
sedang berhari2 saya terfikir bilalah batuk saya mahu baik, saya dapati batuk saya tidaklah semakin serius, tapi berpanjangan, iaitu lambat pula baiknya. saya terfikir, ah. takkan batuk2 biasa mengambil masa sebegini lama utk pulih. abaikan. saya tak mahu ambil ubat klinik, doktor, matron dan sebagainya. drugs. saya alah pada drugs. masa saya form 3, saya pernah pening kepala yg teramat2 hanya kerana mengambil suntikan TB, kalau tak salah saya, yg popular pada ketika itu. kalau saya demam, saya rehat saja sambil berpura2 tak demam. lama2 eloklah tu.
pelbagai gaya batuk.
batuk gaya manja a.k.a mengada2. seolah2 batuk itu mendodoi dia supaya tidur.
ini paling sadis.
bila sampai sekarang, hatta sedang menulis (menaip) post ini pun, saya masih batuk2 beberapa kali. (bila sampai pada perkataan 'batuk', mulalah saya rasa semacam mahu batuk). bahkan sebelum ini, saya pernah kehilangan suara, kerana batuk2 ini. taklah hilang terus, tapi sekadar tak mampu membuat suara kecil (high pitching) ketika menyanyi seorang diri dlm bilik.
bak kata org tua2 mahupun muda mudi, kalau batuk2 tak elok minum air sejuk.
saya degil.
setiap hari di dining hall, saya akan 3/4 kan cawan saya dgn air watercooler dari muncung berkepala paip biru, tanpa memenuhkan 1/4 lagi dgn dari yg berkepala merah pula. wah. bagus juga sebenarnya, tak meminum air berwarna. akan tetapi, bahkan, tanpa mengambil peduli, saya sendukkan ais sehingga penuh secawan kalau tiba2 rasa mcm nak minum air manis pulak. alasan, mengurangkan kemanisan dlm air tersebut. air sarsi biasanya. sgt pekat. fuh.
suatu hari, semasa sedang bersembang2 dgn kawan, saya terbatuk dgn agak 'keras'.
ohok..ohokk...
sehingga saya mahu meronta2 memukul2 lantai kerana batuk yg sgt 'keras' itu. rasa mcm nak terkeluar anak tekak aje dan segala isi perut dan yg sama waktu dgnnya.kawan saya gelak pulak. katanya 'tak yah over lah wei'. hakikatnya, betul. batuk saya kadangkala sgt 'keras'.
suatu hari, mungkin kerana dihantui peristiwa meronta2 memukul2 lantai, saya terasa ingin mencuba sesuatu yg baru. menjauhi minuman sejuk. walaupun dining hall tak pernah tak ada ais, saya masih ada alternatif, mencuba air watercooler dari muncung berkepala merah, yg saya hanya pandang saja sebelum ini tanpa membukanya. lagi teruk, sudahlah air dari watercooler itu teramat sejuk, diisi pula ke dalam gelas berisi ais yg banyak. mcm manalah batuk tu nak baik?mcm yg saya pernah buat ketika suatu dinner.
dinner time.
kali ini, saya tak mahu lagi minum air sejuk. bukan kerana ada pertandingan nasyid atau apa, nak kena jaga suara.
cara yg saya fikirkan pada ketika itu, selepas 3/4 diisi dgn air sejuk, saya penuhkan baki runang dlm gelas dgn air panas pula.
seperti org lain dan kebiasaannya, saya beratur sebentar sementara menunggu giliran mengambil makanan di kaunter.
pada hari itu, susunan pun seperti biasa.
nasi.
lauk (ayam dan sayur).
buah.
gelas.
air manis.
ais.
diikuti watercooler.
seharusnya saya meninggalkan air manis dan ais. saya mendekati watercooler tersebut.
ada seorang lelaki India sedang mengisi botolnya yg besar, mungkin 1 liter saya kira, di paip berkepala biru. saya lihat dlm botolnya, baru separuh diisi.
ok. saya terpaksa tunggu.
.....
....
lambatnya air dlm botol dia tu nak penuh.
rasa2nya lelaki itu pun bagaikan tak sabar2 mahu meninggalkan watercooler tersebut, kerana kasihan pada saya yg hanya mahu mengisi segelas air, berbanding dia, sebotol.
hmm. lambatnya. saya dah lapar. mahu makan cepat.
ahha.
saya terfikirkan alternatif lain. still, bukan air sejuk.
saya teringat yg air panas dari watercooler tu teramatlah panasnya, 100 darjah C kot.
baiklah. dari saya menunggu lelaki tersebut memenuhkan botol airnya, baik saya gunakan cara ini. perut dah lapar.
1/2 atau 3/4 kan gelas saya dgn ketulan ais, dan kemudiannya baru diletakkan air panas. sama bukan hasilnya? suam.
gelas itu mmg besar. tangkalnya memerlukan genggaman kemas kelima2 jari, bahkan seolah2 mahu menggenggamnya dgn 6 jari (kalau ada). nak menggambarkan besarnya gelas itu dan betapa banyaknya kuantiti air yg boleh diisi ke dalamnya.
saya berpatah balik ke bahagian menyimpan ais. saya sendukkan agak banyak juga ais. hampir memenuhi gelas besar tersebut. saya teringat, air di watercooler dari muncung berkepala merah teramatlah panasnya.
selepas menyendukkan ais ke dalam gelas, saya patah balik ke watercooler tadi utk mengisi air panas.
saya terhenti.
lelaki India tadi sedang mengisi botolnya dgn air panas pula.
2 comments:
oi.. bape banyak blog ko nak da?...
heyy..sekati aku daa... :p
Post a Comment