Rasanya saya tak beritahu lagi kenapa saya namakan mereka Russia I, II dan III.
Ini kerana semasa saya 'terdampar' di hotel Brown Beach tersebut, dan akhirnya berjaya juga 'menyambung nyawa' kerana dapat sambungan ke internet, saya ada beritahu kawan saya, yang saya akan lewat sehari dari hari yang dijangkakan saya akan sampai. Tanya kawan saya tu, "Kau kat mana?" dan saya jawab, "Rahsia, nanti sampai kau tahu lah". Kawan saya tu pun ceritakan pada orang lain. Kawan yang lain tu pulak, barangkali terlalu 'English', 'rahsia' didengarnya jadi 'Russia' (sebutan English : Rashha). Jadi dia terkeliru la agaknya rahsia dengan Russia.
Tak lawak. Abaikan.
Baru-baru ini saya dapat berita yang sangat mengejutkan. Seorang senior di Kolej Yayasan UEM batch 5 (saya batch 10), yang selama 2 tahun bertarung dengan kanser, akhirnya dijemput menemui Allah yang maha Esa. Innalillah. Walaupun saya tak kenal pun beliau, hanya 2 kali je pernah nampak kalau tak silap sepanjang hidup saya, tapi seakan suatu yang sangat dekat dirasakan. Sudahlah baru-baru ini seorang junior, juga di kolej yang sama, masih menuntut, juga dijemput Tuhan setelah koma 11 hari selepas menyertai marathon sempena Health Awareness Week 2010. Ironi.
Kisah Russia saya sudah berlalu hampir 3 bulan. Jadi saya rasa macam tak mahu teruskannya lagi. Sudah basi.
Beberapa minggu lepas, saya sekali lagi tukar telefon bimbit. Datang ke UK, sudah 3 kali saya beli telefon bimbit. Itu tak masuk satu yang saya belikan utk abang saya di Malaysia.
Nokia N97.
Saya beli kerana tertarik dengan mekanisma slaidnya ke tepi, menyerlahkan papan kekunci penuh QWERTY di bahagian bawahnya. Apalagi SMS unlimited, jadi saya mahu tulis SMS sepanjang-panjang alam pun selamba. Tiada lagi ejaan-ejaan SMS yang bodoh. Apalagi ia mempunyai skrin sentuh. Saya memang pada waktu itu tertarik dengan gajet-gajet yang lagi pelbagai mekanisma. Kalau bentuk klasik, macam bosan je. Hehe. Ada juga orang puji, slaid naik begitu macam cool, menampakkan sudut, dan bukannya slaid selari biasa.
Namun begitu, mekanisma slaidnya kadang-kadang begitu kuat, seakan-akan mahu tercabut pelanting bahagian atasnya itu bila ditolak naik. Skrin sentuhnya juga tak berapa menarik, dan selalu juga lagging. Kawan saya ada memuji telefon bimbit tersebut, slidingnya nampak cool. tapi dia mahu yang lebih baru, belum keluar lagi ketika itu, Nokia N900.
Lebih kurang 6 bulan saya menggunakan Nokia N97, pada awal Mac 2010, sekali lagi saya tukar, kerana rasa tak puas
Pada saya ketika itu sangat menarik telefon bimbit tersebut. Ia juga slaid keluar, di bawahnya papan kekunci penuh, tapi di bahagian atasnya langsung tiada sebarang butang. Seakan tablet yang amazing. Papan kekuncinya gemuk-gemuk berbanding N97, dan disusun rapat-rapat, tiada ruang di antara kekunci. Skrin sesentuhnya juga lebih sensitif dari Nokia N97 lama saya, yg seolah-olah perlu ditekan menggunakan kuku.
Nokia N900
Grafik dan interface Nokia N900 berlainan dari telefon bimbit biasa, membuatkan saya mengambil masa juga utk membiasakan diri. Specificationnya orang kata bagus, bagus gila. menyerupai sebuah komputer, yg pernah diguna di telefon bimbit. Namun begitu, operating system (OS) nya yg baru menyebabkan apps yg ada sangat terhad, walaupun semuanya percuma. Walaubagaimanapun, sesetengah appsnya agak cool, seperti merakam perbualan telefon secara automatik, mematikan pemain muzik secara automatik, dan sebagainya yg saya sendiri tak ingat lagi.
