02 September 2011

hebat, hebat.

10 Ramadhan. Teringat kata-kata kawan saya di Kolej Yayasan UEM dulu, nak tahu perangai sebenar manusia adalah masa bulan Ramadhan, sebab masa tu syaitan-syaitan kena ikat. So, kalau dia buat benda tak baik jugak, maknanya itu adalah dari nafsu dirinya sendiri. Hmm. Ada kebenarannya juga I think. Wallahua'lam.

Entri ini saya sudah mula tuliskan sejak sebelum puasa lagi. Kemudian saya tukar sedikit, tarikh di atas tu contohnya, bila saya renew entri ini di bulan puasa. Sekarang dah masuk raya keempat, baru sempat nak habiskan entri ini. Lantaklah.

Cuti musim panas merupakan antara yg dinanti-nantikan bagi pelajar-pelajar yg belajar di UK dan Ireland. Ini kerana di samping jangka masanya yg panjang (kalau banding dengan cuti musim sejuk dan cuti Easter), kedudukannya yg  agak strategikdi hujung tahun (universiti di UK bermula tahunnya dalam September dan Oktober), setelah lebih kurang 9 bulan berjauhan dengan keluarga seolah-olah memberikan kepuasan bila dapat bersama dengan keluarga kembali. Yelah, kalau baru 3 bulan ke UK, lepas tu balik, macam tak best la pulak. Heheh.

Lagi? Boleh buat apa masa cuti ni? Ah, dah nama pun cuti. Macam-macamlah boleh dibuat. Terpulanglah pada orang. Kalau pandai memanfaatkannya, inshaAllah bermanfaatlah jadinya. Reunion la, apa kejadah la. Mana taknya, bagi course biasa macam saya, tidaklah sebeban mereka yg buat course perubatan. Wallahua'lam, saya kurang ariflah macam mana yg sebetulnya, tapi yg saya tahu, mereka ini agak sibuk. Orang cuti diorang tak cuti. Orang boleh dapat ijazah kelas pertama, diorang nak pass pun susah. Orang boleh bercuti bersama keluarga, diorang ada elektif masa cuti musim panas. Orang 3 atau 4 tahun, diorang 5 tahun. Begitulah realitinya lebih kurang. Nak tahu lebih lanjut, boleh tanya diorang sendiri, mereka yg belajar perubatan di UK atau Ireland.

Baru-baru ini, semasa saya sedang bergelut dengan peperiksaan, seharian bahkan berminggu-mingguan tidak keluar rumah sangat kecuali ke kelas dan membeli groceries, saya buka Facebook. Scroll dan terus scroll membaca updates kawan-kawan, tiba-tiba terbaca status seorang kawan, dan komen-komen di bawahnya. "Eh, kat Malaysia rupanya kawan medic aku ni!" Tahu-tahu diorang ada di Malaysia pula.

Hmm. Tak apalah, jadual budak medic ni, saya bukan faham. Orang cuti, diorang tak cuti. Mungkin dia balik awal utk cuti musim panas. Baguslah, nanti ada rezeki saya pulang ke Malaysia selepas peperiksaan nanti, boleh jumpa. Bukan senang jumpa budak-budak medic ni. Busy memanjang.

Selepas peperiksaan, sedang berkemas-kemas mahu pulang ke tanah air tercinta, hendak merasa mendukung adik yg baru setahun setengah, saya dapat tahu kawan saya yg tadi sudah kembali ke UK semula. "Eh, cuti apa kebenda diorang ni? Kejapnya balik Malaysia? Cuti ke tak ni? Orang nak mula bercuti, dia baru balik dari Malaysia pula."

Tu dia bermacam-macam soalan timbul.

Kadang rasa kasihan pun ada. Wallahua'lam keadaan mereka sebenarnya macam mana, tapi nampak macam susah sangat. Ada rakan yg dah lama tak berjumpa, sekali berjumpa, badan pun kurus (sudahlah memang kurus), muka cengkung, mata sedikit kehitam-hitaman, Allah.. medic sungguh gamaknya hidup dia.

Saya ada seorang kenalan, yg sudah kembali ke rahmatullah, moga Allah cucuri rahmat dan keampunan ke atas beliau. Yang tak asing lagi, yg sering disebut-sebut, diingat-ingat sama ada yg kenal mahu pun tak, Mas Afzal Masaruddin. Saya pernah berjumpa beliau sekali sahaja, masa beliau datang melawat kolej, menjadi imam Asar, sekaligus menyampaikan tazkirah Asar di Musolla Azzam kami. Arwah memang terkenal dengan kecekalan hatinya, memberi sumbangan pada masyarakat dengan segenap upaya. Seorang kawan pernah menulis tentang beliau, kesibukan dan semangat beliau ke sana ke mari macam bukan budak medic!

Panjang perenggannya. Nak kata, betapa mudak bedic ni sibuk sungguhlah! Hish! Betul ke?



Haritu, 30 Julai 2011, saya baru memenuhi undangan kenduri perkahwinan kawan sebaya saya, sekolej saya, kedua-duanya. Seorang orang Pulau Pinang, yg perempuannya pula dari Kelantan. Alhamdulillah, dengan bantuan BlackBerry Map dalam BlackBerry saya, tidak banyak masalah utk sampai ke surau tempat kenduri diadakan tersebut. Tapi saya sampai agak lambat, kawan-kawan yg saya kenali ada yg sudah pulang. Yg ada kawan-kawan sekolah pengantin lelaki tersebut, yg saya tak kenal. Tak mengapalah, janji saya sempat bergambar kejap dengan kedua-dua pengantin. Kawan saya ni memang kelakar bagi saya. Haha, gelak kejap. Selalu nampak macam terpinga-pinga, dan diusik kawan lain. Namun begitu, jangan diduga kepandaiannya. Ketangkasan beliau dalam bersukan juga memang hebat. Bola keranjang menjadi minatnya. Pernah menyertai marathon Pulau Pinang, open. Dapat nombor 2! Dia buat course Engineering di University of Southampton sekarang.


Err, yg saya maksudkan ialah pengantin lelaki tersebut.


Sedih sekali, apabila saya tak dapat memenuhi undangan seorang lagi kawan (2 orang, sebab satu pasangan) utk hadir ke kenduri kahwinnya, di Ipoh je pun, which is dekat je, banding dengan di Pulau Pinang. Tapi apakan daya, Tuhan itu lebih tahu segala-galanya, dan Dialah sebaik-baik Perancang. Wan Ahmad Hilfi namanya, dan zaujahnya, Shahirah Adibah. Saya lebih kenal pengantin lelakinya, kerana selalu berjumpa, rumah pun dekat (Ipoh, Perak). Orangnya hebat, tahu segala benda, semangat tak pernah turun, muka tak pernah masam, dan ceria selalu. Ah, banyak benda kalau nak dicerita. Untunglah zaujahnya tersebut. Sekarang belajar di University of Leeds, manakala zaujahnya di Manchester University.


