27 February 2010

apa nak kasi tajuk ha

baru saya teringat baru ni ada seorang rakan suruh saya tulis pasal netbook saya yg baru berusia lebih kurang 8 minggu ini. tapi, masuk minggu ke 8 saya dah gantikan RAMnya menjadi 2GB. haha. apa2 ajelah.


semenjak itulah baru saya tau sikit2 pasal komputer. heh. apa itu RAM? ia ialah suatu storan utk menyimpan memori secara sementara. bila dishutdown, memori tersebut akan disave ke Hard Drive. dalam kata lain, kebolehan melakukan multitasking. bila banyak program dibuka serentak, memori sementara akan digunakan. kalau besar memori itu, takde masalahlah utk program2 tersebut berjalan. RAM merupakan salah satu komponen yg paling mudah utk ditukar ganti dlm bahagian2 komputer. ah. macam2 lagilah. boleh explore sendiri.


ok la, dah dekat 2 bulan. tiada apa lain yg kurang bagi saya pada netbook ini, except for the RAM yg sikit. nak expand 4GB dgn satu slot ada, tapi tak boleh, sbb ianya jenis 32-bit aje. kalau 64-bit tak mengapalah juga nak expand sampai 8GB RAM pun selamba. nasib baik saya bukan kaki football manager, ragnarok, dota, dan seumpamanya. mungkin kalau saya downgrade ke windows xp ia akan laju sikit kot. pakai w7 pun tak mengapalah, w7 starter, tak boleh tukar background.


bateri paling best kot. perghh. pergi mana2 selamba tak membawa cable. nak charge utk bateri yg mampu tahan selama 8 jam hanya mengambil masa kurang dari 3 jam. mungkin dlm 3 hari sekali baru saya akan charge bateri. 


dan sekarang saya terfikirkan apa nak buat dengan RAM dan RAM laptop lama saya. ketiga2nya berjumlah 3GB. 


sejak pembelian netbook ASUS 1005HA ini, ramai kawan2 menunjukkan minat dan memuji akan rupanya. saya lagi suka memanggilnya netbook, bukan laptop. saya tumpang seronok? buat apa? org bukan puji saya, org puji netbook saya. tiba2 saya pulak nak kembang hidung tak tentu pasal.


eh, ko beli laptop baru eh? Apple ke? kata seseorang melihatkan warnanya yg putih berkilat. Apple sedikit silver kalau anda perasan. lambang Apple itu yg putih.


is that your laptop? so cute... kata seorang groupmate pula masa saya menghadiri group meeting secara tiba2 masa tengah perbincangan. jgn risau, saya dah kata, dia puji netbook, bukan tuannya. HAHAHA. so saya dah buat persiapan awal2 utk tidak kembang hidung atau syok sendiri bila ada pujian sebegitu.


eh, laptop ko tu bila ko beli eh? berapa eh? meh jap nak pegang. kata seorang kawan yg lain dan diteruskan dgn soalan2 lain.


iman, laptop err.. netbook kau tu best tak? tanya kawan yg lain yg saya kira berminat utk membeli satu memandangkan laptopnya bermemori sgt kecil. hehe


dah ada laptop, mesti ada begnya. tapi di UK tak best sikit, beli laptop, dapat laptop semata2. adalah, kertas2 panduan pengguna, warranty card dan sedikit sampah sarap yg lain. kalau di Malaysia, beli laptop, dapat beg, tetikus yg kadang2 disertai dgn lapiknya sekali, thumbdrive, anak patung, dsb bergantung pada musim promosi. tahun baru ke, perayaan apa ke.


lalu saya pun mengebaylah kejap briefcase utk netbook bersaiz 10 inci ini. sangat sesuai, mudah dibawa ke mana2. tak disangka, bukan takat netbook saya orang puji kerana saiz dan rupanya, begnya pun ada orang puji.


comel gila beg laptop kau. kata seorang kawan sambil tersengih. saya terpinga2 kejap. beg pun org ada org puji.


lama kelamaan, baru saya sedar, memiliki sebuah netbook mula diminati ramai. bila ke library di Prayer Hall di universiti, ramai tampil dgn berbagai2 jenis laptop masing2, pemilik2 netbook tak ketinggalan juga. barangkali saiznya yg menarik minat org utk bertanya lanjut mengenai harga, specs, dan sebagainya.


ko tau A dah beli netbook baru?


eh yeke? tak tau pulak? apsal, laptop lama dia rosak ke? 2 orang kawan sedang bersembang.


takde ar. dia kata saja, trend sekarang kot. haha. tak leh blah.


sungguh tak kusangka sampai sebegini minat org terhadap netbook.


paling best : 


weh, iman. kau beli netbook kau berapa eh? specs bagus tak?


ok la, HDD 250GB, RAM 1GB.. bla bla bla


mahal ni, aku nak carik yg specs cikai punyalah, ada tak? dlm £150 dapat tak?


saya termangu kejap. pelik jugak pertanyaan si dia ni.


ish. mana dapat. itu second hand mungkin ada.


aku nak ala, koman2 je. HDD bagi 40GB pun cukupla. bukan apa, saja2 nak beli. tengok orang sana sini bawak netbook, mcm cool je. aku nak gak satu. time lecture aku bukakla, taip2 sikit ke, apa ke. bukan nak guna sangat. nak bergaya je.



ini dlm economics dipanggil impulse buyer. 



