berada jauh dari rumah merupakan suatu yg .... ape ha? mcm2 feeling ada. bila kita senang, seronok, lupa la kejap pada keluarga di rumah. seronok dgn kawan. bila susah, duduk seorang diri, baru teringat mak ayah di rumah, keluarga, rumah itself, bantal busuk, dan sebagainya.
teringat masa baru masuk asrama, semasa di tingkatan 1, ramai juga kawan2 yg menangis teringatkan rumah. duduk sendiri. tak pandai nak urus diri lagi. setiap minggu kalau boleh nak balik. public phone menjadi kawan rapat tempat meluahkan kerinduan. huhuhuhu. :,(
tapi bila dah naik tingkatan 3, org yg dulu kuat homesick, dialah yg popular kerana kerap kali dipanggil guru disiplin. haha.
tu takpe lagi, masuk ke kolej pra-U di Tanjung Malim, Selangor, peraturan agak longgar. boleh balik tiap minggu. di KYUEM especially, tertubuhlah secara rasmi atau tidak rasminya, tak taulah, PBSM = Persatuan Balik Setiap Minggu. biasanya, pengerusinya (entah siapa2 je, lantik diri sendiri), dan ahlinya sendiri dianggotai mereka2 yg duduk berdekatan, seperti Selangor dan Kuala Lumpur. org Perak jarang balik rumah tiap minggu. kalau ada pun, negligible. haha.
bila diingat2 kembali, adakah kita memandang remeh org2 balik tiap minggu ini? bila balik, ayah dtg bawak kereta. ketika itulah, segala baju2 kotor nak basuh di rumah dipack dlm bag. basuh di rumah.
manja.
manja ke budak2 ni? bila ditanya, mau tersentap kau.
takdela, nanti dah fly UK, takleh nak spend masa dgn family mcm ni lagi... bila lagi kan...
atau
balik tiap minggu dikatakan dapat menambah pengalaman, tinggal di kolej saja ibarat katak bawah tempurung.
pendapat masing2. saya tak kisah sgt pun berjauhan dgn keluarga. tapi, bila di UK lain. segalanya lain, baru. dah la tu, kena hidup sendiri. nak ganas sikit, survive. bila dihimpit kesusahan, ketiadaan barang2 nak dimakan, dimasak jauh sekali, bila tak paham lecturer ckp apa, selalu tak catch up ketika study, assignment yg byk dan susah, baru teringat kenapala aku pilih nak study oversea. dok Malaysia je kan senang... at least, budaya di Malaysia sudah masak dgn kita.
dulu saya tak hairan pun org kata homesick. skrg, baru tau bagaimana rasanya.
ketika itulah tampilnya rakan2 seMalaysia, seagama, sekursus, dan sebagainya, yg meredakan perasaan gundah gulana kita tatkala dilanda kesusahan. kawan ini bukan saja mengingatkan kita supaya ingat tuhan byk2, rajin2 berdoa, malah, menawarkan sesuatu yg berharga, saya pasti utk semua yg berada di perantauan.
talian murah ke antarabangsa.
muncullah nama Nonoh, Lebara, dan sebagainya. kalau nak guna Skype atau YM, sekali sekala bolehlah. free pun free, sbb melalui internet. tapi kalaulah nak call keluarga2 atau siapa2 di negara tanah tumpah darah, ketikamana ketiadaan komputer dan internet (manalah tau, skrg internet di hujung jari, di Blackberry je).
paling murah setakat saya pernah jumpa. Teletop. 1p/minute bagi talian ke handphone manakala 0.5p/minute bagi talian ke landline.
babeng kau, murah gila. beli kredit £5 dgn menaip TELE ON dan hantar ke 81223, dan kredit anda akan ditolak £5. kalau pakai bill/contract, tak tau lah mcm mana. kemudian, dail 020 8180 1102 dgn caj biasa, kalau pakai bill/contract, dia akan tolak free minutes anda. kalau pakai PAYG, kenelah caj yg mahal gila tu.