Kawan saya dari Ipoh ni tua 2 tahun dari saya. Dulu sama kolej, Kolej Yayasan UEM. Segak perkasa nampaknya! Hari yg sama. Apakan daya, tiada preference on either side. Hehe.

Sebelum ini, terdapat beberapa invitation juga yg tak dapat saya penuhi, kerana ada komitmen lain. Semasa saya sedang bercamping di Pulau Pangkor dengan program bersama pihak penaja, ada sudah ada 2 kalau tak silap, jemputan kenduri perkahwinan juga. 2, ke 3? Hmm. Saya pun dah lupa, sebab ada yg memang saya tak dapat hadir, saya terus klik 'Not Attending' di Facebook. Tak hafal pun tarikhnya. Bukan saya yg berkahwin.

Zaman sekarang. Facebook dilihat sebagai salah satu cara yg amat baik utk menghebahkan jemputan-jemputan ke program atau apa-apa majlis. Dan, ia reliable! Hehe.

Tahniah buat seorang lagi teman saya dan zaujahnya, Redhuan Abd Muin dan Samihah Shukri. Macam tadi, saya lebih mengenali pengantin lelakinya. Zaujahnya hanya takat tahu nama dan muka. Pernah bersua tak pernah bersembang pun. Pengantin lelakinya pun hebat juga. Nampak lembut tapi tegas orangnya. Kelakar juga. Dulu bersekolah di Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Kurus orangnya. Haritu berjumpa, apalagi, mesti kena usik. "Hang Redhuan bila nak gemuk ni?" Gurauan biasa pada orang yg dah berkahwin.


Ini paling memeranjatkan. Semua pelajar di UK tengah tertekan dengan peperiksaan, tahu-tahu, buka Facebook, ada jemputan ke majlis perkahwinan beliau! Umurnya sama dengan saya (kot), 22 tahun (2011). Kedua-duanya orang Kelantan. Azhar Yusoff, mesra dengan panggilan Abe Mat. Sekarang belajar di Cardiff University, Wales. Saya tak kenal pengantin perempuannya, orang sekampung dia tu, belajar di Australia katanya!


Ini senior bertahun-tahun dari saya, 2 tahun kot. Namanya Afiq Rahim, orang panggil Eros. Heheh. Sudah tamat pengajiannya. Ok, honestly, saya tak kenal dia sangat. Berjumpa sekali dua pernahlah.



Berita pertunangan beliau memang mengejutkan. Tiada ribut, tiada angin, tahu-tahu sudah bertunang. Uniknya, pertunangan beliau dilakukan dalam jarak berpuluh ribu kilometer! Seorang di Southampton, England, zaujahnya pula di tanah air, Malaysia! Online gitu bebb. Kemudahan ada katakan. Skype, style tak? Haha. Pemalu-malu kucing orangnya, baik dan peramah. Mudah tersenyum. Selalu tersipu-sipu bila diusik. Saya kenal dia di KYUEM dulu, senior setahun saya. Bagi yg tahu, dialah petbro saya. Heh. Dulu selalu la berjumpa, borak semua. Sudah masing-masing di UK, tempat berasingan, sekali sekala jumpa, masih pemalu gitu-gitu orangnya. Err, sekali lagi, yg saya maksudkan ialah pengantin lelakinya.



Anak Felda kahwin masuk surat khabar, gempak tak? Haa. 

Seorang lagi, sebelum saya terlupa. Shazif Othman. Pendiam orangnya (bagi saya). Hensem pun hensem. Sejuk hati tengok wajahnya. Berita perkahwinan beliau agak awal berbanding lain. Sekarang belajar di Cork, Ireland. Terkenal dengan suara yg sedap menyanyi. Hehe.



Saya takde gambar kahwinnya. Jadi saya letak gambar solonya sudahlah ye. 


Ah, ini tak masuk lagi beberapa undangan lain, yang dibuat lepas Hari Raya Aidilfitri (takde sape pun nak buat waktu Ramadhan ye. hehe). Kawan sekolah saya seorang lagi pun. Kalau tak campur kawan-kawan yg bertunang pun dah cukup ramai dah ni. Kalau nak kira bertunang, abang saya pun bertunang pada raya kedua. Kawan saya yg itu, yg ini, arghh!

Zaman 20an, semua orang pun inshaAllah akan melalui zaman ini. Mak ayah kita sudah, sekarang giliran kita pula. Masa berlalu pantas.

Ala kulli hal, tahniah saya ucapkan pada mereka yg sudah melangsungkan perkahwinan masing-masing. Yg masih belum ada rezeki, teruskan berusaha. Sementara cuti ni, elok sangat la tu. InshaAllah Allah akan bantu kalian dalam menghadapi apa jugak kerenah kehidupan sekarang. 

Cuti pun bakal sampai ke penghujungnya. Pejam celik pejam celik, lagi lebih kurang 2 minggu saya akan pulang sambung belajar ke UK, utk tahun yg terakhir. May Allah ease. Saya terfikir juga, kalau saya yg Accounting and Finance pun dah rasa susah, wallahua'lamlah sehebat mana kawan-kawan saya di atas ni menempuh pengajian masing-masing.

Oh, saya tak beritahu lagi, daripada ketujuh-tujuh kawan-kawan saya yg sudah melangsungkan perkahwinan dalam masa sebulan lebih ini, 4 daripadanya mengaji medic ni!






03 July 2011

exam

Alhamdulillah dengan keizinanNya, tahun kedua di University of Warwick yg suka duka berjaya saya tamatkan baru-baru ini dengan berakhirnya kertas terakhir dalam peperiksaan tahunan, dan kembali semula ke tanah air, meneruskan perjuangan kehidupan yg tak akan pernah berhenti sampailah mati. Allah.

Ada orang mempunyai minda yg tak kisah dengan peperiksaan, usai ia berakhir. Bila junior-junior bertanya, antara jawapan yg biasa diterima ialah "Aku pun dah tak ingat laa macam mana", terutamanya bila ditanya pengalaman semasa peperiksaan itu sendiri.

Saya taklah nak katakan I did it very excellently, cuma sungguh, peperiksaan baru-baru ini banyak mengajar saya nilai-nilai baik dan tidak baik utk saya fikir-fikirkan, di samping mereflect dengan diri sendiri yg banyak kekurangan di sisi Tuhan.

MashaAllah, housemate saya seorang, pelajar Chemistry, dapat 1st Class utk tahun kedua beliau.

Saya taklah hebat mana dalam accounting stuff. Apalagi bila yg melibatkan bisnes, finance, ekonomi, dan seumpamanya. Namun, saya tahu, saya cuma perlu berusaha.

