mana aci.
ape la warga2 KYUEM ni. rajin sgt nak update blog. entahla. saya pun nak jugak rasanya.
tapi kejarangan mengupdate ini adalah disebabkan fikiran saya,
ala, kalau update, dlm masa yg sama, suma org study, siapa yg nak baca?
ah. saya terlupa warga KYUEM ni bukan semuanya kiasu tahap dewa sampai tak tidur 2 malam berturut2.
sudah. saya dah beberapa hari tak bukak laptop dek connection internet yg bermasalah dan keputusan trial yg tak memberansangkan.
harap2nya sudah kelihatan sinar Accounting, Maths, dan Econs bg saya utk menghadapi A Level sebenar 5 minggu lagi.
ah. lepas ni mahu menjarakkan lagi post2 dlm blog. mahu tumpu pada study pula.
sudahlah. byk pulak bersongeh.
bahagian 1.
tanggal 17 Julai 2007. saya mendaftar masuk ke sebuah kolej yg kalau bukan kerana saya diterima oleh pihak Petronas utk membuat A Level di sini, sudah pasti nama kolej itu tak pernah saya dgr. entahlah. mungkin saya yg kurang mengambil berat tentang keadaan sekeliling. agaknya.
hari pendaftaran kami disusuli dgn taklimat dari pihak Petronas, sebelum pendaftaran dilakukan. ada beberapa org Encik yg tak pernah saya kenal di situ ketika itu. pada ketika itu baru saya tahu yg saya seorang saja dlm 12 org pelajar tajaan Petronas, yg belajar di sini, membuat course Accounting. saya senyum saja ketika itu.
tak lama kemudian, saya mula mengenali beberapa pelajar 'sePetronas' dgn saya yg lain. hairannya bila kadang2 berbual dgn mereka, bila mereka sebutkan nama2 pihak penaja yg terkenal, seperti Pn Fawziah, En Rasyidi, dsb, tiada seorang pun antara nama2 itu yg saya kenal. katanya lagi, kolej X pelajar Petronasnya kena ambil Further Maths, di KYUEM tak payah (ketika itu), saya bertambah aneh. kerana saya tak tahu menahu pun pasal itu. saya angguk dan senyum, sambil buat2 paham dan memberikan respon yg sepatutnya.
dlm pada itu juga saya baru tahu yg dlm 12 org kami semua, hanya saya seorang yg InsyaAllah akan fly ke United Kingdom dan mereka yg lain semua akan ke US. hah. maknanya, semuanya berkaitan urusan Petronas-UK-KYUEM perlu saya settlekan sendiri. berkawanlah saya dgn budak tajaan badan2 lain, seperti PNB, yg ada beberapa antara mereka yg membuat course Accounting dan bakal ke UK seperti saya. apa2 hal berkaitan UK-KYUEM, saya rujuk pada mereka.
beberapa lama kemudian, setelah dikatakan dianaktirikan oleh pihak penaja kerana tak pernah sekali pun dtg melawat kami (saya kisah apa) di kolej tepi hutan ini, pihak Petronas akhirnya mengadakan lawatan@ziarah ke kolej 'ternama' ini. rakan2 'sePetronas' dgn saya kelihatan seronok ketika itu. saya? entah. biasa saja dtg tak dtg pun. sekali lagi. yg hadir ketika itu ialah beberapa org Encik. aneh. tiada seorang pun antara mereka yg saya tahu namanya. muka pun cam lebih kurang saja.
selepas peristiwa tersebut, boleh katakan kerap jugalah pihak Petronas dtg menziarahi kami di KYUEM. dlm byk2 ziarah itu, saya masih lagi keanehan dan kehairanan seorang diri kerana masih tak dpt cam muka dan nama mereka. bila saya borak dgn rakan sesponsor, mereka menyebut nama itu, nama ini, soalan2 seperti Eh, Puan ***@Encik *** tu yg mana satu ek? masih lagi terkeluar dari mulut saya tanpa rasa segan silu. walhal, rakan2 lain, chaletmate2 sudah boleh menggantikan nama sponsor mereka dgn nama Encik sponsor mereka.
contoh saya beri. katakan dlm sponsor ***, ada seorang nama Enciknya Encik Kamarudin.
maka contoh perbualan mereka ialah
Mampus aku, marah Encik Kamarudin tengok result aku nanti.
instead of
Mampus aku, marah *** tengok result aku nanti.