dail, jgn buang masa dgr operator tu membebel2, terus key in je nombor yg anda ingin dail. kalau tak, dgr operator tu membebel2, dekat seminit, hilanglah kredit anda ber££. ini saya alami sendiri. daripada kredit £13+, akhirnya tinggal £0.61. adalah sedikit cerita disebaliknya. tapi, better anda pakai free minutes je utk call operator ni.
makan dgn itu, dapatlah saya menelefon keluarga tersayang di Malaysia. ya, mereka sibuk. saya tahu. kerana abang saya akan melangsungkan pernikahannya di dgn org Gerik, pada keesokan hari yg saya nak telefon tu. wah. saya ada di sini, tak dapat menyaksikan menantu ayah saya yg pertama, walaupun sebelum ini hanya tengok gitu2 je. tak dapat menyaksikan org pertama antara kami adik beradik, yg melangsungkan perkahwinan. huhuhuhu.
tak mengapalah. saya taklah sedih sgt. apa nak buat. dia yg nak kawin time ni. takkan sebab saya, itu pun nak ditunda. sebelum ni, ada sekali call ayah, keesokan harinya setelah saya sampai di universiti, sedang mahu mendaftar. sempat la 4 minit lebih.
kali ni, mahu call, tanyakanlah, mcm mana persiapan semua, perjalanan majlis nanti macam mana, mahu beritahu juga yg saya baru terima duit yg ayah bank in kan beberapa hari lepas, mahu beritahu yg saya ok ke di sini, despite kesusahan mengadaptasi semasa hampir 3 minggu pertama, yg penting, mahu dengar suara mereka. huhuhuhu.
gembira. bila kawan saya menjanjikan yg call tu mmg murah. kalau £5, dapat 500 minit la. bersamaan 8 jam+. gila. mahu bergayut mcm beruk pun takpe.
call ayah, tak angkat. busy barangkali, tgh drive tak pun, dr Ipoh ke Gerik. call kakak, tak angkat juga. tgh drive jugak kot, ke Kuala Lumpur, ada kelas. call adik saya.
As'kum, akim. Iman ni.
ha, ye.
ha, ni Iman ni.
oh, Iman ke.
perbualan yg tersangkut2 dek jarak yg jauh. lepas bercakap, dlm 1 saat kemudian baru dapat respon.
mereka dah sampai di Gerik. berhenti, mahu solat Asar. di UK ketika itu belum pun solat Jumaat lagi.
sempat la berbual2 kejap dgn ayah bila handset dipasskan pada ayah pulak. tak boleh lama2, org nak kahwin. haha. byk benda nak disiapkan. apalagi mereka baru berhenti, belum solat asar lagi ketika itu. akad nikah dilangsungkan pada mlm harinya, esok kenduri. tanya rumah mcm mana, dan sebagainya.
tiba2, adik saya yg kecik baru umur 4 tahun tu pun minta handset dr ayah, nak bercakap juga dgn saya dlm pelat budak2nya. begitu juga adik saya yg 12 tahun, yg tak normal. huuuu... saya rindu mereka berdua. tanpa mereka, sunyilah rumah.
dapatlah saya khabarkan apa yg ingin dikhabarkan. tanyakan apa yg ingin ditanyakan. rindu juga, tapi terubat sedikit bila dapat mendengar suara mereka.
ciptaan manusia. ada drawback nya tersendiri. tak terlepas. saya akur. sangkanya, harapnya, dapat mengubat rindu.
membuat saya terfikir, nak call ke tak lagi next time.
bila bercakap dgn adik saya 4 tahun itu, tersentuh saya dgn soalannya,
Iman, iman kat mane?
saya terdiam. nak ckp kat UK ke.
Iman, iman... err..
tak terlafaz dek mulut.
Iman kat tempat lain. kat tempat org.
ape die?
kemudian, masuk soalan kedua.
bile Iman nak balik?
.