Kertas pertama diduduki pada 16 Mei 2011, Isnin. Namun, belum pun cuti Easter tamat, sekitar awal Mei, saya sudah memulakan langkah awal utk mengelakkan last minute study. Kerana saya inshaAllah tahu kemampuan saya utk berhadapan dengan sesuatu subjek, walaupun ketentuan Allah itu melebihi segala-galanya.

Business Law 2. Beria-ia saya menghafal kes-kes, sampaikan tampal di dinding dan pintu. InshaAllah sudah ingat semuanya. Malam sebelumnya, saya tidur awal, macam dah yakin sangat. Namun, tanpa latihan menulis yg cukup, Tuhan lebih berkuasa, saya jadi sedikit gelabah. Jawab 2 dari 4 esei. Soalan 4 berjaya diattempt dengan baik inshaAllah. Namun, soalan 2 macam panjang sangat, bimbang akan ambil masa. Saya memilih soalan 1. Masalah terjadi bila pecahan soalan yg ada tak mampu saya jawab semuanya. Menyebabkan setelah hampir separuh waktu saya menulis, saya jadi bingung. Terpaksa ambil keputusan utk tukar soalan. Ya Allah. Ini horror. Tulisan, ini elemen yg tak kurang pentingnya, memang horrible. 





suasana dalam exam hall memang jauh bezanya!!!


Pengajaran : rajin-rajin buat latihan dan plan answer well.


Dua hari selepasnya, Accounting in Context (AiC). MashaAllah, sungguh saya hadapi dugaan yg begitu hebat sebelum menduduki subjek ini. Memang serabut habis dibuatnya. Tambahan pula, persediaan yg tak berapa baik menambahkan lagi keserabutan saya. Allah saja yg tahu betapa miserable sungguh malam tersebut rasanya. Alhamdulillah kawan-kawan banyak membantu, dengan case study dan theoretical esei. Dan gladly saya dapat jawab dengan baik. Hafalan saya utk soalan case study dapat direcall dengan baik, walaupun tak semuanya. Dan harapnya baik betullah. Tak mahulah saya seorang je rasa baik, rupanya tidak.

Pengajaran : berlatihlah menulis esei banyak-banyak, alhamdulillah saya berpuas hati dengan tulisan (handwriting) saya utk kali ni. Tak macam kertas sebelumnya. Horrible. Harap-harap pemeriksanya dapat baca dengan seronok. Dan juga, bila tertekan, jangan duduk seorang diri. Berharaplah pada Allah, mohon padaNya, dan cuba bercakap dengan kawan-kawan. Sometimes just talking helps.


3 hari berikutnya, Finance 1. Tamat saja kertas AiC, terdengar soksek-soksek kawan-kawan secourse, semasa melangkah keluar dari dewan peperiksaan, seperti tidak tidur malam tadi, on high caffeine, tangan lebam menulis, dan sebagainya. Apa pun, tidur merupakan rehat yg baik juga kadangkala.



mengambil kaffein dalam keadaan tertekan ialah amalan yg tidak baik, berisiko menyebabkan strok


AiC hari Rabu. Finance 1 hari Sabtu, petang. Saya start balik gear pada hari Jumaat, setelah berehat semenjak Rabu petang tersebut. Teruskan buat latihan, past papers, dan tak ketinggalan, latihan menulis. Alhamdulillah, latihan dan ulangkaji berjalan lancar. Sampai di satu tahap, saya rasa sangat excited, dan tak sabar utk menduduki peperiksaan sebenar setelah kerapkali membuat latihan. Feeling overwhelmed, faham tak macam mana rasa dia? Namun, sekuat mana pun kita study, jangan dilupa bahawa segala-galanya terletak pada ketentuanNya. Lihat apa sudah jadi pada kertas Law saya haritu. Isk. Sedih nak difikirkan semula. Memikirkan perkara tersebut, saya ambil masa pagi tu sikit, ambil wudhu', tunaikan solat dhuha, dan berdoa meminta pada Allah, agar dipermudahkan menjawab nanti.

Ini panjang sikit, sebab banyak nak dicerita. Soalan ada MCQ dan computational dan esei. Argh, mana-mana di universiti ni, esei memang tak boleh lari punya. Cis. Apalagi course yg macam saya. Soalan 1 MCQ membuatkan saya sedikit terkejut beruk, kerana agak panjang dan sedikit confusing, walaupun similar dengan soalan dalam latihan dan past papers. Alhamdulillah kesemua 5 MCQ berjaya dijawab tanpa masalah, sebelum meneruskan ke bahagian berikutnya. Mula lewat sedikit dari jam 2.00 pm, dan sepatutnya berakhir pada jam 3.30 pm, tapi ditambah pulak dengan sedikit pengumuman pembetulan ke ape entah, jadi saya akhirnya habiskan 5 soalan MCQ hampir jam 2.30 pm!!

Apalagi, kena pecut ni. Alhamdulillah 2 soalan berikutnya saya dapat jawab dengan agak puas hati, walaupun banyak juga poin penting yg tak dapat direcall. Namun, anak-anak soalan yg banyak, a), b), c) sampai f) mcm tu, menyebabkan masa yg diambil menjadi lama dan menakutkan!

Bahagian C, pilih antara esei atau computational. Setelah membaca soalan yg lebih kurang 6,7 baris, saya buat keputusan menjawab soalan esei. Pompang, pompang tulis. Alhamdulillah, hampir kesemua poin yg baru saya buat latihan tadi dapat direcall semula, walaupun ada sedikit kesilapan yg menghantui saya sehingga hari ini, dan harapnya ok aje. Dalam masa 20 minit, 5 muka surat berjaya saya karang, dengan handwriting yg memuaskan. Ini kerana, saya mula menjawab soalan terakhir, esei, pada jam 3.10 pm. Tulis laju gaban punya, bla bla bla, pada jam 3.25 pm, kami diberitahu, disebabkan lewat mula tadi, dan ada pengumuman sedikit, waktu diextend sehingga jam 3.45 pm!! Saya pun slow down dan akhirnya ada 10 minit utk kemaskan tulisan! Ya Allah. Gembira tak terkata. Again, harapnya, bukan saya syok sendiri.


exam dilemma, nak cepatkan jam ke or lambatkan jam?


Habis peperiksaan, kawan bertanya, ok ke tak. Saya jawab 'ok kot'. Hingar-bingar di luar dewan peperiksaan setelah tamat peperiksaan merupakan perkara biasa. Saya malas layan, terus menuju ke bus stop berdekatan utk terus pulang ke rumah. Ada beberapa kawan sudah pun berada di situ, menunggu bas. Membuka sedikit cerita tentang kertas tadi, ada yg menangis! Bila hadir lagi beberapa kawan, masing-masing turut mengeluh mengatakan kertas yg susah, dan tak cukup masa, separuh bahkan satu soalan penuh tak dapat dijawab, 5 soalan MCQ kesemua berbeza jawapan dengan yg lain, saya rasa sungguh terkejut!