Nokia N900 menggunakan OS yg baru, belum pernah lagi digunakan oleh mana-mana telefon bimbit, Maemo 5 selain predecessornya, Nokia N800. Dengan mengekalkan status tablet, dan bukannya telefon bimbit biasa, N900 pada kebanyakan masa menggunakan landscape view dalam setiap keadaan, kecuali semasa panggilan dibuat atau diterima. Setelah beberapa bulan pengeluarannya, ramai orang mula menggunakan kepakaran masing-masing, bagi membolehkan tablet tersebut diguna dalam keadaan landscape dan portrait view dalam sesetengah penggunaan. Sesetengah appsnya juga direka utk membolehkan ianya diguna dalam kedua-dua view. Justeru, ianya perlu dipegang dengan kedua-dua belah tangan, dan jika anda sedang makan, anda tak dapat menaip SMS, kecuali dgn bersusah payah.
Kebolehan multitaskingnya mengagumkan juga. Hanya dgn satu butang, akan muncul kesemua apps yg dibuka pada ketika itu, membolehkan pengguna seolah-olah melompat dari satu apps ke apps yg lain dgn mudah. Bilangan apps yg dibuka serentak boleh mencecah 32 (dan lebih), dan selalunya mengalami lagging bila terlalu banyak.
N900 memberi kemudahan intergrasi contact dalam akaun-akaun online anda, seperti Skype, Yahoo Messenger, dan Facebook. Paparan dalam pelayaran webnya menyamai seperti yang anda nampak dalam sebuah komputer. Contohnya, jika anda buka Facebook, akan keluar juga sebagaimana anda lihat Facebook dalam komputer, beserta iklan-iklan di sisi, dan semuanya. Kebolehannya memainkan kandungan flash juga membuatkan ianya menarik. Contohnya, sesetengah promosi dalam laman web yg menggunakan flash, N900 tidak akan mengalami masalah-masalah tersebut utk membukanya. Semuanya akan terpapar.
N900 mengalami satu masalah yg sangat besar, bateri, bateri, bateri. Dengan hanya kandungan bateri setinggi 1350 mAh, N900 tidak mampu menyaingi telefon-telefon pintar yg lain. Dalam kata mudah, apa guna telefon tablet yang sungguh berkuasa, tapi tak mempunyai ciri-ciri mobiliti yg wajib ada pada sesebuah telefon bimbit. Sepenggunaan saya selama hampir 7 bulan, penggunaan internetnya sangat membataskan. 3G terpaksa dibuka hanya jika mahu digunakan. Kebolehan Skypenya memang tak dapat digunakan langsung, dek mahu menjaga bateri, terutamanya jika mahu keluar sehari suntuk. Penggunaan bateri terpaksa diplan, supaya anda tidak kehabisan bateri semasa pengecas bateri tidak ada bersama anda. Begitu juga YM, push emel, dan kebanyakannya, meskipun kelajuan internetnya yang tinggi, 10 Mbps, berbanding Iphone 4 dan 3GS contohnya, 7 Mbps. Jika kesemua kebolehan internetnya dihidupkan, dalam masa sejam dua pun boleh habis 100% baterinya.
N900 juga ada masalah bulky, iaitu besar gedabak dan berat.
Anyway, saya tak bercadang utk sekali lagi menukar telefon bimbit. Pada saya, saya redha je apa jugak kekurangan pada N900, kerana saya sudah bertekad membelinya dulu, dgn harga yg agak tinggi, £300. Namun begitu, tragedi pada 17 Oktober 2010 membuatkan saya tiada pilihan lain. Tuhan itu Maha Kaya, saya gagal mengesan ke mana perginya telefon bimbit saya selepas saya carelessly tinggalkan ia selepas meninggalkan tandas awam di universiti. Tuhan itu Maha Agung juga, entah kenapa saya tak teringat pun utk melihat sekeliling kerana baru seminit dua saya tinggalkan telefon bimbit tersebut, ia sudah hilang, maka pastinya si pencopet tersebut masih ada berdekatan!