.

makan

assalamualaikum.

fine. fine. saya update blog. ingatkan tak ada orang baca. sekali dah masuk bulan kedua tak diupdate, ada pula yg menyuruh saya update. masuk term kedua pada tahun 2010 ni, baru terasa mencabarnya belajar di universiti. dulu saya ingatkan, org kata, belajar makin tinggi makin susah. saya argue seorang diri dlm hati, apala yg susah sangat? belajar ajelah. nah kau padan muka. ni tulisan apa ni, times new roman ya. ah. tak sukalah. ha, yg ni kegemaran saya, verdana namanya. bila kecik pun lawa, besar pun kemas. *bila saya klik publish post, tulisan di mana jua dlm post ni semua jadi sama. ceh*


dulu saya cuba utk mengupdate pasal sayur2an yg jarang mendapat tempat di hati para remaja. seorang kawan pernah kata, ada satu research mengatakan golongan yg paling kurang sensitif terhadap penjagaan pemakanan ialah golongan remaja, tak sure pulak lingkungan umur berapa secara exact.


dulu saya tahu akan kewujudan golongan2 tak makan sayur semasa di kolej, tapi tak berapa significant sangat utk saya highlightkan di dalam blog mcm ni. tapi sejak kehadiran saya ke bumi penjajah ini, hidup sendiri (walaupun ditolong senior jugak. hehe), makan sendiri, masak sendiri, barulah merasa perlunya benda tersebut diappreciate. begitu juga dengan kesihatan badan.


saya bukanlah pakar gizi seimbang, mahupun pelajar biologi atau mikrobiologi dan yg sewaktu dgnnya, malahan saya tak belajar pun biologi semasa di sekolah menengah. tapi sejak dari kecil lagi arwah mak selalu mengingatkan malah memaksa supaya rajin2 makan sayur. pahit itu ubat. kalau dapat terung bulat *di rumah kami memanggilnya terung pipit* yg pahitnya tuhan saja yg tahu, memang mengelat sungguh. hanya sebiji yg berdiameter setengah sentimeter, pahitnya fuh, tak mampu dicompensate dgn beberapa kali suapan nasi. tak tipulah beb.


arwah mak dulu orang kampung. pelbagai ulam ditanamnya di halaman rumah. pelbagai ulam jugaklah yg boleh diciptanya, dari bahagian2 pokok2 yg tak pernah kami ketahui. tahu2 dah terhidang atas meja tanpa disentuh. masaklah sayur masak apa pun, pasti yg terakhir sekali habis dlm kalangan semua lauk. so, kami pun dipaksalah makan benda2 tu. sekarang, bila kakak saya gorengkan nasik, yg ada sayur2an, dan adik2 tak mau makan, mahu kena marah diorang. haha. ada bagus juga cara memaksa ni sebenarnya ya. heh.


masa di kolej pra-universiti, dlm kelompok rakan yg ramai, mungkin golongan tak makan sayur boleh diabaikan. barangkali saya tak tau kewujudan gerakan tak rasmi Persatuan Tak Makan Sayur, dgn dipengerusikan oleh seorang kawan yg kini belajar di University of Southampton. akan tetapi, bila di bumi Coventry ni, bila masak sekali, tinggal sekali, baru kita tahu orang ni jenis tak makan sayur, saya mula sedikit naik angin. baru saya rasa apa yg kakak saya rasa. bila ditanya kenapa tak makan sayur, katanya tekak tak boleh terimalah, nak muntahlah, gelilah, mcm2 alasan yg saya tak boleh terima. bagi saya, itu hanyalah alasan yg dicipta semata2 atau tekak itu yg dimanjakan sangat. 


mulalah saya terfikirkan kenapa sesetengah orang tak boleh makan sesetengah benda *bukan religious punya alasan ya*, contohnya tak boleh makan ayamlah, udanglah, apa jualah, sebab saya sendiri mengalaminya. ya, saya tak makan makanan laut kecuali ikan, udang terutamanya, sebab paling selalu dihidangkan dlm masakan. memang saya alergi, ada kesan sampingan bila diambil. tapi, tak makan sayur saya tak boleh terima. sayur ada side effect kah? tak tahu. ah, lantak kau oranglah nak kata apa, saya tetap tak boleh terima alasan orang tak makan sayur. tengoklah kalau bakal isteri tak makan sayur, memang nak kena paksa. hehe.


dulu masa zaman lepas peperiksaan A level, nak buat visa, nak menghadiri program Muslim Overseas Camp, saya selalulah turun ke Kuala Lumpur, dari Ipoh. siap ada turn lagi, hari tu dah pegi rumah si S, kali ni nak pegi rumah H la pulak. jenuhla naik bas transnasional yg turun di 2 stesen di Seremban, sehingga saya keliru mana satu stesen nak turun. dah turun, tunggu kawan ambil punya lama, sebab kakak dia bershopping. alih2, dia dan kakaknya dtg, lagi diajaknya saya bershopping sekali. naik kereta sampai ke rumah kawan tu, sesampainya di rumah, rupanya kedatangan saya dah diketahui oleh emaknya. letak barang, kemas2 sikit gitu gini, tuan rumah pun jemputlah makan, main dishnya ialah UDANG MASAK LEMAK. kecewa tuan rumah bila dapat tahu saya tak makan udang atas sebab kesihatan. kalau orang yg tak makan sayur mcm tu, boleh terimakah tuan rumah? 


eh, eh. chill la. lepak sudah. tiada siapa yg emo2 ya, terutamanya golongan tak makan sayur.


kesimpulannya, sayur2 biarlah pahit manapun, takkanlah ada side effects yg tak baik, melainkan sayur yg dah rosak, atau sayur yg dibajai menggunakan baja kimia yg keterlaluan, dan seumpamanya. itu side effect disebabkan bahan kimia anyway. makan jangan main belasah aje.


mungkin kawan2 biologi boleh betulkan mana2 atau menambah apa yg kurang.