Pengajaran : biarpun kita study gila babeng mcm mana pun, kalau Allah tak izinkan, tak guna. Mohonlah padaNya. Berhenti seketikalah utk berdoa padaNya, bila kita study punya study, sampai rasa tak sabar nak jawab, nak pour everything, utk meneutralisekan balik perasaan kita, agar diberi ketenteraman semasa menjawab.


Dulu saya penyokong statement 'peperiksaan lambat, tapi cram kesemuanya sekali di hujung, rapat-rapat. Boleh study lama sikit'. Namun, pendirian saya berubah setelah menghabiskan 3 subjek pertama, kerana the next papers would be in 3 weeks time!!




.

08 May 2011

sihat?

Saya mengambil kesempatan di kala bosan mengulangkaji dan mengarang esei ini, utk mengarang dalam blog pula.

Esei yang sudah berusia hampir 2 minggu, masih belum siap kerana asyik ditangguh, memandangkan ulangkaji utk peperiksaan perlu dibuat juga. Nak mengarang entri dalam blog jugak yang senang.

Poland, sebuah negara di Eropah, baru sahaja menyertai European Union, antara negara di Eropah yang mempunyai banyak tenaga kerja, mengalami banyak perubahan demi perubahan polisi, reformation, undang-undang, dan sebagainya.



ibu negara Poland ialah Warsaw




Health, begitulah tema esei yang saya karang mengenai negara ini. Tema yang saya pilih sendiri. Jenuh lama jugak fikir tu, nak tentukan temanya sahaja.

Kadang-kadang jadi lagi susah bila kita ada pilihan nak dibuat. Nak memilih pasangan hidup contohnya, bak kata pepatah, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Begitu juga bila berhadapan dengan pilihan ajakan syaitan ke arah kemaksiatan, dan naluri hati yang mahu mengelakkannya, itupun kalau ada naluri hati tersebut. Susah tu nak menghadapinya.

Saya pun tak pasti sejak bila saya mula mengenali sifat ini yg ada pada diri saya yg lemah ini. Mungkin semasa di sekolah menengah, duduk berasrama dengan kawan-kawan sekelas, setingkatan, dan sebagainya. Situasi di dewan makan, semasa makan tengahari, semasa berbuka puasa,dan sebagainya, yang kerapkali berlaku, menyebabkan saya mula terfikir akan kebenarannya.

Habis kelas lebih kurang jam 1.40 pm, walaupun dalam jadual, 2.15 baru habis. Tapi kadang-kadang guru tak hadir, dan memberi pelepasan dan sebagainya, jadi bolehlah kami, pelajar tingkatan 5 Pengajian Islam II ketika itu beredar awal, ke musolla utk menunaikan solat Zohor, dan ke dewan makan utk menjamu makan tengahari sebelum ke kelas prep petangnya, jam 3.15 pm. Memang packed. Sekolah, biasalah.

Makan tengahari, siapa tak mahu. Isnin dan Rabu, ayam. Memang rebutan ramai. Pelajar-pelajar selalunya sampaikan keluar dari musolla, berkaki ayam sejauh 50 meter untuk ke dewan makan, kasut dijinjit di tangan. Tu dia, punyalah nak cepat ke dewan makan, sampaikan kasut pun tak sempat nak pakai, dan takut terbazir masa menanggalkan kasut semula setibanya di dewan makan.



jangan risau, pelumba ini pasti berlari dengan memakai kasut


Makan berhidang. Style baru di dewan makan. Sesampainya di meja makan, kawan-kawan ada yang sudah mula makan, ada yang belum hadir, dan yang sudah beredar pun ada. Jam menunjukkan pukul 2.05 pm. Nasi di mangkuk yang disediakan di meja berbaki sedikit. Saya tuangkan di pinggan saya kesemuanya, dan ke kaunter di hadapan untuk meminta nasi tambah.

Makan. Makan. Makan.

Seorang demi seorang mula meninggalkan dewan makan setelah menyudahkan makan tengahari masing-masing. Kebiasaannya, balik dorm, dan tidur, mengumpul tenaga untuk ke kelas prep nanti. Saya teruskan makan sedikit demi sedikit sehingga habis. Sampailah ketikanya, tinggal saya seorang dalam dewan makan tersebut!

Cerita lama. Zaman sekolah. Begitulah.

Saya berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej terkenal di Lembah Beringin, Kolej Yayasan UEM, sebuah kolej superb, yang padangnya sahaja dikatakan bernilai RM1 juta. Subhanallah. Penginapannya chalet-style, 4 orang sechalet, siap ada penghawa dingin, dan komputer sebijik dengan akses ke internet, dan wireless connection di semua penempatan pelajarnya. Semua kelas, pejabat, dan sebagainya berpenghawa dingin, dewan makan, kecuali di surau. Pemandangannya indah, menenangkan jiwa-jiwa kiasu yang ingin belajar dengan baik, dan antara yang digemari ramai, makanan di dewan makan yang indah.

Sarapan, nasi goreng, bihun goreng, scrambled eggs (dan baked beans beserta sosej) kuey tiaw goreng, roti canai dan roti bakar dengan jem pelbagai aneka pilihan.

Makan tengahari, nasi putih lauk pelbagai. Saya nak namakan pun tak reti, sebab nak kata ayam masak gulai lemak contohnya, tapi rasa lagi sedap dari tu. Err, skip.


Makan malam tak kurang hebatnya. Setiap orang pasti akan ternanti-nanti menu dinner setiap hari rabu, yang berupa western dinner, kerana menunya ialah spaghetti dan bolognese, chicken chop, burger, dan sebagainya.

Tiada lagi istilah taugeh masak kuey tiaw. Ikan jaket pun dah macam ikan patin. Itu belum kira juadah berbuka puasa. Dengan kuih aneka jenis, cendol, lauk pauk. MasyaAllah. Geleng kepala.


makanan aneka pilihan


Mungkin ketika zaman pra universiti inilah baru saya tahu yang saya antara yang 'juara' dalam bab makan. Barangkali kawan-kawan yang melabelkan saya begitu. Nama-nama top yang lain selalu dibanding-bandingkan dengan saya. Nama-nama tersebut bukanlah calang-calang orang. Iaitu samada yang digelar 'abah orang', pemain bola, penjaga gol, dan sebagainya. Saya? Seorang yang kurus, berisi pun tak, takdelah pemain bola ke apa, jauh sekali digelar 'abah orang', namun, bila makan bersama, seringkali juga kawan bertanya soalan yang saya sendiri tak tahu jawapannya,

"Iman, apsal ko ni makan banyak, tapi kurus jugak eh?"