hari itu saya ada program dgn sponsor saya. sebahagian pelajar tajaan Petronas di Malaysia, seperti di University of Nottingham (branch campus), Malaysia dsb. fasi2 kami memang staff2 Petronas yg tak pernah kami jumpa dan nampak. dlm program itu ada sesi dgn pihak ESU (Education Sposorship Unit - saya perlu search di google utk mencari panjangan ESU tersebut), adalah seorang Encik A hadir. maka ramailah antara kami (saya tak termasuk) yg memberi komplen tentang elaun yg tak mencukupi. sekali lagi, kali ini saya buka kurungannya, bahkan dicapital letterkan, TAK TERMASUK SAYA. Encik A baru ditukarkan ke bahagian ESU. maka dgn itu, saya dan rakan2 lain sudah tentulah tak mengenalinya. justeru dia memperkenalkan dirinya.
beberapa bula kemudian, Encik A dtg melawat kami di kolej dgn Encik Z. aneh sungguh. tiada seorang pun antara mereka yg saya ingat namanya. muka pun cam lebih kurang saja. tambah aneh bila kawan2 'sePetronas' yg lain tahu belaka kedua2 Encik A dan Encik Z itu. haih. pening. kenapela susah sgt saya nak mengingat Encik2 ini. adakah kerana saya yg mcm tak ambik tau sgt pasal mereka?
terbaru, Encik wakil dari Petronas sekali lagi dtg, utk memberi security form, pada kami yg InsyaAllah akan fly. kali ini saya bertekad. saya akan ingat nama dan mukanya. aneh juga lagi, saya hanya cam mukanya saja seperti mcm pernah nampak, tapi di mana ya? namanya jgn ditanya. kawan2 lain dok panggil2 Encik X, saya pun ikutlah, Encik X. gamaknya kalau mereka pakat ramai2 tipu saya, sudah pasti saya malu yg teramat sgt seorang diri kerana memanggil nama yg salah pada Encik Petronas itu.
biarpu begitu, saya akan ingat nama dan mukanya. kalau dia dtg lagi lepas ni, saya boleh panggil dia tanpa segan silu dan confidentnya.
hmm. saya tahu. salah saya la tu, Encik2 dan Puan2 sponsor sendiri pun tak kenal. memalukan betul. mungkin saya yg terlalu tak mengambil berat.
bahagian 2.
di cafe.
saya sedang makan nasik lemak.
dtg 2 org kawan 'sePetronas' dgn saya lalu duduk utk makan bersama setelah mengambil nasi lemak masing2.
apalagi. topik perbualan pun dibuka.
selain bangsawan, topik Further Maths punya cut off pun dibincangkan. menurut mereka, Petronas baru saja menghubungi pihak kolej dan memaklumkan bahawa cut off BBB adalah tak termasuk Further Maths. maknanya, dorang nak dpt Ungraded utk subjek killer tersebut pun tak mengapa. saya kata,
oh. baguslah camtu. tapi, mana korang tau?
diorang hanta emel la, ko tak dapat ke? dorang lain dapat je..
saya terdiam. diam tanda hairan dan aneh mendengarkan perkara tersebut. sudah masuk semester 4 di kolej ini, belum pernah sekali pun pihak mereka menghantar emel kepada saya memaklumkan apa2 perkembangan yg perlu kami tahu.
tak ade pulak dpt ape2 emel pun? hari2 je aku cek emel..
sudahnya. mereka pun terangkan la 1 per 1 isi kandungan emel tersebut.
saya terima. mungkin saya ialah antara dlm 12 org 'budak Petronas' yg tak perlu mengambil subjek Further Maths. tiada apa yg saya perlu kisahkan mengenai perkara tersebut.
dah beberapa kali macam tu. ada lagi kisah lain yg tak sempat@tak ingat utk saya ceritakan di sini. tahulah saya seorang saja yg memohon utk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dlm 12 org tersebut, apalah salahnya emel sebegitu saya terima juga.
semasa saya ingin mendrop Physics A2, saya ada hantarkan emel pada mereka, memaklumkan perkara tersebut sambil meminta kebenaran. dlm emel tersebut juga saya ada maklumkan tentang keinginan saya utk mengkhususkan kursus saya, dari Accounting menjadi Accounting and Finance. dgn harapan mereka dpt mendetect emel baru saya. tak cukup dgn itu, saya telefon mereka lagi, dgn harapan mereka dpt contact detail terbaru saya (padahal bukan tukar no telefon pun).
dlm 1 sesi ziarah Petronas ke KYUEM, kami diedarkan 1 list nama. sambil bercakap2 mengenai macam2, list nama tersebut diedarkan utk setiap dari kami menyemak ketepatan maklumat2 kami dlm list tersebut, seperti no telefon, alamat rumah, no Petronas. serta alamat emel.