Lantas saya teringatkan hampir kebanyakan maklumat-maklumat peribadi disimpan di dalamnya, internet browser terutamanya, yg menyimpan kata laluan bank, Ebay, paypal dan sebagainya yg melibatkan duitlah terutamanya. Gelabah. Saya ambil langkah utk menggunakan telefon bimbit kawan dulu utk cuba membuat panggilan beberapa kali ke telefon bimbit tersebut, tapi nyata tak dijawab. Tak lama lepas tu, saya buat keputusan utk block nombor tersebut beserta telefon bimbitnya sekali, yg memerlukan saya utk cari semula angka IMEInya dsb. Ampunilah aku ya Allah.
Sejak dari itu, saya mula bertukar-tukar telefon. Telefon lama kawan-kawan pasti ada. Dari seorang ke seorang, saya pinjam. Dan saya ada juga meminjam iPhone lama seorang kawan kerana dia juga sudah tukar ke telefon baru!
Setelah menyelesaikan beberapa perkara tentang telefon lama, meminta kad sim baru, dan sebagainya, saya mula mengira-ngira utk mendapatkan telefon bimbit yg baru. Blackberry sudah mula bermain di kepala, setelah bertanya sedikit sebanyak pada kawan berkenaan telefon pintar tersebut, dan juga kawan-kawan yg dari dulu lagi tak habis-habis mengatakan kelebihan Blackberrynya. Pada mulanya, saya sedikit berkira mahu mendapatkan Nokia sebagai ganti Nokia N900 yg lama, iaitu ala-ala Blackberry juga, kerana harganya yg murah berbanding Blackberry. Model-model seperti E73 Mode dan E5 mula menarik minat. E73 belum keluar lagi ketika itu, E5 harganya boleh tahan murahnya juga. Saya masih berfikir-fikir selama beberapa hari.
Pada suatu hari, saya duduk bersembang dengan seorang kawan, setelah menunaikan solat Maghrib di surau. Sengaja saya minta Blackberrynya utk dicuba-cuba. Saya kemudiannya menyatakan hasrat mahu membeli Nokia, kerana faktor harga yg murah dari Blackberry. Namun, kawan saya membalas yg Nokia adalah milik Yahudi, dan sekaligus mengubah persepsi dan keinginan saya dari Nokia kepada Blackberry! Memang lepas tu tak pandang Nokia dah.
Seterusnya, Blackberry yg mana? Ketika itu Curve 3G baru dikeluarkan. Namun, ada kawan yg kata keypadnya yg keras dan membuatkan jari-jemarinya sakit menyebabkan saya tak berminat dgn Curve. Begitu juga dgn keypadnya yg nampak serabut.
Pilihan yg ada, Torch 9800 dan Bold 9780. Torch nampak cool, sebab dia menggunakan skrin sesentuh dan skrinnya besar dari Blackberry yg biasa. Bold 9780 nampak kemas, dan kompak, berbanding Torch yg menghadapi kemungkinan slaidnya yg akan longgar dari masa ke semasa.
Bersama seorang kawan, walaupun saya ketika itu berat kepada utk memilih Bold 9780 yg belum dikeluarkan lagi (lagi 15 hari lebih kurang), ketika mencuba dengan tangan dan mata kepala sendiri di sebuah kedai di Birmingham, saya sedikit teruja. Kawan saya pula ketika itu terus membuat keputusan utk mendapatkannya sebijik, selepas mencuba sekejap sahaja.
Pada saya ketika itu, mahu tumpukan pada pelajaran, jika saya beli telefon bimbit baru, tumpuan akan teralih pada telefon bimbit sedikit. Namun, atas beberapa faktor, akhirnya saya kalah juga pada kemahuan dan terus membeli Blackberry Torch 9800 di Ebay!
Kurang ajar. Saya sibuk sekarang. Nanti sambung. Hehehe.
1 comment:
salam orang kaya warwick..
bagi sini sikit r duit tu..
asyik beli handphone baru je.. :p
he3..
Post a Comment