Alhamdulillah, kurniaan Allah dalam bentuk rezeki di KYUEM sangat banyak. Begitu juga dengan nikmatnya yang saya maintain kurus. Setibanya di UK, selepas melanjutkan pelajaran dari KYUEM, cabaran mula dihadapi iaitu apabila boleh kata 100% kehidupan berdikari dipraktikkan. Di KYUEM, ada dewan makan yang masakkan. Di sini, kau masak, kau makan. Kau tak masak, tak makan. Fullstop.







Ditambah lagi dengan kehadiran musim sejuk dan panas, di mana musim sejuk, perut akan menjadi cepat lapar, kerana makanan digunakan utk membekalkan haba utk tubuh badan. Di musim panas pula, zaman menghadapi peperiksaan. Walaupun tak keluar ke mana-mana sangat, kerana sibuk mengulangkaji dan sebagainya, namun perut akan cepat lapar juga, entah kenapa. Err, saya je kot yang alami benda ni.

Bila saya lapar, saya mula tak dapat tumpukan perhatian. Sifir mudahnya, makanlah untuk belajar.

Haritu Petronas berkunjung ke universiti tempat saya belajar, melawat pelajar-pelajarnya, bertanya khabar, di samping mengadakan sedikit talk utk sesiapa yang berminat utk menyambung kariernya di Petronas. Masing-masing gembira, apalagi bila mereka datang di waktu makan tengahari. Kawan saya menyusun aturcara sedikit sebanyak utk pertemuan kami tersebut, dan antaranya ialah 'Lunch at Xanana'.

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, tambah pula pagi tu saya tak sempat menjamah sarapan, kerana tidak pulang ke rumah dalam percubaan menyiapkan esei, sampai ke tengahari, badan sudah mula lemah. Ditambah lagi dengan seminar yang memerah otak, perhatian jadi semakin kurang bila mahu menyambung karangan esei. Tu dia, alang-alang orang nak belanja makan tengahari, saya tak keluarkan duitlah untuk beli sedikit alas perut utk pagi tu. Sampaikan bila berborak dengan kawan, saya dah tak dapat nak fokus pada perbualan tersebut, kerana perut yang kosong.



Draf esei bertemakan Health saya sudah mencecah 1500 perkataan, dari 2000 perkataan.Walaupun sudah menjamah cucur beberapa ketul dan secawan kopi Radix lebih kurang jam 9 suku pagi tadi, sampai jam 3 petang, saya sudah tak dapat tumpukan perhatian pada karangan esei kerana kelaparan. Turun ke dapur, ambil frozen kentang, masukkan dalam ketuhar. 30 minit. Sementara menunggu, saya ambil vakum di bawah tangga rumah, utk menyelesaikan tugasan mingguan rumah. Vakum karpet atas, giliran saya minggu ini.

Bermula dari tangga rumah, yang dalam 15 anak tangga, saya beralih ke karpet atas pula. Alang-alang, saya ambil kesempatan utk vakum bilik sekali.


Bersyukurlah dengan apa yang ada.



20 minit berlalu, selesai memvakum. Tangan terketar dan badan sedikit berpeluh. Petanda sihatkah ini? Atau tak?


.

18 April 2011

3.35, 4.05, 4.20, 4.50, 5.10

zzzzz...... zzzz.... (tidur).

Pernahkah anda mengalami kejadian yang anda sudah terlambat ke sesuatu (kelas, barangkali), bila anda tertidur tanpa sedar? Dan bila terjaga dari tidur, objek yang pertama yang anda capai ialah objek yang boleh menunjukkan waktu pukul berapa pada anda. Pernah tak?

Mata terus membulat melihatkan jam yang sudah menunjukkan 3.05 pm, sebaik terjaga dari tidur. MasyaAllah, keletihan yang amat agaknya, tertidur tanpa sedar, menyebabkan saya separuh menjerit dalam hati melihatkan angka 3.05 tersebut. Bingkas bangun dan mengemas barang, bersiap-siap mahu ke Plymouth. Tapi sebelum tu kena jalan kaki ke bus stop, 6 minit (bergantung tahap kecemasan), ambil bas ke train station dalam 10 minit (bergantung keadaan trafik), ambil train ke Birmingham lebih kurang 20 minit (bergantung train yang available), dan jalan kaki dari Birmingham New Street (train station) menuju ke bus stop tersebut, yang entah di ceruk mana, dalam 7 minit (bergantung kehendak hati). Ah, semuanya bergantung sana, bergantung sini. Dan semua itu perlu saya lakukan sebelum bas bertolak jam 4.50 pm.

Megabus merupakan servis bas yang tidak asing lagi di UK (dan US barangkali), yang terkenal juga dengan ketidakpunctuallannya. Oh, tidak. Ketidaktepatanmasanya. Ya, sounds better. Begitu juga dengan kerusi tempat duduknya yang boleh menyebabkan orang sakit pinggang, belakang, kepala, dan kawasan sewaktu dengannya jika duduk di atasnya dengan lama. Namun, harga tiketnya yang relatively murah menyebabkan ianya masih lagi menjadi pilihan orang ramai untuk berjalan ke sana ke mari, di tambah pula dengan kemudahan sistem tiketnya, hanya menggunakan nombor yang diemelkan. Nak salin nombor tu pada kertas kitar semula boleh, nak tayang di telefon pintar boleh, conteng di tangan pun boleh. Yang tak boleh ialah bila nombor tersebut hilang. Sangat convinient. Gamaknya kalau di Malaysia, habis kena reka la nombor-nombor tersebut.





Saya pasti anda pernah rasa marah dengan bas yang selalu lewat bertolak, di Malaysia terutamanya.

Seorang kawan saya pernah cuba menggunakan Megabus untuk travel ke Manchester, dari Coventry, yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Tiket(nombor)nya mengatakan 4.50 pm, sebagai waktu bertolak. Berempat atau berlima mereka. Jam 4.30 pm, ada yang belum sampai ke tempat menunggu. Dia hanya sampai dalam jam 5.00 lebih. Sangkanya, dah ketinggalan, namun, kawan yang sedang menunggu menelefon, memberitahu bahawa bas belum sampai, jadi masih sempat untuk dikejar. Akhirnya, lebih kurang pukul 7 baru basnya sampai. Oh, kalau ini terlalu ditokok tambah (exaggerate), mungkin dalam 6 lebih. Fine.


Saya yang mendengar cerita tersebut menepuk dahi, tak menyangka seteruk itu servis Megabus, sedangkan saya belum pernah mengalaminya. Masing-masing yang menceritakan melahirkan rasa kecewa dan tidak seronok dengan Megabus.