ah. saya perhatikan pada nama saya, alamat emel saya yg tertulis di situ ialah alamat emel yg lama. seperti yg disuruh, kalau ada apa2 perubahan, potongkan, tulis yg betul, dan turunkan tandatangan disebelahnya. saya buat exactly seperti yg disuruh. tandatangan juga saya turunkan yg ori, yg dah lama saya pakai utk borang UPU, matrikulasi, SPM, KYUEM, Petronas Educamp, dan bermacam2 lagi borang scholarship dulu. sangkaan baik dan harapan saya, barangkali mereka menghantar emel tersebut pada alamat emel yg lama itu, sebab tu saya tak dapat, dan harapnya lepas ni apa2 maklumat dapat saya terima terus dari mereka.
menurutnya, Petronas ada emelkan pada semua pelajarnya tentang questionnaire ape entah. dan kawan2 lain mengaku dah pun menerima emel tersebut. sekali lagi saya kehairanan dan keanehan. tiada langsung emel tentang questionnaire ape entah yg saya terima. saya cuba bersangka baik, oh, patutlah saya tak dapat. emel address aku dah bertukar.
bukan saja itu, saya siap beritahu lagi Encik Zafril (akhirnya saya dapat ingat nama dan wajahnya) secara life, mata bertentang mata, face to face, dlm bahasa ibunda campuran sedikit bahasa penjajah, saya pula dlm keadaan conscious (saya pasti Encik itu pun sama), yg saya dah buat perubahan pada alamat emel saya. maka dgn itu, hantarlah questionnaire ape entah itu semula ke alamat emel saya yg baru itu.
saya keluar bilik perjumpaan tersebut dgn lega. sambil mengharapkan saya akan dpt emel itu.
hari berganti hari.
minggu berganti minggu.
jgnkan emel tentang questionnaire ape entah, emel dr pihak mereka tak langsung saya terima regarding apa jua pun.
byk je berita2 lain yg kawan2 tahu, get updated, saya tak pun. maklumat apah pun takde.
dlm kepelikan, keanehan, keganjilan, kehairanan (sedikit kesedihan), saya sedikit takut. yelah, asyik terlepas makumat saja mengenai apa jua pun. saya tahu pun dari kawan2 aje. manalah tau, satu hari nanti, mereka ada hantarkan sesuatu yg penting, tapi saya kehairanan2 seorang diri kerana maklumat tersebut tak sampai pada saya....
terbaru, Encik wakil dari Petronas sekali lagi dtg, utk memberi security form, pada kami yg InsyaAllah akan fly. kedatangannya sudah dijangka, lambat beberapa minit (28 minit). tiba2 masuk seorang kawan ke bilik perjumpaan.
eh, kau dah cek emel kau? pasal university placement yg diorang approve. kau, Oklahoma dgn bla bla bla...
Oh, haah. aku pun ade dapat. kata kawan yg lain pula.
masing2 was like Oh yeke? kerana emel tersebut masih baru, so tak ramai yg dah cek emel pada ketika itu.
saya diam. kerana dah 2 hari saya tak bukak emel saya kerana connection yg bukan kejap ada kejap takde mcm chipsmore, kejap ada, lama tak ada mcm roti gardenia butterscotch di cafe yg menjadi rebutan pelajar KYUEM. bygkan, gardenia dtg utk meletakkan beberapa bungkus saja roti itu, dlm 3@4 bungkus, utk beratus2 pelajar. kebarangkalian utk roti itu tak pernah disedari kewujudannya di cafe KYUEM oleh ramai pelajar sgtlah tinggi.
errr...pocek, aku punya?
kau, warwick dgn l...l.. leicester ape entah.
eh, aku tak apply leicester pun? Lancaster ade la.
ala something L, L la. aku tak ingat la ape die. Lancaster la kot.
tapi Lancaster mintak AAB dowh, cmane? baik aku letak Exeter, ABB.
ntah. ko tanyalah Encik Z yg nak dtg tu nanti, cmane.
setelah ditanya, katanya, reply to the emel, pada Encik M, justify kan mcm mana.
baiklah.
mlm malam harinya, saya ke IT Lab, hanya utk cek emel.
keyboardnya yg tak best membuatkan saya terpaksa menaip password 2 kali.
ENTER.
tunggu.
tunggu.
anda ada 3 mesej yg belum dibaca.
hati saya sudah mula berbunga.
pantas saya klik pada 'Peti Masuk'.
emel 1. Movies ape entah.
emel 2. Facebook. Hanad Yusuf wrote on your wall.
emel 3. Assroul Muhammad. pesan Rasulullah sebelum tidur.
kalau anda apa anda rasa?
.

No comments:
Post a Comment