Sudah mengelamun, rupanya, saya yang sedang bersiap-siap mempacking baju, mula rasa sedikit cemas. Timing dah rancang semua, nak naik bas pukul 3.35 pm ke train station. Maknanya, paling lewat saya kena keluar dari rumah ialah 3.25 pm, lebih kurang. 3.15 pm saya sudah keluar. Singgah di rumah kawan kejap kot. Sampai di bus stop, bas yang saya tunggu dijadualkan akan tiba dalam masa 27 minit lagi. Baru teringat hari tu ialah Ahad, bas akan menjadi kurang kerap. Salah tengok jadual bas. Astaghfirullah. Buntu. Mati kutu. Saya mula berkira-kira hendak berjalan kaki ke train station sendiri, yang saya jangkakan ketika itu 25 minit, maknanya by 4.00 pm saya sudah sampai di train station. Jika hendak tunggu bas, jam 4.00 pm baru saya gerak, 4.10 pm baru sampai di train station. Di situ saya sudah jimat 10 minit.

Kuatkan semangat, jalan kaki dengan beg yang berat kerana packing yang ala kadar, di tambah pula dengan hari yang agak panas. Sampai di salah satu bus stop dalam laluan saya ke train station, ada sekumpulan manusia sedang menunggu bas di situ.

Kita ingat kita yang bagus. Tahu semua.

"Apalah korang, bas lambat lagi kot sampai. Aku jalan dulu" kata saya dalam hati.

Elok lepas seminit meninggalkan bus stop tadi, sebuah berhenti di situ, bas 12, yang perlu saya ambil. Apalagi, menangis air mata darahlah jawabnya. Oh, tak. Tak menangis pun. Menjerit dalam hati, sambil tersenyum sendirian mengenangkan nasib. Nak patah balik pun tak sempat, dalam keadaan saya berlari dengan barang fragile dalam beg, mungkin mengambil masa puluhan saat, sedangkan bas tersebut hanya berhenti ambil orang di stop tersebut dalam beberapa saat je.



Dalam hati sudah ada perasaan mahu patah balik ke rumah je, tak perlu pergi langsung dah ke Plymouth.

Teruskan perjalanan juga, sambil beristighfar sedikit, barangkali ini balasan Allah yang saya selalu melanggar laranganNya. Sambil-sambil tu, tak berhenti-henti berdoa agar adalah teksi sebijik, walaupun kalau kira-kira dengan menaiki kenderaan, lagi 4 minit je dah boleh sampai ke train station. Train station ye, baru sebahagian kecil permulaan perjalanan 6 jam Birmingham - Plymouth. Badan dan kepala sudah mula menitikkan peluh.

Akhirnya, sampai di train station jam 4.05 pm. Setengah jam berjalan. Subhanallah. Rupanya, sampai di train teringat yang train availability bergantung jugak. Sambil bercongak-congak masa untuk sampai ke tempat Megabus by 4.50 pm, saya mula mengconsider untuk mengambil teksi. Laju sikit kot. The soonest train ke destinasi, Birmingham New Street ialah pada jam 4.20 pm. Kalau ikut nasihat seorang kawan, train akan sampai ke destinasi dalam masa 20 minit, maknanya saya ada 10 minit untuk berjalan kaki ke stop Megabus tersebut selepas turun train. Saya cuba reach kawan tersebut, untuk memastikan ketepatan masa 20 minit tersebut. Tak angkat. Dalam teater katanya, di London. Hendak menaip SMS padanya pun sudah terasa begitu penat.

Saya ke teksi, bertanyakan tambang ke Birmingham New Street. £40. MasyaAllah.


kalau saya ada lemah jantung, agaknya sudah pengsan mendengarkan angka £40


Saya kembali ke dashboard yang memaparkan waktu-waktu train. Ada lebih kurang 7 minit, sebelum train yang 4.20 pm tu bertolak. Keputusan perlu dicapai segera. Fikir.

Anda cuba buat tak tahu pada seseorang, dengan fikiran yang dia tak nampak atau pedulikan anda, tapi rupanya dia sedang memerhatikan anda!

Bila saya toleh semula ke belakang, gaya mundar-mandir, pemandu teksi tadi ada di belakang, tidak jauh dari saya, menanti respon saya, mahu teksi ke tak. Akhirnya saya ambil teksi, mengharapkan ianya akan lebih cepat dari train, memandangkan saya bertolak 7 minit lebih awal dari train. Kurang ajar punya pemandu teksi. Terpengaruh aku dengan kau.

Keputusan dalam keadaan terburu-buru jarang sekali baik. Tiket train yang hanya boleh didapati dengan £2.90, berbanding £40 (empat puluh, bukan empat), merupakan tamparan hebat bagi saya yang sangat mementingkan jimat cermat, apalagi saya yang memang sudah sediakala tak berduit sangat.

Teksi tersebut berhenti di sebuah stesen pam minyak, dan saya keluarkan tunai di situ. £1.99 charge, sekali lagi saya beristighfar. Hebat betul dugaan hendak ke Plymouth kali ini. Kalau setakat dugaan fizikal, tak mengapa lagi. Dugaan duit bagi saya memang suatu yang significant. £50 saya keluarkan. Tutup sebelah mata mengambil duit tersebut. Dalam teksi yang dipandu laju, saya sudah sedikit keletihan. Lihat di sekitar yang bercuaca baik, namun dalam hati seakan menyesal mengambil teksi tadi. Saya terlupa, perjalanan hendak ke sesuatu tempat dengan memilih teksi bergantung juga dengan perangai pemandu teksi tersebut juga, selain keadaan trafik. Subhanallah. Sungguh Allah jadikan perkara-perkara di dunia ini berkait-kait antara satu dengan yang lain.

Perasaan yang tak seronok, tapi untuk sedapkan hati orang, kita buat-buat seronok. 

Jalan jammed. Hampir sampai ke destinasi. Jam sudah menunjukkan 4.47 pm. Tiada keluhan lagi yang mampu dikeluarkan, sebaliknya rasa kerdilnya diri dengan ketentuan Tuhan ke atas diri ini, sambil dalam hati berdoa agar keajaiban berlaku. Isk. Desperate sangat ni. Pemandu teksi mengatakan benda yang saya tak ambil pusing. Dalam hati saya marah juga, kerana tak menjaga kebajikan penumpangnya, yang mahu mengejar bas. Hendak diminta turun terus di tempat Megabus, kedua-dua kami tidak tahu di mana exactly.


Turun sahaja dari teksi, jam sudah menunjukkan 4.50 pm. Kalau saya tahu tempat tersebut boleh juga ambil shortcut ke apa. Yang saya tahu hanya belok kanan, kiri, terus, dan seumpamanya. Berjalan ke tempat yang dimaksudkan dengan arah yang saya tahu, dalam hati berdoa jugalah agar keajaiban berlaku, bas delayed. Sambil pasrah jugalah, kalau sampai nanti bas betul-betul sudah bertolak, saya patah balik rumah ajelah.

Sampai di satu persimpangan, yang lepas tu hanya tinggal nak terus je, untuk sampai ke tempat Megabus tersebut, saya sudah nampak bas di hujung jalan, seakan anak kecil berjumpa ibu. Gembira, mahu melangkah laju supaya cepat sampai, tapi terbatas dengan kemampuan. Dalam hati mahu menjerit lagi, keseronokan yang bas lewat bertolak. Baru saya faham perasaan orang yang mengharapkan agar bas lewat bergerak. Selama ni saya tahu marahkan bas je, bila lambat sampai, delayed, dan sebagainya. Subhanallah, sekali sekala perlu untuk kita berada di bawah, setelah seringkali berada di atas.

Gaya orang Hindustan berlari di taman ketemu awek yang sekian lama terpisah.


macam dah lama tak berjumpa


Kepalang gembira dan leganya saya (ayat, bukan main. Haha) melihat ramai lagi yang belum menaiki bas, setibanya saya di tepi bas. Bersyukur tak terhingga. 10 minit berada dalam bas, baru bertolak, pada jam 5.10 pm, 20 minit lewat dari waktu yang telah ditetapkan.



Nanti tambah lagi cerita lagi orang fikir apa pulak ni kang. Baik stop dulu.

19 January 2011

jangan tiru perbuatan ini

Sudah hampir masuk siri ke 4. Saya tidak lagi bercadang untuk meneruskan kisah pengembaraan saya ke 'Russia'. Dan saya sendiri aneh kerana entri sebelum ini berakhir sebegitu rupa.




Rasanya saya tak beritahu lagi kenapa saya namakan mereka Russia I, II dan III.




Ini kerana semasa saya 'terdampar' di hotel Brown Beach tersebut, dan akhirnya berjaya juga 'menyambung nyawa' kerana dapat sambungan ke internet, saya ada beritahu kawan saya, yang saya akan lewat sehari dari hari yang dijangkakan saya akan sampai. Tanya kawan saya tu, "Kau kat mana?" dan saya jawab, "Rahsia, nanti sampai kau tahu lah". Kawan saya tu pun ceritakan pada orang lain. Kawan yang lain tu pulak, barangkali terlalu 'English', 'rahsia' didengarnya jadi 'Russia' (sebutan English : Rashha). Jadi dia terkeliru la agaknya rahsia dengan Russia.








Tak lawak. Abaikan.




Baru-baru ini saya dapat berita yang sangat mengejutkan. Seorang senior di Kolej Yayasan UEM batch 5 (saya batch 10), yang selama 2 tahun bertarung dengan kanser, akhirnya dijemput menemui Allah yang maha Esa. Innalillah. Walaupun saya tak kenal pun beliau, hanya 2 kali je pernah nampak kalau tak silap sepanjang hidup saya, tapi seakan suatu yang sangat dekat dirasakan. Sudahlah baru-baru ini seorang junior, juga di kolej yang sama, masih menuntut, juga dijemput Tuhan setelah koma 11 hari selepas menyertai marathon sempena Health Awareness Week 2010. Ironi.




Kisah Russia saya sudah berlalu hampir 3 bulan. Jadi saya rasa macam tak mahu teruskannya lagi. Sudah basi.




Beberapa minggu lepas, saya sekali lagi tukar telefon bimbit. Datang ke UK, sudah 3 kali saya beli telefon bimbit. Itu tak masuk satu yang saya belikan utk abang saya di Malaysia.




Nokia N97. 
Saya beli kerana tertarik dengan mekanisma slaidnya ke tepi, menyerlahkan papan kekunci penuh QWERTY di bahagian bawahnya. Apalagi SMS unlimited, jadi saya mahu tulis SMS sepanjang-panjang alam pun selamba. Tiada lagi ejaan-ejaan SMS yang bodoh. Apalagi ia mempunyai skrin sentuh. Saya memang pada waktu itu tertarik dengan gajet-gajet yang lagi pelbagai mekanisma. Kalau bentuk klasik, macam bosan je. Hehe. Ada juga orang puji, slaid naik begitu macam cool, menampakkan sudut, dan bukannya slaid selari biasa.


Namun begitu, mekanisma slaidnya kadang-kadang begitu kuat, seakan-akan mahu tercabut pelanting bahagian atasnya itu bila ditolak naik. Skrin sentuhnya juga tak berapa menarik, dan selalu juga lagging. Kawan saya ada memuji telefon bimbit tersebut, slidingnya nampak cool. tapi dia mahu yang lebih baru, belum keluar lagi ketika itu, Nokia N900.




Lebih kurang 6 bulan saya menggunakan Nokia N97, pada awal Mac 2010, sekali lagi saya tukar, kerana rasa tak puas hati dengan Nokia N97. Pada saya ketika itu, yang sudah banyak kali 'mengebay-ebay' dengan mencuba-cuba membida Nokia N900, sudah banyak kali menontoh Youtube berkenaan ia, akhirnya saya beli juga.


Pada saya ketika itu sangat menarik telefon bimbit tersebut. Ia juga slaid keluar, di bawahnya papan kekunci penuh, tapi di bahagian atasnya langsung tiada sebarang butang. Seakan tablet yang amazing. Papan kekuncinya gemuk-gemuk berbanding N97, dan disusun rapat-rapat, tiada ruang di antara kekunci. Skrin sesentuhnya juga lebih sensitif dari Nokia N97 lama saya, yg seolah-olah perlu ditekan menggunakan kuku.




Nokia N900
Grafik dan interface Nokia N900 berlainan dari telefon bimbit biasa, membuatkan saya mengambil masa juga utk membiasakan diri. Specificationnya orang kata bagus, bagus gila. menyerupai sebuah komputer, yg pernah diguna di telefon bimbit. Namun begitu, operating system (OS) nya yg baru menyebabkan apps yg ada sangat terhad, walaupun semuanya percuma. Walaubagaimanapun, sesetengah appsnya agak cool, seperti merakam perbualan telefon secara automatik, mematikan pemain muzik secara automatik, dan sebagainya yg saya sendiri tak ingat lagi.


Nokia N900 menggunakan OS yg baru, belum pernah lagi digunakan oleh mana-mana telefon bimbit, Maemo 5 selain predecessornya, Nokia N800. Dengan mengekalkan status tablet, dan bukannya telefon bimbit biasa, N900 pada kebanyakan masa menggunakan landscape view dalam setiap keadaan, kecuali semasa panggilan dibuat atau diterima. Setelah beberapa bulan pengeluarannya, ramai orang mula menggunakan kepakaran masing-masing, bagi membolehkan tablet tersebut diguna dalam keadaan landscape dan portrait view dalam sesetengah penggunaan. Sesetengah appsnya juga direka utk membolehkan ianya diguna dalam kedua-dua view. Justeru, ianya perlu dipegang dengan kedua-dua belah tangan, dan jika anda sedang makan, anda tak dapat menaip SMS, kecuali dgn bersusah payah.


Kebolehan multitaskingnya mengagumkan juga. Hanya dgn satu butang, akan muncul kesemua apps yg dibuka pada ketika itu, membolehkan pengguna seolah-olah melompat dari satu apps ke apps yg lain dgn mudah. Bilangan apps yg dibuka serentak boleh mencecah 32 (dan lebih), dan selalunya mengalami lagging bila terlalu banyak.

N900 memberi kemudahan intergrasi contact dalam akaun-akaun online anda, seperti Skype, Yahoo Messenger, dan Facebook. Paparan dalam pelayaran webnya menyamai seperti yang anda nampak dalam sebuah komputer. Contohnya, jika anda buka Facebook, akan keluar juga sebagaimana anda lihat Facebook dalam komputer, beserta iklan-iklan di sisi, dan semuanya. Kebolehannya memainkan kandungan flash juga membuatkan ianya menarik. Contohnya, sesetengah promosi dalam laman web yg menggunakan flash, N900 tidak akan mengalami masalah-masalah tersebut utk membukanya. Semuanya akan terpapar.

N900 mengalami satu masalah yg sangat besar, bateri, bateri, bateri. Dengan hanya kandungan bateri setinggi 1350 mAh, N900 tidak mampu menyaingi telefon-telefon pintar yg lain. Dalam kata mudah, apa guna telefon tablet yang sungguh berkuasa, tapi tak mempunyai ciri-ciri mobiliti yg wajib ada pada sesebuah telefon bimbit. Sepenggunaan saya selama hampir 7 bulan, penggunaan internetnya sangat membataskan. 3G terpaksa dibuka hanya jika mahu digunakan. Kebolehan Skypenya memang tak dapat digunakan langsung, dek mahu menjaga bateri, terutamanya jika mahu keluar sehari suntuk. Penggunaan bateri terpaksa diplan, supaya anda tidak kehabisan bateri semasa pengecas bateri tidak ada bersama anda. Begitu juga YM, push emel, dan kebanyakannya, meskipun kelajuan internetnya yang tinggi, 10 Mbps, berbanding Iphone 4 dan 3GS contohnya, 7 Mbps. Jika kesemua kebolehan internetnya dihidupkan, dalam masa sejam dua pun boleh habis 100% baterinya.

N900 juga ada masalah bulky, iaitu besar gedabak dan berat.

Anyway, saya tak bercadang utk sekali lagi menukar telefon bimbit. Pada saya, saya redha je apa jugak kekurangan pada N900, kerana saya sudah bertekad membelinya dulu, dgn harga yg agak tinggi, £300. Namun begitu, tragedi pada 17 Oktober 2010 membuatkan saya tiada pilihan lain. Tuhan itu Maha Kaya, saya gagal mengesan ke mana perginya telefon bimbit saya selepas saya carelessly tinggalkan ia selepas meninggalkan tandas awam di universiti. Tuhan itu Maha Agung juga, entah kenapa saya tak teringat pun utk melihat sekeliling kerana baru seminit dua saya tinggalkan telefon bimbit tersebut, ia sudah hilang, maka pastinya si pencopet tersebut masih ada berdekatan!

Lantas saya teringatkan hampir kebanyakan maklumat-maklumat peribadi disimpan di dalamnya, internet browser terutamanya, yg menyimpan kata laluan bank, Ebay, paypal dan sebagainya yg melibatkan duitlah terutamanya. Gelabah. Saya ambil langkah utk menggunakan telefon bimbit kawan dulu utk cuba membuat panggilan beberapa kali ke telefon bimbit tersebut, tapi nyata tak dijawab. Tak lama lepas tu, saya buat keputusan utk block nombor tersebut beserta telefon bimbitnya sekali, yg memerlukan saya utk cari semula angka IMEInya dsb. Ampunilah aku ya Allah.

Sejak dari itu, saya mula bertukar-tukar telefon. Telefon lama kawan-kawan pasti ada. Dari seorang ke seorang, saya pinjam. Dan saya ada juga meminjam iPhone lama seorang kawan kerana dia juga sudah tukar ke telefon baru!



Setelah menyelesaikan beberapa perkara tentang telefon lama, meminta kad sim baru, dan sebagainya, saya mula mengira-ngira utk mendapatkan telefon bimbit yg baru. Blackberry sudah mula bermain di kepala, setelah bertanya sedikit sebanyak pada kawan berkenaan telefon pintar tersebut, dan juga kawan-kawan yg dari dulu lagi tak habis-habis mengatakan kelebihan Blackberrynya. Pada mulanya, saya sedikit berkira mahu mendapatkan Nokia sebagai ganti Nokia N900 yg lama, iaitu ala-ala Blackberry juga, kerana harganya yg murah berbanding Blackberry. Model-model seperti E73 Mode dan E5 mula menarik minat. E73 belum keluar lagi ketika itu, E5 harganya boleh tahan murahnya juga. Saya masih berfikir-fikir selama beberapa hari.

Pada suatu hari, saya duduk bersembang dengan seorang kawan, setelah menunaikan solat Maghrib di surau. Sengaja saya minta Blackberrynya utk dicuba-cuba. Saya kemudiannya menyatakan hasrat mahu membeli Nokia, kerana faktor harga yg murah dari Blackberry. Namun, kawan saya membalas yg Nokia adalah milik Yahudi, dan sekaligus mengubah persepsi dan keinginan saya dari Nokia kepada Blackberry! Memang lepas tu tak pandang Nokia dah.

Seterusnya, Blackberry yg mana? Ketika itu Curve 3G baru dikeluarkan. Namun, ada kawan yg kata keypadnya yg keras dan membuatkan jari-jemarinya sakit menyebabkan saya tak berminat dgn Curve. Begitu juga dgn keypadnya yg nampak serabut.

Pilihan yg ada, Torch 9800 dan Bold 9780. Torch nampak cool, sebab dia menggunakan skrin sesentuh dan skrinnya besar dari Blackberry yg biasa. Bold 9780 nampak kemas, dan kompak, berbanding Torch yg menghadapi kemungkinan slaidnya yg akan longgar dari masa ke semasa.

Bersama seorang kawan, walaupun saya ketika itu berat kepada utk memilih Bold 9780 yg belum dikeluarkan lagi (lagi 15 hari lebih kurang), ketika mencuba dengan tangan dan mata kepala sendiri di sebuah kedai di Birmingham, saya sedikit teruja. Kawan saya pula ketika itu terus membuat keputusan utk mendapatkannya sebijik, selepas mencuba sekejap sahaja.

Pada saya ketika itu, mahu tumpukan pada pelajaran, jika saya beli telefon bimbit baru, tumpuan akan teralih pada telefon bimbit sedikit. Namun, atas beberapa faktor, akhirnya saya kalah juga pada kemahuan dan terus membeli Blackberry Torch 9800 di Ebay!




Kurang ajar. Saya sibuk sekarang. Nanti sambung. Hehehe.